Thursday, November 11, 2010

Pensel 2B.

Rumah saya ada kucing.

Nama mereka adalah... Biebie, Bulat, Giant dan WakaWaka. Mereka semua adik-beradik yang sah, tapi tiada sijil lahir. Sebaya tapi saiz lain-lain.

Biebie ni seekor kucing yang ganjil. Slow in everything. Jalan slow.. Lintas jalan pun slow. Tengok kiri kanan pun slow.. Kelip mata pun slow. Berak.. tak sure.

Pendek kata, memang slow-mo lah dia ni. Dia jarang mengiau. Susah nak dengar dia mengiau sampai aku ingat dia ni bisu. Mungkin jaga aurat atau vocal cord.

Bulu dia tebal. Nak-nak di lehernya. Kira dia ni kalau disuluh menggunakan torch light ajaib Doraemon itu bagi dibesarkan saiznya, mungkin tampak seperti singa yang pemalu tapi cool. Tapi tak berapa nak singa sebab bulu dia putih dan kelabu. Kalau pergi grooming, insyaAllah memikat. Tapi dia ni ada masalah mata. Kabur. Sebab tu dia slow kot.

Dia ada masalah calculation. Kira kalau dia nak lompat dari satu tempat ke satu tempat.. contoh macam nak lompat turun dari sofa ke lantai, hal ini agak memakan masa. Dia kena fikir dengan tenang dan penuh rasional. Dia kena estimate dulu jarak jauh lompat yang perlu dia lakukan. Mungkin kira-kira lima ke sepuluh minit kemudian, baru dia lompat. Ataupun dia batalkan saja hasrat dia.

Dia kuat makan tapi tak pernah meminta. Kalau ada, ada. Kalau takde, dia termenung je kat dapur. Kalau ada makanan, dia last sekali habis. Mungkin dia kunyah 44 kali baru telan. Kalau guna dapur yang rendah, contoh nak masak guna kawah atau periuk sebesar alam tu, dia akan volunteer jadi pak guard. Maka dia duduk bersimpuh elok depan dapur tersebut, sambil cuba melelapkan mata. Kira pak guard makan gaji buta lah ni. Mungkin dia suka akan bahang dapur yang suam suam taik unta itu.

Biebie

Bulat

Dia ada abang bernama Bulat. Dulu nama Bulat ni Chikaro kot (ye ke, Iena?) tapi ditukar sebab kus semangat dia ni, nak lawan dengan aku kot. Dia paling gedebab antara siblings yang lain. Bulat ni manjanya tahap mintak direbus. Kalau dia nampak aku balik dari kerja, dengan bontotnya yang ditonggekkan secara sengaja, dia pun berjalan ke arah ku lantas pup... landing atas kaki. Aku berjalan, tinggalkan dia yang terbaring ala-ala posing majalah Mangga. Nanti dia bangun, dan pup.. baring lagi sekali. Cubaan menggoda ini akan dilakukan sehingga lah diambil dan diletak atas riba. Bila dah letak atas riba, dia punya aksi memang mengghairahkan. Minta diusap dan dibelai. Muka memang stim habis sampai aku rasa nak letak dia atas dapur, masak stim kurang garam.

Bulat tak takut kereta kitorang. Kira kalau dia landing tengah-tengah jalan, even if tayar kereta kita lagi sikit nak gelek kaki dia, muka dia maintain eksyen. Sikit pun tak undur. Maka kami bernama manusia berperikemanusiaan ni lah yang kena keluar kereta, dukung dan alih kan si Bulat dasar pemalas ni.

Tapi Bulat ni stylo sikit. Aku rasa kalau di alam manusia, dia ni Romeo Kampung.

Jadi nak dibandingkan Bulat dan Biebie ni memang jauh beza. Biebie pun kerempeng je. Tapi Bulat tak pernah buli Biebie. Dia hormat Biebie ni. Diorang borak-borak pun setakat tepuk-tepuk bahu , tarik-tarik misai je.

Maka semalam, di dapur.. Biebie yang slow ini pun cuba mencakar kadbod polisterin. Sudah perangai haiwan ini kan suka mencakar. Dia cakar dan cakar. Tapi sopan. Slow dan halus je bunyi cakaran menampar-nampar dinding kadbod. Tiada kesan pun polisterin tersebut. Sikit pun tidak terluka.

Bulat dan Giant datang, duduk bersimpuh di belakang Biebie. Melihat Biebie mencakar. Bulat tengok Giant, Giant tengok Bulat. Tiba-tiba Biebie stop. Bulat bangun. Mungkin kena sound, maka Biebie berundur setapak dan Bulat si romeo tonggek ini datang mengambil posisi asal Biebie. Didepa kedua tangannya tepat menghala ke kadbod lantas zrass zrasss.. Bulat mula mencakar penuh kejantanan. Berterbangan butir-butir polisterin bagaikan salji. Hampir rabak kadbod itu dikerjakan Bulat. Lantas Bulat stop dan berundur.

Biebie kembali ke depan. Dengan lafaz Bismillah, dia bersedia untuk mencakar.

Zrass zrass.. kali ini, baru lah nampak cakaran Biebie membuahkan hasil. Maka bertambah lagi salji menyapa lembut wajah masing-masing.

Biebie stop. Kepenatan barangkali. Bulat mencakar lagi. Tapi sekejap sahaja. Biebie seolah-olah ketagihan, terus sambung mencakar sehingga hampir lunyai kadbod tersebut. Tiba-tiba Bulat seolah men-sound Biebie, "Woi, kot ye pun gian, agak-agak lah nak cakar pun!"

Kemudian Biebie stop. Akhirnya mereka bertiga bingkas beredar dari tempat pencakaran.

Aku yang memerhati dari tadi ketawa tanpa henti melihat kejadian Tuhan ni.

Inilah aksi me-landing atas kaki orang.





p/s: Kalau cukup ketabahan di hati, weekend ni nak pergi jumpa dentist. (saya punya bad memory di klinik gigi. hampir collapse akibat alergik bius.)



4 comments:

Unknown said...

HAHAHA entry sengal. tengok tuuuuuuuuuuu Biebie iena sangat baik okek!!

<3 entry ni :DD

@yU said...

sangat baik ke sangat tidak kekucingan?

Unknown said...

ape kaitan pensel 2b ngan kuceng

@yU said...

haha takde kaitan.

2B - Bulat dan Biebie.