Saturday, November 17, 2012

Sabtu yang biasa.

Hari ini perintah berkurung oleh abah. Sebab ibu demam panas so abah minta aku duduk rumah, masak dan tengok-tengokkan ibu.

So tak jadi lah plan aku ke Pasir Putih untuk menghadiri kenduri berkhatan anak bos aku. Sorry ye, bos.

Sebab bosan duduk rumah je, otak mule la pikir bahan ape ada kat dapur. Hahaha. Teringat ada sebungkus epal tak bermakan. Rasanya dah sebulan duk dalam peti ais. Abah beli tiga bungkus besar untuk makan-makan hari tu pastu terlupa nak hidang. Ape lagi kan.

Hari tu aku amik sebiji dua buat epal goreng haha. Sedap gak.

So hari ni jadi rajin sikit (sikit je), buat la apple crumble. Kira ni resepi epal paling ringkas la kan hahaha.

Resepi aku refer kat sini je, http://allrecipes.co.uk/recipe/478/perfect-apple-crumble.aspx

Resepi ni sangat mudah dan ringkas. Ada banyak cara orang buat tapi aku pilih yang ni sebab ni resepi original aku rasa.

Alhamdulillah menjadik pulak kan. Hahaha. Dah la sambil buat tu, sambil goreng buah cempedak mak long bawak haha. Satu western, satu tempatan. Pening gak aku, kejap bau epal, kejap bau cempedak.

Dua hari lepas, aku try buat durian crepe. Tak cantik sangat la but rasanye memang best. Nanti nak buat lagi :)

Ok lah, bagi yang ingin mencuba resepi apple crumble, selamat mencubeee.


Thursday, November 15, 2012

Masam-Masam Manis.


Ahad lepas, aku, Farah dan Kak Yati masuk satu pertandingan memasak. Aku takde terfikir nak join pun cause I am that type who doesn't like to cook with people watching! But disebabkan program tu kawan sendiri yang organize, kita kasik support la. Aku rasa ni pertama kali office kitorang ada pertandingan memasak kot.

"Nama group apa ni?" tanya Kak Yati sambil isi borang.

"Caca merba," aku jawab.

Tapi kemudian aku tibai satu lagi, "Masam-Masam Manis."

Farah dari satu sudut setuju dengan nama tu. Hahahah. So there you go, Masam-Masam Manis sambil tunjuk aku lah yang Manis tu sebab diorang dah kahwin! HAHAHAH.

Masakan perlu bertemakan ayam. Aku rasa sangat senang lah macam tu sebab masakan ayam beribu kot! Hahaha. So petik je lah memana resepi yang dirasakan biasa buat.

Dua tiga hari sebelum pertandingan dah discuss nak beli apa, bawa apa. Menu aku yang decide sebab diorang serah dapur kat aku.. sangat lah confident mereka ni dengan kredibiliti aku sedangkan aku sendiri tak yakin pun hahaha. Siap pesan, "Weh, kalau tak menang, aku mintak maaf tau."

Disebabkan masak ayam je (bukannya lobster, daging, ketam dan sebagainya), tempoh satu jam yang diberikan agak lama bagi aku. So I decided to cook two dishes. Yang senang lah tentunya!!

On the day of the event, aku baru nak cari apron kat rumah. Sebelum ni elok je tergantung kan, bila nak, ghaib pulak dia. Last-last sebelum ke ofis, aku runner dulu pergi Mydin beli apron. Tak pasal-pasal je kena beli baru. 

Aku sampai setengah jam sebelum pertandingan. Takde apa nak prepare sangat kecuali nak kerjakan ayam tu sebab both menu nak guna boneless chicken. Ayam disediakan oleh pihak penganjur. Tapi kak Yati jenis pantas dan cekap, kejap aje dah dapat isi ayam hahaha. Melebih-lebih plak tu. Siap kak Yati bawak balik masak kat rumah. Haha.Yelah takkan nak buang pulak.



Kusyuk gila. Kalau menari Gangnam depan dia pun tak perasan ni.

Two similar things: ayam dan tangan aku haha.

Penyeri ni, penyeri.

Chef Syed bagi briefing sikit.

Menu pertama, aku buat chicken tortilla wrap (di hujung entry aku share resepi yang aku dapat daripada TryMasak iphone app). Decide nak buat yang ni dulu sebab menu kedua berkuah, so malas nak kotorkan kuali sangat. Both menu are western ok. Tak kuase mak nak masak rendang, percik, kari segala hahahahahah. Western senang, campak-campak je! 

Pakai plastic gloves sebab kebersihan pun ada markah. Poyo sangat kan?! HAHA

Tak pernah buat wei tortilla wrap ni. Konfiden sangat aku ni. HAHAHAH. Masa beli tortilla tu, aku dengan kak Yati dilema nak amik jenis potato ke, wholegrain ke, garlic ke, apa tah lagi. Last-last kami ambil choice paling selamat, ORIGINAL. Kah kah. Lepas pertandingan baru faham maksud Tortilla Gandum Penuh dalam resepi. Wahahahaha.

Dengan nervousnya aku masak isi tortilla tu.. cam sepuluh minit je dah siap. Orang lain baru nak panaskan minyak, goreng ayam kan. So aku cam, errr... macam main-main je aku ni. Chef selaku juri tanya aku, nak masak apa ni? Aku pun beritahu lah kan, tersentap jap dia. Aku pun tak tahu lah kenapa. Hahaha cuak dol.
Sungguh tekun mereka ni.

Gosip ape kah? Haha
Second menu is something that I cook with my eyes closed. Bwahahaha. Gile kau! But menu ni memang aku biasa masak lah iaitu Chicken Carbonara sebab ni menu paling high request among my friends so of course lah aku pilih menu ni sebab pilihan yang paling selamat kan. 

Nervous tak usah cakap la.. Sampai adjust api pun tak reti dah. Chef akan ronda-ronda sambil tengok kami masak, pastu orang-orang pun datang tengok. Eeee.. I can't explain how I felt. So uncomfortable. Luckily Rizal was around, snapping photos so there was someone I could talk to. 

Dia ronda-ronda la.


Untuk Carbonara ni, since dah biasa buat, so I know how to adjust the ingredients to make it more creamy and sinful. Dah tentu-tentu lah aku buat gravy dia rich gila kan. Aku guna susu je untuk cairkan dan tak guna air pun. Lagipun sukatan untuk one portion je. Ini pertandingan memasak, satgi judges duk cuit-cuit je pun (tengok Masterchef sudeh haha). So aku agak kagum tengok diorang masak satu kuali besar. Haha. My portion was enough for one or two pax only.

Carbonara in the making.

My Carbonara took only 15 mins to prepare. Sungguh efficient Farah dan kak Yati. Best kitchen helpers ever! Hehe. And when they announced "Anda ada masa setengah jam lagi.", we already started decorating.

Dan kitorang deco pun simple aje. Kalau korang tengok hotel punye deco pun, banyak ruang kosong dalam pinggan kan? Hahahahaha. We were the first to finish eventhough we were the only group that prepared two dishes.

Bila masa dah tamat, kami pun dah selamat bungkus barang-barang makanan, dan dapur pun dah clear. Masakan telah dihidangkan 15 minit sebelum masa tamat so aku agak risau sebab bila dah sejuk, tak kick lah kot. Especially the tortilla, risau jadi liat.


Sempat aku buat table menu guna kertas sijil terpakai. LOL.

Bila ikut turutan, kami adalah kumpulan terakhir. Ini bermakna, azab untuk diadili adalah paling berat sekali. Haha. Masa tu macam-macam perasaan ada. Tengok pulak masing-masing hidang with big portion. Telan air liur ler kan. 

Setiap kumpulan ada kekuatan masing-masing, semuanya sedap tau..Menetes air liur ni! Cuma yang membezakan kami dengan kumpulan lain adalah masakan kami Western dan dekorasi yang agak berbeza. Kami juga ada dua hidangan. 


Chef memberikan ulasan.

Siap pakai buluh lemang ha kau!

Setiap kali Chef rasa masakan, dia akan komen. But Chef Syed is such a humble person, so semua dapat komen yang sangat positif. Dia just tegur part basic-basic aje lah macam overcooked or garam cukup ke tak. Bila tiba kumpulan kami, dia rasa Carbonara dulu, then dia senyap je. I was like, SAY SOMETHING! Then dia rasa tortilla and gave a thumbs up. A few compliments here and there hence we felt so so relieved. I certainly could not forget his words when he said "Carbonara ni macamana yang saya akan masak". Overall, semua mempamerkan makanan yang memberi kepuasan kepada chef hinggakan dia kata ada masakan yang nampak lebih baik daripada masakan students dia sendiri. Wah!

Keputusannya? 

Alhamdulillah.. Kami menyandang juara di pertandingan memasak sempena Karnival Jom Jadi Usahawan ini. 

Tapi yang buat kami ternganga tu bila MC announced markah yang kami perolehi? Ce teka, ce teka!

99%. 

Hahahahahahahahahahahahahaha.

Anyway, for those yang nak try resepi Chicken Tortilla Wrap, ini resepi asalnya. (sampai kat aku, konfem la kena altered haha)

Chicken Tortilla Wrap

(Image googled. Credits goes to bugsandbeetravel.blogspot.com)


Tahap kesukaran: moderate
Tempoh penyediaan: 20 minit
Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan: 2-4 orang

Bahan-bahan:

3 keping Tortilla gandum penuh (dalam erti kata lain: wholegrain :P )
3 keping Filet ayam - dipotong kecil (pastikan bila nak masak tu, ayam dah ditos sebaiknya)
1/2 biji Capsicum hijau - didadu kecil
1/2 biji Capsicum merah - didadu kecil
1/2 biji Jagung manis - rebus dan ambil isi (saya tak letak)
2 sudu besar Keju mozzarella parut (saya tak letak sebab mahal haha)
2 sudu besar Cheddar - hirisan
1/2 biji Bawang besar kuning
1/2 sudu besar Serbuk jintan putih (saya kurangkan 50% dari sukatan asal)
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
1 sudu kecil Garam (saya kurangkan juga ikut citarasa)
1/2 sudu besar Daun ketumbar - dicincang (saya suka daun ketumbar. wangiiii~)
Minyak untuk menumis (pakai lah non stick frying pan, so minyak boleh pakai dua sudu je)

Kaedah:
Mula-mula panaskan minyak dan goreng ayam sehingga bertukar warna. (Jangan overcooked!)

Kemudian masukkan capsicum, jagung, serbuk lada hitam, jintan putih, dan garam.

Seterusnya masukkan hirisan bawang besar. Masak lagi sehingga bawang layu dan ayam masak sebati bersama semua rasa. Apabila siap, ketepikan seketika. (aku lebih suka bawang tu tak layu sangat sebab bawang kuning ni manis, makan mentah pun sedap)

Taburkan keju mozzarella dan cheddar di atas kepingan tortilla dan kemudian masukkan ayam tadi. Akhir sekali taburkan sedikit daun ketumbar.

Lipatkan tortilla tersebut dan panaskan di dalam kuali. Masukkan keju pada bahagian lipatan tortilla tersebut supaya lipatan tidak terbuka. (tortilla aku dah panaskan sesiap sebab taknak melekat atas pan bila dah masuk isi. Tapi kalau anda terer, boleh guna cara dia ni)

Masak hingga tortilla agak garing dan keju cair.

Tortilla ayam sedia untuk dihidang


Dibawakan khas oleh TryMasak iPhone/iPad App:
http://trymasak.my/ios


Tips Tambahan:
Boleh juga letak daun salad / hirisan tomato sebelum menggulung. Dan juga sedikit sos cili / mayo / thousand island. Ikut suka anda.











Wednesday, November 14, 2012