Movie Review.
Lama tak buat sey. Kali ni malas nak cakap omputih sangat. Pasal aku dah makin fedup dengan komen2 spam yang selalu attack entries yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Sebab tu komen di blog ni perlu approval but notifications dapat komen spam ke inbox tu yang tak lalu tu. Seolah-olah inbox aku pulak kena spam kan.
Paham ke? Takpe. Takyah fokus sangat apa aku cakap tadi.
Anyway, aku nak cerita pasal filem Sinister. Ha? Tak pernah dengar ye? Hari tu, aku pun tak pernah tapi cerita tu tengah ada kat wayang and I decided to watch it sebab tetiba hari tu rasa cam, "Eh nak tengok wayang."
Paham tak, paham tak?
It's a horror movie. Lama pulak tak layan cerita hantu mantu ni. Dulu masa belajar, boleh kata aku tak berapa ada perasaan bila tengok cerita hantu.
Tapi sampai lah someone I'm close with sakit terkena benda-benda ni dan aku pun dah banyak kali witness masa dia sakit (gwa kena tendang, gigit tu kira perkara biasa haha), aku pun dah jadi goyang nak tengok cerita horror ni. Hahaha. Sebab buat aku teringat-ingat kisah dia.
So aku tengok cerita tu pun siap selubung muka dengan tudung and made a tiny hole out of it, just enough for Ethan Hawke's face. Haahahaa.
But bila part the ghosts starting to come out, aku dah mula rasa tak boleh blah bebudak hantu ni berlakon. Overdo it. Struggle nyeeee nak buat renungan paling tajam.
Anyway, secara overall, peminat horror movie boleh lah kot nak layan cerita ni. Tapi cerita ni sesuai untuk mereka yang dah lama tak tengok horror movie cam aku hahaha.
Cerita hantu sekarang ada satu style.
Hantu tak banyak keluar. Yang banyak, scene terkejut-terkejut.
Paham tak, paham tak?
Scene macam tu, tak semestinya involve kemunculan hantu tapi sebenarnya scenes saspen macam ni la yang buat orang cuak gila nak tengok.
Tapi aku dah dapat solve the mystery way before they revealed it.
Part ending, lain sikit daripada kebiasaan. Tapi menyebabkan penonton yang suka happy ending akan tak suka ending filem ni. So those yang hati jiwang nak happy ending je, sila jangan tonton cerita ni.
Ok lah.. review Skyfall pulak. Nak?
Haha. Tak payah dulu lah kot. Nanti jadi spoiler.
Ada orang suka, ada orang tak suka. Ramai yang tak suka. Tapi aku suka. Sebab aku jiwa old skool sket kot.
Ok till next time y'all!
Images googled. TQ.
No comments:
Post a Comment