Aku kehilangan kad pengenalan baru-baru ini disyaki hilang ketika menyertai Nestle World Walking Day. Hanya menyedari akan kehilangannya seminggu selepas itu ketika nak register di Hospital Ar-Ridzuan.
Dua minggu aku cari perlahan-lahan dengan harapan aku menjumpainya sebab ini kali kedua aku hilang IC. Kompaun untuk kehilangan kali kedua ialah RM200. Tak sanggup.
Lagi tak sanggup nak beritahu parents. Nanti kena leter sampai terkeluar tahi telinga berketul-ketul, batal pulak wudhu kan. Eh?
Redha. Cari senyap-senyap.
Kawan-kawan dah saiko. "Ko taknak report kat polis kat rumah tu ke?" Amboi!! Aku mampu berdikari tau! (Padahal sebab kecut)
Setelah 2 minggu pencarian gagal, minta tunjuk ajar bos sebab teringat dia pernah hilang wallet dan berikhtiar dengan solat hajat dan bacaan Yaasin. (Untuk cara yang lebih detailed, sila google tentang kaifiat membaca yaasin bagi mencari barang yang hilang.)
Pastu dia cakap seeloknya solat hajat dibuat sebaik saja hilang. Ni dah dua minggu payah lah sikit. Tapi aku percaya pada usaha dan tawakal. Kalau takde, aku redha. Ada hikmah lah tu.
Malam Jumaat solat hajat tapi esok pagi aku bangun dan aku rasa tak ada rezeki aku lah ni. Redha, totally redha. Pagi tu juga dalam pukul 11, aku pergi lah JPNM perak. Renew IC. Dapat lah diskaun 50%. Bayar RM100 + admin caj kot RM10.
Pergi tanpa pengetahuan mak bapak nih. Kalau bapak aku tahu, jenuh nak kena present hujahan lah kan. Bapak aku punya leter memang boleh keluar air mata ikut telinga beb.
Renung lah dokumen pengenalan sementara..
"Melayang RM110...."
Terasa macam tak tenang je hati ni bila berahsiakan hal macam ni daripada mak bapak sekalipun dah setel renew. Weheii gwa ni memang gengster tapi tak pandai tipu omak bapak den.
Esok pagi sebelum keluar rumah (yolah kot mati tongah jalan), aku pun keluarkan dokumen pengenalan sementara tu dan tunjuk kat mak aku yang sedang sibuk vacuum. Dia pun mati kan vacuum cleaner tu dan baca..
"Apa ni?" Dia rabun dekat. Standed ah.
"Dokumen pengenalan sementara. Ayu hilang IC," aku berbisik. Takut abah terdengar.
"Oh.." Ibu lipat kertas tu dan serah balik pada aku lantas menyambung, "IC kamu ada pada ibu, dalam purse. Macamana entah boleh ada dalam tu. Abah kamu kot."
Selamba. Nada biasa. Tiada intonasi berlebihan.
And I was like...
And I was like...
"Ha? Ibu? Kenapa tak bagitau?"
Terkedu. Betul-betul di antara rasa ingin ketawa dan menangis.
"Ibu lupa."
Sambil sambung vacuum..
"Ayu bayar seratus buuu!!"
"Eh? Nasib lerrrrrr..."
Allah.. Ini lah dia. Niat nak selindung dari ibu bapa akhirnya membawa pengajaran.
If only I tried to be honest with my own parents..
Apa pun, syukur IC tak jatuh ke tangan orang lain dan Allah buka kan juga hati aku untuk berterus-terang sekalipun terlewat.
Satu pengajaran. This is something I learned the hard way.
No comments:
Post a Comment