Friday, December 05, 2014

Lelaki lemau.

Do you really judge people by what they wear?

Or have you ever been judged such way?

Like, you wear tudung so you have to be all nice and bubbly? So those who do not wear tudung get to curse?

Just because I am wearing a tudung, I have to be perfect? Really?

And you said I'm being judgemental when I said obese is not a sin? How does that make sense? How about you saying tudung je tak masuk syurga?

Aku pantang betul orang kaitkan spesis perempuan bertudung atau tidak. Sebab aku tak pernah question kenapa orang tu tak pakai tudung walaupun benda tu ko fight la camne pun, hukumnya tetap wajib. 

I don't judge people by their appearances so bila orang nak sound2 pasal imej tudung aku just because I said BODO n JACKASS (because he simply is), confirm gwa panas la bro (ke beruk?).

I don't wear tudung semata-mata nak masuk syurga. It's simply because it's the way I was raised. No one asked me to wear tudung. Benda tak susah nak buat, salah ke nak buat? It's like kita makan nasik dgn tangan pastu kena sound ko ni makan nasik dgn tangan pastu nasi bersepah. Lain kali pakai sudu. 

Perlu ke petik, kau bertudung tapi mulut cam longkang. Kalau camtu aku pon bole petik kat pompuan lain, kau dah lah tak bertudung macam kafir, mulut macam air kumbahan, lagi berkilo la jahanam kau tu. 

Dah kenapa? 

Why must our society become like this? Crap gila. 

Membe-membe twitter aku tweet "babiiiiiiii", "fuckk".. Semua bertudung. Tak pernah terpikir plak aku rasa diorang ni mengalami DILEMA SEORANG MUSLIMAH. 

Dan tak pernah pulak aku nak tweet macam tu. I am being completely myself and so are they. So kenapa ko rasa nak offended sangat? Tak pernah kena carut ke? 

You felt offended by my words but you judged me macam kau lah punya sijil Tuhan macam kau sebut2 tu. What the heck lah. 

Ni baru aku sebut bodo n jackass. Belum lagi aku guna F word. Nasib baik je kau tak encounter the true Pencarut. I dont use curse words regularly pon kau dah melatah mak enon. 

To people yang rasa wearing tudung perlu jadi baik alim sopan santun tawadukk wasatiah, get a life. You dont get to judge us if you think only Muslimah pakai tudung je perlu jadi baik ok. 

Yang tak pakai tudung tetap seorang Muslimah and you don't get to judge them too. 

Kalau aku ni perasan bagus SEBAB PAKAI TUDUNG, aku tak berkawan dengan gay, noks, pompuan seksi, married men bercinta dgn orang lain. Sebab mentaliti aku tak rendah macam kau. I dont judge them like you do. 

TIBA-TIBA KAU NAK PETIK IMEJ BERTUDUNG AKU APE HAL?
Aku beli tudung pakai duit kau ke pon??

Menegur biar cerdik sket k. Biar berotak. Kau terasa dengan benda kecik camtu pon memang kau ni akal cetek laa. Mungkin sebab ego kau melangit tade orang berani curse kau but me. Kesian.

You deserved my harsh words because you claimed that I judged people for no reason when you were the one who was being so judgemental

GET A FREAKING LIFE, BERUK. 


 

Friday, November 21, 2014

Almost.

Dah nak berakhir tahun 2014. 

Tahun ni ada beberapa perkara yang tak berapa biasa berlaku sebelumnya tapi berlaku pada tahun ni.

1. Selalunya setiap tahun annual leaves pasti habis atau kekadang rasa tak cukup. Tapi kali ni, AL aku melebih-lebih dan some of my leaves will be forfeited kalau tak spend by this year sebab dah terlebih daripada jumlah yang boleh dibawa ke tahun depan. 

2. So far, no MC taken. Yes. Alhamdulillah. Kesihatan tahun ni agak memberangsangkan. Syukur sangat. Takde MC tak bermaksud aku tak jatuh sakit langsung ye. Tapi samada jatuh sakit pada hari minggu atau memang malas nak ambil MC. 

3. Menari. Yes. Another thing that I had not done for yearssss but I did it this year. Truly memorable. Menari tarian2 dari era 50an hingga 80an termasuk twisr, rock n roll, cocok langit dan Thriller! Done this before but never thought I'd have the chance to do it again. By the way, we won 2nd place. 

4. Won a grand prize for lucky draw. Rarely happened. In fact, rasa macam tak pernah. Alhamdulillah rezeki. 

5. Kurang bercuti. Takde lah kurang sangat tapi tahun ni takde amik cuti panjang untuk melancong. Paling lama pun empat hari kot. 

6. Got myself a new phone. Setelah bertahun guna iPhone 4, akhirnya aku mengambil keputusan untuk memiliki telefon baru sebab iPhone tu dah nazak sangat. Memang menguji kesabaran sebab dah tak mampu bertindak laju. Alhamdulillah juga for this. (Sebenarnye guna tepon jugak la update belog ni pong)

7. Paling banyak join aktiviti syarikat dan kelab sebagai komiti. Kepercayaan diberikan so aku terima je lah. Tapi di hujung-hujung rasa dah senak juga la. Aku rasa salah satu punca juga la aku tak dapat nak ambil cuti sangat. 

8. Paling banyak menyanyi tahun ni in public. Adeh. Aku prefer menyanyi dengan kawan-kawan je pun time karaoke. Tapi tahun ni gila stage sikit kot hahahaha. Tak sedap mana pon. I don't have stage fright most probably because my mother used to encourage me to be on stage since I was 7 yrs old. Dari sekolah rendah dah meroyan nak perform kot hahahaha. Nasyid, short play, debate, story telling, dancing, pakaian beragam, main alat muzik, apa je aku tak buat haha. 

9. Paling kurang memasak tahun ni. Minat memasak ada sedikit menurun mungkin sebab almost everyday balik lambat sekarang. Weekend pun tak lekat kat rumah. So tak banyak try new recipes. Sobs. 

10. Rasanya tahun ni tahun paling happy aku bekerja di sini sebab dapat kenal true friends aka bff (breastfeedingforever?) dan juga dapat bergaul mesra dengan lebih ramai colleagues. 

Definitely lots more to say but cukup lah 10 points ye dokkk. 



Ok more craps in the next entry. Hahah. 

Tuesday, September 16, 2014

Friday, September 12, 2014

Mid-Autumn Festival


Terjebak dengan mid-autumn festival di tempat kerja aku bebaru ni.. 

Mula berdiri kat belakang dengan rakan-rakan, saja nak tengok apa diorang buat. Sekali kena tarik duk depan sekali. Dan akhirnya kena jadi judge untuk pertandingan cipta lantern menggunakan barang-barang terpakai.

Mak tak kesah, mak ok je hehe.

Layan je la gambar-gambar ni ye. 





Dalam kegelapan, terpalit cahaya. Puii..



Judges dapat lantern free hahahah

I love this piece so much. Using straws!


it's full moon


Bye bye~~

Tak sempat tukar setting hahaha











Monday, August 25, 2014

Cambodia Trip - Day 3 & 4


Ceritera untuk hari ketiga dan keempat ku gabungkan saja sebab day 4 takde buat apa sangat since dah nak balik.

Hari ketiga, kami banyak shopping je. So gambar tak banyak la on this day. Sebelum meninggalkan hotel, kami pergi urut kaki dulu.. sebab dapat pakej free massage. Pagi tu, kami sempat singgah di Wat Thmei (Killing Field). Killing Field ni ada yang lebih besar di Phnom Penh. Sini tak berapa famous sangat tapi kami singgah je la, nak tengok tengkorak punye pasal.








Tak lama kami di Killing Field, then kami memulakan aktiviti bershopping sehingga ke malam. 

Oh ye lupa pulak satu insiden yang berlaku ketika trip ni. Insiden yang mungkin tak berapa asing bagi travellers tegar. Haha. Member aku luggage nye tak sampai-sampai sejak kami mula landing di Cambodia. Jenuh tunggu, dan akhirnya aku cadang kat kawan aku supaya pergi buat report je. Esoknya baru lah dapat beg tu. Jenuh jugak lah sebab baju salin takde, so kena la beli baju baru. Hehe. Mujur lah ada sorang staf hotel ni very dedicated dan dia lah yang rajin follow up dengan airport. 

Aku penah juga terkena kes luggage tak sampai. Aku pergi Singapore, luggage pergi Thailand. I wrote about it here

Anyway layan je lah gambar-gambar di bawah hehe.  



Kedai makan yang halal dekat area night market ni. 

Untuk makan tengahari, kami try Wau restoran.. Sebelum ni dikenali sebagai D'Wau kot? Kami pergi ke Sorphoun Villa based on info yang kami dapat la. Tapi tutup. Kalau tengok kat Trip Advisor pun dah indicate tutup restoran ni. Pastu orang hotel tu explain kat abang tuk tuk kami, then diorang dapat find out lokasi baru bagi restoran ni di Angkor Shopping Arcade. Diorang pun tak pernah pergi sebab tempat baru, katanye.. Nasib baik jumpa!

Sini lah makanan paling sedap kami rasa sepanjang percutian kami di Siem Reap ni. So, it is highly recommended. Menu macam menu kita tapi rasa tak lah sama sangat. Sup ekor dia serius aku sangat suka hehe. 




Interior dia biase je. Tapi yang penting, sedap!

Restoran tu dalam kawasan ni.

Bersama abam-abam tuk tuk


Hari keempat, kami pergi central market jap sebab masih ada barang yang nak dicari dan dibeli, lepas tu kami pun berangkat pulang.


Sayonara, Siem Reap! Thanks for the memories :)







Friday, August 15, 2014

Cambodia Trip - Day 2

Lets continue with Day 2!

Kami decide untuk tak pergi Tonle Sap walaupun ramai tourists akan ke sini. It's because the reviews weren't that great and I think we could expect what to see there. Nothing much. And you need to spend for a few hours just to visit the lake so malas lah. 

On the second day, we called it our Angkor Archaeological Park Day sebab kena allocate one whole day to visit the temples. Luas tempatnya lebih kurang 400km persegi, so it's gonna be a tiring day!

Sebelum masuk Park, kena lah beli tiket dulu. Tiket ada untuk satu hari, tiga hari dan untuk tujuh hari kot. Tu lah punya besar kan.. kalau nak tour semua temples, satu hari tak cukup. Sangat memenatkan. Campur pulak dengan cuaca panas terik. 

Bila nak print tiket, diorang akan amik gambar dulu to ensure setiap seorang tourist pegang tiket yang sah la kot. So muka kita ada lah dalam tiket kita. Mesti simpan elok-elok, jangan hilang (part yang aku paling lemah sekali, seb baik tak hilang).


Kaunter tiket. Kabur sebab lens aku berkabus kat dalam bila tinggalkan hotel. Hampeh tul. 


The ticket. Muka terpaksa dikaburkan kerana tak sesuai untuk tontonan umum hahahah. 

First place kami pergi ialah Angkor Thom (aku terpaksa google sebab dah tak ingat nama dia haha). Gambar sepanjang hari kami tour di sini memang sangat banyak tapi tak mampu la aku nak share banyak kat sini.

Untuk pusing satu park ni, boleh amik tuk tuk, van atau sewa lah basikal kalau rasa fit hehe. Kami pilih abam tuk tuk untuk bawa kami pusing. 

South gate.


A man who can fly ok!

Tak ingat ni temple apa. Bayon ka? haha

Baru satu temple, muka dah berpeloh-peloh.





Kami juga ke Ta Phrom.. sini lah tempat shooting movie Tomb Raider tu. So sini lah paling crowded sekali. Mak aii.. susah aku nak gambarkan keadaannya hahaha. Sebab panas, campur kena menapak, campur dengan macam-macam bau peluh orang..


Diserbu. Aku siap record lg sebab aku rasa lucu tgk diorg menepis bebudak ni. But mmg best buy if u bargain cold-heartedly. 

The entrance.

Dia sental2, pusing2, tempek2, jadi lah lukisan! $5 each.

Full of Koreans!



Dah pancit, kami ke Angkor Wat pulak. Fuh ni lagi la kena menapak jauh baru dapat masuk Angkor Wat tu. Panas dia bukan main-main. Naseb la bawak topi nyonya. Tu pun masih terasa kena salai hidup-hidup.

Ni daripada main road. Nak kena jalan merentasi sungai. 

Dan lepas sungai.. lagi kena jalan, merentasi daratan. Ala 500m je pon.. *nanges*

So kalau lapar, boleh beli ni as ur snack. Sanggup ka? haha.

Dalam ni kami jalan keliling temple.. aku taktau la berapa luas. Masa ni kaki macam rasa tak rasa je dah.

Lepas dah penat dan kelaparan, kami pergi makan. Takde restoran halal rasanya dalam kawasan Angkor ni. So kami decide untuk habiskan tour dan lewat sikit makan tengahari di Restoran Muslim Kitchen. Berdekatan dengan restoran Cambodian Muslim tu. 

Masa kami pergi, half of the restaurant tengah renovate. The smell wasn't really nice. Kurang fresh dan ada bau kucing.






Kami balik rehatkan kaki dan badan, solat dan malam tu kami keluar semula pukul 7.00pm untuk menonton Phare, The Cambodian Circus show. Aku lah yang beriya nak tengok because of the great reviews. Tiket boleh dibeli dengan harga $15 (open seating) atau $35 (vip seating, front center row). 

Apa yang menarik, show ni dibuat dalam khemah circus yang klasik tu, big top tent. Show yang kami tengok tu diberi nama Eclipse. 

The cafe. Such a nice ambiance. Sekali lagi lens aku berkabus daa..







Uh too much testosterone!


Cantik kan!

Kami sangat berpuas hati dengan circus show ni. To us, it's totally worth it. Plus you get to take photos with the actors right after the show. Aku sempat berfoto dengan hero dia yang sengal tu tapi sebab gambar sengal sangat, aku tak boleh nak share kat sini haha. 

So that's about it for day 2.