Friday, January 28, 2011

Along dah nak nikah.

Esok. 

Majlisnya pada 6 Februari .


encik Along yang kadangkala beraksi comel.


Preparation? Boleh kata banyak tak siap lagi kot? Entah. Hahahah. Aku tengok kawan-kawan aku nak kahwin, bukan main lagi kalut la, ke sana sini. Pening itu tak siap lagi, pening ini tak siap lagi. Sakit kepala fikir itu, sakit jiwa fikir ini.

Tapi aku tengok abang aku rilek je. Pasal dia lelaki kot? 

Aku nak tolong pun tak tahu la apa nak ditolong. Kami tak merasa kegelabahannya. Haha. 

Kek dah tempah. Aku order dekat orang yang sama menerima tempahan dari cik abang ketika dia bagi surprise hantar cuppies dulu sebab cuppies dia sedap dan tak manis sangat macam cuppies lain. 

Tapi aku minta nak decorate sendiri. Wah terer sangat ke pompuan ni? Hehe. Nantikan lah.Tak susah sangat insyaAllah. Bukan deco conteng-conteng atas kek pakai doh yang picit-picit tu okey (nampak sangat lah tak pernah baking, maka terma pun main bubuh sendiri. Dah kata blog aku.).

Ok lah bagi mengurangkan kegusaran yang melanda pembaca, khuatir akan kemungkinan aku merosakkan majlis, di sini aku selitkan gambar yang konon-konon aku mendapat idea macam mana nak decorate nanti.





Ihsan Gambar : Tumblr.

Ihsan Gambar: D'muffins

Ihsan Gambar : Wedding53


Ihsan Gambar : Wedding Cakes Ideas



Simple saje dong~! Buh je la bunga-bunga tu. Hahahaha.

Mula aku minta buat stacked cake yang macam gambar pertama tu, tapi rupa-rupanya lagi mahal dari kek bertingkat ni ye. So tak mahu lah. Mahal-mahal buat apa. Kami ni sekeluarga tak suka kek sangat. Mula nak order tiga tingkat, tapi Along tanya balik, "Siapa nak makan?"

Ok tak jadi. Tukar dua je. Itu pun dia tak approve sangat. Dia cakap "Kamu beli kek Secret Recipe pun dah cukup."

Masa Along bertunang hari tu dapat dua ke tiga kek kot. Satu pun tak habis. Huahuahuahuauaha. Ada satu tu mengeras dalam peti ais, tidak berusik dan akhirnya terpaksa dibuang. Kasihan kat orang yang buat kek tu. Penat design je kan. 

Abah renovate sikit rumah. Bilik air kat dapur dah disatukan. Abah tambah longkang-longkang keliling rumah, pagar dan tembok cat baru. Lepas tu, siap tembah bedroom set baru untuk Along. Cantik, colour putih. Perghh..sakan encik Ayob nak menerima menantu yang pertama. (sorry la takde gambar nak share. rumah pun buruk je.)

Sekarang hati sedikit gusar memikirkan mas kahwin Along yang diamanahkan ke atas ku untuk dihiaskan. Esok pagi dah nak nikah ni woi. Apa pun tak buat lagi. Idea idea.. mana kau? Ibu cakap buh dalam frame je. Kawan cakap, itu duit hantaran (atau cheque) yang guna frame. Tapi memandangkan masa dah suntuk ni.. Asal boleh je lah ek? Haha. 

Bila masa aku nak buat ni?

Hari ni kerja. Malam ni ada kenduri sempena pernikahan Along esok. Dan pernikahan Along itu adalah di waktu pagi.

Soalan menguji minda: Kenapa aku tak ambil cuti hari ni?

Yeay. Selamat panik.









Tuesday, January 18, 2011

Your existence gives me hope.


Cubaan mengupdate blog sedang dilakukan di sini.

Konon nak tunggu lah sampai 15 Januari.. Nak create special entry for this blog sebab entry pertama yang aku tulis adalah pada 15 Januari 2004. Kiranya birthday dia lah tu. Cait.

Bukan tak ada masa untuk update tapi kadang-kadang mood tu tak ada. 

Sebenarnya dah buat draft dah pun.. untuk menyingkap kembali memori suka duka sepanjang tahun 2010.. Tapi nampaknya separuh jalan je. Nak tunggu entry tu siap, baru update blog ni.. Memang ku rasakan hingga 2012 lah kot. Hahaha.

Sepatutnya Khamis ni aku ke Universal Studios di Singapore. Tapi akibat masalah disc yang tidak bagus ni, terpaksalah aku batalkan hasrat. 

Sebenarnya dah bayar dah pun duit trip tu. Sedih jangan cerita lah. Frust yang amat-amat. Ye lah, bila dah bayar, kita dah bayangkan kita nak pergi lah kan.. Dah mula fikir, kat mana aku simpan sneakers tu.. Baju apa nak pakai ni.. Imej ape nak bawa ni.. Ala-ala sporty ke.. ala-ala retro ke.. ala-ala alaa kassimmm ke..

Siap dah fikir lah nak tukar duit berapa dollar. Souvenir apa nak beli.. 

Ikutkan hati yang sesangat degil ni, aku sanggup je pergi. Biar lah sekadar berjaya jalan 100 meter je dari entrance. 

Tapi sekarang ni tak boleh fikir tentang diri sendiri je lagi. Kena fikir tentang orang lain yang care pasal kita. Mula dah cancelkan nama hari tu, pastu ubah fikiran nak pergi lah!

Maka aku dibebeli dengan sangat hebat dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Memang pakai battery energizer dia ni. Akhirnya aku tumpas dan mengalah. 

Ye lah kan.. hati dah excited nak pergi, duit dah bayar lak tu. Tak ada refund pulak tu. Sedih lah kita kan. :(

Bukan dia je bebel, ramai lagi bebel. Dan tanya ibu, "Ibu, Ayu rasa nak pergi lah trip ke Singapore tu, boleh-"

"No. Tak boleh."

Ye, ayat saya belum habis di situ. 

Mampukah aku ni pergi USS sebenarnya? 

Sebenarnya naik tangga ke satu tingkat atas dan turun balik, cukup untuk membuatkan aku, "Errrkk.. aduhh aduhhh.. ssss~~!"

Haha sangat kartun kan aku? Apa nak buat.. Kadang-kadang kenyataan itu agak pahit untuk ditelan. Ahaha.

Aku letak je "Haha" tu.. Sekadar hiasan. Sebenarnya aku masih di dalam kesedihan ni. Huwaaaa~~~~

I need a huggg~~~



Juga sekadar hiasan. Pengubat lara.



Wednesday, January 05, 2011

Si Gojes!


Nama dia Raina. Dia suka karaoke. Dia lah kenalkan saya dengan takoyaki. 

Dulu masa kami tinggal serumah, kami selalu karaoke bersama sehingga jam 2 pagi walaupun esoknya kerja. Tiring tapi itulah cara kami reduce stress. 

I miss spending time with her. Masa last jumpa dia, saya peluk dia kuat-kuat dan menangis. Sedih mahu berpisah. Banyak kami share. She's a good listener tau. Saya suka bila dia datang lepak di bilik saya. Borak-borak, baca novel. 

Saya suka mak dia jugak. Haha. Very motherly. 

Masa dia sakit kat office tak lama dulu, hilang punca saya dibuatnya. Susah nak terima berita sedih tu. 

She's a strong person. So strong. Antara teman-teman saya yang terkuat hatinya. Jadi bila saya down, dia antara sumber motivasi dan inspirasi saya. Jika dibandingkan dengan masalah saya, berat lagi apa yang telah dia tempuhi.

Percayalah.

Dia ni baik tau. Understanding. Eventhough temper sikit tapi saya lagi temper meletup-letup la kalau nak dibandingkan dengan dia. 

Tolong ngorat dia secepat mungkin k? Tak rugi punya. Hehehee. Pandai pakai tudung lilit-lilit lak tu. 


Kak Raina,

Saya rindu kat akak tau. Tapi malas sebut selalu sebab ia berpotensi untuk menggenangkan air mata.

Kalau jumpa, nak peluk kuat-kuat tau. 

Doa lah ada rezeki kita berjumpa segera. :)


Akak,

Selamat hari lahir. Mungkin akak rasa harijadi kali ini kurang best untuk certain aspek, but apa kata kita fikir yang indah-indah je? Yang Tuhan pernah Beri pada akak? =)

Saya sayang akak tau. Banyak. Ingat tu.

Take care, sis. Doa yang baik-baik hanya untuk mu. InsyaAllah.

Seseorang share ini dengan saya. Saya mahu share dengan akak juga.





Monday, January 03, 2011

Me and some crappy things.


1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
I don't think so. Try to find someone else who has the exact same name as mine. :)

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Few days ago due to my backpain.

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
No. Ugly ugly ugly. Lately I find that I'm getting lazier to write.

4. WHAT IS YOUR FAVORITE LUNCH MEAT?
Fish. Kat hospital pun mintak lauk ikan je manjang.

5. DO YOU HAVE KIDS?
Belum ade la bai.

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON, WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Hahaha susah siot soalan ni. Tak mau jawab la. Mana la gwa tau.

7. DO YOU USE SARCASM?
Sometimes I do.

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Yah.

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
I would, I think.

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL?
Honey stars. Boleh ratah je. nom nom nom~  (bukan "nam nam nam" ye, uncle? hehehehe~~!!)

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Tak. Nanti kena pijak. Bila nak pakai balik je, baru untie. Tu pun kalau ada tempat duduk. Haha relevant ke ni?

13. WHAT IS YOUR FAVORITE ICE CREAM?
Jagung. Haha. Percayalah. And another one is chocolate chip.

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Their eyes.

15. RED OR PINK?
Pink.

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVORITE THING ABOUT YOURSELF?
My weight.

17. WHO DO YOU MISS THE MOST?
My friends in KL.

19. WHAT COLOR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Dark blue pants. I'm not wearing any shoes. I'm on my bed.

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
My heartbeat that's calling up your name. HAHA Poyo la!

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE?
White. I'll be the last one to die.

23. FAVORITE SMELLS?
The smell of my favourite pillow. Kakakaka~

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Mom, asking me to get down for dinner.

26. FAVORITE SPORTS TO WATCH?
Football definitely.

27. HAIR COLOR?
Black.

28. EYE COLOR?
Dark brown

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Yeah sometimes when I'm in the mood to wear.

30. FAVORITE FOODS?
Banyak lah. Tengah kenyang ni tak minat nak sebut. Nanti loya tekak. Haha. Tah apa-apa pompuan ni.

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Happy ending la. I hate scary movies. Macam $%^&*(&#^%!

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Dekat wayang ye? Hantu Mak Limah Balik Rumah. Ku pikirkan sampah cerita ni. Tapi kelakar gila dol.

33. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING?
Colour ape ni ha.. merah merah oren. haha.

34. SUMMER OR WINTER?
Nak winter selama sebulan je boleh?

35. HUGS OR KISSES?
Both please. I'm greedy. Thanks.

39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW?
Buku yang dah lama beli sampai dah nak kekuningan kertas-kertasnya.. Tangled Up In You by Rachel Gibson.

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Gambar Deco. Aumm~

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Hmm.. Tak tengok TV semalam.

42. FAVORITE SOUND(S)?
Alunan zikir, bunyi seruling, bunyi air.

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
I dislike both.

44. WHAT IS THE FARTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Err.. Hmm.. Singapore kot.

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
I can sing but not up to the professional level definitely. I can crack jokes without realizing it. Haha.

46 WHERE WERE U BORN?
Hospital Ipoh yang kini dinamakan sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun.

48. HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER?
Tanya Allah.