Tuesday, January 18, 2011

Your existence gives me hope.


Cubaan mengupdate blog sedang dilakukan di sini.

Konon nak tunggu lah sampai 15 Januari.. Nak create special entry for this blog sebab entry pertama yang aku tulis adalah pada 15 Januari 2004. Kiranya birthday dia lah tu. Cait.

Bukan tak ada masa untuk update tapi kadang-kadang mood tu tak ada. 

Sebenarnya dah buat draft dah pun.. untuk menyingkap kembali memori suka duka sepanjang tahun 2010.. Tapi nampaknya separuh jalan je. Nak tunggu entry tu siap, baru update blog ni.. Memang ku rasakan hingga 2012 lah kot. Hahaha.

Sepatutnya Khamis ni aku ke Universal Studios di Singapore. Tapi akibat masalah disc yang tidak bagus ni, terpaksalah aku batalkan hasrat. 

Sebenarnya dah bayar dah pun duit trip tu. Sedih jangan cerita lah. Frust yang amat-amat. Ye lah, bila dah bayar, kita dah bayangkan kita nak pergi lah kan.. Dah mula fikir, kat mana aku simpan sneakers tu.. Baju apa nak pakai ni.. Imej ape nak bawa ni.. Ala-ala sporty ke.. ala-ala retro ke.. ala-ala alaa kassimmm ke..

Siap dah fikir lah nak tukar duit berapa dollar. Souvenir apa nak beli.. 

Ikutkan hati yang sesangat degil ni, aku sanggup je pergi. Biar lah sekadar berjaya jalan 100 meter je dari entrance. 

Tapi sekarang ni tak boleh fikir tentang diri sendiri je lagi. Kena fikir tentang orang lain yang care pasal kita. Mula dah cancelkan nama hari tu, pastu ubah fikiran nak pergi lah!

Maka aku dibebeli dengan sangat hebat dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Memang pakai battery energizer dia ni. Akhirnya aku tumpas dan mengalah. 

Ye lah kan.. hati dah excited nak pergi, duit dah bayar lak tu. Tak ada refund pulak tu. Sedih lah kita kan. :(

Bukan dia je bebel, ramai lagi bebel. Dan tanya ibu, "Ibu, Ayu rasa nak pergi lah trip ke Singapore tu, boleh-"

"No. Tak boleh."

Ye, ayat saya belum habis di situ. 

Mampukah aku ni pergi USS sebenarnya? 

Sebenarnya naik tangga ke satu tingkat atas dan turun balik, cukup untuk membuatkan aku, "Errrkk.. aduhh aduhhh.. ssss~~!"

Haha sangat kartun kan aku? Apa nak buat.. Kadang-kadang kenyataan itu agak pahit untuk ditelan. Ahaha.

Aku letak je "Haha" tu.. Sekadar hiasan. Sebenarnya aku masih di dalam kesedihan ni. Huwaaaa~~~~

I need a huggg~~~



Juga sekadar hiasan. Pengubat lara.



5 comments:

uncle said...

let me be the first one ya to hug you.
nah *warm hugsssss*

@yU said...

thank you, uncle. :)

feel warm and better now.

Anonymous said...

meh hug aku meh Yu....sian ko ..what to do...sabar k, ada rezeki pergi lain kalai yer bersama insan tersayag yer..take care..kesihatan itu penting....

schmellow said...

olololo siannyee. tunggu baby kuar, nanti ita pegi sama2 k. untie ayu dokong baby. huahuahuahuahua

@yU said...

anon;
nak nak.. hehe. lama tak rasa kau punye hug.

schmellow;
hahahaha bole2.. breastfeeding pun boleh. kakaakakakak.