Friday, January 28, 2011

Along dah nak nikah.

Esok. 

Majlisnya pada 6 Februari .


encik Along yang kadangkala beraksi comel.


Preparation? Boleh kata banyak tak siap lagi kot? Entah. Hahahah. Aku tengok kawan-kawan aku nak kahwin, bukan main lagi kalut la, ke sana sini. Pening itu tak siap lagi, pening ini tak siap lagi. Sakit kepala fikir itu, sakit jiwa fikir ini.

Tapi aku tengok abang aku rilek je. Pasal dia lelaki kot? 

Aku nak tolong pun tak tahu la apa nak ditolong. Kami tak merasa kegelabahannya. Haha. 

Kek dah tempah. Aku order dekat orang yang sama menerima tempahan dari cik abang ketika dia bagi surprise hantar cuppies dulu sebab cuppies dia sedap dan tak manis sangat macam cuppies lain. 

Tapi aku minta nak decorate sendiri. Wah terer sangat ke pompuan ni? Hehe. Nantikan lah.Tak susah sangat insyaAllah. Bukan deco conteng-conteng atas kek pakai doh yang picit-picit tu okey (nampak sangat lah tak pernah baking, maka terma pun main bubuh sendiri. Dah kata blog aku.).

Ok lah bagi mengurangkan kegusaran yang melanda pembaca, khuatir akan kemungkinan aku merosakkan majlis, di sini aku selitkan gambar yang konon-konon aku mendapat idea macam mana nak decorate nanti.





Ihsan Gambar : Tumblr.

Ihsan Gambar: D'muffins

Ihsan Gambar : Wedding53


Ihsan Gambar : Wedding Cakes Ideas



Simple saje dong~! Buh je la bunga-bunga tu. Hahahaha.

Mula aku minta buat stacked cake yang macam gambar pertama tu, tapi rupa-rupanya lagi mahal dari kek bertingkat ni ye. So tak mahu lah. Mahal-mahal buat apa. Kami ni sekeluarga tak suka kek sangat. Mula nak order tiga tingkat, tapi Along tanya balik, "Siapa nak makan?"

Ok tak jadi. Tukar dua je. Itu pun dia tak approve sangat. Dia cakap "Kamu beli kek Secret Recipe pun dah cukup."

Masa Along bertunang hari tu dapat dua ke tiga kek kot. Satu pun tak habis. Huahuahuahuauaha. Ada satu tu mengeras dalam peti ais, tidak berusik dan akhirnya terpaksa dibuang. Kasihan kat orang yang buat kek tu. Penat design je kan. 

Abah renovate sikit rumah. Bilik air kat dapur dah disatukan. Abah tambah longkang-longkang keliling rumah, pagar dan tembok cat baru. Lepas tu, siap tembah bedroom set baru untuk Along. Cantik, colour putih. Perghh..sakan encik Ayob nak menerima menantu yang pertama. (sorry la takde gambar nak share. rumah pun buruk je.)

Sekarang hati sedikit gusar memikirkan mas kahwin Along yang diamanahkan ke atas ku untuk dihiaskan. Esok pagi dah nak nikah ni woi. Apa pun tak buat lagi. Idea idea.. mana kau? Ibu cakap buh dalam frame je. Kawan cakap, itu duit hantaran (atau cheque) yang guna frame. Tapi memandangkan masa dah suntuk ni.. Asal boleh je lah ek? Haha. 

Bila masa aku nak buat ni?

Hari ni kerja. Malam ni ada kenduri sempena pernikahan Along esok. Dan pernikahan Along itu adalah di waktu pagi.

Soalan menguji minda: Kenapa aku tak ambil cuti hari ni?

Yeay. Selamat panik.









No comments: