Saturday, January 01, 2011

Lagi kisah si pelvis.

HAPPY NEW YEAR!!!!

Haisey~ Lambat pulak saya sambung cerita pelvis ni.

Mintak maaf lah, busy berehat di hospital. Haha.

Okay mari sambung.

Dr Kew pun belek-belek film tu.. dan investigate sikit macamana saya jatuh dan macam-macam lagi. 

Tapi sebenarnya yang saya highlight di entry sebelum ni tu sekadar mengaburi mata anda sahaja. Haha. Saya pun tak tahu apa yang dia tengok kan. Kalau saya tahu, saya dah jadi jiran sebelah klinik dia, jadi ortogedik.

"Your soft bone is cracked. And maybe terkeluar sedikit."

Terus my jaw dropped onto the floor. (hiperbola di sini)

"Err.. bukan sebab muscle ke? Soft tissue ke?"

Dia macam antara nak gelak dengan nak geleng kepala.

"So you kena warded ye? Kena buat physio ni."

"Eh.. Tak boleh lah. I have to go to work."

"If you don't get warded, then how can I treat you?"

"I datang physio je lah. Buat appointment. Tak payah warded." Saya cuba bargain pulak kat sini.

"Sekarang ni physio kita very tight schedule. If you want to make appointment, probably by next week baru dapat. But you need physio immediately. Pagi dan petang."

"Erm.. Actually I just got discharged due to asthma. I taknak lah kena admit lagi." Saye pun tak tahu apa relevant saya cerita ni. Konon minta simpati.

Ortho tu diam. Muka cam tak puas hati.

"Okay today I go to work. Tomorrow I come back and get warded," saya cuba beri cadangan yang lebih menjurus kepada jenaka.

"Macam ni lah. I give you prescriptions but by this Friday you must come back." 

Dipendekkan cerita, saye masuk office hari tu, explained to my boss dan masuk ward keesokan harinya kerana dua sebab.

1. Tak tahan sakit.
2. Pembebel Harapan Terbaik bertukar menjadi Pembebel Terulung Asia Tenggara.


Hospital Pantai ni servis dia boleh dikatakan sedikit mengundang kepanasan hati.

Mula saye dihantar ke maternity ward sebab ward penuh. Fine lah. Saye pun masuk ward bersalin, 4 bedded. Dia cakap by noon boleh tukar. Tunggu lah kan.. Awal-awal saye dah request nak single room. Then by 2 something baru dapat sebab diorang cakap, nama saya dah silap didaftarkan under maternity. Amboi amboi amboi, mentang-mentang badan gwa macam nak bersalin anak kelima. Patut lah nurse panggil puan, puan.

Tapi meruntun jiwa juga lah tengok babies kat situ. Comelnye.. Bila saya nak bersalin ni.. (beranak pun kau belum lah gile).

Pastu bila tukar bilik, diorang bagi bilik 4 bedded jugak. Eep.. ni tak puas hati ni. Berkali-kali saya cakap nak single room. Last-last saya bangun dari katil, pergi ke kaunter.

"I ada request nak single room. Tak dapat lagi ke?"

Pastu nurse tu cakap, "Single room full lah as for now."

"Then can you please put my name under waiting list or whatever?"

Ye, ada nada kebengangan di situ. Then nurse tu cakap, "Ya, we already put your name in the waiting list. We'll inform once dah ada nanti ya."

Ha cakap terang-terang boleh? Takde lah payah aku nak pergi ke kaunter tanya depan-depan.

Doc cakap disc saye pun ada problem. Lepas tu dia pergi tekan-tekan bahagian yang sakit tu, fuh! Mujur tak kena terajang je. So kena buat physio lah pagi dan petang. Masa first time buat traction tu, mak aiiiii.. bestnye lah dia punya sengsara tahap super saiya ketiga.

Hari ketiga di ward, doctor masuk je terus saye minta discharge. Tak tahan lah hai duduk dalam hospital ni ya Allah. Boleh kena permenant head damage. Nasib baik dia bagi jugak akhirnya.

Physiotherapy & Rehabilitation Centre.

Yang ni traction dekat bilik. Kena pakai sepanjang masa. Berat 10 kilo. Tapi aku tak nak pakai. Hahahah.

Masa nak discharge satu hal pulak. Urine test result saya gagal dikesan. Saya suruh cari jugak sampai jumpa. I paid for that. Discharge pulak ambil masa 5 jam. Yeszaa.

Room 2011. Thank God I didn't have to celebrate New Year here.



For those who came to visit me, thank you for coming. And thank you all for your prayer and good wishes. And to you, Pakcik Bebel, I'm sorry banyak buat kamu susah hati sehingga kamu susah nak stop nagging. Hahahaha. Thank you for your prayer, dear.

To my anje si kembar, thank you for your special entry. Ye sekarang anda tahu tahap daya ketahanan melawan kesakitan saye, kan? Hahaha. (Psst.. si atok tu mana larat nak angkat berat camtu. Dia kan slipped disc. HAHA. Tapi nice la spender biru dia. KHAHAHAHAHA!!)

Apa lah nasib kan tahun 2010 ni.. Empat kali masuk hospital.

Dugaan. Aku redha, ya Allah.

But boleh tak lepas ni masuk hospital sebab nak bersalin je?



No comments: