Monday, November 12, 2012

The hard way.

Aku kehilangan kad pengenalan baru-baru ini disyaki hilang ketika menyertai Nestle World Walking Day. Hanya menyedari akan kehilangannya seminggu selepas itu ketika nak register di Hospital Ar-Ridzuan.

Dua minggu aku cari perlahan-lahan dengan harapan aku menjumpainya sebab ini kali kedua aku hilang IC. Kompaun untuk kehilangan kali kedua ialah RM200. Tak sanggup.

Lagi tak sanggup nak beritahu parents. Nanti kena leter sampai terkeluar tahi telinga berketul-ketul, batal pulak wudhu kan. Eh?

Redha. Cari senyap-senyap.

Kawan-kawan dah saiko. "Ko taknak report kat polis kat rumah tu ke?" Amboi!! Aku mampu berdikari tau! (Padahal sebab kecut)

Setelah 2 minggu pencarian gagal, minta tunjuk ajar bos sebab teringat dia pernah hilang wallet dan berikhtiar dengan solat hajat dan bacaan Yaasin. (Untuk cara yang lebih detailed, sila google tentang kaifiat membaca yaasin bagi mencari barang yang hilang.)

Pastu dia cakap seeloknya solat hajat dibuat sebaik saja hilang. Ni dah dua minggu payah lah sikit. Tapi aku percaya pada usaha dan tawakal. Kalau takde, aku redha. Ada hikmah lah tu.

Malam Jumaat solat hajat tapi esok pagi aku bangun dan aku rasa tak ada rezeki aku lah ni. Redha, totally redha. Pagi tu juga dalam pukul 11, aku pergi lah JPNM perak. Renew IC. Dapat lah diskaun 50%. Bayar RM100 + admin caj kot RM10.

Pergi tanpa pengetahuan mak bapak nih. Kalau bapak aku tahu, jenuh nak kena present hujahan lah kan. Bapak aku punya leter memang boleh keluar air mata ikut telinga beb.

Renung lah dokumen pengenalan sementara..

"Melayang RM110...."

Terasa macam tak tenang je hati ni bila berahsiakan hal macam ni daripada mak bapak sekalipun dah setel renew. Weheii gwa ni memang gengster tapi tak pandai tipu omak bapak den.

Esok pagi sebelum keluar rumah (yolah kot mati tongah jalan), aku pun keluarkan dokumen pengenalan sementara tu dan tunjuk kat mak aku yang sedang sibuk vacuum. Dia pun mati kan vacuum cleaner tu dan baca..

"Apa ni?" Dia rabun dekat. Standed ah.

"Dokumen pengenalan sementara. Ayu hilang IC," aku berbisik. Takut abah terdengar.

"Oh.." Ibu lipat kertas tu dan serah balik pada aku lantas menyambung, "IC kamu ada pada ibu, dalam purse. Macamana entah boleh ada dalam tu. Abah kamu kot."

Selamba. Nada biasa. Tiada intonasi berlebihan.

And I was like...



"Ha? Ibu? Kenapa tak bagitau?"

Terkedu. Betul-betul di antara rasa ingin ketawa dan menangis.

"Ibu lupa."

Sambil sambung vacuum..

"Ayu bayar seratus buuu!!"

"Eh? Nasib lerrrrrr..."

Allah.. Ini lah dia. Niat nak selindung dari ibu bapa akhirnya membawa pengajaran.

If only I tried to be honest with my own parents..

Apa pun, syukur IC tak jatuh ke tangan orang lain dan Allah buka kan juga hati aku untuk berterus-terang sekalipun terlewat.

Satu pengajaran. This is something I learned the hard way.






Sunday, November 11, 2012

A real reward.

Haha aritu dah melencong topik kan. Hari ni gwa revise sket je la tajuk entry yang sama.

Alhamdulillah bulan 7 yang lalu aku berjaya tamatkan semester terakhir pengajian Sarjana di UiTM Shah Alam tanpa perlu extend or repeat apa-apa paper.

Syukur alhamdulillah. It wasn't easy, the journey. Bukan sebab ambil Masters ni sesuatu yang susah. Trust me, it's so much easier than taking degree yang satu sem sampai tujuh lapan subjek tu.

But untuk berikan commitment. Untuk korbankan masa dan tenaga. Part timers are having so many more challenges compared to those who do full time. Mana nak kerja lagi, yang dah kahwin tu nak kena jaga laki anak-anak lagi. Weekend nak socialize memang takde harapan la sebab sibuk ke kelas atau yang buat research tu, time hujung minggu je lah pun nak mengadap journals.

Aku pulak takde laki nak dijaga. Orang cakap senang lah kau nak belajarrr.

Well, maybe. Kalau aku tak perlu travel 200km for one way untuk ke kelas. Which means 400km for one round trip.

Duit. Tenaga. Masa.

Kalau rasa tak mampu nak berkorban ketiga-tiga tu, mungkin susah nak sambung belajar.

Kalau shah alam tu ade LRT dari KL, senang tak payah drive. Memang ada komuter tapi hari Sabtu, dari dalam kampus UiTM tu bukan lah senang nak dapat bas. Ko ingat komuter berhenti depan guard house uitm? Ekekeke.

Kelas pulak sampai 6.30 petang. So my dad lah yang paling banyak tolong aku. Yelah tak percaya anak dara dia boleh travel ipoh-KL tengah malam kan. Tapi dah hujung-hujung pengajian I managed to gain his trust and I started driving by myself. Tawakal lah. Kalau siang hari tu takpe la lagi. Ni keluar pukul 5.40 pagi (kelas start pukul 8).. Dan balik selalunya dekat-dekat nak Maghrib. In other words, keluar rumah hari masih gelap, balik rumah hari dah gelap.

Tiring. Pernah lah kena tahan polis. Tapi sebab bapak gwa pesara polis, so takde la gugup dengan diorang ni. Be transparent. Cause korang kencing macamana pun polis ni, they can tell that you're bluffing. So tak payah la perasan korang adalah pelakon terbaik filem. What I did was simply apologize for speeding and told him I was alone and I have class at 8am at UiTM. The police understood and let me go. With condition of course, to stay within the speed limit (which I couldnt do).

Dan pernah juga surat saman sampai rumah. I HAD to speed. Otherwise aku akan tertidur. I had tried. Believe me. To stay within speed limit. Memula maintain 110... Lama-lama kaki cam dah tak bape larat nak tekan minyak. Mamai... Decline ke 100... Tiba-tiba je turun ke 80km/sejam n I was so close to reach the dreamland.

Mengantuk sangat-sangat! Ye tak ye gwa speed lah. To stay conscious, I need to drive at least 125km/hr. Biasanya 130 ke atas. Its not that its fun to speed. But I really did try. Mujur je panjang nyawa tak terlelap.

So I wasnt surprised surat saman sampai. And kena justify la dekat polis kat rumah tu kan. So I told him my situation. Kena bebel la. Tapi yang lebih-lebih bisingnye tuan punye kereta la kan. Hahahaha.

Maklum la kereta ku dah berusia 13 tahun masa tu. Mana mampu long journey heheii. Pinjam aje la kereta orang kannn.

Tak besar mana lah dugaan aku tapi tempoh yang lama tu memang menuntut kesabaran. Pulak tu, time aku sambung belajar ni lah ramai sibuk nak kahwin kannnn. I missed lots of my friends' weddings. Ok well, most of them.

Ponteng je la kelas!

Tu orang provoke aku lah but ko ke bayar yuran aku? Hahaha.

And no. To me, this is my life, my commitment and my target. Kalau aku ikut cakap orang dan aku gagal capai apa yang aku nak, orang2 yang kahwin ni nak bagi apa kat aku? Haha. My failure, can you feel it? Would you let me share it with you? Would you even know how it feels?

And datang kelas bukan duduk nganga je. Kelas adalah tempat untuk debate, discussion, presentations etc. Di situ lah berlakunya knowledge exchange. You can't repeat it at the next class.

Memang frust bila kawan baik sendiri kahwin dan aku tak dapat pergi. But tak apa lah. Thats your commitment and this is mine.

Belajar itu juga sejenis ibadah. Menuntut ilmu. Jadi kena ikhlas. Lillahitaala.

Masa final sem, aku start project paper aku agak lambat and I had to pay the price lah kan. Hujung sem rasa nak gila. How crazy?

I had to change my title to completely a different one just one week before submission date.

Yep.

Crazy?

I did the paper within 5 days which was supposed to be done in 4 freaking months. That was the risk I took cause my supervisor asked me to choose. Proceed with the current title which I had to do so much more studies or change to a new one

Apa lagi, berkampung lah aku kat Shah Alam seminggu di Hotel de Art. Ha berapa aku habis untuk bayar duit bilik je. Sampai aku nak muntah duduk dalam tu. Luckily lah time tu musim Euro 2012. Sempat lah kul 2 pagi turun ke kopitiam tengok bola.

A complete mess I was.

Tu lah antara tips dan pengalaman yang aku boleh share lah kalau korang rasa nak sambung belajar. Selain itu, kalau korang nak sambung belajar :

1. Bersedia lah untuk berkorban dari segi masa, duit dan tenaga. Duit tu jangan risau sangat lah. Berpegang lah pada niat belajar. InsyaAllah Allah akan ganti balik semua tu.

2. Belajar bukan kerana terikut-ikut dengan orang. Tapi kerana memang diri sendiri yang nak belajar. Kalau belajar sebab terpengaruh atau rasa cam tanak orang lain lebih daripada kita, tak payah.

3. Ambil pengajian yang memang korang minat. Bukan sebab suami/isteri suruh. Kalau dia suruh dan memang korang minat, then its a motivation. Not a force. Jangan pernah rasa terpaksa dalam menuntut ilmu.

4. Choose wisely. Kalau masters, nak buat coursework plus thesis or full thesis. Faktor utama yang korang perlu ambil kira termasuklah tahap komitmen yang korang mampu berikan. Kalau rasa diri kena ada enforcement baru boleh disiplin, maybe patut ambil corsework. Sebab korang perlu ke kelas. So malas ke tak, kena pergi. Macam aku ni nak harap inisiatif sendiri nak read hundreds of journals dan masa pulak bergantung pada aku, alamatnye tak grad lah.

5. Bersabar lah. Kalau lah kata tiba-tiba termengandung time belajar, dugaan agak kuat. Perlu banyak bersabar. Macam aku, tengah belajar tiba-tiba pindah ke Ipoh. Kalau tak sabar, memang tak habis kot.

6. Kurangkan aktiviti sosial. Weekend sibuk ke kelas atau waktu yang sesuai untuk buat thesis. Jangan lah aktif sangat nak keluar tengok wayang, main bowling, lepak kedai mamak. Nak boleh, but agak-agak lah. Kalau tak nak bersengkang mata tak tidur buat assignment sebab esok dah dateline, sacrifice lah dulu keinginan anda nak berjimba-jimba tu. Atau bagi yang buat coursework, time cuti mid term atau cuti akhir sem, ha berseronok lah. Assignment bukan macam degree ye. You need to do lots of reading and research before you start writing 5000 words of essays. Or even more. Masters banyak kena buat term papers. Berjinggut lahh weheii.

7. You need to read. Yes. No matter how much you dislike it. Baca pulak bukan style penulisan JK Rowling mahu pun Neil Gaiman ye. U gotta read lots and lots of journals and you gotta know where to find them.

8. Ask yourself, kenapa nak sambung belajar? If buat Masters, you gotta decide why you wanna do masters. Adakah sebab nak jadi lecturer? Nak buat PHD? Atau sebab nak jadi manager? Nak jawatan management level dalam industri? Cause it determines what type of studies you should go for. Full thesis or coursework.

9. Time management. Well yes. Kalau part timer, tak boleh manage time, anda akan depressed. Know your limit and capability. I din say buat kerja last minute tu tak bagus. But pastikan korang works best bila? Last minute atau awal? Some people, last minute baru idea macam gaban keluar menderu-deru especially part menggoreng lah kan haha.

10. Communication. If you go for coursework, its better if you can speak at least basic English (kecuali lah korang belajar kat university yang medium of communication adalah bahasa melayu). Apa bahasa sekali pun, perlu ada confident untuk bercakap sebab coursework banyakkkkk presentations. And if you present by reading your slides, nasib tak baik memang kena hentam direct je dengan lecturer. Cause you're an adult. You should know how to present your ideas spontaneously cause its your own work! Kalau rasa tak bolehh sangat, then memorize lah siap-siap. Dont show to your lecturer that you are not well prepared.

Ok lah. Cukup lah aku bebel kali ni. Macam ada orang nak baca je hahaha. Siapa je lah yang baca blog sekarang ni compared to twitter and facebook. But ini lah yang buat aku rasa lebih bebas bercerita.

Via app pun berjela dol.











Monday, November 05, 2012

A reward.

Lately ni aku rasa lebih rajin nak update blog guna iphone app je daripada duduk properly mengadap laptop dan layari www.blogger.com/home (taip manually noks) walaupun takde lah kerap mana pun aku update haha. But if takde app ni lagi malas kot nak mengarang.

Antara faktor kemalasan ni aku rasa sebab aku adalah seorang pengguna twitter yg agak tegar. Agak je la. Sebab bebaru ni aku tahan 5 hari tak tweet. I could go longer but ada orang sudah sedih laa bila tak nampak tweets aku kat timeline dia hahaa.

Why?

Aku adalah seorang yang tak suka terlalu clinging dengan sesuatu kebendaan. Contoh, social networking. Facebook. Twitter. Tumblr. Even blog.

Its like can you live one day without Facebook? Tanya soalan ni pada orang-orang yang benda pertama buat kat ofis adalah bukak Facebook.

I am Twitter freak. Dulu sampai satu hari tu kena ban la dengan Twitter from tweeting sebab dah exceed total tweet counts for one day.

When I realized tweeting is always the first thing I do to start my day, I knew I had to slow down. Dulu, when Twitter was still a virgin, I woke up and checked my Twitter. On bed. Before my eyes were 100% widely opened. When I was still under my blanket.

Kan bagus kalau addicted to reading macam tu sekali. My writing skills are slowly declining due to lack of reading compared to last time. Duh.

I once closed my Facebook for 3 months and had to reactivate it back cause my lecturer when I was doing my masters needed to form a group in Facebook. Reluctantly reactivating it I must say.

(God I really need to start sleeping with books again)

Addicted to social networking sites is not healthy. At least to me.

Bukak timeline je, baca cerita mengarut. Daripada gambar2 susu mak budak yg penuh peti ais hingga ke "LIKE if you wanna go to Mekah". Seriously guys!!! Do you really have to do that to prove your love to God?

This is between you and God.. entah ler. This is just my two cents. Do u think God will question you about ur prayers or about how many times you click LIKE in Facebook?

There are so many ways. So many ways God told us in Quran to show our love to Him.

Dan bagi aku, ibadat ini satu rahsia. The more u keep it to urself, the higher rewards you'll get. Penah dengar tentang jika kita ingin berbuat kebaikan dgn tangan kanan, seboleh-bolehnya tangan kiri pun tak tahu tentang kebajikan yang kita buat? Yes to that extend.

And no. If I ever get married and have kids, there is no way I'm gonna share with everyone my milk that I pump out from my BREASTS.

My dad has my Facebook.
My brother.
My lecturer.
My silat trainers.
My male cousins.
My swimming coach.
My male colleagues.
My boss.

Just. Euw.

Bagi aku, ini hak aku, anak dan suami. Takde sapa perlu tengok kot.....

Haha.

Sorry dear friends who do this a lot. This is truly something that doesn't go my way.

You have all the reasons to do it. Silakan. :) But I can't find any.

Maybe sebab naluri keibuan sangat kuat till u have this strong urge to share it with the whole world?

Seriously korang nak tunjuk apa sebenarnye?? LOL.

Did you ever think perasaan orang yang kahwin bertahun2 tak dapat anak?
Those who cant get pregnant?
Those with breast cancer?
Those yang memang tak dapat produce breast milk?
Those yang masih ada susu tapi kematian anak?
Those yang tak mampu nak beli breast pump?
Those yang kematian isteri?

I'm just wondering. No hard feelings ye ladies.

I asked those moms, at my mom's age, would they share it? They didnt answer. They only gave this weird face as if I just asked a very rude question. I still remember my mom's eyes went bloodshot.

But I think I'm in a tiny group to think this way. So please dont be bothered much alrite? ;)

There's another trend people do in social networking sites. They pray.

But I have one reason I believe why people do that. Kita yang baca ni insyaAllah tolong Amin kan. Moga lebih panjang doa tu.

So its totally okay with me. But dont only recite your doa there. :) There's always a better place and time.

Kalau tak, susah-susah je Nabi nego dengan Tuhan kan untuk kurang kan daripada 50 ke 5. :D

And you know what?

Sebenarnye aku nak cerita pasal Masters aku hence the title "A reward". Tapi dah ke laut laaa pulakkkkk.

In the next entry insyaAllah.

Before I end, please forgive me for my words and opinions. I know I will hurt lots of people coz of this entry.

Maaf ye!

Hugsss.


And now I gotta start asking myself this:

Can I live without the Internet?








Friday, November 02, 2012

Once you see him, nothing can save you.

Movie Review.

Lama tak buat sey. Kali ni malas nak cakap omputih sangat. Pasal aku dah makin fedup dengan komen2 spam yang selalu attack entries yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Sebab tu komen di blog ni perlu approval but notifications dapat komen spam ke inbox tu yang tak lalu tu. Seolah-olah inbox aku pulak kena spam kan.

Paham ke? Takpe. Takyah fokus sangat apa aku cakap tadi.

Anyway, aku nak cerita pasal filem Sinister. Ha? Tak pernah dengar ye? Hari tu, aku pun tak pernah tapi cerita tu tengah ada kat wayang and I decided to watch it sebab tetiba hari tu rasa cam, "Eh nak tengok wayang."

Paham tak, paham tak?

It's a horror movie. Lama pulak tak layan cerita hantu mantu ni. Dulu masa belajar, boleh kata aku tak berapa ada perasaan bila tengok cerita hantu.

Tapi sampai lah someone I'm close with sakit terkena benda-benda ni dan aku pun dah banyak kali witness masa dia sakit (gwa kena tendang, gigit tu kira perkara biasa haha), aku pun dah jadi goyang nak tengok cerita horror ni. Hahaha.  Sebab buat aku teringat-ingat kisah dia.

So aku tengok cerita tu pun siap selubung muka dengan tudung and made a tiny hole out of it, just enough for Ethan Hawke's face. Haahahaa.

But bila part the ghosts starting to come out, aku dah mula rasa tak boleh blah bebudak hantu ni berlakon. Overdo it. Struggle nyeeee nak buat renungan paling tajam.

Anyway, secara overall, peminat horror movie boleh lah kot nak layan cerita ni. Tapi cerita ni sesuai untuk mereka yang dah lama tak tengok horror movie cam aku hahaha.

Cerita hantu sekarang ada satu style.

Hantu tak banyak keluar. Yang banyak, scene terkejut-terkejut.

Paham tak, paham tak?

Scene macam tu, tak semestinya involve kemunculan hantu tapi sebenarnya scenes saspen macam ni la yang buat orang cuak gila nak  tengok.








Tapi aku dah dapat solve the mystery way before they revealed it.

Part ending, lain sikit daripada kebiasaan. Tapi menyebabkan penonton yang suka happy ending akan tak suka ending filem ni. So those yang hati jiwang nak happy ending je, sila jangan tonton cerita ni.




Part ni lah buat aku ketawa.



Ok lah.. review Skyfall pulak. Nak?

Haha. Tak payah dulu lah kot. Nanti jadi spoiler.

Ada orang suka, ada orang tak suka. Ramai yang tak suka. Tapi aku suka. Sebab aku jiwa old skool sket kot.

Ok till next time y'all!




Images googled. TQ.