Monday, December 13, 2004

Akur Tersungkur


merenung amarah itu
mustahil tercetus damai
hilang sebuah maruah
alasan bongkak menentang jahiliah
jari menuding
salahkah arah
mana bisa mengaku
jatuh tersungkur tegak berdiri
jatuh kembali menyembah bumi
berbisakah perjuangan itu
kecut perut menangkis kebenaran
lantas dibiarkan segala tergadai
bukan mahu melihat sandiwara
bukan dipinta ribuan persemadian
enggan bersatu melawan syaitan
bermaharajalela seantero buana
siapa bersalah
siapa mengalah
tiada siapa akur beralah
menindas memijak
alpa siapa yang lebih berkuasa


- Ayu Fieda -

Friday, December 03, 2004

Indahnya Syawal...



Bulan Syawal dah nak habis tak lamer lagi.. tatau laa masih ade kemeriahan hari raye dlm diri korang ke tak.. Tp pada aku, aku masih rasekannye.. Maklum la.. duk dengan family.. br beberapa hari lepas ibu aku buat open house utk kekawan dia.. and this coming Sunday, ada satu lagi open house..this time utk kekawan ayah aku pulak, dan maybe utk reporters skali. Haih... penat ler jawabnye.

Dalam entry kali ni..aku 'summarize'kan je lah aktiviti ape yg aku penuhi sepanjang minggu Syawal yg pertama.. hehe.. I hope it's not too late.

Aku balik sminggu sblom raye.. kire awal gak ar sbb ikutkan cuti MMU yg ciput tu, dua hari sblom raye, baru cuti. Hari aku balik tu, kitorang berbuke kat luar.. Restoran ni kena tempah siap-siap so bile datang tu, semua dah tersedia.. Tinggal nak tunggu nganga mulut je la. Seminggu sblom raye, bermule lah preparation.. tp umah aku ala kadar je lah. Yg penting kemas dan teratur. Hari terakhir Ramadhan, tengahari lagi aku dan ibu dah sibuk di dapur. Ape lagi...esok rayelah katekan.. hari tu mestilah sibuk prepare nak masak menu raye. Menu tahun ni, ibu pilih dua jenis rendang – rendang tok [rendang tradisi Perak] dan rendang ayam [ala masakan Perak jugak], nasik impit, kuah kacang, gulai lemak [untuk lontong], laksa dan memacam lagi. Penat woo...seharian duduk kat dapur..tapi cam lupa aritu puasa sbb excited nak raye.

Malam raye, cam kebanyakan orang gak.. aku ngan adik sibuk menampal kad-kad raya ayah aku. Pening jugak nak pilih mana yg lawa, sbb beratus kad raya yg die dpt. Aku tertarik dgn dua kad raya.. satu drpd MB Terengganu dan satu lagi dari hakim kat sini. Kad drpd MB tu simple je.. berwarna putih..ada ribon warna kuning dan hitam..dan yg speselnye, ditulis dalam bahasa jawi. Baru tersedar betapa dah lamanye tak baca jawi. :P Kad dari hakim tu pulak, dah tak macam kad.. tapi lebih kepada kalendar berbentuk empat segi yg boleh ditegakkan. Kiranya boleh dijadikan hiasan meja lah.

Lepas Isyak, orang-orang datang untuk takbir raya.. Alhamdulillah. Rombongan tu takbir di tiga rumah..termasuk rumah aku. Walaupun tahun ni tak dapat balik kampung, tapi seronok jugak dapat beraya di tempat orang. Orang datang tak putus-putus masa raya pertama dan kedua.. sampaikan family aku tak berkesempatan nak amik gambar raya ape lagi nak buat sesi bermaafan tu.. Asal nak duduk mintak maaf je, orang bagi salam. Nak buat camne.. itulah yg paling aku frust skali. Kitorang adek bradek mintak maaf kat ibu dan abah pun dalam keadaan tergesa-gesa. Aku hanya sempat mintak ampun kat abah pukul 1 pagi raya ketiga. Masa tu dah nak tidor sangat. Tapi pikirkan selagi tak minta maaf, aku tak leh tido lena, aku terus hulur tangan kat abah. Abah dan ibu gelak jer.

Raya ketiga, barulah kitorang balik ke kampung ibu.. di Ipoh. Memang lah excited tak terkira. Sedara mara kat Ipoh pun dah asyik call suruh balik. Biaselah, kalau dah close, kurang sorang, mesti rase tak kena. Sepanjang perjalanan, jalan asyik sibuk jer.. ade eksiden.. ade kete mati tengah jalan.. ada road block.. memacam lah. Sampai di Ipoh, kitorang terus ke rumah Mak Tam.. sebab ramai tunggu kitorang kat sane. Seronoknye mase tu.. rumah jadi bingit sebab semua sedara mare serbu bile dgr kitorang dah sampai.

Raya kelima, bermulalah agenda kitorang. Mak Tam ajak kitorang ke Teluk Senangin.. [dekat² dengan Lumut] Bestnye.. Dah bertahun-tahun tak mandi laut.. so lantaklah sunburn ke.. hape ke.. akan ku redah jua lautan itu. Hehe. Kitorang lunch reramai kat sana.. pemandangan pun cantik.. sampai je sane, rasa dah tak sabar nak terjun laut. Pas makan, aku dgn sepupu sepapat aku berendam sepuas-puasnya. Cuma yang tak bestnye abg aku, Along dgn sepupu aku, Nurul tak dapat join. Mandi laut ni yang tak bestnye tu lah.. airnye masin.. terpakse plak berpanas terik. Tapi yg paling tak best.. ntah camne kaki kiri aku luka-luka macam terkena duri. Nak kate batu karang, takkan lah sampai adek aku kene kejar dgn benda misteri tu? Mak Long cakap aku kene ikan buntal.. tunang kak Ngah, abg Rosdi pulak cakap, landak laut. Ntah la.. berdarah jugak la. Aku naik kejap tampal plaster.. pastu aku terjun ar laut balik.. Haha.. dulik ape.

Esoknya pulak.. aku dgn ibu, adek bradek dan sepupu-sepupu aku main bowling pulak. Hehe.. Lama sangat dah tak main bowling dengan diorang. Best memanglah best.. tapi ari tu memang hard luck la bg aku. Spoil gile lah aku main... banyak masuk longkang daripada kena pin. Hahaha.. Apsal tah. Cam tak serasi langsung dgn bola-bola tu. Bebaru ni aku main dgn kekawan dekat Mines ok jer..although I'm not an expert. :P Main dari skolah lagi, tapi still hampeh gak. But hey, it was fun.

Okey ar...aku nak kasik korang view gambar pun..aku tak upload lagi.. So nanti dah upload, I'll update this entry for changes. Daa~

Tuesday, November 23, 2004

# Sudut Mari Merenung Pepuas #



MEMAGARI DIRI DARI SIHIR


Semoga bermanfaat...

(Imam Malik)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw."

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".

Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.


Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.

Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"

Riwayat al Bukhari dan Muslim.


Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.



Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.


Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu". Riwayat al Bukhari.

Saturday, November 06, 2004

Salam Lebaran






Tak sabar rasanye nak balik esok.. yeayy~!! Macam2 menda dalam kepala ni yang nak dibuat bila dah balik nanti.. Tahun ni, buat pertama kalinye aku sambut raya di negeri orang, Terengganu.. Hurm.. tak tau la best ke tidak. Fikir-fikirkan memang aku sedih lah sebab tak dapat balik beraya di Ipoh.. Mungkin pas seminggu raye kot baru balik sana. Tu pun kalau ayah aku dapat cuti.

Sebelum aku balik ni.. aku nak buat ucapan raye kat semua member-member yang jauh yang dekat.. yang dah lama tak jumpe.. yang tak pernah jumpa.. mahupun yang baru jumpa smalam.


My triplets... Sha n Fiza

Sedar tak sedar dah 3 kali Ramadhan kite sambut sama-sama.. buka sesama.. beli makanan sesama meredah hujan sampai kuyup...yet is was fun. cuma maybe Ramadhan kali ni, kite jarang dapat bersama bertiga.. sbb memasing dah duk tempat masing-masing. Tp kite masih gile-gile cam dulu kan? Aku rase seronok sangat sebab dapat kenal korang sejak Alpha lagi.. banyak sangat memori.. best.. sama-sama kongsi cerita.. suka duka.. Harap sangat friendship kite kekal sampai bila-bila. So aku mohon maaf kalau selama kita kenal, aku penah guris perasaan korang.. Aku sayang korang cam aku sayang keluarga aku.. Kan best kalau time raye kite leh duduk serumah, masak sesama.. hias rumah sesama.. hidang makanan sesama...


Syakiera

Argh..my beloved soulmate. Ekeke.. rindunye kat ko.. Thanks sebab call aku tadi sebaik saje aku ngadu aku tengah rungsing dengan macam-macam masalah. Aku harap sangat cuti raya ni leh jumpe ko.. alang-alang dah berjiran negeri tu.. hehe.. Tak sangka kite leh close dari sekolah sampailah saat ni. Aku percaya aku tak salah pilih kawan by the time aku kenal ko. Ko je lah yang paham segala masalah aku.. u're good listener.. u're the best part of me which I love day by day. Tak sabar nak tunggu ko pindah Shah Alam.. hari-hari gak aku runner sane pi jumpe ko. Hehe. Salam kemaafan dari aku kalau-kalau aku pernah kecikkan hati ko... penah hilang di saat ko memerlukan aku.. I'm truly sorry.


My beloved housemates..

Hoyeah..aku antara yang terawal balik beraye.. hehe.. fair lah kan? Korang tiap-tiap minggu balik.. kali ni aku cabut awal la. Hehe. Walaupun baru beberapa bulan duk dengan korang.. aku rase seronok sangat.. sebab korang semua gila-gila.. Tak banyak karenah.. dan enjoy selalu. Kalau aku ade wat silap.. aku mohon maap la yer.. Aku nak celoteh panjang-panjang pun tak tau nak cakap ape.. sebab aku dah paste kad raye untuk korang kat dinding.. hehe.. [aritu aku dpt nightmare ade orang cabut kad tu..dengki punye pasal. ]


Geng Bangbros

Perrghhh..stylo siot nama geng diorang ni.. sape kasik ek? ekeke.. sesuai la dgn orang-orangnye yg stylo milo tu gak.. Anyway.. thanks guys sebab sentiasa sudi lepak dengan kitorang.. Korang memang best.. sporting.. dan gegile..

To Apis, tak sangka kite leh keep in touch selama ni.. thanks for everything.. aku tau ko jenis ingat kawan. Ko seorang kawan yg sgt baik.. so aku minta maaf kalau slamer ni asyik aku yg lukakan hati ko. Kekadang ape yg jadi tu, bukan atas kemahuan kite.. u know dat.. aite? Kalau ade problem, I'm always here for u. Stay kewl slalu.. kalau terlajak beraye sampai Ganu..calling2 ar.. dtg beraye umah aku.. hehe. Tp aku tau ko hepi ar pasal this year ko tak balik sane. Anyway, I do value every second we treasure together. Gonna miss ya, friend..

To Fara, Ayu sgt hepi bile tgk Fara dah gegila macam dulu balik. Seb baik kite tak pecah perut ketawa dua tiga hari ni ye? Lawak laa.. tak larat dah nak gelak.. Dalam membuat lawak2 ni, u're the man! Hehe.. Ayu mintak maap kalau2 ade gurauan Ayu tu melampaui batasan ke..wat Fara terasa ke.. hape ke... [ye lar..sape suh up orang lelebih ] Maaf zahir batin lah kalau di'short-form'kan ek! Hehe.. Aaar..satu lagi, thanks for willing to listen to my problem.. hehe.. lega rasanye dpt luahkan masalah kat Fara. Kite senasib lah.. tak dapat balik beraya di kampung halaman.. Alahai..cedih lah.. Nak wat camne.. redha je la ek! Nanti kem salam kat OC Cheras ye.. Mueheheheh!

To Amin, wassup dawggg?! It's me bro, Jess here. Hahahaha.. Eleh berlagak ek tanak join kitorang lepak aritu dan smalam.. Takde la..juz kidding. Err..pasal kejadian smalam yang you dapat call kul 4 pagi tu oleh kekawan bertuah lagi berhati mulia kite tu, sape lagi kalau bukan cik Yana n Fara.. seriyes I taktau pape.. Diorang tu dah tade keje ar tu.. But u're cool aite? Lupe lak alang2 smalam patut mintak mahap.. dah nak raye dah ni.. Lagi bape jam je ni I nak blah Ganu dah ni.. hehe.. So mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..pastu buat u-turn.. sampai ujung rambut balik yer. Hehehe.. Take care dude!



Geng Hakuna Chiqaqa

Aku tatau ar geng kite yang seramai brape belas orang ni wujud lagi ke tak.. atau sekadar tinggal nama je.. but hey, I'll never forget u guys.. Kite terlalu byk kenangan2 yg best sejak Alpha lagi.. eventhough skang ni kite dah tak close.. tp tu bukan alasan utk kite tak bertegur antara satu sama lain betul tak? Ye lah....manusia berubah.. Tapi kekadang perubahan yang tak best tu kite tolak tepi lah .. rite? Kite penah close gila-gila dulu... makan sesama.. lepak sesama.. sahur sesama.. borak sesama.. So takde sebab kenapa ada antara kite yang dah tak reti nak bertegur bile terserempak kat kampus. Dah lah skang ni susah nak jumpe.. ade plak yg wat2 tak nampak je bile berjumpe.. Kenapa ye? Susah sangat ke nak bersuara..atau nak mengukir senyuman kat bibir tu? Thank God lah rata-rata tak camtu.. Tak bestlah..kite kan kekawan.. dah nak beraya dah ni ha... Jangan menyombong.. takde gunenye pun.. Aku mintak maaf kalau aku ke yg puncanya [wallahualam].. tapi aku tak penah langsung berniat nak guris hati sesapa.. Aku still syg kat korang lagi..



Kekawan MMU

Kepada kekawan yg kenal aku kat MMU.. baik kat kampus Melaka maupun CJ..thanksss for everything.. Korang memang rockkk ahh! Hehe.. Nak sebut nama kat sini.. takut ade nama yg tertinggal.. so if u're reading this.. yes this is specially dedicated to you.. Dalam paler aku ni, aku ingat banyak sgt nama.. believe me, u're one of them. Maaf zahir batin atas segala salah silap. Kekawan yg duk Tengganu tu.. meh datang umah beraye yer.. tak jauh... dekat je. Hehe..




And lastly to all [gosh I'm running out of time here.. nak blah dah ni].. yang saye kenal melalui dunia cyber ni terutamanye.. dari YM ke.. blog ke.. email ke.. Friendster.. Myspace.. dan segala ceruk alam IT ni.. saye mintak maaf kalau saye ade mengguris hati sesiapa.. To a friend of mine.. yg saye pernah terserempak dua kali tu.. saye minta maaf sgt.. bukan niat saye nak lari drpd awak.. tapi erm.. saye takde kekuatan nak tego awak.. sorry ek? Len kali insyaAllah saye tak buat lagi..


Ok ok ... ni last.. aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuaaaaa yang membaca blog ni.. tak kire kite penah jumpe ke tak.. tak kire kite kenal satu sama lain ke tak.. aku sangat menghargai setiap kunjungan ke blog ni.. korang memang best ahhh.. I'm sorry if I miss anyone.. Raye jemput datang umah..


Err..to my parents, brother n sister, here I comeeee!! Ohoo Along berlagak ye die dah balik dulu..cis cis dan cis lagi.. Tak sabar rasanye nak pijak bumi Kuala Terengganu tu.. Homesick tahap ungka terkena bird flu paras bahye dah ni. Ibu, Ayu ade banyakkkk sangat menda nak cerite kat ibu.. Life has taught me how to appreciate you more.. I love you every single day more than you could imagine. You're my life.. my soul.. my everything! MUAHHH!!


Ok.. ni address umah aku.. kot kot yg nak dtg beraye ke.. yg nak bagi kad raye ke.. hahahah!

528, Lorong Gemia,
Jalan Panji Alam,
21100 Kuala Terengganu.


Salam Aidilfitri..Maaf zahir dan batin..




Tuesday, November 02, 2004

October






Skang ni dah tak reti nak berceloteh lah dalam blog... so ni la antara aktiviti2 kehidupan aku selama sebulan yang lalu.. hehe..

Lalukan cursor kat gambar untuk baca caption.. :D Sori lah gambar kecik-kecik jer.. sebab nanti berat lak blog ni..susah nak view, tak best lak kan? hehe..

Sunway Lagoon [2 Oct 2004]

Bulan lepas.. kekawan dari MMU Melaka datang jenguk kitorang kat Cyberjaya ni.. Best ah..lama tak gather sesama camtu.. so kitorg decide nak pi enjoy.. so Sunway Lagoon la destinasinyer. Kitorang pi kat dry park jer.. sebab pas tu nak pi shopping. Kitorang tak bawak pun baju extra walaupun kitorang tau memang akan basah.. hehe.. Tapi best lah.. banyak yang kitorang naik dua kali..



Abang yg jaga menda ni ckp, 'Have a nice shower' kat kitorg sbb naik menda ni basah lenjun! Kitorg naik menda ni 2 kali berturut2...haha.. best!

[photos removed]

Kitorg naik ni 2 kali. Dua-dua kali tu gak aku yg paling lenjun! Cis! Arrkk!! Kena sembelih!!



Majlis Pertunangan [9 Oct 2004]

Bulan lepas gak.. aku dan sHa balik ke kampung aku, Ipoh sebab Kak Ngah [sepupu aku] bertunang.. Terkejut gak aku.. takde angin takde ribut... tetibe bagitau nak bertunang.. segalanya dibuat ala kadar.. sempat gak aku menyibuk ape2 yg patut.. aku ni memang suke bab2 buat hantaran ni.. hehe.. Akhir kate, buat Kak Ngah Zura dan abang Rosdi, semoga berbahagia sampai bebile hendaknyer.


[photo removed] Keje kami sbg camerawomen akibat kepupusan lelaki yg masing2 bz kat blakang umah.

Bakal mak mertua menyarungkan cincin pertunangan.. Nervous tu tp control. Hehe~ <Kak Ngah dan hantaran-hantarannye..


Nunu's Birthday [13 Oct 2004]

Birthday housemate aku, Nunu juga jatuh dalam bulan 10.. So malam tu.. kitorang wat surprise party untuk dia.. yeahh~ Hehe.. To Nunu.. bak kate broken English orang2 kite.. long life.. cheap rezeki lah yer.. hahah!


Pfffff..pfff..ni lilin ke obor? Biase lah.. tradisi kite menyental kek di muke bday girl.

Cik Nunu dan Tiga Duda antara VVIP yg hadir.. :P



Okie lah..akhir kata Selamat Berpuasa! Jangan ponteng haaa~!



Sunday, October 31, 2004

I'm back~!



Hahaha...well not exactly.. Modem umah aku bebaru ni rosak.. so sepanjang 3 minggu tak silap aku.. aku x leh online.. so skang ni dah leh online balik.. alhamdulillah.. But I'm too busy to write about my life for the last 3 weeks.. so aku letak survey dulu la ek.. ekeke.. I'll update soon... Lotsa stories I wanna share with u guys so I really need a perfect time to write about it. Catch ya later.. Daa~~


13 random things you love
1) shoes
2) bags
3) henna
4) nescafe
5) bracelets
6) my pc
7) waterfalls
8) examination pads
9) internet
10) my online diary
11) soft keyboards
12) whipped potato
13) yahoo games


12 movies you like
1) Harry Potter movies
2) LOTR movies
3) Italian Job
4) Troy
5) Shrek
6) Con Air
7) White Chicks
8) Pirates of the Carribean
9) Spiderman 2 (mule x suke, tp pastu suke lak.)
10)2 Fast 2 Furious
11)Honey
12)Resident evil 2


11 Band/Artists
1) BSB
2) Evanescence
3) Christina Aguilera
4) Jessica Simpson
5) Siti Nurhaliza
6) Mariah Carey
7) Black Eyed Peas
8) Ashlee Simpson
9) Jewel
10)3 Doors Down
11)LFO


10 about you physically n personality wise
1) stubborn
2) low self-confidence
3) FAT
4) short
5) kekadang psycho kekadang senyap
6) suke buat lawak bodo
7) left-handed
8) love to perform
9) hot tempered
10)pemalu sebenarnye.. hak hak~


9 songs for your wedding.. [elemek..soklan ape ni?
1) lagu kawen ar.. esp. 'renjis renjis dipilis..' hehe..
2) How Do I Live - Trisha Yearwood
3) Where You Are - Jessica Simpson n Nick Lachey
4) Bunga Melor - Siti Nurhaliza
5) I Turn To You - Christina Aguilera
6) Jangan Pisahkan [versi asal]
7) Satu Dalam Sejuta - Amy Mastura
8) My Immortal - Evanescence [ehee..ganaz]
9) All The Love In The World - The Corrs
jenuh cek winamp..carik lagu yang sesuai.. hahah~


8 fav drinks/food
1) porridge
2) sup sup sup.. hehe..
3) vegetables
4) my mom's cooking.. yummy~
5) Nescafe (cant live without it)
6) otak-otak
7) satar
8) my mom's laksa

7 things you always wear
1) watch
2) casual wear
3) lip balm
4) foundation/sun block
5) specks [i hate it.. but i've no choice. contact lens? errr..maybe not]
6) deodorant
7) baby powder


6 pet peeves
1) snobbish ppl
2) missed calls
3) sales people
4) org yg suke buat andaian bebukan psl org lain.. demm.. get a life!
5) homeworks
6) lelaki yg berkwn atas tujuan nak ngorat kwn yg lebih cun.. this is wut i call a loser. back off!

5 things you touch everyday
1) my body :P
2) my handphone
3) my keyboard n mouse
4) my car
5) people's hearts? :P

4 shows you watch
1) My Wife and Kids
2) CSI Miami
3) MTV Wade Robson Project
4) Everwood

3 celebrities
1) Christina Aguilera
2) Paul Walker
3) Hugh Jackman

2 current wishes
1)Kiss my mom.. missing her so badly :(
2)Reduce my weight.. hahahah!

1 person you could rest your life with
1) My mother (anak manje? is that wut u think? :P no i'm not..tp makin besar, makin manje.. cant help! haha~)

Wednesday, September 29, 2004

# Sudut Mari Merenung Pepuas #



Bila hari hujan boleh dikatakan hari-hari hujan ribut, petir dan guruh kan? Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya; "Cuaca buruk je akhir ni ye.."

Soalannya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je...
Alahai, hujan laaagiiii!!!

Tiap-tiap hari hujan... susah la macam ni! Payah nak buat apa-apa kalau hujan!

Tak boleh balik lagi, hujan!


Dan macam-macam lagi.
Bukankah bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa:-

"Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami."

[Hakikatnya, hujan itu rahmat]
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami keluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."[Al-A'raf: 57]

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya, antaranya:-
Membersihkan udara;
Menyubur tanaman;
juga Membekal air ke empangan.
Ada banyak lagi.

Cuma saya terfikir, kenapa orang selalu 'bad mood' bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram atau tak best. Kesian hujan. Masa kat sekolah dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis petang atau malam, atau Jumaat subuh atau pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang atau malam Khamis atau Subuh atau pagi Jumaat (saya duk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat macam tu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.

Sekarang ni, hampir tiap tiap hari hujan. Tiap tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia sia di saat pintu pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah."[Al-Qamar: 11] Maka, BERDOALAH.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu ilmu fardhu Ain lain pun ada juga) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau lama mana nak diturunkan hujan.

Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam... dan selepas itu kita kata; "Eii, masamnya buah ni!" Kita kritik siapa tu? Kita tak
suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. Kalau dapat yang tak elok jugak, agaknya kita yang tak elok, sebab itu yang tak elok selalu 'datang' pada kita (boleh terima ke?). Ini kena lihat bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud; "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."[Al-Mukminun: 18]

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya."[Al-Hijr: 22] "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."[Surah Hud:123]

Wallahualam.


This is why I never hate rain. Sama-sama kite renungkan, ok?

Monday, September 27, 2004

F1 Powerboat World Championship Malaysian Grand Prix





Haiyah... sem baru sudah seminggu bermule.. So takde menda nak cite.. lambat sket la update.

Sabtu dan Ahad bebaru ni.. aku dgn sHa pi tengok F1 Powerboat Grand Prix kat Putrajaya Lake. Yang aku perasan, ade tige venue untuk tengok perlumbaan tu... kat Wetland, Botanical Garden dan Dataran Putra. Kitorang pilih untuk lepak kat Dataran Putra jer.. view pun best.. Taman Botani takleh masuk.. pastu nak masuk Wetland, cam crowded jer. Sesak dgn VIP n VVIP lak tu.. malas lah. Lagipun, view die tak best langsung. Best utk VVIP jer. Anyway, gmbr sbelah ni johannye, Fabio Comparato (Itali). First runner up, Francesco Cantando (Itali) dan second runner up, Scott Gillman (pasukan Emirates).




Hari Sabtu tak panas sangat.. hujan renyai jer.. best gak ar. Tapi hari Ahad tu..mak aii.. panasnye..aku dgn Sha kena sunburn teruk sangat.. Pedihnya muke aku.. Tuhan je la tau.. skang ni pun masih menderita.. haih.. gile lah.. mana taknye, duk sana dr kul 9.50 pagi sampai la kul 3.15 petang... haaa.. bayangkan lah.. letak sunblock lotion pun tarak guna juga. Tangan pun dah berbelang. Tak penah lagi rasanye aku kena sunburn sampai pedih camni.. But excited nak tengok powerboat punye pasal, relakan aje la. Best sey...bunyi powerboat yg memecah keheningan Putrajaya tu pun dah cukup exciting bagi aku.. Biler die lap maut punye, perghhh puas ati sey.. nak2 tempat kitorang berdiri..bebetul depan diorg u-turn. Tp cuak gak ar..kalau powerboat2 tu terbabas, kitorang yg kena.. hehe.


[photos removed]



Kul 2 petang tepat.. TPM datang dgn isteri dan jugak menteri belia dan sukan.. naik bot dondang sayang. Time ni lah orang berpusu-pusu tengok.. panas makin membahang. Lemas dibuatnye. Pas peringkat final dah start... dah puas capture gambar.. kitorang decide nak blah.. Muka dah perit.. badan dah melekit.. balik lah, ape lagi. Tapi bile dah sampai umah, terase rugi pun ada. Hehe.







Last night, I had a terrible nightmare..tu lah, tido pada waktu yang tak sepatutnye...pastu tido dalam kepenatan yang amat sgt.. I dreamt sumthing bout my mom. Takmo citelah kat sini..nanti korang gelak.. Teruknye mimpi tu..sampai aku menangis tersedu sedan. Haha~ Tiba-tiba aku terjaga.. sebab dah teruk sangat kot aku menangis. Bila tersedar je, aku tengok bantal pun dah basah dgn air mata.. hehe.. Mata aku bengkak gile.. Terus aku sms mak aku gune sms.ac..suh die call aku. Aku nak call out, handphone dah kena bar. I was still crying at that time. Then, mak aku call.. aku cover gak lagi, tanye pasal sepupu aku yang nak bertunang bulan 10 ni.. tp at last, aku cite psl mimpi tu sambil nangis-nangis. HAHA~ I can be very childish when it comes to my mother. Mak aku gelak gile.. of coz, she tried to convince me that she loves me so much. Hik hik..poyo kan aku ni? Mimpi tu terlalu buruk.. something I fear the most. Lega rasanye pastu.. And this afternoon, I got a msg from her.. "Remember! Ibu loves you all the time." HEHEHE~~ Anak mak sungguh lah.

You know.. kekadang bile kite ni makin dewasa.. kite makin rapat dengan parents kite..especially mak kite. I know it's true to some people. Tapi ada jugak yang tak macam tu.. macam sesetengah kawan aku, cium mak pun tak pernah.. kalau ade pun.. only once in a blue moon. Ye lar.. diorang tak manja cam aku.. Haha.. Dulu aku tak rapat dengan family.. nak nak masa aku form 3.. I always had serious problems with my mother.. Tah lah, asyik nak memberontak je aku mase tu. Tapi sejak duduk jauh dari family.. sejak tu lah aku makin lama makin rapat dengan parents aku.. My mom is like the best friend I've ever had. Aku selalu beringat.. selagi ada mak bapak ni lah kite kena hargai... Jangan dah lepas, baru nak menyesal. Kite pun tak tau sape yg nak pergi dulu kan?

Hurm..dah lah.. tau nak membebel jer bile update blog. Stop sini dulu.. Daa~

Saturday, September 04, 2004

Abah dan Merdeka...



Apa kaitannya? Hari Merdeka dan tarikh lahir abah jatuh pada tarikh yang sama.. sekadar berlainan tahun. Bila sebut pasal merdeka, ramai la yang dah pakat turun ke KLCC.. Dataran Merdeka.. BB dan macam-macam tempat lagi la.. bagi menyambut hari yang bersejarah ni. Aku sendiri tak pasti samada aku penah sambut atau tidak hari merdeka. Rasanya pernah.. tu pun masa kecik-kecik dulu. Abah rajin la bawak kami sekeluarga. Tak silap aku, dulu orang tak sambut guna bunga api.. Tapi meriam. Betul ke? Aku pun dah tak brape ingat sangat. Tapi meriam ni.. bebudak takut. Hehe.. Aku ingat lagi.. abang aku dulu.. cukup takut dengan bunyi meriam. Boleh menangis dibuatnye. Aku pulak akan gelakkan along sepuas hati. Kelakar la masa tu.

Kali ni, buat pertama kalinya aku sambut merdeka di bumi Terengganu. Tak kisah kat memane pun.. sebab aku memang tak minat nak sambut kat tempat crowded macam KLCC tu. Tak larat nak berhimpit.. nak jaga wallet dgn henpon lagi.. nak jaga diri sendiri lagi.. hehe.. Haih.. tak sanggup rasanya. Masa malam merdeka, abah ada ajak kitorang join dia menghadiri sambutan merdeka kat sini.. Memule kitorang setuju.. Lewat petang, abah dgn ibu bergegas ke majlis tahlil. Pastu, abah balik kejap.. bersiap pulak ke stadium.. Abah ajak sekali lagi.. akhirnye aku dengan adek tak jadi ikut. Alasan, malas. Hehe.. dah la kena pakai formal. Ah malas la. Aku dgn adek lepak rumah tengok tv jer. Slame ni pun, mmg kitorang sambut merdeka dengan tv. :P

Dalam pukul 10 lebih.. tiba-tiba ibu balik sorang. Abah takde. Rupe-rupenye ibu cabut lari masa MB pegi makan. Ahahah.. bosan katanya. Nasib baik kitorang tak ikut. Pukul 12, sebaik saje laungan merdeka bergema dalam kaca tv.. kitorang ke luar rumah. Eheh.. jangan ingat Terengganu takde bunga api woo~ Suddenly I realised there’s one thing can really cheer me up regardless what mood I’m in, it’s fireworks. Ni bukan sekali aku mengadap bunga api.. Tapi mmg bunga api betul-betul buat aku rasa macam dibuai mimpi.. happy semacam~ Tapi aku rase, orang lain pun happy tengok bunga api, betul tak? Masa aku form 3.. aku tengok bunga api dengan jarak terdekat.. dalam kawasan balai polis. Biasanya kalau tempat-tempat biasa camni, diorang pasang bunga api kat balai la. Terasa bunga api betul-betul atas kepala.. besar dan cantik. Perasaan rasa indah sangat. Tapi yang tak bestnya bila serpihan belehrang terkena kami. Hehe.

Apapun, takde niat nak skema kat sini.. tapi kita seharusnya bersyukur sangat sebab dapat hidup tenteram.. takde kacau bilau.. aman manjang.. Kalau ada pertelingkahan pun, takde lah sampai nak membabitkan satu negeri.. ape lagi senegara. Aku rase bertuah sangat sebab aku tak lahir di negara yang huru hara.. perang sana sini.. hidup dalam ketakutan. Aku harap Malaysia ni akan terus makmur sampai bila-bila. Baik terhindar dari peperangan, mahupun bencana. Tanpa segan silu aku tegaskan di sini, aku bangga jadi rakyat Malaysia.

Haa... seperkara yang aku takkan lupa bila tiba hari Merdeka ni.. ialah kenangan masa form 5 dulu. Tak mungkin aku lupa macamana aku dan kekawan sekolah bertungkus lumus hias kelas masing-masing sempena hari Merdeka.. bagi nak merebut gelaran Juara Kelas Paling Patriotik 2001. Best gile la masa tu.. Ramai sanggup berhabis duit dan tenaga, beli dan pasang bendera di segenap penjuru kelas.. hias secantik dan sekreatif yang mungkin.. Ceria sungguh kelas kami masa tu. Slogan kelas kami, “Kami 5ST berbangga menjadi rakyat Malaysia”. Hehe.. idea aku di saat-saat akhir. Saingan terdekat kelas aku masa tu.. kelas sebelah je..5STT.. haha. Diorang beruntung, dpt sokongan padu dari guru kelas. Tak macam kami..dah lah tak membantu langsung.. malah usaha kitorang diperlekehkan guru kelas kami tu. Katanye, kitorang ni membazir duit dan tenaga..buat kerja yang sia-sia. Sampai skang aku takleh lupa.. marah sungguh aku masa tu.. aku bangun dan bidas kata-kata dia.. sampai dia keluar kelas. Bukan niat aku nak melawan guru, tapi dalam hal ni.. aku rasa dia tak patut perlekehkan kami. Alhamdulillah.. kelas kami juara. Mungkin dr jumlah 100 bendera yg digunakan menyumbang banyak markah. Fad, Apis.. korang mesti masih ingat, kan? Hehe..

Buat abah..Ayu doakan semoga abah panjang umur dan sihat sejahtera selalu. Thanks for everything. Doakan Ayu berjaya supaya Ayu berpeluang untuk balas jasa abah, walaupun Ayu tau memang takkan terbalas sampai bila-bila. Bak kata Along, you’re the best abah ever. Hehe.. abah gelak besar bila baca wish Along.

Bila balik bercuti ni.. duduk rumah je.. takde aktiviti lain.. makan, tido, tengok tv, ngadap laptop, main dengan kucing. Ntah bila aku kene sampuk.. dulu aku wat dunno je dengan kekucing kat umah ni.. tapi skang ni, nak tido pun teringat kat kucing.. ari-ari nak main dengan kucing.. bangun pagi, cari kucing dulu... nak tido, tengok kucing dulu.. nak baring pun, ajak kucing baring skali. Ape kene tah.. tibe-tibe gile kat kucing. Maybe sebab kucing-kucing umah aku ni lain sket pe’el dia.. Nak-nak Lilo [nama tak komersial langsung..]. Lain macam manjanye.. asyik nak berkepit jer.. Pantang nampak aku.. dia kejar selagi boleh. Pastu, time aku tgk tv.. dia sibuk main kaki.. digeselnye la.. digigit nye la.. dah tade keje kot. Kalu time makan... haihh... mencabar kewibawaan sungguh! Bukannye dia nak makan pun, tp mesti nak sibuk. Bukan kaki je dia main.. satgi dia lompat atas riba.. takpun kat bahu.. takpun atas meja. Sudahnya, time makan, kurung dia dlm bilek. Hehe. Bile kite ajak tido skali.. dia nak ajer.. sudahnye die lelap dulu. Kite main ekor die ke..kaki ke.. idung ke.. perut ke.. die wat dekk je.. tido mati kot.

Skang Lilo dah dpt adik bradik baru.. Adek aku bagi nama bebukan.. ikut AF2.. Orange, Mesraa.. [adek aku suh eja camni], Breep-breep, dan yang paling aku tak leh terime.. ‘Ye! Ye! Ye! Wuzzup! Wuzzup!’ Gile~! Nama ape macam tu? Lelama kucing aku jadi hip hop. Adoi la~~ Tapi aku tak kire, aku nak tuka gak. Dulu lagi laa... Meme la.. Atito la.. Robert!!! Hancur, hancur..

Oklah... lastly... kepada sumeeee yg wish birthday aku aritu.. baik dlm YM.. calls..sms.. kat myspace.. kat email.. depan mate.. dan lelain lagi kalu ade... thanks a lot!! Sangat menghargainye.. doakan aku panjang umur, insyaAllah.. :D Luv u all.. muax muax!


Wednesday, August 25, 2004

To all...



Samat bercuti kepada student2 MMU...
Enjoy your holidays~
Have fun~
Sesape nak kirim ole-ole dari Tengganu..
Just gimme a call.


Aku sudah mahu pulang..
Tak sabar nih..
Doakan aku slamat pergi dan balik..
Ada mase nanti, aku update la..
Kalu tak, maknenye... aku malas.
Haha~


This year.. sambut birthday dgn family..
Esok umur aku dah dua dekad..
Eee..tuanye.
Tapi aku bersyukur sbb aku maseh idop..
Walaupun bebaru ni nyawa aku nyaris melayang..
Alhamdulillah.. Tuhan nak aku balik jumpa family dulu agaknye.
Kpd kekawan..
Thanks for everything..
Korang buat aku hepi..
Korang buat aku ceria..
Time kaseh juta-juta.



Personal messages :-

sHa : Jgn lupe plan kite dah bukak sem nanti.. aku nak kite gather cam dulu. :) Thanks for everything.. Hope masalah ko dah setel.. Think twice before u act.. okie? I love you bebeh.. Kem slm kat kakak ko.

Fara : Time kaseh sbb sudi nak tulong tengok2kan kete.. Sori susahkan Fara.. Ayu tak tau nak susahkan sape lagi.. Ahaks! Cuti sebulan ni.. rindu la nak up Fara. HEHE~ Takpe2... sms kan ade.. Ah ah ah.. Isk dah la mintak tulong org, lagi nk kacau orang..jahat ek ayu ni? Nasib ler~ HEHE~




Friday, August 20, 2004

For my dearest friend, sHa...

Pejam Matamu - Siti Nurhaliza

Kau dan aku
Di waktu itu
Cuba meniti titian
Lalu tersungkur
Kita tertawa

Kini semuanya
Kenangan saja
Dan kita telah dewasa
Engkau pun berjaya
Aku di sini bhagia

Reff #
Dulu engkau
keseorangan
Kerna kealpaanmu
Oh... puncanya
hilang arah tujuan

Bersama beriring
Melangkah seganding
Setiap detik kau tempuh(inya)
Dengan nafas kesungguhan
Dengar bisikku

Temanku
Genggam tanganmu
Pejam sekejap matamu
Lihatlah cahaya menunggu

Gapailah setiap cita mu
Dan kenal isi kulit mu
Kan ada hidup yang baru (2x)

Yang satu

Bermula di sini
Takkan hilang nanti
Bersatu teman abadi
Kan terus sejati
Menciptaa lagi memori



Download the mp3 HERE
(Right click and save target as)




* * * * *




Another song I would like to share with y'all..


Listen it here :-


<bgsound src="http://www.jakionline.net/julai04/Tiara_Jequalina_-_Asmaradana.rm" loop=1 hidden="FALSE">




Asmaradana

Cinta adalah suci
lahir dari jiwa
menikam sanubari
hati dalam lara
cinta mistik abadi kekal selamanya
musim berganti tapi wajah takkan lupa
meniti berlari kemuncak destinasi murni

asmaradana...asmaradana...
kemuncak cinta
asmaradana...asmaradana...
cinta(4x)

cinta suci tak kenal harta atau rupa
dari darjat puteri raja hingga hamba
biar api membara jadi penghalangnya
biar terbakar demi keagungan cinta
bersama berdua kemuncak syurga di dunia

asmaradana..asmaradana...kemuncak cinta
asmaradana..asmaradana...

bridge
cinta(4x) asmaradana..asmaradana...
kemuncak cinta
asmaradana..asmaradana...
kemuncak cinta



Wednesday, August 18, 2004

=*= Survey #3 =*=




Age: lagi 8 ari.. masuk la 20. eh iye ke? uiyo...maknanye lg sminggu aku nak balik umah la.. yeaaayyy~!!!

Bands listening to right now: Evanescence.. Black Eyed Peas.. D12..

Career of the future: Wallahualam..

Dad's Name: Ayob b. Abdul Kadir.

Ethnic Background: Malay..

Favorite song at the moment: Banyaks la.. How Come - D12.. Houston - I Like Dat.. Let's Get It Started - Black Eyed Peas.

Great escape: Dah banyak kali escape dari skolah.. balik umah jap.. then dtg skolah balik.

Hometown: Ipoh..

Instrument: Drum..eventhough tak penah main.. haha.. cambest je.

Job Title: Tunggu la aku jadik CEO nanti.

Kids: anak buah..sepupu sepapat banyak la.

Last person you talked to on the phone: A friend of mine..

Mom's Name: Hanisom bt Mohamed Ali.

Number of Siblings: 3 and I'm the second. Aku la kakak, aku la adek.. o yeah~

Oldest Sibling: My bro.. 22. miss him.. :(

Phobia[s]: Takleh bagitau.

Favorite Quote: "chill out la bebs.." hehe..

Song you sang last: Infatuation - Christina Aguilera

Time you wake up: ntah..tak tgk jam. sbb pastu tido balik. ahaha~

Unknown fact about me: lagi aku suke seseorang...lagi aku wat dunno kat die.

Vegetable you Hate: peria dgn rebung. sumpah tak leh masuk.

Worst Habit: kutuk diri sendiri..everyday is a must.

X-rays you've had: mase darjah dua, 2 kali... mase drjh 6, skali... mase nk wat medical check-up nk masuk MMU, skali.

Yummy Food: porridge..dan ampir segala jenis sup.

Zodiac Sign: Zodiak jiwang.. Virgo.



* * * * *

Last episode of Spiderman