Wednesday, February 11, 2004

Rentetan Seorang Aku








Bukan itu kemahuan aku!
Bukan itu yang aku perlu!
Tapi siapa aku??
Kenapa aku degil?
Kenapa aku keras kepala??
Kerana sayang!
Kerana mereka!
Kerana di sini aku mengenal dunia!
Aku tahu aku lemah...
Aku tahu aku perlu pasrah...
Tapi aku tak berdaya...
Aku tak bertenaga...
Melawan takdir..
Menidakkan yang benar...
Mensahihkan yang palsu...
Aku manusia kerdil!
Tapi...
Bagaimana dengan perasaan aku?
Hati aku?
Naluri aku?
Keinginan?
Impian??
Sanggup aku menepis semua itu?
Kerana keputusan yang satu itu...
Aku hilang segalanya...
Tanpa pedoman..
Tiada pegangan...
Aku hilang arah!!
Aku perlukan pautan...
Aku dahagakan sokongan...
Aku mencari-cari jalan kebenaran...
Agar keputusan bukan lagi bebanan...
Agar aku mendapat ketabahan...
Mengharungi detik perpisahan...
Meredhakan pemergian...
Melangkah longlai meninggalkan kenangan...
Cita-cita... harapan... dan angan-angan...

- Juz Me... –
11/2/2003 [10.25pm]

No comments: