mood : happy. thankful.
music : cahaya cinta - siti nurhaliza.
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi.. usaha kita membuahkan hasil.
First and foremost, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pesilat skuad Wajadiri 2006 MMU Cyberjaya di atas kesungguhan dan semangat yang sangat tinggi untuk kejohanan kali ni. Sekalipun kita tak menang besar, tapi nyatanya kita adalah juara di mata sendiri.
Aku quote kata-kata Ratnor, "Kalau tak emas, perak... Kalau tak perak, gangsa.. Kalau tak gangsa, kita menang kenangan manis."
Memang betul pun.. setiap orang dapat kenangan manis.. Seronok.. nak nak yang first time masuk wajadiri macam aku. Sekalipun dapat injury dan exhausted gile.. tp kenangan dan pengalaman tu tak tertanding nilainye.
So di sini aku nak personally thank pada yang terlibat.
Tahniah pada peserta 10 buah jatuh.. Faralina, Simaa, Eija, Farahani dan Farah Nadia. Sekalipun kita sekadar menang gangsa, tapi sekurang-kurangnya kita dah berjaya pecahkan rekod kemenangan bagi peserta wanita MMU yang belum pernah menang lagi sebelum ni. Alhamdulillah. Terima kasih banyak di atas kerjasama yang diberikan.. sakit perit terhantuk kepala sampai menangis lah.. salah jatuh lah.. lutut lebam lah.. macam-macam lah! Dah lah first timer pulak tu semuanye.. hihi.. Tahniah!
Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran... yang tolong pantau dan komen kitorang tu.. especially kak G, Tapai, Amam, Asmah, Bern, Shidi, Rizal, Arom, Ratnor dan ramai lagi lah [tak ingat kalau nak list semua]. Jasa korang memang tak terbalas lah. Tak lupa pada Kassim yang design formation tu.. kalau tak kerana sumbangan idea kreatif ko, susah kitorang nak menang. *wink*
Terima kasih jugak pada ahli skuad wajadiri yang lain terutamanye 5 serang 1 dan umum senjata. Sekalipun tak menang, tapi pengalaman dan kenangan tu yang mahal. *wink*
[photo removed]
Tahniah pada Amam dan Izmi untuk emas bagi sepasang tongkat dan tahniah kepada Bern, Fezal, Ezwan, Amam, Izmi dan Hakim untuk gangsa bagi papan sekeping tangan kosong lelaki.
Kepada skuad wajadiri, korang memang the best lah.. kalau ade pingat untuk team paling kecoh dan sengal, mesti kite dah menang kan? Hihi.. Memang havoc habis.. nak nak masa kat perbarisan tu.. kecoh macam majlis sendiri daa~
Kepada supporters! Yeah mane leh lupe korang... jerit pekik sorak korang tu memang pembakar semangat lah! I wish I could join y'all macam tahun lepas. Kepada Brahim dan Tapai, suara korang kuat gile!! Best gilo!!
Last but not least, kepada ibu dan abah yang merestui sepenuhnye penyertaan Ayu.. terima kasih banyak. Kejayaan Ayu untuk ibu dan abah jugak. Thanks for being super duper supportive!
[photo removed]
Personal message to Shidi dan Bern.. hasrat korang nak tengok aku tamat silat dah tercapai.. dan pingat tu untuk korang jugak. *hugs*
Jutaan tahniah jugak pada Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya kerana telah terpilih sebagai tuan rumah untuk wajadiri 2007!! I'm so proud of you! Jumpa lagi di wajadiri nanti insyaAllah..