Dah banyak kali aku pesan, jaga-jaga. Akai ada, pakai. Ini semua nak ikut hati. Sikit-sikit, hati. Naluri kunun, berangan je lebih sebenarnya. Mat Jenin tu kalau tengok pun tepok dahi empat puluh empat kali, tak sangka ade orang lagi tengin* dari dia.
Bukan tak boleh berangan, takde sapa larang nak cipta impian. Tapi berpada-pada. Kenapa mesti nak letak perasaan kat depan? Bukan tak boleh fikir habis-habis tapi sebab perasaan punya pasal, nak redah jugak, tak kira. Last-last, sendiri tersungkur, sendiri yang sakit.
Kadang-kadang kita bukan tak boleh dengar nasihat. Kita dengar, kita pun duk cakap, kita memang jenis boleh mendengar. Tapi cakap je.. bila orang bagi nasihat, angguk-angguk. Mata melilau, konon dengar lah ni. Tapi tak lekat pun. Ada sesuatu dalam fikiran dia yang cakap, "Jangan dengar. Orang lain tak faham." Tapi duk angguk lagi ni.. ye lah, tengah mendengar. Dia ingat kita buta?
Yang bos aku ni pun mangkuk jugak sikit-sikit. Aku duk terangkan apa masalah, dia duk ulang soalan lagi. Kalau aku boleh cakap Cina, lama dah. Hokkien, Mandarin, Kanto, semua aku campur. Tapi aku boleh cakap dua bahasa rosak je. Satu Melayu, Satu Bahasa Inggeris, tapi dedua memang rosak. Manada orang Melayu cakap bahasa Melayu dengan betul dah. Kecuali Dato' A. Samad Said. Sungguh ni, bukan aku main taip je nama dia. Bila dia keluar TV, memang aku perati ayat dia satu-satu. Kagum, aku tak mampu cakap Bahasa Melayu dengan betul.
Kat mana tadi? Susah jugak bebel-bebel ni, cepat lari topik. Ok pasal bos. Dia kat Temasek sekarang ni. Nanti Isnin depan aku join dia kat sana. Akhirnya ke Singapura jugak aku. Sorang-sorang. Takpe, aku nak lalui sendiri. Semua orang ade first time. Tak, aku bukan nak cerita pasal ni, aku nak cerita pasal bos. Halaa.. susahnya.
Dia ni kadang-kadang ok, kadang-kadang lemau lah. Kalau ada team meeting (guna conference la pasal dia kat Temasek), kitorang kat sini nak tertidur dengar dia bebel. Kadang-kadang lost gila.. ape term lah mamat ni guna sampai aku rasa bodoh sangat ni. Merepek-repek. Pastu kalau tak lebih sejam, memang bukan dia la tu. Aku siap boleh lukis-lukis kat whiteboard sambil dengar dia bebel. Tu lah, multi-purpose aku ni sebenarnya.
Pastu al-kisah semalam aku jahat sangat aku rasa. Semalam aku merajuk dengan ibu bapa ku. Adalah kisahnya, malas la aku nak cerita pulak kan. Pastu konon-konon tak mau balas SMS, tak mau jawab call lah ni. Pagi-pagi buta dah merajuk ni, tak senonoh betul. Cakap terus terang, aku susah nak merajuk. Letih! Tapi semalam aku nekad nak merajuk. Gila, nak merajuk pun kena nekad betul-betul. Untung lah sapa kahwin dengan aku, tak yah sibuk-sibuk nak pujuk. Kalau aku terasa ke, aku cakap je. Hahaha.
Pastu, aku balas SMS abah ku, then aku off handphone. Tiba-tiba terpikir, eh eh tak pernah off handphone ni. First time ni. Kasik dia rileks sikit. Tarik napas, tarik napas, hembus. Sambil-sambil buat kerja (tak berapa nak fokus sebenarnya, maklum lah tengah merajuk), mata duk tengok jam digital kat PC ni. Ish.. baru tige puloh minit. Lama betul. Seksanya merajuk ni.
Otak duk ligat la fikir, agak-agak abah ada try call ke.. reply sms ke. Sejam berlalu punyalah seksa, akhirnya on handphone. Eceh konon-konon nak cek sms orang lain. Maklum lah tengah sms dengan kekawan. Alasan je tu. Dengan diri sendiri pun nak cover-cover, susah tul jadi manusia.
Sekali sms masuk. Eh eh, lah.. orang lain. Cis cis.. hati yang tengah kecik, makin kecik pulak. Takde missed calls lah. Memang betul lelaki lah ayah aku ni. Off handphone balik. Nekad tunggu sampai nak lunch. Tapi 11.59 dah on handphone. Eh ada sms, ibu.
Dah set dah awal-awal, nak merajuk, so tak boleh lah reply atau kasik respon pape kan? Macam tu ke rules and regulations untuk merajuk? Tapi aku balas. Pendek jer. Tiga ayat, tapi enam patah perkataan je. Kira boleh buat slogan pertandingan kat surat khabar tu. Pastu off balik.
Macam budak-budak ye bila merajuk ni. Baru tau..
Dipendekkan cerita, akhirnya sepanjang hari tu aku off handphone, sekali sekala terpaksa on sebab duk sms orang lain. Biasalah, i'm a busy woman. Bila on je dapat notification dari Maxis, ada missed calls. Banyak jugak. Tega betul lah hati aku semalam.
Mood aku pun tak berapa nak baik. Eee.. seksa merajuk ni. Elok pulak bila aku on handphone je, call ibu masuk. Dua kali. Haishh.. macam tau je kan bila aku on. Tapi masih kekal jahat, aku off. Pastu balik rumah lewat sikit, biasalah bos aku ni kurang memahami hati wanita, kesian bini dia. Sampai rumah, housemate cakap ibu call cari aku. Puh, mujur tak balik lagi. Mujur??
Bila malam, aku dah exhausted dah. Pastu bila pikir takot ibu call lagi, aku cabut wayar tepon rumah tu. Gila, aku tak pernah bertindak sedemikian sebelum ini. Maha kejam dah aku rasa masa tu. Tapi kejap je, pas mandi, basuh baju apa semua, aku pasang balik.
Tak sampai sejam pun, aku tengah layan cerita "Definitely, Maybe" (pergh.. Ryan Reynolds ni bikin hormon gwa gegar lah), housemate aku panggil, "Ayu! Tepon! Mak Ayu kot!"
Aku cabut headphone, terpinga-pinga. Bila masa pulak ada bunyi tepon ni? Tak dengar pun. Aku pun pause cerita tu, bangunlah pergi ke tepon. Bismillahirramanirrahim..
"Hello," tegurku ala-ala sayu. Tak tau la menjadi ke tak nada merajuk aku.
"Helloo~" jawab ibu, dengan nada penuh ceria.
Padan muka aku. Merajuk konon! Ibu rileks, selambak rock je. Aku je macam nak cirit menempuh detik-detik rajukan.
"Kenapa ibu call tak jawab?" ibu tanya ala-ala manja seperti biasa.
"Saje.." balas ku lemah, ingin bertindak sedikit kejam tapi menyesalinya sesaat kemudian.
Tapi lepas dengar suara ibu, aku surrender. Ibu je pandai lembutkan hati aku. Harap-harap dapat suami macam tu. Takyah nak argue-argue, sebut nama aku, terus cair. Ini tak, orang laki kalau nak tegur, main redah je. Nada nak macho aje, ayat nak pedas je. Dia je lah betul, dia eksplen berapi-api, kite pompuan kena telan. Suka tak suka, itu problem kita. Itu yang makin teruk bergaduh tu. Dua-dua nak menang je.
Tak payah macam tu. Tak caya try taktik ni kat pompuan. Bila dia tengah marah-marah, membebel-bebel macam aku buat sekarang ni, seru je nama dia pelan-pelan, dengan penuh tenang. Insyaallah stop la dia tiba-tiba. Paling teruk pun, korang dapat penampar je.
Ok sekian slot membebel aku kali ni. Letih siot. Merajuk dan membebel adalah dua perkara yang menggunakan banyak kalori, itu hasil penemuan aku hari ni. Boleh kurus macam ni.
*Tengin = loghat perak, membawa maksud 'budow'.
Friday, August 15, 2008
Slot Membebel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment