Sunday, November 30, 2008

I need everything but you.



Al-kisah hari-hari lalu yang lesu.

Pagi-pagi bangun. Alarm bunyi dua kali. Yang pertama, snooze dulu. Itu wajib. Sebab tu set awal sikit. Ini mindset yang tidak dapat ditukar memikirkan ia tidak mendatangkan mudarat (so far).

Dah siap, turun bawah, pergi parking lot. Belek lampu kereta, teringat hari tu nampak macam dah longgar. Ah kau..time ni la pun. Goyang-goyang dia sikit. Dah macam gigi yang nak tercabut.

Dia punya pasal, pemanduan agak berhati-hati. Terlanggar lubang sikit, “oh shit.”

Adjust-adjust aircond. Apsal tak sejuk ni.. tido lagi ke? “Bangun, bangun.” Sambil jari ketuk-ketuk sikit lubang aircond tu.

Tetahu dah sampai office. Kata tujuh minit perjalanan je. Itu pun ikut jalan jauh. Dah kunci kereta, naik ke office. Kekok sikit dua tiga menjak ni sejak coder-coder dari China dating sini. Aih..

Balik tengahari, bapak panas siot. Setiap kali masuk kereta ketika hari terik, mesti kesukaran untuk bernafas berlaku. Tercungap-cungap cari oksigen. Tingkap dah turun habis dah. Dah lama sikit, baru ok.

Tapi aircond tak sejuk-sejuk. Demmit. Sah rosak. Cooling coil ke ni? Baru refill gas bulan lepas. Memang sah lah rosak ni.

Takde masa nak repair. Isnin dah nak pergi Singapore lagi.

Kereta bagi Ratno pinjam. Terima kasih, Ratno. Hantarkan aku ke ERL. Pukul 6 pagi telefon dia. Takut-takut dia tak bangun lagi. Wah, bukan main segar lagi bunyi suara dia. Alhamdulillah. Lega.

Tetahu dah sampai Changi. Dah 4 kali aku datang sini. Naik jelak siot. Check-in apartment dulu.. tengok jam pukul 10 pagi. Sempat je nak breakfast kat café dia. Hmm..takpelah. Kang nak buang air besar susah pulak, kat office tu tandas takde air ok. Taktau macamana diorang boleh hidup. Ada je orang Islam kerja situ. Seksa ok.

Hari Isnin agak ok. Tiba hari Selasa. Tak menang tangan aku buat kerja. Sana sini orang request. Mana nak fix defects lagi. Mana nak monitor server lagi. User mintak tolong itu ini. Hari Selasa yang tidak selesa. Balik pukul 7.40pm. Tambah-tambah hari awal menstruasi. Balik apartment, terus pergi mandi. Tak duduk rehat dulu. Kalau postpone, alamatnya liat.

Selesai mandi, terus terbaring.

Ya Allah, penatnya hari ni..

Lapar. Tapi nak terus tidur. Perhati jari-jemari. Menggigil. Kalau skip makan je, gigil. Sampai pernah kena sound dengan orang kedai masa beli cincin. Pas bayar, terus halau aku pergi makan. “Dah dah. Jangan pergi tempat lain. Pergi makan dulu!” Boleh pulak camtu. Dua orang pulak tu. Tak saling mengenali pulak tu.

Nak tak nak, pergi ke dapur. Masak nasi, masak lauk. Lauk beli yang dalam tin je. Kari Ayam yang ada muka Chef Wan tu. Sedap jugak. Nak beli kat Singapore tu, tak menepati selera. Mahal pulak tu. Lunch je beli. Dinner masak sendiri.

Officemate yang duduk serumah tegur. “Why you look so tired?”

Aku jawab, “Do I really have to explain?”

Tapi dalam hati je.

Pas makan, try online jap. Ahhh.. apsal tak sampai wireless ni. Dulu sampai je. Demmit.

Badan dah penat. Dapat online jap. Takde mood dah. Masuk tidur.

Tiba-tiba dapat satu mesej dari sahabat yang teramat-amat-amat disayangi dan dirindui. Tiba-tiba berpesan, “Kita boleh sedih, nangis tapi jangan sesekali kita putus asa. Kerana putus asa bukanlah sifar orang mukmin.....”

Tersentak. Lama tak update cerita. Ada apa-apa yang dia tahu? Mana dia tahu?

Sahabat, it means everything to me. Terima kasih sangat.

Hari Rabu best sikit. Kerja tak banyak macam Selasa. Dapat balik awal. Keluar office, balik apartment, angkut laptop, keluar balik.

Officemate tanya, “You’re going out?”

“Yup.”

“Alone?”

Angguk.

“Where?”

“Don’t know yet.”

See how far I can go, aku cakap dalam hati lagi.

Keluar.. jalan terus pergi McD kat Orchard Point. Adoi..sesak gila. Takde satu meja pun yang kosong. Terus keluar. Sambil jalan, sambil fikir. Kat mana lagi ada McD..

Jalan dan terus jalan.. Yes, dah tau. Laju sikit jalan. Terus masuk Lucky Plaza. Cun lah, ada port baik punya. Tengok set Happy Meal. Eh tak sama dengan Malaysia. Takde Madagascar. Orang Kota Singa tak layan movie ke? Dalam Madagascar ada banyak singa tau.

Dah beli, gi amik sos tomato. Then pergi ke meja kecil yang kosong dan ada privasi. Terus tarik keluar laptop. Check connection. Nice lah. Online. Hantar e-mail jap. Forward msg jap. Chatting banyak. Emo sikit. Ada orang buat aku emo. Aku jejauh ni pun nak kasik aku panas.

Sabar. Terpaksa. Sebab dekat McD.

Lepas online, bungkus laptop. Gi jalan-jalan. Lawanya Christmas decoration. Tepi-tepi jalan penuh lampu dan pokok krismas. Siap pusing-pusing. Entrance shopping complex pun penuh glitter. Lawa. Ambil gambar sikit. Bateri dah nak habis.

Tiba-tiba ada orang tegur. “Hi.” A couple. Chinese kot. Tapi laki tu definitely bukan Singaporean. Perempuan tu tunjuk kamera dia. Nak cakap something tapi aku terus faham. Amboi mentang-mentang aku lone ranger. Tapi takpe. “Do you want me to take pictures for you?” Diorang angguk sungguh-sungguh. “Oh sure, no problem,” aku jawab lagi. Ambil dua snap sebab aku pulak yang tak puas hati.

Dah sudah, masuk Wheelock. My favourite sebab ada kedai buku. Aku kalau masuk kedai buku macam Kinokuniya tu boleh lost in my own world. Rasa bahagia. Taktau kenapa.

Ingat nak beli Harry Potter merchandise. Golden Snitch. Hari tu nak beli, tak beli. Ni datang lagi konon confirm nak beli. Sekali dah habis. Oh tidak. Yang tinggal Sorting Hat je. Tak mau lah.

Balik dengan penuh hampa. Dah jauh aku berjalan. Bahu dah sakit kendong laptop. Lalu Lucky Plaza, terus pergi bus stop depan tu. Nice, ada bas 123. Terus loncat masuk. Ahh.. lega.. takyah jalan jauh nak balik.

Dah swap Ezy Link, loncat keluar bila dah sampai depan John Little. Then masuk Orchard Point lagi. Ada sesuatu yang dicari, yang perlu dibeli. Tak tahu nak namakan apa benda alah tu. Senang cerita, kalau takde, handphone tak boleh charge. Handphone dah nak mati pulak tu.

Dah tau electrical goods kat mana. Terus naik eskalator, pergi tingkat atas sekali, tingkat 4. Mundar mandir cari benda alah tu.

Bingo! Cek price dia, $1.60. Cun. Ambil satu. Eh, plastik sedikit berlubang. Tukar, tukar. Jalan tengok-tengok barang letrik. Diorang cakap sini murah, betul ke? Hurmm.. nak compare, taktau pulak normally harga berapa kat Malaysia. Hahaha. Tiba-tiba jumpa mini rice cooker. Comel. Warna putih-merah jambu. 30 plus. Hmm.. macam murah..

Round-round lagi. Dude, $29.60 je rice cooker ni? Keluar kan handphone. Nasib baik hidup lagi. 29.60 kali 2.4. Lebih kurang RM71. Ok sekarang list out sebab-sebab kenapa kena beli rice cooker.

1. Apartment takde rice cooker.
2. Dapur elektrik menyebabkan sedikit kesukaran untuk menanak nasik.
3. Minggu depan duduk apartment yang sama.
4. Rice cooker di rumah di Cyberia sememangnya dah tak elok.
5. Takde salah pun nak beli, hari-hari kot makan nasik.
6. Mini Rice cooker memang comel.

Angkutlah. Pergi test. Then bayar. Balik apartment, ofismate tanya shopping apa.

“Rice cooker.”

“Sorry?”

Aku ulang jawapan. Dia ingat aku akan beli kasut, baju, paling tidak pun beg tangan.

Hari Khamis aku tak sarapan. Walaupun sarapan free. Aku dah bosan sarapan ala-ala Inggeris. Scramble egg, toast, half-boiled eggs.. salad. Duh.

Kerja okay lah. Bila banyak kerja, aku jadi penat. Bila tak berapa ada kerja, aku tak suka. Aku rimas bila takde kerja nak buat. Aku akan fikir habis-habisan apa yang aku boleh jadikan sebagai kerja.

Balik awal lagi hari ini. Tapi fikiran malam tu kusut sekusut-kusutnya. Niat ikhlas nak berbaik. Tapi dapat mesej-mesej macam tu buat aku sakit. Berdebar-debar dada ni menahan marah. Tak pernah seumur hidup aku rasa nak campak henfon. Terpaksa istighfar. Fikir banyak kali, belum mampu nak tukar henfon lagi.

Eee.. kalau lah dapat aku campak henfon.. Sekali jadi lah. Akan aku campak sampai berkecai!

Jumaat. Saya suka Jumaat. Hari terakhir bekerja. Pagi bangun awal sebab sakit perut. Tak pergi sarapan, tapi packing baju-baju. Hari ni balik ke tanahair. Adik-adik tersayang janji nak ambil. Terima kasih, kamu-kamu.

Pukul 5, LA Core frontliner sound aku, “Hey, what are you doing? Why are you still here? Go back lah..” Amboih. Lek la. Flight pukul 8pm. “Still early la,” aku jawab sambil tunjuk jam dinding. “Go go.. you can go shopping.” Amboih. Racun nampak. “Shopping in airport? There’s nothing there,” aku rungut. Kul 5.30pm aku cabut.

Masa ni kepala dah pening. Berdenyut-denyut. Masa dalam flight, tak keruan jugak dibuatnya. Macam nak gila pun ada. Sakit gila. Mujur sebelah aku takde orang. Kalau tak, mesti orang kata aku tak betul. Perjalanan hanya 45 minit dah cukup menyeksa aku.

Kapal terbang berhenti je, aku terus bangun. Dah tak boleh nak duduk. Berpinar-pinar. So, bangun. Kasik blood flow ok sikit. Rasa macam sedikit ok. Tapi masih terseksa. Dah jalan tu feeling much better. Naik pulak Aerotrain yang agresif gila tu. Mujur sekejap je. Kalau tak, aku terjun dah.

Keluar gate, cari kelibat adik-adik. Wah sedapnya mereka layan Burger King. Terus ajak balik. Diorang ada kelas silat. Kasik diorang cokelat-cokelat. Kadang-kadang terlebih acting macam kakak sangat. Kadang-kadang macam mak pun ada.

Sampai MMU, ambil kereta dari Ratno. Ratno punya greeting memang welcoming. “Ayu, esok jom kita pergi workshop.” Rupa-rupanya aku punya lampu dah nak tercabut. Oh lampu ini. Dah loose sebelum aku pergi Singapore. Tapi kali ni siap retak. Bape laju ko bawak daa. Aku bawak 120 pun tak retak. Tapi Ratno isi minyak full (sengaja ke tak sengaja? Haha). Terharu aku. Thanks, bro.

Ingat nak lepak kat kelas silat. Tapi pening dah tak tertanggung. Pandangan dah kabur. Panadol dah telan tapi takde kesan. Balik rumah, terus pengsan.

Semoga minggu akan datang akan jadi lebih baik. Amin.

Tuesday, November 25, 2008

where's the rainbow? i need to glide on it.


Dear God,

I am unbelievably tired.

Kindly assist.

Thank you very much.


Yours truly,
Ayu Fieda.


Sunday, November 23, 2008

Where art thou?

Dah lama aku tak jumpe ko..
Since ko dah bertukar status ni.. aku dah tak berani nak contact ko..
Takut-takut mengganggu..
Takut-takut menimbulkan sesuatu yang tak best.
Mana lah tahu kan..

Dah lama aku tak berborak dengan ko..
Since kita dah tak sama wavelength ni.. aku pun ragu-ragu samada ko masih nak dengar aku membebel.
Dulu selalu jugak aku mengadu kat ko..
Sebab ko pendengar yang baik.. ko kawan yang setia..
Senang cerita, ko tak penah nak lukakan hati aku..
Kita close gila.. ko kenal perangai aku.. ko terima je dengan kekurangan aku..
Aku bising ke.. aku gelak kuat ke.. aku mengamok ke.. ko still neutral.
Semua pasal aku, ko ok je.

Sebab tu aku rindu kat ko..
Sebab tu aku sedih gila bila ko nak melangkah lebih jauh..
Sebab aku tak ready lagi nak hilang ko..
Ko try nak convince aku, aku takkan hilang ko..
Ko cakap, apa pun lepas ni, kita still kawan baik.. ko akan sentiasa menyokong aku..

See.. since your special day, kita tak pernah sms dah.. call ape tah lagi.. jumpa jauh sekali.

Macamana aku tak sedih.. macamana aku nak cakap aku happy tengok ko sekarang..
Yes, aku gembira sebab impian ko tercapai.
Yes, aku bersyukur sebab ko memiliki yang terbaik untuk diri ko.
Yes, aku sentiasa doakan hidup ko akan terus jadi lebih baik dan lebih sempurna.

Tapi aku tak boleh deny aku rindu kat ko..
Ko seorang kawan yang baik.. mestilah aku rase rindu bila lama tak contact ko kan.
Aku tunggu jugak ko contact aku.. yelah, bertanya khabar..
Setiap hari aku tunggu..
Tapi tu lah.. aku pun tatau sampai bila aku mampu tunggu.
Bukan aku tak nak contact.. Tapi tak berani.

Dengan ko je yang aku senang untuk dirikan persahabatan yang macam ini.
Takde salah faham.. kita macam adik-beradik.
Sayang umpama kita berdarah sama.
Tak macam kawan lain.. semua nak jadi lain.
Salah faham sikit, simpul lain.
Kenapa orang lain tak boleh jadi macam kita?

Aku sedih bila aku perlukan ko sekarang ni.. ko takde..
Aku sebak bila aku fikir dulu ko selalu contact aku bila aku tengah ada masalah walaupun aku tak cerita apa-apa pun kat ko.. tapi sekarang ko senyap je..

Gila betul.. aku rindu nak mampos dekat ko.

Thursday, November 20, 2008

The face you can trust.

Hari ni bos aku pindah cubical sebab nak bagi coder aku dari China duduk meja dia, so dekat dengan kitorang. Paling dekat dengan aku, sebelah je. Pagi tadi aku sampai sedikit awal berbanding hari-hari lazim, jadi ketika ketibaan aku, hanya bos aku yang dah sampai (dia boleh lah bajet datang awal hari-hari pasal naik bas). Ketika aku on pc, tiba-tiba dia bangun sambil tangannya membawa barang-barangnya dan seraya menuju ke cubical milik Data Conversion.

Aku tengok dia, kemudian tengok meja dia. Tengok dia balik, tengok meja dia.. eh, kosong. Kemudian setelah coder aku sampai, dia duduk di meja bos aku. Yeeehuuu...

Aku terasa di awang-awangan.. kerana impian aku untuk duduk berjauhan dengannya menjadi kenyataan (walaupun hanya sekejap cuma).

Aku agak rapat dengan salah seorang dari coder aku ni thru Instant Messaging (bkn ym, msn dll, ok). Bila aku marahkan orang atau kecik hati dengan sesiapa, aku biasa lepaskan perasaan pada dia. Sebabbbb.. satu, dia tak kenal aku. kitorang tak pernah berjumpa. dua, dia tak kenal orang-orang yang aku cerita. tiga, aku mati-mati fikir there is no way diorang akan datang Malaysia.

So bila tiba-tiba diorang diminta turun ke sini, apa lagi... gonjeng benar ku rasakan tatkala jemari kami bertaut.... (wut the hell!)

Ofis aku dengan hampesnya telah mem-block blog. Dem. Tertekan jiwa aku rasakan. Ni pun aku send entry pakai email. Bosan punya pasal. Nak buat kerja tak boleh sebab server dah fully occupied. Sejak coder-coder aku datang ni, lagi berebut server lah kitorang.

Tapi takpe, selaku pekerja berhemah, aku kasik can dulu.. Tu pun sebab workload aku paling sikit lah. Hehehehe.. Kes unbalanced workload ni terjadi sejak masing-masing di-assign mengikut focus group. Ada focus group yang banyak defects, ada yang tak berapa nak ado. Masa pilih focus group dulu, aku diberitahu focus group aku paling banyak defects. Yo-yo-o je.

Kadang-kadang naluri keibuan aku ni menjadi jugak. Banyak prediction aku buat.. banyak yang jadi betul-betul. Tapi semuanya yang tak elok. Teammate aku yang paling senior cakap, masuk new cycle untuk UAT, defects akan kurang. Aku cakap, I don't think so. PSG855 and PCCOM2 will be big issues. Wait and see. Sekali betul pulak. Ada sedikit menyesal. Lepas tu aku bet, UAT akan ditambah satu lagi cycle (kitorang panggil season.. season 1, season 2.. macam tv series konon). Betul pulookk. Aku ade satu lagi perkiraan, tapi aku taknak cakap. Nanti kalau jadi betul-betul, pengsan.

Sementelah itu ('by the way' in Malay apa?), aku nak mengajak kamu-kamu yang sudah bekerja tetap untuk menderma ke MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Layari laman web www.makna.org.my dan pergi ke pautan 'Direct Debit Donor Programme'. DDDP adalah salah satu langkah untuk mengumpul dana bagi membiayai pembelian satu err... MAKNA trailer yang bernilai jutaan ringgit. Trailer ni digunakan untuk ekspedisi memerangi kanser. So orang ramai boleh pergi buat medical check-up samada kita ni ada kanser ke tak.. rasanya kanser-kanser yang terlibat adalah kanser payudara, tulang, prostat, kulit dan lain-lain. Keputusan boleh diperolehi dalam masa sejam saja, jadi takde lah sesak jiwa sangat menanti keputusan tersebut.

Aku rasa usaha ni sangat murni sebab faktor cuaca, persekitaran, cara hidup dan pemakanan zaman kini banyak menyumbang kepada penyakit kanser. Susah kita nak betul-betul nilai apa sebenarnya penyebab sesuatu kanser itu (kecuali rokok yang boleh mengakibatkan banyak kanser, contoh : paru-paru dan tekak). Kita semua berpotensi untuk mendapat kanser.

Jadi bagi aku, usaha macam ni sangat diperlukan sebab kos perubatan kanser bukan seringgit dua dan kebanyakan pesakit kanser tak mampu nak biayai kos tersebut.

DDDP ni actually auto-debit.. samada dia deduct from our savings account atau credit card account. Kalau pakai savings account, ade charge RM1 bagi setiap deduction (bank charges). Donation ni minimum adalah selama setahun. Selepas itu kita boleh cancel kalau kita rasa dah letih beramal. Opss. Donation ada dua nilai yang boleh dipilih, samada RM38 atau RM58 sebulan (dalam web tak update aku rasa). Jadi kalau berminat, dapatkan no telefon MAKNA di web itu (pautan Contact Us) dan tanyalah lebih lanjut. Atau kalau nak nombor telefon orang yang incharge untuk DDDP ni, boleh request dari aku.

Okay lah. Aku nak balik rumah. Kepala pening akibat sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu. Dulu dah keluar, pastu dia macam postponed, keluar ciput je. Ni sungguh-sungguh pulak dia nak keluar. Hampes.

Tuesday, November 11, 2008

It's ok, I already forget you.


Sekarang kat Temasek.

Meeting tergempar yang dijangka mengundang nightmare bagi technical team kami turned out to be okay.. Ok la untuk hari ini..esok dengan lusa taktau lah macamana. Esok ada isu besar dan tadi dapat tahu tak solved lagi. Mujur aku tak handle spec-spec tu. Kalau tak, mula lah aku buat-buat pengsan. Sah-sah takde sapa larat angkat kan. Aku print berpuluh-puluh spec (beratus helai jumlah keseluruhan) just to get prepared kalau-kalau user 'attack'. Tapi tadi tak guna pun. Sorry, trees.

Luckily focus group aku ok.. pergh, cuak gak memula.. but ok la since apa yang diorang tanya bukan pelik-pelik, sepelik requirement diorang yang entah apa-apa. Macam orang pergi KFC nak tapau sate minang.

Kali ini duduk apartment lain lagi.. tiga apartment dah aku rase.. Cairnhill was the best. Dah la macam raja, satu apartment tu aku duduk sorang.. Heavennya bile ada privacy. Sekarang duduk dekat Somerset Orchard ni.. tapi bukan sorang-sorang, but nevermind that. Still ok la pasal duduk separate rooms. It's the nearest apartment to my office compared to the other two, senang aku nak balik lunch dan escape gi solat. Tapi still tak leh beat Cairnhill sebab boleh dengar azan ok. Azan kat Singapore.. huhu. Taktau kenapa aku rasa pelik, nak-nak tengah-tengah Orchard Rd ni. You tell me. :P

One thing aku suka about Singaporeans, they are very friendly. Aku rasa Malaysians pun bukan jenis tegur-tegur strangers macam diorang. Ke, diorang excited nak tegur aku je? Mungkin sebab ada iras-iras Jessica Alba ke.. atau satu dunia dah tahu relationship aku dengan Deco? Oh no~

Hujung bulan ni datang sini balik. Letih laaaa selang seminggu je pergi sini. Haih.. travelling is very tiring. Taktau la kenapa.. naik kapal terbang ke.. naik bas ke.. naik train ke (lagi lah).. mesti aku pancit..

Malam ni kalau aku rajin, aku follow membe pegi Bugis Street, tengok boyfren dia perform. Tapi aku pun tak sure EZlink aku tinggal bape sen. Boleh la aku menghabiskan duit yang dah nak habis ni.

Ok la.. nanti rajin-rajin aku update lagi. Daa.

Friday, November 07, 2008

Daun keladi, terima kasih.


Semalam aku kena saman pasal parking kat tepi jalan kat depan ofis tu. Ni kali ketiga sebenarnya aku kena saman parking. Tapi sebab dulu ayah aku belum bersara, dan ketua polis daerah sepang tu penah jadi timbalan ayah aku, so berjayalah disetelkan saman-saman tersebut.

So, tadi aku pun check la kat Rilek e-Services, nak tengok saman tu masuk rekod ke tak. Lain yang aku cari, lain pulak yang aku jumpa.





Aku ada 4 lagi saman rupanya.

Terima kasih! Memang rilek lah aku masuk website ni.

Wednesday, November 05, 2008

Haywired.

aku : along.. pc ayu rosak ni.. apa nak buat ni?
along : apa lagi.. CL la.
aku : CL???
along : campak lombong.


aku : along, ibu mana?
along : ibu tengah jual burger..
aku : *bengang* ni sejenis lawak tropika ke atau lawak borneo?


along : tau ar. t ibu balik.. ape daa..
(hari esoknya)
along :ape daa...
along : blek t bwk yg len arr...
(hari esoknya lagi)
along : tak tau arr.... t along tnye blek.
(akhirnya..kesabaran ku berakhir.)
aku : along suke taip t
aku : t tu ape
along : nanti = nnt = t...
aku : tak boleh blahhh punye short form!!
along : hehe...



that's a little truth about my brother... *sigh*

Tuesday, November 04, 2008

Scream like it's your first word.


Got tagged by cik Eita.

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog

Starting time : 9.27pm (aku tipu je ni.. taktau bile stat)
Name : ayu
Sisters : One
Brothers : One
Shoe size : 6-7
Height : Alamak..soklan ni tak bes. 154cm.
Where do you live : Right now I live in Cyberjaya.

Have you ever been on a plane : Mm-hmm.
Swam in the ocean : Ou yea.
Fallen asleep at school : Yes and I was shocked by myself cause I’m not that easy to fall asleep.

Broken someone’s heart : Ow. Well.. I believe I have.
Fell off your chair : Uh-huh, a few times. The worst one was during this one farewell dinner for my father held by PDRM since he was transferred to somewhere else. So you could imagine how embarrassed I was when I fell off from my chair at the VIP table. The whole hall was staring at me. God..
Sat by the phone all night waiting for someone to call : Mm..yes, it was excruciatinggg.
Saved e-mails : Yerp.. to certain folders as I need to keep track of some of my emails. For instance, when I need to trace back any of my account registration for some webs. I’ve like tons of accounts. And sometimes I saved all the inspiring and motivational emails. It’s good to read them back once in a while.

What is your room like : My bedroom in Ipoh is errr...if it has six walls, what do we call it? pentagon octagon hexagon shaped. More or less like this :-



Sorry I'm just too lazy to draw the rest of my furnitures. Haha.




What’s right beside you: Nothing.
What is the last thing you ate : Maggie perisa itik!
Ever had...
Chicken pox : Yeah.
Sore throat : Of course.
Stitches : Thank God, no.
Broken nose : Nopee.

Do you...
Believe in love at first sight : Absolutely hundred percent NO.

Who was/were...
The last person you danced with : Errr.. can’t recall.
Last made you smile : Kak Raina.
You last yelled at : A grocery boy. I was so mad since I had to wait for two days for them to deliver my gas tank.

Today did you...
Talk to someone you like : No. I don’t have anyone I like at the moment.
Kissed anyone : No.
Get sick : No
Talk to an ex : No
Miss someone : Someone who I knew during my Alpha year. We lost contact after I moved to Cyberjaya.

Who do you really hate: Nobody particularly.
Do you like your hand-writing : I don't like my handwriting at all.
Are your toe nails painted : No.

Whose bed other than yours would you rather sleep in : Deco’s? Haha. I always like my own bed.
What color shirt are you wearing now : Dark blue.
Are you a friendly person : I guess so. But sometimes I can be very quiet.

Do you have any pets : Nope.
Do you sleep with the TV on: Sometimes. When I was in Singapore recently, I had to sleep with the TV on since I was alone in the apartment.
What are you doing right now : Watching the stupid drama on TV3 while doing this survey.
Can you handle the truth : Yes. It’s always better than lies.

Are you closer to your mother or father : Ibu.

Do you eat healthy : Not at all.
Do you still have pictures of you & your ex : Tettttt~ takde.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to :
Watching movie alone like I did last Saturday. High School Musical 3 is plain stupid. I watched it because I had no choice.
Are you loud or quiet most of the time : Quiet except when I’m with my close friends.

Are you confident : Sometimes.

5 things I was doing 10 years ago:
Adoi susahnye nak recall..
[1] I was Assistant Class Monitor but I fought with the seniors a lot. Until now, I still think they were the most immature creatures in the world.
[2] I cheated in exam by referring to my notes.
[3] I was the best in English subject. Bluergh.. sekolah kampong bole la.
[4] I had pen pals more than 15 people.
[5] I was a hugeeeeeeeee fan of Backstreet Boys (am still their fan).

5 things I would do if I were a billionaire:
[1] Make money work for me instead of I work for the money.
[2] Build my own sports club with badminton court, bowling, dance studio, futsal, swimming pool, tennis court, volleyball etc.
[3] Build my dream house.
[4] Buy an island and make it as the best place for vacation for my family and friends (for free of course).
[5] Help the poor just like the way Oprah Winfrey did.

5 of my bad habits:
[1] Addicted to caffeine.
[2] Inconsistent eating behaviour.
[3] Speeding.
[4] Take late dinners.
[5] Never finished my antibiotics.

5 places I’ve lived/living:
[1] Guar Chempedak, Kedah.
[2] Ampang, Selangor.
[3] Kuala Terengganu, Terengganu.
[4] Kuala Kubu Bharu, Selangor.
[5] Tanjung Malim, Perak.

5 people I tag:
[1] Temi
[2] Chii
[3] Melal
[4] Naema
[5] Che Det nak mampos? Shamam


How do I love thee; Let me count the ways..

[photo removed]


Recently before I went to Singapore, I ordered three self-designed mousepads from my good friend, Bern. It costs me RM22 each as it's imported from oversea. I believe they're from Hong Kong as what appears on the plastic envelope.

I had been dreaming to have my own stuff with my own design so when Bern introduced me such a great offer, I couldn't resist it and ordered 3 units straight away. Haha.. tamak betul.

One is for me (the black one with Deco at the center), the white one is ordered by my sister and the brown one with my family pictures is for my father.

Muchos gracias, Bern!


By the way, congrats to my ex-housemate, Yana for her new born baby boy!! I received a msg from her (but I think her husband sent it) this morning telling their friends she has just delivered her baby. I am so happy for them!! Can't wait to visit them one day.