Al-kisah hari-hari lalu yang lesu.
Pagi-pagi bangun. Alarm bunyi dua kali. Yang pertama, snooze dulu. Itu wajib. Sebab tu set awal sikit. Ini mindset yang tidak dapat ditukar memikirkan ia tidak mendatangkan mudarat (so far).
Dah siap, turun bawah, pergi parking lot. Belek lampu kereta, teringat hari tu nampak macam dah longgar. Ah kau..time ni la pun. Goyang-goyang dia sikit. Dah macam gigi yang nak tercabut.
Dia punya pasal, pemanduan agak berhati-hati. Terlanggar lubang sikit, “oh shit.”
Adjust-adjust aircond. Apsal tak sejuk ni.. tido lagi ke? “Bangun, bangun.” Sambil jari ketuk-ketuk sikit lubang aircond tu.
Tetahu dah sampai office. Kata tujuh minit perjalanan je. Itu pun ikut jalan jauh. Dah kunci kereta, naik ke office. Kekok sikit dua tiga menjak ni sejak coder-coder dari China dating sini. Aih..
Balik tengahari, bapak panas siot. Setiap kali masuk kereta ketika hari terik, mesti kesukaran untuk bernafas berlaku. Tercungap-cungap cari oksigen. Tingkap dah turun habis dah. Dah lama sikit, baru ok.
Tapi aircond tak sejuk-sejuk. Demmit. Sah rosak. Cooling coil ke ni? Baru refill gas bulan lepas. Memang sah lah rosak ni.
Takde masa nak repair. Isnin dah nak pergi Singapore lagi.
Kereta bagi Ratno pinjam. Terima kasih, Ratno. Hantarkan aku ke ERL. Pukul 6 pagi telefon dia. Takut-takut dia tak bangun lagi. Wah, bukan main segar lagi bunyi suara dia. Alhamdulillah. Lega.
Tetahu dah sampai Changi. Dah 4 kali aku datang sini. Naik jelak siot. Check-in apartment dulu.. tengok jam pukul 10 pagi. Sempat je nak breakfast kat café dia. Hmm..takpelah. Kang nak buang air besar susah pulak, kat office tu tandas takde air ok. Taktau macamana diorang boleh hidup. Ada je orang Islam kerja situ. Seksa ok.
Hari Isnin agak ok. Tiba hari Selasa. Tak menang tangan aku buat kerja. Sana sini orang request. Mana nak fix defects lagi. Mana nak monitor server lagi. User mintak tolong itu ini. Hari Selasa yang tidak selesa. Balik pukul 7.40pm. Tambah-tambah hari awal menstruasi. Balik apartment, terus pergi mandi. Tak duduk rehat dulu. Kalau postpone, alamatnya liat.
Selesai mandi, terus terbaring.
Ya Allah, penatnya hari ni..
Lapar. Tapi nak terus tidur. Perhati jari-jemari. Menggigil. Kalau skip makan je, gigil. Sampai pernah kena sound dengan orang kedai masa beli cincin. Pas bayar, terus halau aku pergi makan. “Dah dah. Jangan pergi tempat lain. Pergi makan dulu!” Boleh pulak camtu. Dua orang pulak tu. Tak saling mengenali pulak tu.
Nak tak nak, pergi ke dapur. Masak nasi, masak lauk. Lauk beli yang dalam tin je. Kari Ayam yang ada muka Chef Wan tu. Sedap jugak. Nak beli kat Singapore tu, tak menepati selera. Mahal pulak tu. Lunch je beli. Dinner masak sendiri.
Officemate yang duduk serumah tegur. “Why you look so tired?”
Aku jawab, “Do I really have to explain?”
Tapi dalam hati je.
Pas makan, try online jap. Ahhh.. apsal tak sampai wireless ni. Dulu sampai je. Demmit.
Badan dah penat. Dapat online jap. Takde mood dah. Masuk tidur.
Tiba-tiba dapat satu mesej dari sahabat yang teramat-amat-amat disayangi dan dirindui. Tiba-tiba berpesan, “Kita boleh sedih, nangis tapi jangan sesekali kita putus asa. Kerana putus asa bukanlah sifar orang mukmin.....”
Tersentak. Lama tak update cerita. Ada apa-apa yang dia tahu? Mana dia tahu?
Sahabat, it means everything to me. Terima kasih sangat.
Hari Rabu best sikit. Kerja tak banyak macam Selasa. Dapat balik awal. Keluar office, balik apartment, angkut laptop, keluar balik.
Officemate tanya, “You’re going out?”
“Yup.”
“Alone?”
Angguk.
“Where?”
“Don’t know yet.”
See how far I can go, aku cakap dalam hati lagi.
Keluar.. jalan terus pergi McD kat Orchard Point. Adoi..sesak gila. Takde satu meja pun yang kosong. Terus keluar. Sambil jalan, sambil fikir. Kat mana lagi ada McD..
Jalan dan terus jalan.. Yes, dah tau. Laju sikit jalan. Terus masuk Lucky Plaza. Cun lah, ada port baik punya. Tengok set Happy Meal. Eh tak sama dengan Malaysia. Takde Madagascar. Orang Kota Singa tak layan movie ke? Dalam Madagascar ada banyak singa tau.
Dah beli, gi amik sos tomato. Then pergi ke meja kecil yang kosong dan ada privasi. Terus tarik keluar laptop. Check connection. Nice lah. Online. Hantar e-mail jap. Forward msg jap. Chatting banyak. Emo sikit. Ada orang buat aku emo. Aku jejauh ni pun nak kasik aku panas.
Sabar. Terpaksa. Sebab dekat McD.
Lepas online, bungkus laptop. Gi jalan-jalan. Lawanya Christmas decoration. Tepi-tepi jalan penuh lampu dan pokok krismas. Siap pusing-pusing. Entrance shopping complex pun penuh glitter. Lawa. Ambil gambar sikit. Bateri dah nak habis.
Tiba-tiba ada orang tegur. “Hi.” A couple. Chinese kot. Tapi laki tu definitely bukan Singaporean. Perempuan tu tunjuk kamera dia. Nak cakap something tapi aku terus faham. Amboi mentang-mentang aku lone ranger. Tapi takpe. “Do you want me to take pictures for you?” Diorang angguk sungguh-sungguh. “Oh sure, no problem,” aku jawab lagi. Ambil dua snap sebab aku pulak yang tak puas hati.
Dah sudah, masuk Wheelock. My favourite sebab ada kedai buku. Aku kalau masuk kedai buku macam Kinokuniya tu boleh lost in my own world. Rasa bahagia. Taktau kenapa.
Ingat nak beli Harry Potter merchandise. Golden Snitch. Hari tu nak beli, tak beli. Ni datang lagi konon confirm nak beli. Sekali dah habis. Oh tidak. Yang tinggal Sorting Hat je. Tak mau lah.
Balik dengan penuh hampa. Dah jauh aku berjalan. Bahu dah sakit kendong laptop. Lalu Lucky Plaza, terus pergi bus stop depan tu. Nice, ada bas 123. Terus loncat masuk. Ahh.. lega.. takyah jalan jauh nak balik.
Dah swap Ezy Link, loncat keluar bila dah sampai depan John Little. Then masuk Orchard Point lagi. Ada sesuatu yang dicari, yang perlu dibeli. Tak tahu nak namakan apa benda alah tu. Senang cerita, kalau takde, handphone tak boleh charge. Handphone dah nak mati pulak tu.
Dah tau electrical goods kat mana. Terus naik eskalator, pergi tingkat atas sekali, tingkat 4. Mundar mandir cari benda alah tu.
Bingo! Cek price dia, $1.60. Cun. Ambil satu. Eh, plastik sedikit berlubang. Tukar, tukar. Jalan tengok-tengok barang letrik. Diorang cakap sini murah, betul ke? Hurmm.. nak compare, taktau pulak normally harga berapa kat Malaysia. Hahaha. Tiba-tiba jumpa mini rice cooker. Comel. Warna putih-merah jambu. 30 plus. Hmm.. macam murah..
Round-round lagi. Dude, $29.60 je rice cooker ni? Keluar kan handphone. Nasib baik hidup lagi. 29.60 kali 2.4. Lebih kurang RM71. Ok sekarang list out sebab-sebab kenapa kena beli rice cooker.
1. Apartment takde rice cooker.
2. Dapur elektrik menyebabkan sedikit kesukaran untuk menanak nasik.
3. Minggu depan duduk apartment yang sama.
4. Rice cooker di rumah di Cyberia sememangnya dah tak elok.
5. Takde salah pun nak beli, hari-hari kot makan nasik.
6. Mini Rice cooker memang comel.
Angkutlah. Pergi test. Then bayar. Balik apartment, ofismate tanya shopping apa.
“Rice cooker.”
“Sorry?”
Aku ulang jawapan. Dia ingat aku akan beli kasut, baju, paling tidak pun beg tangan.
Hari Khamis aku tak sarapan. Walaupun sarapan free. Aku dah bosan sarapan ala-ala Inggeris. Scramble egg, toast, half-boiled eggs.. salad. Duh.
Kerja okay lah. Bila banyak kerja, aku jadi penat. Bila tak berapa ada kerja, aku tak suka. Aku rimas bila takde kerja nak buat. Aku akan fikir habis-habisan apa yang aku boleh jadikan sebagai kerja.
Balik awal lagi hari ini. Tapi fikiran malam tu kusut sekusut-kusutnya. Niat ikhlas nak berbaik. Tapi dapat mesej-mesej macam tu buat aku sakit. Berdebar-debar dada ni menahan marah. Tak pernah seumur hidup aku rasa nak campak henfon. Terpaksa istighfar. Fikir banyak kali, belum mampu nak tukar henfon lagi.
Eee.. kalau lah dapat aku campak henfon.. Sekali jadi lah. Akan aku campak sampai berkecai!
Jumaat. Saya suka Jumaat. Hari terakhir bekerja. Pagi bangun awal sebab sakit perut. Tak pergi sarapan, tapi packing baju-baju. Hari ni balik ke tanahair. Adik-adik tersayang janji nak ambil. Terima kasih, kamu-kamu.
Pukul 5, LA Core frontliner sound aku, “Hey, what are you doing? Why are you still here? Go back lah..” Amboih. Lek la. Flight pukul 8pm. “Still early la,” aku jawab sambil tunjuk jam dinding. “Go go.. you can go shopping.” Amboih. Racun nampak. “Shopping in airport? There’s nothing there,” aku rungut. Kul 5.30pm aku cabut.
Masa ni kepala dah pening. Berdenyut-denyut. Masa dalam flight, tak keruan jugak dibuatnya. Macam nak gila pun ada. Sakit gila. Mujur sebelah aku takde orang. Kalau tak, mesti orang kata aku tak betul. Perjalanan hanya 45 minit dah cukup menyeksa aku.
Kapal terbang berhenti je, aku terus bangun. Dah tak boleh nak duduk. Berpinar-pinar. So, bangun. Kasik blood flow ok sikit. Rasa macam sedikit ok. Tapi masih terseksa. Dah jalan tu feeling much better. Naik pulak Aerotrain yang agresif gila tu. Mujur sekejap je. Kalau tak, aku terjun dah.
Keluar gate, cari kelibat adik-adik. Wah sedapnya mereka layan Burger King. Terus ajak balik. Diorang ada kelas silat. Kasik diorang cokelat-cokelat. Kadang-kadang terlebih acting macam kakak sangat. Kadang-kadang macam mak pun ada.
Sampai MMU, ambil kereta dari Ratno. Ratno punya greeting memang welcoming. “Ayu, esok jom kita pergi workshop.” Rupa-rupanya aku punya lampu dah nak tercabut. Oh lampu ini. Dah loose sebelum aku pergi Singapore. Tapi kali ni siap retak. Bape laju ko bawak daa. Aku bawak 120 pun tak retak. Tapi Ratno isi minyak full (sengaja ke tak sengaja? Haha). Terharu aku. Thanks, bro.
Ingat nak lepak kat kelas silat. Tapi pening dah tak tertanggung. Pandangan dah kabur. Panadol dah telan tapi takde kesan. Balik rumah, terus pengsan.
Semoga minggu akan datang akan jadi lebih baik. Amin.
Sunday, November 30, 2008
I need everything but you.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment