Thursday, November 20, 2008

The face you can trust.

Hari ni bos aku pindah cubical sebab nak bagi coder aku dari China duduk meja dia, so dekat dengan kitorang. Paling dekat dengan aku, sebelah je. Pagi tadi aku sampai sedikit awal berbanding hari-hari lazim, jadi ketika ketibaan aku, hanya bos aku yang dah sampai (dia boleh lah bajet datang awal hari-hari pasal naik bas). Ketika aku on pc, tiba-tiba dia bangun sambil tangannya membawa barang-barangnya dan seraya menuju ke cubical milik Data Conversion.

Aku tengok dia, kemudian tengok meja dia. Tengok dia balik, tengok meja dia.. eh, kosong. Kemudian setelah coder aku sampai, dia duduk di meja bos aku. Yeeehuuu...

Aku terasa di awang-awangan.. kerana impian aku untuk duduk berjauhan dengannya menjadi kenyataan (walaupun hanya sekejap cuma).

Aku agak rapat dengan salah seorang dari coder aku ni thru Instant Messaging (bkn ym, msn dll, ok). Bila aku marahkan orang atau kecik hati dengan sesiapa, aku biasa lepaskan perasaan pada dia. Sebabbbb.. satu, dia tak kenal aku. kitorang tak pernah berjumpa. dua, dia tak kenal orang-orang yang aku cerita. tiga, aku mati-mati fikir there is no way diorang akan datang Malaysia.

So bila tiba-tiba diorang diminta turun ke sini, apa lagi... gonjeng benar ku rasakan tatkala jemari kami bertaut.... (wut the hell!)

Ofis aku dengan hampesnya telah mem-block blog. Dem. Tertekan jiwa aku rasakan. Ni pun aku send entry pakai email. Bosan punya pasal. Nak buat kerja tak boleh sebab server dah fully occupied. Sejak coder-coder aku datang ni, lagi berebut server lah kitorang.

Tapi takpe, selaku pekerja berhemah, aku kasik can dulu.. Tu pun sebab workload aku paling sikit lah. Hehehehe.. Kes unbalanced workload ni terjadi sejak masing-masing di-assign mengikut focus group. Ada focus group yang banyak defects, ada yang tak berapa nak ado. Masa pilih focus group dulu, aku diberitahu focus group aku paling banyak defects. Yo-yo-o je.

Kadang-kadang naluri keibuan aku ni menjadi jugak. Banyak prediction aku buat.. banyak yang jadi betul-betul. Tapi semuanya yang tak elok. Teammate aku yang paling senior cakap, masuk new cycle untuk UAT, defects akan kurang. Aku cakap, I don't think so. PSG855 and PCCOM2 will be big issues. Wait and see. Sekali betul pulak. Ada sedikit menyesal. Lepas tu aku bet, UAT akan ditambah satu lagi cycle (kitorang panggil season.. season 1, season 2.. macam tv series konon). Betul pulookk. Aku ade satu lagi perkiraan, tapi aku taknak cakap. Nanti kalau jadi betul-betul, pengsan.

Sementelah itu ('by the way' in Malay apa?), aku nak mengajak kamu-kamu yang sudah bekerja tetap untuk menderma ke MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Layari laman web www.makna.org.my dan pergi ke pautan 'Direct Debit Donor Programme'. DDDP adalah salah satu langkah untuk mengumpul dana bagi membiayai pembelian satu err... MAKNA trailer yang bernilai jutaan ringgit. Trailer ni digunakan untuk ekspedisi memerangi kanser. So orang ramai boleh pergi buat medical check-up samada kita ni ada kanser ke tak.. rasanya kanser-kanser yang terlibat adalah kanser payudara, tulang, prostat, kulit dan lain-lain. Keputusan boleh diperolehi dalam masa sejam saja, jadi takde lah sesak jiwa sangat menanti keputusan tersebut.

Aku rasa usaha ni sangat murni sebab faktor cuaca, persekitaran, cara hidup dan pemakanan zaman kini banyak menyumbang kepada penyakit kanser. Susah kita nak betul-betul nilai apa sebenarnya penyebab sesuatu kanser itu (kecuali rokok yang boleh mengakibatkan banyak kanser, contoh : paru-paru dan tekak). Kita semua berpotensi untuk mendapat kanser.

Jadi bagi aku, usaha macam ni sangat diperlukan sebab kos perubatan kanser bukan seringgit dua dan kebanyakan pesakit kanser tak mampu nak biayai kos tersebut.

DDDP ni actually auto-debit.. samada dia deduct from our savings account atau credit card account. Kalau pakai savings account, ade charge RM1 bagi setiap deduction (bank charges). Donation ni minimum adalah selama setahun. Selepas itu kita boleh cancel kalau kita rasa dah letih beramal. Opss. Donation ada dua nilai yang boleh dipilih, samada RM38 atau RM58 sebulan (dalam web tak update aku rasa). Jadi kalau berminat, dapatkan no telefon MAKNA di web itu (pautan Contact Us) dan tanyalah lebih lanjut. Atau kalau nak nombor telefon orang yang incharge untuk DDDP ni, boleh request dari aku.

Okay lah. Aku nak balik rumah. Kepala pening akibat sakit gigi nak tumbuh gigi bongsu. Dulu dah keluar, pastu dia macam postponed, keluar ciput je. Ni sungguh-sungguh pulak dia nak keluar. Hampes.

No comments: