Hi y'all!
Sini nak promote sikit.
Barangsiapa yang tengah mencari hobi baru, atau tengah takde life, atau terasa dah boring pergi gym, atau teringin nak main air, atau dahaga lantas ingin menelan air satu kolam, atau terasa nak cuci mata atau sememangnya berminat nak belajar swimming, boleh lah contact nombor di atas.
Beliau adalah swimming coach aku sendiri.. tapi aku dah tamat kelas la. Kira sungai Amazon tu ibarat longkang depan umah makcik sedara kita-kita je. Haha.. takde lah. Tipu sangat tu.
Anyway dia ni swimming coach yang best.. yang salu kena buli dengan aku. Hehe. No seriously, he's a good coach. Tak garang, very friendly, boleh buat member.. Dia baru pas belanja dinner ni so cucuk lebih sikit. Hehe.
Ragu-ragu kerana anda memang hampeh dalam swimming? No worries. I started from zero. Float pun tak reti. Tapi sekarang aku siap terjun junam masuk pool paling dalam kat Pullman tu hehe.
How soon you can swim once you take the classes? Ramai orang tanya soalan ni. Eager sangat. Atau dalam erti kata yang bombastik sikit, very enthusiastic. Eycehh. But to be frank, it depends on the individual. Coach aku cakap, average kelas ke-5 mesti dah boleh breast stroke. Aku kelas ke-2. Kelas ke-5 aku dah terjun tempat dalam. Hehe. (Saje kasik panas)
How about the fees? Kalau nak compare kelas-kelas renang yang lain, biasanya RM250-280 untuk lapan kelas. Tapi dengan coach aku ni, RM230 sahaja untuk sepuluh kelas.
Eh, kalau pas sepuluh kelas, tak stroke-stroke lg breast ni, camne? Dia akan extend lagi satu dua kelas.. tiada bayaran tambahan. Tapi seriously by kelas kelima korang dah boleh punya.
Apa qualification coach ni? Entah-entah jaguh renang kampung je? Aku pun tak ingat detail dia sangat pasal term2 kejadah dia guna untuk certification dia tu aku tak leh nak ingat pulak. Tapi dia ada international life saving punya cert ok. Itu life saving, belum campur cert renang dia.. cert diving dia.. cert nikah dia.. err.. Yang best nya, coach ni tak lokek ilmu. Kalau korang tanya apa-apa skill yang takde dalam syllabus, dia akan ajar gak. Contoh: nak buat turn bila sambung lap, nak dive, etc. Tapi jangan tanya camna nak buat synchronized swimming. Kang pengsan tengok coach tu demo. Hahaa. (Cikgu, saya harap blog ni cikgu tak bace..hihi..)
Kat celah mana pulakk nak belajar swimming ni? Celah semak. Hehe. Dekat Pullman Putrajaya Lake Side, Precinct 6. Dekat-dekat PICC tu. Yang ada taman air rekreasi.. taman rekreasi air.. rekreasi taman air.... Pasni dah tau nak skodeng aku kat mana. *tepuk dahi*
Ok lah, kalau rasa ada lagi nak clarify, boleh telefon nombor di atas. Kalau segan, telefon aku je. 012-2359397.
Thursday, May 21, 2009
Make it wet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bb, I don't think it's wise to post your handphone number publicly on internet. y'know,internet privacy and all that.
just call me paranoid
haha. takde org kacau pun. aku dh publish kt internet byk kali cause y'know im advertising the rooms in my house.
sha, aku ade something nak diskas.. hehee... nnti IM me!
Post a Comment