Thursday, September 17, 2009

Venus Vs. Mars




Men:

1. All men are extremely busy.

2. Although they are so busy, they still have time for women.

3. Although they have time for women, they don't really care for them.

4. Although they don't really care for them, they always have one around.

5. Although they always have one around them, they always try their Luck with others.

6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the women leave them.

7. Although when the women leave them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.



Women:

1. The most important thing for a woman is financial security.

2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes.

3. Although they always buy expensive clothes, they never have anything to wear.

4. Although they never have something to wear, they always dress Beautifully.

5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "An old rag".

6. Although their clothes are always "just an old rag", they still Expect you to compliment them.

7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.








Tuesday, September 15, 2009

Sedikit teguran panas.



Just a random thing that I truly need to speak out.

Kepada semua orang-orang kita yang suka sangat menggunakan term-term makanan untuk merujuk kepada perkara yang tidak senonoh atau kotor..

Macam roti kering, sotong kering, rokok daging, apam..

PLEASE!! Jangan la jadi sampah sangat bahasa korang ni.

TAKKAN LAH MAKANAN NAK DISAMAKAN DENGAN BENDA-BENDA TAK SENONOH?!

TAKDE OTAK KE?

Tiap kali orang guna term2 camni depan aku, memang mintak pelempang la tu. Maaf cakap, aku rase korang yang gune term-term macam ni memang takde moral value, unethical dan bodoh.

Daripada aku sekolah lagi aku sedar ramai yang guna. Sampai sekarang benda ni dengan mudah membangkitkan kemarahan aku.

Makanan, makanan lah!

Bra, bra lah!

Penis, penis lah!

Apasal nak dikaitkan pulak sedangkan masing-masing dah ada terma sendiri?

Kepada kawan-kawan, tolonglah hentikan sikap memalukan macam ni. Mungkin takde isu bagi korang, tapi pada aku, bahasa macam ni SANGAT CELUPAR.

Sekian sesi mengamuk aku pada malam ni.




Thursday, September 10, 2009

Kentang Putar.



Ada member aku ni duk mintak resipi mashed potato yang aku biase buat. Suruh post kat facebook tp aku segan la, aku post kat sini je.

Mashed potato ni aku main belasah resipi sendiri je sebab senang nak buat. So korang nak try boleh lah try tapi korang boleh alter ikut kesukaan masing-masing. Aku jenis tak reti tulis resipi ni sebab bila aku memasak aku main bubuh ikut sesedap rasa, aku tak pernah sukat-sukat. Haha. Agaknye sebab tu lah kot buat kek tak pernah menjadi.

So ni estimation je lah ek.. pepandai lah korang adjust ikut logik sendiri. Hehe. Tak sedap jangan blame aku hahaha.

Bahan-bahan
Alamak ni nak masak untuk berapa orang pulak ni.. hmm.. bedal lah. Lebih kurang dua ke empat orang, bergantung pada nafsu haha. Buat banyak takpe sebab boleh simpan dlm peti ais. Tapi kalau simpan, simpanlah dalam bekas bertutup ye. Kalau tidak, esok pagi, makan mashed potato keras lah anda.

Ok balik semula.

Bahan-bahan

4-6 bijik kentang yang besar. Ah ikut suke lah.
1 cawan susu segar atau satu kotak kecik susu tu. Tak kesah full cream / low fat. Jangan susu sejat, tak sedap. Susu manis tidak boleh ye Shidi! :P
Air secukup rase.. Ni amik air rebusan kentang nanti pun boleh. Tapi nak sikit je.
3-5 keping Cheese.. Jenama ikut suka, janji halal.
Secubit Garam sikit.. haih ni camne nk ckp banyak mana ye.. kang termasin pulak. Korang test2 la.. kalau tawar, tambah la lagi.. apo susah. Hehe.

Cara-cara
1) Rebuslah kentang anda sehingga empukk.. Nak tau dah empuk ke tidak, cucuk lah dengan garpu. Ni pun nak ajar ke? :P
2) Then asingkan air dari kentang tadik. Baik-baik, panas tuu.
3) Pastu lenyekkan ia sehingga lumattt.. Nak senang lenyek, pakai anak lesung. Blender aku tak advise lah. Bayangkan kentang tersebut adalah muka bos anda. Ngeh ngeh.
4) Letak atas dapur yang ade api ye. Kalau gas abis, anda boleh skip resipi ini. Api perlahan atau sederhana. Jangan besau-besau, nanti berkerak.
5) Tambah sedikit air rebusan tadi kalau rase kering sangat. Tapi jangan banyak, nanti nak taruk susu lagi..
6) Kacau-kacau-kacau.. Sambil tu nyanyi, “Row row row your boat, gently down the stream..”
7) Then taruk susu.. Jangan rakus, tuang slow slow.. kang tiba-tiba terbanyak sangat, cair pulok.
8) Kacau-kacau-kacau.. Sambil tu nyanyi, “Row row row your boat, gently down the stream..”
9) Then bubuh lah garam dan akhir sekali iyelah cheese. Nyum nyum.. I like cheese. Cheese tersebut akan cair dengan sendiri.
10) Kacau-kacau-kacau.. Sambil tu nyanyi, “Row row row your boat, gently down the stream..”
11) Biar sampai mendidih sikit. Dia takkan mendidih macam kita mendidih bila orang sepak kita. Dia menggelegak sikit-sikit... sebab isinya padu kan. Kalau mendidih macam sup tu, maknanya anda telah masak sup kentang lenyek (Sila tabur hirisan daun bawang sebagai hiasan).
12) Padamkan api, tuang dalam mangkuk, baca Bismillah dan ingatlah orang yang tersayang.

Sebenarnya bila disimpulkan resipi ini, jadi senang gila.

Kentang rebus + air + susu + cheese + garam = Kentang putar.

Oh begitu mudah sekali!

Mashed potato ni tak payah gravy. Sebab dah ada rasanya sendiri. Boleh nak tambah black pepper, tapi aku tak suka. Almaklum, I tak suke pedas-pedas ni hehe.

Boleh taruk butter kalau nak, tapi memikirkan cheese, susu dan kentang itu sendiri sudah cukup menggemukkan, sebaiknya dielakkan. :)

Ia sedap dimakan begitu sahaja atau makan dengan roti. Jangan makan dengan kari kepala ikan sudah lah. Terkejut ikan tu karang.

Okeh selamat mencuba.


Credit : Country Living for the image.




Wednesday, September 09, 2009

It's a girl!


Dear Faizal and Shidah,

Congrats on your new born baby girl yesterday at Hospital Manjung, Perak.

I'm so happy for both of you.

Kalau baby dapat tahan satu hari je lagi nak keluar, dah cantik dah tarikh lahir... 09.09.09. :)

Apapun, Alhamdulillah kedua-duanya sihat walafiat. Itu yang lebih penting.


So, welcome to the world, sweet little Asma' Khalisah!



Sunday, September 06, 2009

Hey all single ladies!



I was looking for Single Ladies video by Beyonce.. it's one of my favourite video clips because the dancing is so good.

Then I found this video response..



They're not bad at all. They danced really really good. And did I mention those people are actually guys and it was their first time wearing heels? Lol.

So cool!

I could never dance like that.


Hari Lahir Abah.


Minggu lepas balik Ipoh sebab cuti Merdeka dan harijadi Abah jatuh pada hari yang sama. So macam biasa, ibu request beli kek Secret Recipe. Ibu nak blueberry cake tu tapi kedai tu dengan bestnye tinggal cheese cakes je. So aku amik je lah blueberry cheese cake.




Comelnya abah senyum macam ni.




Masa birthday surprise tu, abah nampak hepi gile. Pastu dia cakap nak tiup lilin kena cover sikit sebab tanak nampak pipi kembung macam tahun lepas. Haha.





Then ibu beli sepasang baju Melayu warna coklat. Patut abah size M tapi seluar die tak cukup 2cm laa pulak. Terpakse amik size L.


"Uish..ini tambah satu size lagi, Along dah boleh pakai!" cakap Abah bila dia tengok size L.



Anyway, semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki hendaknya. Amin.

Sayang abah!






Iftar @ Manhattan Fish Market.


For the third time in a week, I had my fast-breaking at Manhattan Fish Market! It's not that I love Manhattan so much but I let my friends decided yet ironically they ended up making the same decisions.

I’m not picky when it comes to food. Babi aku tak makan la.

Anyway yesterday, I met my loyal buddies, padfoot and shinizzle (double z.. double n.. I can never remember) at Sunway Pyramid as planned. Sehari sebelum tu, aku saja ajak Farina join. My bbs met her on the Net so I think it would be great if I ask her to join us. I can’t believe she agreed! Thank you so much for accepting the invitation, Farina. :)



[photo removed]

me and Farina

[photo removed]

me and padfoot

[photo removed]

me and shinizzle


Farina and shinizzle


Patutnya aku shopping raya sekali, but since my sis couldn’t make it, so I postponed our plan to next week. But I ended up buying my raya shoes. Hahahaha.


I really love the box and the eco-friendly bag



I managed to convince my family to go brown this year (read: it’s my favourite colour). My mom even bought my dad a pair of brown baju Melayu for his birthday.

Anyway, padfoot and shinizzle gave me birthday pressies while waiting to break fast. Thankyouthankyouthankyou!

[photo removed]

Me with my gifts.



Padfoot always gave me cute birthday gifts which I adore so much. This time she gave me a pink blanket. Awww.. I never saw a cow this cute. Whereas shinizzle gave me the last series of Twilight, Breaking Dawn!! It’s the only series I haven’t bought so now I’ve a complete set of Twilight series. Yeayy!! (my reading still stuck at ‘New Moon’. Hahah)


The gifts.


And I’m so much in love with the red box. Terus aku ganti kotak untuk poskad-poskad aku. I’ve lots of postcards now. Thanks to postcrossing and my friends who bought me postcards when they travelled.


some of the postcards


Okay lah tiba-tiba tak tau nak merepek ape dah.. Till then!


p/s: I'm currently in love with Segoe Print font, so I'm gonna use this font for my entries onwards till I get bored.




Wednesday, September 02, 2009

Pasal ko.



Beberapa hari yang lepas, aku bercadang nak berbuka puasa dengan kawan-kawan lama. Kemudian kami pergi ke bazaar berdekatan untuk cari juadah berbuka.

Aku jalan dan jalan, tak tau nak beli apa. Habis satu round akhirnya aku dah target apa nak beli. Tengah mundar mandir tu, aku nampak kelibat ko. Totally unexpected. Tak tahu kenapa, tindak balas yang berlaku dalam diri aku adalah aku terus mengelak ko. Aku taknak ko nampak aku walaupun kita masa tu hanya jarak dua meter je. Aku lega ko tak nampak aku. Ko tengah sibuk cari gerai yang menarik so aku amik kesempatan tengok ko sepintas lalu. Sebab aku rasa aku rindu kat ko. Pastu ko lalu melepasi aku dan aku pun tak toleh dah dan teruskan berjalan sambil mengucap syukur ko nampak sihat walafiat.

Tapi ko dah kurus. Actually ko memang kurus. Tapi ko pernah naik sikit, aku suka tengok tapi aku tak pernah cakap sebab aku tahu ko concern pasal weight ko dan confirm ko akan turunkan balik berat ko. Ee..betul tekaan aku.

Dah tiga tahun kita tak spend masa bersama. Kita tak gaduh, tapi friendship kita banyak dugaan.

Ko suruh aku sabar dan suruh aku jangan amik peduli. Tapi tak boleh lah, asyik aku je bersabar. Letih. Macam-macam dugaan. Aku tak pernah salahkan ko atas apa yang jadi. Semua silap aku, sebab aku tak terus bersabar. Aku putus asa sebab aku tak macam ko. Ko tak kisah orang nak cakap apa..

Dulu kita punyalah rapat, ko salu dulukan aku. Ko make sure aku selamat, ko make sure aku happy. Ko jaga aku walau ke mana je kita pergi. Kadang-kadang aku rasa ko treat aku macam aku ni takleh diharap. Tapi still, ko cakap ko percayakan aku. Sampai aku buat jahat pun ko cakap takpe, itu hak ko. Kawan apa ko ni? Hahaha.

Ko tak pernah cakap aku berubah. Jauh sekali nak suruh aku berubah. Eventhough aku rasa aku banyak berubah, tapi ko cakap aku masih macam ko mula-mula kenal aku. Ko terima je baik buruk perangai aku. Kadang-kadang aku pun tak faham apsal ko ni fleksibel sangat dengan aku.

Pastu orang tak senang hati tengok kita berkawan. Dari sekolah lagi, orang asyik pertikai apsal ko baik dengan aku. Susahlah kawan dengan orang ada rupa cam ko ni. Kalau aku hot macam Jessica Alba sure takde masalah dah. Pastu orang buat fitnah pasal kita. Pasal aku tergila-gilakan ko. Padahal aku tergila-gilakan kawan ko masa tu. Haha. Dah kahwin pun dia. Cerita lama. Aku buat pekak je lah walaupun aku selalu rasa masa tu ramai sangat kejam dengan aku.

Bila kita sambung belajar, kita lost contact kejap tapi aku pun tak ingat macamana kita boleh rapat balik. Aku rasa ko start dulu. Aku kenalkan ko pada kawan-kawan aku dan ko pun introduce kawan-kawan ko. Kita jadi satu geng. Terbaiklah masa tu. Kalau boleh tiap-tiap malam nak jumpa. Tengok korang main futsal (tp ko duduk kat tepi, ko tak suka main), pastu kita gi karaoke (ko tak suka nyanyi sangat, ko pemalu haha), tengok wayang, lepak makan.. macam-macam lah.

Tapi paling aku tak boleh lupa bila ko ada krisis dengan kawan-kawan kita. Aku tak nak campur sebab semua kawan aku. Tapi aku serba salah sangat masa tu. Masa diorang main futsal, tiba-tiba ko datang. Aku yang takde kena-mengena ni berderau tengok ko muncul dari jauh. Pastu, ko down gile. Aku gugup time tu, aku buat dunno je sebab ada orang lagi concern dekat ko. Aku nak sangat bagitahu yang ko tak patut datang, nanti keadaan jadi makin teruk. Tapi orang lain pergi dekat ko, pujuk ko. Tapi ko tepis. Ko blah masuk dalam kereta ko.

Pastu diorang try pujuk ko, kecuali aku. Aku memang surrender bab-bab pujuk ni. Aku tunggu kat kereta aku. Buntu. Walaupun kita satu tempat tapi since masing-masing dalam kereta, aku rasa nak call ko tapi aku takut ko marah aku. Tiba-tiba kawan-kawan kita datang kat aku, “Dia nak jumpe Ayu.”

Aku terus panik. Aku tak nak campur, aku cakap. Korang yang gaduh korang setel la sendiri. Pastu orang lain offer diri nak pujuk, orang tu cakap biar dia handle, dia tahu camne nak handle ko. Aku biarkan je lah dia pergi kat ko. Dia masuk kereta ko. Pastu apa jadi, aku tak tau. Yang aku tahu, tiba-tiba aku toleh dia muncul sebelah aku, “Dia nak jumpa ko jugak. Dia tak nak orang lain. Aku pun dia tak nak layan.”

Aku pun pasrah, berjalan pergi kereta ko yang hanya diselangi tiga empat bijik kereta tapi ya Rabbi aku rasa macam jauhnya nak sampai kereta ko. Berpeluh-peluh tangan aku. Memujuk itu satu pekerjaan yang begitu mencabar bagi aku. Sila faham. Aku ingat ko duduk dekat driver’s seat, dah lah cermin ko tinted gila. Aku otomatik pergi seblah kiri. Sekali aku nak bukak pintu, nampak ko kat seat tu mujur aku tak pengsan. Terus aku pusing gi blah driver. Woi, aku tak penah bawak kete gajah macam ni tiba-tiba duduk tempat driver dan expect aku menjalankan sesi pemujukan. Dah lah nak masuk kereta ko tu pun aku kena ala-ala melompat.

Tapi takpe, ko punye pasal. Aku sanggup. I’m your friend, of course I’m always here for you. Pastu ko start lepas perasaan. Sampai ko menangis. Ko tau tak aku rase nak terjun keluar kereta bila ko nangis camtu. Gila teruk. Aku tahu aku failed malam tu, tapi Alhamdulillah since then kita semua ok.

Aku pun pernah nangis depan ko. Member aku drive kereta tiba-tiba terlanggar anjing sampai bersepai plate kereta, bocor radiator. Masa tu lewat malam, entah camna ko dengan kawan-kawan ko drive aku pun tak tau, sekejap je korang dah sampai tempat kejadian. Korang tolak kereta aku, pastu korang hantar kitorang balik. Dalam kereta korang buat lawak nonstop sampai aku lupa pasal kereta aku.

Dan satu insiden yang sampai sekarang jadi tanda tanya masa kita lepak makan dekat Uptown. Aku buat lawak, pastu ko sambung lawak aku dengan bertanya soalan yang membuatkan aku terkedu tak mampu nak jawab. Pasal kita. Aku terus diam dan sambung makan. Pastu ko macam angin tak nak cakap dengan aku, ko terus bad mood sepanjang malam tu. Ko expect apa sebenarnya?

Tapi kan itu cerita dulu-dulu la. Sekarang dah takde cerita. Lepas ko dengan orang lain krisis, geng kita macam dah tak seronok. Tu lah, ko pun satu. Sapa suruh hensem sangat. Nyampah betul aku. Aku pun tak ingat lah hujung-hujung friendship kita macamana. Tapi yang aku ingat, kerana orang lain friendship kita jadi macam ni. Last-last aku give up, ko pulak dah give up nak suruh aku bersabar.

Kenapa orang lain susah nak jadi macam aku? Berkawan dengan ikhlas dan stay jadi kawan. Kenapa nak tukar-tukar hubungan tu jadi lain? Tak best ke jadi kawan je?

Aku tahu sekarang ko dah berubah. Tapi aku pun dah jadi macam ko, tak kisah pun kalau ko berubah. Tapi susahlah nak baik balik macam dulu. Dunia ko dah lain sangat. Aku pun sama. Kalau ko baca entry ni dan ko rasa ko lah orangnya, contact la aku. Tapi aku tak mengharap pun. Birthday aku yang lepas pun ko tak wish. Dulu ko la antara yang pertama. Aku pulak tak pernah lupa birthday ko. Nak gak aku lupa, tapi tak boleh pulak.

Bila fikir-fikir balik, kenapalah aku tak tegur je ko hari tu...