Thursday, September 10, 2009

Kentang Putar.



Ada member aku ni duk mintak resipi mashed potato yang aku biase buat. Suruh post kat facebook tp aku segan la, aku post kat sini je.

Mashed potato ni aku main belasah resipi sendiri je sebab senang nak buat. So korang nak try boleh lah try tapi korang boleh alter ikut kesukaan masing-masing. Aku jenis tak reti tulis resipi ni sebab bila aku memasak aku main bubuh ikut sesedap rasa, aku tak pernah sukat-sukat. Haha. Agaknye sebab tu lah kot buat kek tak pernah menjadi.

So ni estimation je lah ek.. pepandai lah korang adjust ikut logik sendiri. Hehe. Tak sedap jangan blame aku hahaha.

Bahan-bahan
Alamak ni nak masak untuk berapa orang pulak ni.. hmm.. bedal lah. Lebih kurang dua ke empat orang, bergantung pada nafsu haha. Buat banyak takpe sebab boleh simpan dlm peti ais. Tapi kalau simpan, simpanlah dalam bekas bertutup ye. Kalau tidak, esok pagi, makan mashed potato keras lah anda.

Ok balik semula.

Bahan-bahan

4-6 bijik kentang yang besar. Ah ikut suke lah.
1 cawan susu segar atau satu kotak kecik susu tu. Tak kesah full cream / low fat. Jangan susu sejat, tak sedap. Susu manis tidak boleh ye Shidi! :P
Air secukup rase.. Ni amik air rebusan kentang nanti pun boleh. Tapi nak sikit je.
3-5 keping Cheese.. Jenama ikut suka, janji halal.
Secubit Garam sikit.. haih ni camne nk ckp banyak mana ye.. kang termasin pulak. Korang test2 la.. kalau tawar, tambah la lagi.. apo susah. Hehe.

Cara-cara
1) Rebuslah kentang anda sehingga empukk.. Nak tau dah empuk ke tidak, cucuk lah dengan garpu. Ni pun nak ajar ke? :P
2) Then asingkan air dari kentang tadik. Baik-baik, panas tuu.
3) Pastu lenyekkan ia sehingga lumattt.. Nak senang lenyek, pakai anak lesung. Blender aku tak advise lah. Bayangkan kentang tersebut adalah muka bos anda. Ngeh ngeh.
4) Letak atas dapur yang ade api ye. Kalau gas abis, anda boleh skip resipi ini. Api perlahan atau sederhana. Jangan besau-besau, nanti berkerak.
5) Tambah sedikit air rebusan tadi kalau rase kering sangat. Tapi jangan banyak, nanti nak taruk susu lagi..
6) Kacau-kacau-kacau.. Sambil tu nyanyi, “Row row row your boat, gently down the stream..”
7) Then taruk susu.. Jangan rakus, tuang slow slow.. kang tiba-tiba terbanyak sangat, cair pulok.
8) Kacau-kacau-kacau.. Sambil tu nyanyi, “Row row row your boat, gently down the stream..”
9) Then bubuh lah garam dan akhir sekali iyelah cheese. Nyum nyum.. I like cheese. Cheese tersebut akan cair dengan sendiri.
10) Kacau-kacau-kacau.. Sambil tu nyanyi, “Row row row your boat, gently down the stream..”
11) Biar sampai mendidih sikit. Dia takkan mendidih macam kita mendidih bila orang sepak kita. Dia menggelegak sikit-sikit... sebab isinya padu kan. Kalau mendidih macam sup tu, maknanya anda telah masak sup kentang lenyek (Sila tabur hirisan daun bawang sebagai hiasan).
12) Padamkan api, tuang dalam mangkuk, baca Bismillah dan ingatlah orang yang tersayang.

Sebenarnya bila disimpulkan resipi ini, jadi senang gila.

Kentang rebus + air + susu + cheese + garam = Kentang putar.

Oh begitu mudah sekali!

Mashed potato ni tak payah gravy. Sebab dah ada rasanya sendiri. Boleh nak tambah black pepper, tapi aku tak suka. Almaklum, I tak suke pedas-pedas ni hehe.

Boleh taruk butter kalau nak, tapi memikirkan cheese, susu dan kentang itu sendiri sudah cukup menggemukkan, sebaiknya dielakkan. :)

Ia sedap dimakan begitu sahaja atau makan dengan roti. Jangan makan dengan kari kepala ikan sudah lah. Terkejut ikan tu karang.

Okeh selamat mencuba.


Credit : Country Living for the image.




10 comments:

Sang Hidup di Dunia said...

bwahahaha tak jadi gua nak cuba. sebab nak buat nnt sure nak tergelak2. tak jadi plak kentang lenyek kang :P

alasan.com

Anonymous said...

oit apsal aku tak penah raser ko wat mashed potato :P

@yU said...

shamam,
lahhh apsal nak tergelak pulak! sbb imagine muke bos ke? hehehe.

sha,
alamak tak penah ke? nanti aku buat, kasik kat ko k! :D

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

owh,, ha thnks,, kita terus buat,, huhu

@yU said...

wah ye ke? kebetulan saye ade buat jugak hari ni. :)

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

bukan ape kak,, adik akak yg montel lina tu ,, dye post pasal spgeti carbonara,, wah ! x sng duduk kiter, haha

@yU said...

hahaha. so menjadi tak kentang putarnye? :)

Unknown said...

ehwah ehwah.. kata kita montel pulak.. rawr! lol.

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

kita buat esok kowt,, hahahaha ! (12 tgh malam nnti ker,, hihi)

alamak kantoi !! =p

@yU said...

haha its ok. selamat mencuba! :)