Beberapa hari yang lepas, aku bercadang nak berbuka puasa dengan kawan-kawan lama. Kemudian kami pergi ke bazaar berdekatan untuk cari juadah berbuka.
Aku jalan dan jalan, tak tau nak beli apa. Habis satu round akhirnya aku dah target apa nak beli. Tengah mundar mandir tu, aku nampak kelibat ko. Totally unexpected. Tak tahu kenapa, tindak balas yang berlaku dalam diri aku adalah aku terus mengelak ko. Aku taknak ko nampak aku walaupun kita masa tu hanya jarak dua meter je. Aku lega ko tak nampak aku. Ko tengah sibuk cari gerai yang menarik so aku amik kesempatan tengok ko sepintas lalu. Sebab aku rasa aku rindu kat ko. Pastu ko lalu melepasi aku dan aku pun tak toleh dah dan teruskan berjalan sambil mengucap syukur ko nampak sihat walafiat.
Tapi ko dah kurus. Actually ko memang kurus. Tapi ko pernah naik sikit, aku suka tengok tapi aku tak pernah cakap sebab aku tahu ko concern pasal weight ko dan confirm ko akan turunkan balik berat ko. Ee..betul tekaan aku.
Dah tiga tahun kita tak spend masa bersama. Kita tak gaduh, tapi friendship kita banyak dugaan.
Ko suruh aku sabar dan suruh aku jangan amik peduli. Tapi tak boleh lah, asyik aku je bersabar. Letih. Macam-macam dugaan. Aku tak pernah salahkan ko atas apa yang jadi. Semua silap aku, sebab aku tak terus bersabar. Aku putus asa sebab aku tak macam ko. Ko tak kisah orang nak cakap apa..
Dulu kita punyalah rapat, ko salu dulukan aku. Ko make sure aku selamat, ko make sure aku happy. Ko jaga aku walau ke mana je kita pergi. Kadang-kadang aku rasa ko treat aku macam aku ni takleh diharap. Tapi still, ko cakap ko percayakan aku. Sampai aku buat jahat pun ko cakap takpe, itu hak ko. Kawan apa ko ni? Hahaha.
Ko tak pernah cakap aku berubah. Jauh sekali nak suruh aku berubah. Eventhough aku rasa aku banyak berubah, tapi ko cakap aku masih macam ko mula-mula kenal aku. Ko terima je baik buruk perangai aku. Kadang-kadang aku pun tak faham apsal ko ni fleksibel sangat dengan aku.
Pastu orang tak senang hati tengok kita berkawan. Dari sekolah lagi, orang asyik pertikai apsal ko baik dengan aku. Susahlah kawan dengan orang ada rupa cam ko ni. Kalau aku hot macam Jessica Alba sure takde masalah dah. Pastu orang buat fitnah pasal kita. Pasal aku tergila-gilakan ko. Padahal aku tergila-gilakan kawan ko masa tu. Haha. Dah kahwin pun dia. Cerita lama. Aku buat pekak je lah walaupun aku selalu rasa masa tu ramai sangat kejam dengan aku.
Bila kita sambung belajar, kita lost contact kejap tapi aku pun tak ingat macamana kita boleh rapat balik. Aku rasa ko start dulu. Aku kenalkan ko pada kawan-kawan aku dan ko pun introduce kawan-kawan ko. Kita jadi satu geng. Terbaiklah masa tu. Kalau boleh tiap-tiap malam nak jumpa. Tengok korang main futsal (tp ko duduk kat tepi, ko tak suka main), pastu kita gi karaoke (ko tak suka nyanyi sangat, ko pemalu haha), tengok wayang, lepak makan.. macam-macam lah.
Tapi paling aku tak boleh lupa bila ko ada krisis dengan kawan-kawan kita. Aku tak nak campur sebab semua kawan aku. Tapi aku serba salah sangat masa tu. Masa diorang main futsal, tiba-tiba ko datang. Aku yang takde kena-mengena ni berderau tengok ko muncul dari jauh. Pastu, ko down gile. Aku gugup time tu, aku buat dunno je sebab ada orang lagi concern dekat ko. Aku nak sangat bagitahu yang ko tak patut datang, nanti keadaan jadi makin teruk. Tapi orang lain pergi dekat ko, pujuk ko. Tapi ko tepis. Ko blah masuk dalam kereta ko.
Pastu diorang try pujuk ko, kecuali aku. Aku memang surrender bab-bab pujuk ni. Aku tunggu kat kereta aku. Buntu. Walaupun kita satu tempat tapi since masing-masing dalam kereta, aku rasa nak call ko tapi aku takut ko marah aku. Tiba-tiba kawan-kawan kita datang kat aku, “Dia nak jumpe Ayu.”
Aku terus panik. Aku tak nak campur, aku cakap. Korang yang gaduh korang setel la sendiri. Pastu orang lain offer diri nak pujuk, orang tu cakap biar dia handle, dia tahu camne nak handle ko. Aku biarkan je lah dia pergi kat ko. Dia masuk kereta ko. Pastu apa jadi, aku tak tau. Yang aku tahu, tiba-tiba aku toleh dia muncul sebelah aku, “Dia nak jumpa ko jugak. Dia tak nak orang lain. Aku pun dia tak nak layan.”
Aku pun pasrah, berjalan pergi kereta ko yang hanya diselangi tiga empat bijik kereta tapi ya Rabbi aku rasa macam jauhnya nak sampai kereta ko. Berpeluh-peluh tangan aku. Memujuk itu satu pekerjaan yang begitu mencabar bagi aku. Sila faham. Aku ingat ko duduk dekat driver’s seat, dah lah cermin ko tinted gila. Aku otomatik pergi seblah kiri. Sekali aku nak bukak pintu, nampak ko kat seat tu mujur aku tak pengsan. Terus aku pusing gi blah driver. Woi, aku tak penah bawak kete gajah macam ni tiba-tiba duduk tempat driver dan expect aku menjalankan sesi pemujukan. Dah lah nak masuk kereta ko tu pun aku kena ala-ala melompat.
Tapi takpe, ko punye pasal. Aku sanggup. I’m your friend, of course I’m always here for you. Pastu ko start lepas perasaan. Sampai ko menangis. Ko tau tak aku rase nak terjun keluar kereta bila ko nangis camtu. Gila teruk. Aku tahu aku failed malam tu, tapi Alhamdulillah since then kita semua ok.
Aku pun pernah nangis depan ko. Member aku drive kereta tiba-tiba terlanggar anjing sampai bersepai plate kereta, bocor radiator. Masa tu lewat malam, entah camna ko dengan kawan-kawan ko drive aku pun tak tau, sekejap je korang dah sampai tempat kejadian. Korang tolak kereta aku, pastu korang hantar kitorang balik. Dalam kereta korang buat lawak nonstop sampai aku lupa pasal kereta aku.
Dan satu insiden yang sampai sekarang jadi tanda tanya masa kita lepak makan dekat Uptown. Aku buat lawak, pastu ko sambung lawak aku dengan bertanya soalan yang membuatkan aku terkedu tak mampu nak jawab. Pasal kita. Aku terus diam dan sambung makan. Pastu ko macam angin tak nak cakap dengan aku, ko terus bad mood sepanjang malam tu. Ko expect apa sebenarnya?
Tapi kan itu cerita dulu-dulu la. Sekarang dah takde cerita. Lepas ko dengan orang lain krisis, geng kita macam dah tak seronok. Tu lah, ko pun satu. Sapa suruh hensem sangat. Nyampah betul aku. Aku pun tak ingat lah hujung-hujung friendship kita macamana. Tapi yang aku ingat, kerana orang lain friendship kita jadi macam ni. Last-last aku give up, ko pulak dah give up nak suruh aku bersabar.
Kenapa orang lain susah nak jadi macam aku? Berkawan dengan ikhlas dan stay jadi kawan. Kenapa nak tukar-tukar hubungan tu jadi lain? Tak best ke jadi kawan je?
Aku tahu sekarang ko dah berubah. Tapi aku pun dah jadi macam ko, tak kisah pun kalau ko berubah. Tapi susahlah nak baik balik macam dulu. Dunia ko dah lain sangat. Aku pun sama. Kalau ko baca entry ni dan ko rasa ko lah orangnya, contact la aku. Tapi aku tak mengharap pun. Birthday aku yang lepas pun ko tak wish. Dulu ko la antara yang pertama. Aku pulak tak pernah lupa birthday ko. Nak gak aku lupa, tapi tak boleh pulak.
Bila fikir-fikir balik, kenapalah aku tak tegur je ko hari tu...
10 comments:
hurm..xpe2
org kata..kalo ada jodoh..xkan kemana ;)
jodoh sbg kwn la arap2 hehe.
boleh agak sangat sape yg dimaksudkan.lalala.
mestilah boleh agak. kamu kan tergile2kan adik dia dulu. khakahakhakha.
ooo jumper dier ek? aku pon aritu maser 1st week ker, cam ternampak dier. tapi, aku ngan akak aku, tgk skali imbas jerk laa
lagikpon aku confirm dier dah tak ingat aku. ndak2 aku tgh ayu pakai baju kurung, hahahaha
ye ke?
hahaha.. aku tak rase dia tak igt ko, tp maybe tak cam la kot.
errr..adakah dia yg penah icun jumpa & kenal...waktu kuar memalam dulu..
aaaa.. ade ke ek?
tak igt lah icun..
maybe ade rasanye.
erm..preety boy kan dia ni..ahahaha...
err..kalo betul la ..dia orgnya
aaa.. betul la kot. :)
Post a Comment