Wednesday, March 24, 2010

Hard moment.

So hurmm.. where do I start?

This week kena start packing cause this Sunday I’ll be moving in to a new house nearby. Tadi baru start sikit pastu layan FB. Sambung sikit, pastu tengok berita. Bungkus sikit, pastu gi masak nasik. Jadik laa dapat bungkus dalam 4 kotak je. Hahaha.

Then, last weekend kena admit ke Pantai Hospital kat Bangsar. Buat test itu ini. Sebelum buat test tu, doctor advised dulu risks dia semua, then kena sign form. Sign je lahhh aku malas nak baca. Haha. Takut. Sebab dalam tu dia cerita complications yang mungkin berlaku.

Al-kisah first day of admission tu, boring.. doctor datang pas solat Jumaat. Abah pun pergi solat. Lepak dengan ibu kat lobby..kat Starbucks yang dah lima tahun aku boycott. Akhirnya pergi jugak, sebab dah sangappp sangat tak tau nak lepak mana. Isk isk. Tapi sebab dah lama tak pegi Starbucks ni, blank taktau nak pilih ape.

Last-last tanya budak tu, “Err.. orang salu order yang mana?”

Tengah pilih coffee, ada orang tunggu kat sebelah. Oppss Harith Iskandar.

Then lepak kat lobby, tengok orang lalu lalang. Sungguh la tak macam pesakit aku ni. Hahah. Tiba-tiba ibu cakap, “Tu.. doctor kamu dah sampai.” Aku pun, “Hah? Alamak! K ibu, Ayu naik dulu.” Zrasss.. berlari menuju lif. Orang tengok pun pelik agaknye.. ‘Dia ni inpatient, tapi aktif je nampak.’

Ingat nak masuk lif before my doctor. Tapi misi gagal. Bertembung depan lif. Cis.

“Eh?” dia terkejut.

Aku sengih je la cam kerang busuk. Borak-borak bodo then sampai tingkat dua, terus aku kona masuk bilik. Dia pulak gi kaunter.

Pastu datang buat test. In half an hour, everything settled.

Malam tu bosan jangan cite la. Duk sorang-sorang dalam bilik. Turun bawah, beli magazine lagi. Naik atas, baca, 10 minit habis.

Esoknya baru test yang ditunggu-tunggu. Perghh.. kena dos ke-lima, macam nak pecah muka. Nak bernapas susah, hidung dah blocked. Tekak makin swollen. Muka dah jadi belon. Mata tak leh nak bukak. Sakitnya masa tu. Nurses yang duk monitor dah blank tengok aku. Terkebil-kebil.

“Tolong bagitau doctor, saya tak boleh nak swallow,” aku cakap jugak la dalam pelat-pelat tu.

Doktor sampai-sampai je, “Astaghfirullahalazimmmm..”

Terus kena inject.

“This is a tough call,” antara yang dia cakap.

“We’ve to do this test again after 6 weeks,” dia bagitahu. Dalam hati aku, boley tak kita bincang kemudian? I am already traumatized.

Tapi dia siap comfort aku. “Ok tak duk sini? Makan ape? Rice with beancurds..” dia baca menu.

Wrong timing, doc. I wanna go home. Aku mintak discharge hari tu jugak. Malam tu dengan muka swollennya, parents bawak gi makan kat Johnny’s. Ye, banyak mata memandang. Pekerja Johnny’s tu siap lap cawan sambil mata fixed kat aku.

Takpe, tengoklah. I didn’t even look like myself that night. Probably if I come back, they won’t even remember it was me. :P

Anyway, to friends who were concerned about me, thank you so very much and thanks for all your good prayers and wishes. Sangat menghargainya.

Ok I’m hungry. Time for dinner.

11 comments:

Anonymous said...

Dear ayu..
i peminat setia blog u, so selalu la update dol..aku rase ko kenal aku..ahahhahah

@yU said...

uiks siape ar? ahaha.. takleh cam la pulak. kasik hint sket. =p

Sang Hidup di Dunia said...

howa.. pantai sini aje keeeee.... :) next time roger i okeh :)

@yU said...

theheheee~~~

next round kat spital lain. doc nak tuko selera. ekekeke.

Anonymous said...

Tak yah bagi hint la..kalau aku bg sikit jer mesti ko dapat teka la..aku insan selalu cocern kt ko...

@yU said...

zura ek? :P

Anonymous said...

wah2 suka suki jer..i yg minat u si zura plak yg dpt nama..

@yU said...

eleh.. ngaku je laaaa!!
:P

Sang Hidup di Dunia said...

dee?? :P

Anonymous said...

wei..maner bley suka2 jer nk mengaku...uishh uishhh

@yU said...

hahaha bukan laa.. mandai je cik samam.

ni pompuan ni.