Update, update.. Dah ramai sound blog aku asyik berabuk la.. bersawang la.. banyak semak la.. Sorry wei. Nanti suh DBKL bersihkan. :P
I've been quite busy with my new job. I have to say it's really challenging for me but I'm not looking forward to give it up yet that's for sure. Campur pulak dengan assignment yang menimbun. Workshop lah. Term paper lah. Project lah. Thank God the exam this coming Saturday has been postponed to 26th September. Otherwise tak tahu lah aku celah jam mana aku nak bukak buku.
Dah lah banyak kerja, boleh pulak notebook ofis ni corrupted sampai takleh buat apa-apa. Terpaksa pulak la masuk bengkel.. Try gak recover, fix Windows, tak nak reformat. Berjaya guna tak sampai sehari pun, crashed balik. Kesudahannya, anda pasti tahu.
Satu hari gak lah nak install balik semua applications pas kena format. Kat situ je dah buang masa.
Kelas baru-baru ni berjaya gak aku pergi. Haha. Susah siot nak pujuk diri bila dah duduk jauh ni. Kan best kalau boleh online learning je. Lecturer mengajar kat kelas, gwa tengok dari PC je. Wah.. terbaik. But I was completely restless. Malam Sabtu tu buat dua assignments, terkujat-kujat lah depan notebook memerah idea nak merapu dalam term paper ni. Sangkut siot. Akhirnya berjaya siap pada pukul 5.45 pagi. Ye, tidak tidur okay. Berhenti pukul 4.40 pagi untuk sahur sahaja. Teringat pulak zaman degree dulu haha. Itu lagi kucar kacir hidup aku. Kalau belum jam empat pagi, jangan harap nak tidur.
Nanti bila dah kena buat dissertation, maybe aku ambil unpaid leave for the whole semester. Nak ambil study leave memang tak cukup lah kan. Haha.
Ha al-kisah sang unta di padang pasir ini..
Kitorang ada presentation untuk satu subjek ni. Tapi slides tak finalize lagi sebab ada benda nak ditambah-tambah.. So kitorang pun edit lah dalam notebook member aku sorang ni time kelas yang pertama. Presentation adalah pada kelas kedua. Duduk belakang sekali, confirm tak fokus langsung. Sebenarnya kami jenis tak biasa duduk belakang ok. Kami muka gadis-gadis skema yang suka duduk di depan. Tapi sebab kali ni kelas combine dengan other group, so penuh lah pulak by the time we entered the lecture room.
Masuk kelas kedua, we were almost prepared. Aku punya part settle lama dah. Lecturer pulak masuk lambat. Then, member aku nak edit final slides, tiba-tiba ya notebook itu crashed. Windows pun tak boleh masuk. Error dia lebih kurang file system config gagal dikesan. Aku bajet virus je. Hua hua.
On off la banyak kali.. duk tekan F1.. F8.. tak leh buat apa.
Yang empunya notebook ni, mata dah berkaca-kaca. Yang sorang lagi aku tengok mata dah merah, tiba-tiba dia keluar kelas. Haa.. confirm. Aku pun heran apsal diorang emotional gila. Ni bukan zaman degree kot. Aku pun terpaksa la acting cool kan, "Ala.. takpe. Dah crash nak buat camne. Kita bukan nak tipu pun. Satgi tunjuk je la kat lecturer. Takdenye dia nak marah ke apa."
Yang groupmate sorang lain tengah sarat mengandung, tunggu due je. Aku tengok dia ni lain macam je. Aku pun tanya, "Sakit ke? Baby tendang ke ape? Ke contraction??" Ha yang ni aku panik sikit. Haha.
Dia cakap memang tengah sakit sebab position baby dah tukar, kepala kat bawah. Ye lah sebab dah nak deliver kan. So aku cakap, if tak larat, jangan present. Aku suruh balik, tak mau pulak. Gigih tul si ibu ni. Kitorang kat sini sibuk belek notebook sambil mata duk tengok dia. Setiap sepuluh minit gak lah aku bertanya.
"Ayu tak pandai nak sambut baby, tapi kalau setakat suruh buat breathing exercise tu boleh la kot," sejujurnya aku menutur kata.
Pastu lecturer masuk, bebudak ni berebut nak cakap termasuk lah yang tengah sakit ni. Adoi. Jangan sampai tiga-tiga aku ajar breathing dah lah. Last-last siapa yang dapat cakap? Yes, the one in pain. Haha. Bagi laluan please.
Lecturer aku cakap, "Calm down. Rilekksss... It's not like the end of the world, guys."
Haha. Pastu group lain mintak one hour to prepare. Hmm..siapa yang menghadapi masalah runcing ni? So lecturer gwa yang sempoi ni pun agree dan suruh kitorang try buat slides baru within one hour. Fuh berpeluh.. 43 slides! Bukan wording saja ye.. table, graph semua ada.
Oh.. mesti korang tanya, apsal tak buat backup? Pada ketika ingin buat backup itulah, notebook tersebut crashed. Masing-masing bawak backup part masing-masing tapi si empunya notebook ni dah alter banyak benda so banyak lah yang tidak ada. Bukan salah dia pun. Mana lahhhh tahu nak crash pulak aih.
Aku pun keluarkan lah notebook aku and took over. 43 slides.. 43 slides.. tak sempat do. Nasib baik sorang lagi bawak notebook gak, so bahagi dua. Aku buat dalam 25 slides. And I did the final editing. Fuh lenguh bahu sebab kelam kabut.
Akhirnya siap tapi ini part paling best. Hanya tiga group dapat present. Masa tak cukup dan kami pun tak sempat nak present. Yeahhh terbaik. Macam nak gila kot kitorang prepare slides last minute. Cis cis.
Balik kelas, lepas Isyak.. aku terus 'pengsan'. Tidur lena tahap gaban menumpaskan tige belas resakse. Sampai mengigau pulak tu SMS orang suruh jangan raya lah apa lah. Ape kes la si Ayu. Kasik malu rakyat bunian je (konon-konon aku puteri bunian la).
Balik kelas, lepas Isyak.. aku terus 'pengsan'. Tidur lena tahap gaban menumpaskan tige belas resakse. Sampai mengigau pulak tu SMS orang suruh jangan raya lah apa lah. Ape kes la si Ayu. Kasik malu rakyat bunian je (konon-konon aku puteri bunian la).
Aku sebenarnya nak give a short update je. Ni apehal macam berjela je ni..
Anyway, this morning we received a sad news as one of our staff's wife has just passed away yesterday.
And I just found out that the owner of the blog OneBreastBouncing has passed away last month and I was too late to find out about it as I haven't read her blog for quite some time. She was struggling to fight for her breast cancer and believe me she was a really tough lady.She was a true fighter.
On her last entry she did mention she was going to perform Umrah.. Alhamdulillah she was able to make it. And her last paragraph really broke my heart.. Wuu sebak.
"Let's hope this is not the final entry. Should it be, I hope it becomes an avenue that people seek for some good guidance, InsyaAllah."
There are many condolence wishes around the Net as her blog was quite well-known. But I can't read them, kang tak pasal-pasal hujan.
May both women soul rest in peace.
Al-Fatihah.
Credit : ShatteredAngel
1 comment:
Tak sanggup nak baca blog tu jugak.
Baca doa2 tepi dia tu pun dah sebak sbb terfikir dia dah tade. Al-Fatihah.
Post a Comment