Monday, February 28, 2011

Burung biru dan ikan paus.

Biasa tengok burung biru ni?






Mesti biasa kan? Kalau tak biasa, sila pergi ke sarangnya di Twitter.com. :)

Sedar tak sedar.. sebenarnya dah hampir 11 bulan saya guna Twitter ni. 

Niat asal?
Cause my bestie, Fieza was using it and then Sha joined Twitter. I took a little while before joining it cause at first I couldn't get Twitter's idea. Biasa lah, benda baru kan. Apa hal pulak burung biru ni nak buat kat alam maya ni kan.

Bila aku google pasal Twitter.. they say it's a microblogging. I am a loyal blogger (see how many years I've been posting in this blog =P ) so when they came out with Twitter, I was like, "How the hell am I going to tell my stories in 140 characters? That's stupid."

But since my besties have it, I couldn't help but decided to join it at last. I stared at the timeline and after a minute I said to myself, "This is so not my thing." I have only 10 tweets for the first month (subscribed it on April 6th, 2010).

First tweet :
"Ouuhh.. I just joined Twitter without thinking. So hmm..what should I do with it?"

Followed by these tweets in the same month:
@dreamfight3r yes, please stalk me. hahah.
swimming classes can really kill. tiredddd~~ n hungry.
@dreamfight3r happy birthday, sweetie!
every night, i came back feeling tired and exhausted... ouuuu dear.
i hate my hair cut...
i hate chelsea.
it's freaking hot today. i'm burning.
aaaaaahhh... i hate my job!!

All in all, it was crap talking, obviously. Well, till now to be frank. But slowly I had lots of friends started to join Twitter and we started to tweet like crazy. Sometimes we spammed our timeline with replies. I'm sure it bothers lots of people who follow us but rest assured, that doesn't happen too frequent. I suppose. =P

Kenapa aku cakap omputih plak ni..

And now, I almost can't live without it. I love Twitter more than Facebook. I can basically let out my thoughts, frustrations, asking things from friends, share good information, keep in touch with friends, in a very simple and effective way. Since I'm using a smartphone, tweeting becomes a thing I do regularly. But I never tried tweeting while pooping though. Pooping needs a lot of concentration. And sometimes, hard work.

Anyway,

I've seen lots of scenarios in my timeline. Aku pun tak faham kekadang. Like someone disliking other people's tweet. Seriously, you can always unfollow whoever you want to. But some of these emotional people they tend to feel mad with the tweets in their timelines. Unless kalau someone tweet isu yang agak kontroversi, membangkitkan kemarahan ke.. atau menyebabkan kebuluran sehingga pengsan ke.. then it's fine, I can understand that. But just because you personally dislike their tweets, you can't just start throwing your tantrum at them. 

It's quite subjective on this topic to be frank. Like spamming for example. There are tweeters who like to spam a lot. Either by their own tweets talking on random things, or celebrities replying numerous fan tweets at one time, or retweeting lots of stuffs..

I'm just human. I dislike some of the tweets sometimes. But I'm following 117 tweeters as to date, thus I can always ignore those tweets that I don't like. I never felt like wanting to express my uneasy feelings to them either directly or indirectly.

It's your right to express your feelings but you do have a better option I believe? Like unfollow them, for instance?

Aku tak pernah lah ditegur hal macam ni but I see this thing happens quite a number of times. Why can't you just unfollow them rather than creating a scene in the timeline? People will certainly judge by how you tweet. Some people really don't care. I know.

I did unfollow some of the celebrities like Pak Nil cause he replies his fan tweets like hundredssss of them in one time, whenever he's free. It's not like I don't like him, I do. But when one's tweets are mostly replies, you'll feel a bit sick of it. So I decided to unfollow. Aku pernah lah nampak ada fan sound Pak Nil spammed their timeline by the replies. Pak Nil jawab, tak reply kang kata sombong. Memang betul apa. Tak reply kata sombong, bila reply, kena sound pulakkk. Habis tu?

Unfollow je la dol, kalau sakit mata sangat nak tengok.

Lagi satu kisah tweeter yang rasa kecik hati bila orang unfollow dia. Ada yang marah. Ada yang frustrated gila. Come on laaaaaaaaaaaaaa..

Suka hati lah diorang nak unfollow ke follow ke. Best sangat ke Twitter kau kan..

People unfollow because of many reasons:
1. tweets kau mostly takde kaitan dengan dia. not interesting to them.
2. tweets kau kosong. takde kebaikan untuk dia.
3. tweets kau terlalu banyak replies.
4. tweets kau tak best.
5. tweets kau terlalu emosional.
6. saje nak reduce tweeters yang dia follow sebab bila follow ramai sangat, timeline macam bullet train, bak kata Imran Ajmain (he follows back his followers, mind you. But in my case, he followed me first).
7. ataupun, kau tak tweet tweet.

Banyak lagi reason lah. But I think those are the main reasons why people decided to unfollow.

Aku tak keep track lah siapa follow/unfollow aku. So far I only have 180 followers. Agak magik sikit sebab selalunya orang-orang kebanyakan ni, dia follow lagi banyak dari orang yang follow dia. But I don't really care about the figure on my followers cause half of it I believe are bots.

Bots tau ke tak? Alah malas nak explain la. Haha.

Twitter used to be a very harmony place. People tweet with manners. Sekarang ni susah nak cakap. The users are increasing and they joined with different purposes.

I really hope we can still respect each other eventhough there are times when you feel like flushing the tweeters' heads when they tweet something you hate or make you feel offended.

So friends, kalau nak cari aku dengan cepat dan mudah, sila cari di Twitter, bukan Facebook. Haha.


Isn't this RIDICULOUSLY SEXY?!










(Credit to Tumblr for that hormone-twisting photo and whoever owns it... and the man.. oh certainly the baby as well.. and the Xbox joystick of course..and..)



Sunday, February 20, 2011

Menyambut menantu.


Akhirnyaaa berjaya gak aku meluangkan masa meng-upload gambar-gambar majlis perkahwinan Along bagi pihak lelaki atau lebih dikenali sebagai Majlis Menyambut Menantu.

Aku cerita serba ringkas saja ye.. (banyak dah lupa haha)

Malam sebelum majlis tu rumah memang meriah dengan paluan rebana. Seronok woo.. Makcik-makcik pun happy je di dapur.

Seperti yang diceritakan dalam previous entry, pagi-pagi majlis lagi dah bergegas ke pasar cari bunga dan kemudian pergi ambil kek. Pastu balik rumah time tu dah dekat kul 10 pagi.

Kelam kabut ler.. kul 11.30 camtu, baru lah nak pergi tukar baju dan bersiap segala. Waaahhh encik Abah sangat bising ye. Hahaha.

Pagi tu jugak ada paluan rebana. Yang lawaknya, anak buah aku yang berumur 4 tahun ni suka sangat lah nak join sekali memalu rebana. Dia punya aksi tu macam sungguh-sungguh lah dia yang mengepalai kumpulan rebana ni. Tengok je lah gambar ni.

Lawak kan gambar ni? HAHAHA.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tapi apa yang frust sesangat adalah kelewatan pengantin tiba ke majlis, dekat pukul 3 juge ler. Ini gara-gara jem yang teruk akibat musim cuti raya Cina.. dah bertolak awal pun sangkut jugak. Tak leh nak cakap ape la kan. Pengantin pun terseksa je dalam kereta hampir 5 jam.. Padahal Bagan Serai - Ipoh tu bukan lah jauh mana pun. Sejam setengah perjalanan je.

Jadi ramai lah tetamu yang balik dengan rasa hampa sebab tak dapat jumpa mempelai. Masa diorang sampai pun, tetamu dah reda. 

Jubah pengantin yang ditempah sendiri.

Tepung tawar.

Anyway, tak apa lah. Janji selamat sampai, ye dak? :)



Masa makan beradab, aku, Maya dan Mak Tam tampil buat performance kecil-kecilan. Hahahaha. Ini Mak Tam punya idea. Mak Tam seru nama pengantin perempuan sambil acah-acah, lepas tu aku dan Maya nyanyi sikit la kan.. (malas cerita detail hahaha). Lepas tu Mak Tam dan aku berpantun. Ngah ngah. 

[photo removed]
Me and Maya dalam cubaan menghiburkan tetamu. Hahaha.


Then, Ibu buat ucapan yang berupa lebih kepada pesanan buat kedua mempelai terutama sekali dengan anak lelaki tunggalnya. Fuh.. meleleh air mata ibu dan Kak Long (pengantin perempuan) ye. 

Air mata seorang ibu.

Kak Long touching dengar pesanan ibu

Kenduri Along ni agak spesial sikit dari segi lauk-pauknya.. 7 jenis! Haha. 4 catering, 3 masak sendiri.

Alhamdulillah kami terima overwhelming feedback about the food. Thank you so much! :)

Malam tu lepas Isya' (patutnye after Maghrib but masing-masing kepenatan), ada buat majlis BBQ pulak untuk saudara-mara terdekat. Makan kambing sekor y'all.. Pergh layannnn. Dan campur dengan hidangan yang lelain tu. Memang kenyangg. Sambil tu, buat sesi karaoke ye. Haha. Mesti lah aku tak nak lepaskan peluang kan. Haha. (gambar malas letak ler sebab acara tertutup. muka masing-masing sememeh je.)

Kemudian disusuli pula dengan upacara membuka hadiah. 



Ada satu hadiah ni, kawan Along bagi buku-buku di mana salah satunya Kak Long tak bagi Along cakap tajuknya. Sambil tu dia dah tersipu-sipu malu.

Kitorang pun jerit suruh baca jugak tajuk buku tu. "Indahnya Malam Pengantin," kata Along sambil disambut bunyi-bunyian yang riuh dari saudara-mara. Tiba-tiba Pak Ngah menjerit, "Haa sorok buku tu, nanti Ayu curi-curi baca!"

Ewahhh.. apa lagi, kena gelak lah kan. Aku pun balas ler, "Tak baca, fotostet je!"

Bila ketawa dah reda, dengan selambanya Abah menyampuk, "Ha buat dua salinan."

Hahaha. 

Want a copy, anyone? :P


Overall it was a good event. We all enjoyed ourselves. Alhamdulillah. Syukur.

Kini Along dah jadi suami orang. Yeay!

Gambar ikutkan banyak sangat nak share tapi berat pulak blog ni karang dan aku tak lah rajin pun nak edit. HAHAHA. Alright, enjoy the rest of the photos. :)


Goodies box.

Memang gile glemer dia ni. Sibuk nak menyanyi.

Abah busy melayan tetamu, mengaut duit. Hahaha. Saya pun dapat saguhati Abah dan Ibu bagi tau. :)


From left: Kak Ngah (cousin), Mak Yang, Mak Tam (jaguh pantun), dan Nurul (cousin).

These two are my favourite young cousins! Sangat behave ok. Anak-anak yang baik.

[photo removed]
Me and my colleague, Kak Yati. Terima kasih datang. ^_^


[photo removed]
Adik-adik pengantin posing sakan kat bilik pengantin.

[photo removed]
Orang cakap muka kitorang takde iras langsung. Betul ke?



Tuesday, February 15, 2011

Maulud Nabi.


Salam maulidur rasul kepada semua umat Islam.

Dah terlambat nak wish sebenarnya. Malam baru sempat nak update.

I'd like to share my favourite salawat since I was a little kid. Masa kecik dulu, sampai menangis-nangis mendendangkan salawat ni.

Sekarang ni dah banyak versi baru. But I still love this old version.





Dare to make the first move?


Puan Mimi menulis kisah first move di blog beliau di mana saya rasa isu yang tak terfikir kita nak tulis tiba-tiba. Haha. Siap bagi tips tu yang best tu. And she talked through her experiences which I totally agree.

Are you that someone who is not scared to make the first move? Kaum perempuan ada yang berani?

Saya pernah ke buat first move ye.. Jap fikir..

Oh ada. Zaman sekolah. Minat kat senior punya pasal. Selamba bagi surat. Dia balas pulak tu! Tapi setakat jadi kawan je pun. Last-last tak jadi apa. Cinta beruk. Tapi bila dapat berbalas-balas surat dengan dia tu, memang lah bahagia tidak terkata sebab dia famous gak time tu. Huahahah. (confirm bukan aku sorang je dia layan kah kah)


I got a love letter for you!


Tapi terputus macam tu je. Dia sibuk nak SPM. Aku pun tak hadap sangat sebenarnya. Test market je pon. Hahaha. Then, aku pindah sekolah. So habis cerita.

Aku tak ada masalah nak tegur orang lelaki ni sebab aku boleh dikatakan bukanlah kategori pemalu. Tapi, malas. Tegur saja-saja tu jangan harap lah kan. Tapi bila masuk alam universiti, aku jadi malas nak friendly sangat, sampai lah aku dicop anti-lelaki ye. Sampai tahap tu lah kan..

Pastu aku single lamaaaa sangat. Walaupun ada bibit-bibit berkasihan dengan orang itu dan ini, but in the end I couldn't work it out. Mungkin hati dah jadi ketulan ais. Tega tau saye.. Sampai ada yang menangis dalam telefon kenapa lah saya buat macam ni sekali. Bukan seorang pulak tu. Fuh~ (dah tak mampu nak sayang, bai.. nak buat cemane)

Bukan aku ada lalui pengalaman pahit tapi mungkin sebab masa form 4 hati aku pernah kecewa (serius tak boleh blah kau ni, Yu.), terus nekad tak nak bercinta lagi. Fuiyo.

So sejak tu tak ada lah terfikir nak buat first move ke apa. Dan aku rasa aku tak cukup confident nak buat first move.

Besides, I am not that someone who thinks that being single is a loser. Jangan fikir mereka yang single tu tak laku ye. Bukan semua orang mampu say 'yes' to someone who he/she doesn't have feelings with. I can't agree with a quote saying 'love someone who loves you'. It's not applicable to everybody including me. Susah. Some can try to work it out. Mana tahu lama-lama cinta tu boleh berputik. But it's not me. I've tried it so many times, tak mampu! You can't create feelings. They come and go by themselves.

Orang kata zaman sekarang perempuan memang dah berani make the first move. I do admit that. I've seen it, heard it. Bagi aku, tak salah kalau perempuan tu nak make the move but tak boleh overdoing it lah. Jangan sampai memalukan diri sendiri. Buat dengan bergaya ye. Haha. Tips boleh tengok blog Puan Mimi yang aku sebut tadi. Ekekeke.

And she's right, start with something he likes. Football, cars, sports, games, whatever. If you don't know anything about it,at least show that you're interested to know but geez, please don't fake it. And if he asks something even if you don't know the answer, just don't answer back "Entah.". It's like a major turn off.

Some guys love women with good sense of humor. Bukan lah jenis yang nak control cun je. They hate women who fake a lot.

Okay lah saya tak pandai nak bagi tips on making the first move ni. Just sharing some info that I think 'boleh-pakai-kot'. Haha.

So kalau ditanya sekarang ni saya berani buat first move ke tidak?

Jawapannya, paling berani pun saya hanya akan senyum je. Ngahahah. My self-confidence to attract guys is not that high. Akibatnya, ada segelintir orang cakap saya sombong.

Saya tak sombong tau. Nampak je cam sombong. Dalam pada kena cop sombong tu, ramai jugak kawan lelaki saye. So, get to know me first. Saya gila. Haha.




Sunday, February 13, 2011

Kek Kahwin

Majlis sebelah pengantin lelaki akan diceritakan dengan panjang lebar di entry akan datang. Malam ni aku nak share dengan korang kisah kek pengantin yang aku cakap nak decorate sendiri tu. Baca sini.

Ternyata kita ni merancang je kan. Allah tu yang Menentukan.

Isk isk..

Hari Khamis aku dah start cuti. Majlis Along hari Ahad. So hari Jumaat aku decide nak pergi cari fresh flowers tu. Mula plan nak pergi cari pagi Ahad sebab bunga hidup kan. Tapi aku fikir rasanya boleh bertahan kira-kira seminggu bunga-bunga ni.

Aku pun pergi lah pasar Kinta di mana kat sini ada kira-kira lima ke enam kedai bunga. Tapi yang ada bunga kekwa je. :(

Bunga rose ada la beberapa kuntum tapi tak cantik. Nampak sedih je bunga-bunga tu. Ada kedai yang dah tutup sebab owner kedai-kedai tu semua Cina. Jadi diorang dah start cuti Raya Cina la tu kan.

Hari Sabtu sibuk nak ke kenduri sebelah pengantin perempuan, makanya aku decide tunggu je lah hari Ahad. Kembali ke plan asal.

Ahad aku dan sepupu aku, Nurul keluar pergi pasar dalam pukul 8 pagi. Dengan keciwanya kami mendapati kedai-kedai masih banyak belum dibuka.

Senario yang sama masa kami pergi hari Khamis tu. Makanya tiada pilihan, beli je lah bunga kekwa tu. Mula pergi satu kedai ni, dia markup harga lebih dua kali ganda.

"Eh kenapa mahal sangat? Bukan cantik sangat pun bunganya." Aku tegur direct je dengan penjual-penjual yang tak ikhlas ni sebab aku memang pantang peniaga macam ni.

"Sebab kedai lain banyak tutup. Kita open special punya," jawab aso tu dengan selambanya.

"Bodo.." Aku jawab slow je tapi aku rasa dia dengar.

Terus aku tak jadi beli bunga tu. Macam #%##$&*!!

Pergi la kedai lain, aunty ni layan okay. Nasib baik lah sebab aku time tu ibarat dragon tengah refill diesel dalam tekak je. Kalau yang ni pun tak okay, memang hangus bunga-bunga kat pasar tu.

So beli lah dekat kedai tu. Lagipun lebih banyak pilihan. Tapi hati aku still kecewa lah sebab tak dapat cari bunga ros.

Al-kisah sejujurnya cakap, kami ni memang tak biasa pergi pasar Kinta yang bersimpang siur ni. Pulak tu, first time parking kat basement. Biasanya parking kat luar. Lepas beli cili api dengan tomato, kitorang cuba mencari jalan ke basement.

Tak jumpa.

Hahahaha. Ini sungguh memalukan.

Penat jugak lah pusing cari exit. Last-last jumpa. Fuh!! Tangan dah lenguh ni pikul tomato dan cili api yang berkilo-kilo.

Then terus pergi Ipoh Jaya, ambil kek. Aku order kek dari kak Dibah ni sebab dulu encik kesayangan pernah buat surprise hantar cuppies ke rumah, so dah pernah rasa lah kek dia ni. Aku suka sebab tak manis.

Cerita lah dengan kak Dibah tu yang aku tak dapat cari bunga ros then dia pun tengokkan lah bunga-bunga kekwa yang aku beli tu.. Dia pun pening camne nak susun. Hahahah..

Last-last aku redha je. Jadi ke tak ni.. kita lihat nanti, aku cakap dalam hati.

Then balik tu, dapur dah kelam kabut, saudara mara sibuk memasak. Aku tengok pun cuak je.. sempat ke siap masak semua tu? Tolong mak long hias lauk pengantin, then aku dah tak senang duduk.. Tengok jam dah dekat pukul 11.

"Mak Long, Ayu pergi hias kek kejap lah."

Aku pun bangun dan terus pergi basuh bunga-bunga tu, sebab nak letak dekat kek kan. Kang ada yang keracunan pulak. Hahaha.

So, ini lah hasilnya ye. Memang jauh tersasar daripada idea asal aku. Sob sob.. Takpelah, bukan semua apa yang kita rancang tu kita dapat kan?

Tapi ada yang kata cantik. Haaa okay lah tu.







What say you?

Idea untuk letak edible image tu came up from the cuppies I received. Aku terfikir why not letak gambar gak untuk kek kahwin ni. Jarang orang buat kan?


Sejujurnya, tak pernah saya lihat lagi in live lah. So, dipersilakan tiru idea ni.. tapi letak tulisan "Credit to Ayu Fieda" ye. Hahahaha.

So sesiapa yang tinggal area Ipoh dan berminat nak tempah kek or cuppies for any event or saja-saja pun takpe, boleh lah layari web kak Dibah ye.

Anyway di sini aku share entry yang kak Dibah post berkenaan kek yang aku tempah tu. Hehe.



Friday, February 11, 2011

I think my soul loves your soul.. Kind of a lot.


Ellie: Can I hold your hand?
Carl: No.
Ellie: But why?
Carl: Because it’ll hurt when you let go.


Boring lah kan asyik cerita pasal Along je berturut-turut.

Ok mari cerita kisah saya menikah pulak.

SANGAT MENTERTIPUAN.

Dunia ni kan kecik je. Lepas tu, fokus pulak kat negara Malaysia je. Lagi lah ciput kan. Kalau tengok dalam globe tu, maybe pusing lapan belas kali baru jumpa negara kita. Kalau tekap buat peta atas bantal pun mungkin kita sangka air liur basi kucing kita.

Selalu kita kenal-kenal orang.. Rupa-rupanya kawan dia tu kawan kepada kawan kita. Dan mungkin jugak kawan kita ni dulu pernah berkasihan dengan adik angkat makcik kita. Begitu lah adanya corak hidup ni kan. Macam roda. Kadang-kadang pancit, kadang-kadang bulat, kadang-kadang haus.

Ada orang kawan dia ramai. Ada orang memilih kawan. Ada orang tak suka berkawan. Aku ramai kawan, tapi mungkin tak seramai orang lain. I love my friends because they were there when I was lonely and needed help. I have good friends that I adore so much.

Ada orang punya kawan baik berlainan jantina. Gadis ni ada bestfriend lelaki itu. Lelaki itu ada girl bestfriend ini. Bestfriends forever?

Tu lah susahnya bila kita declare as bestfriends forever. Dari segi jelasnya, tiada perasaan cinta, hanya sayang dan kasih sebagai kawan. Or shall we say, a platonic friendship?

Tapi mesti kita nak eksploitasi penggunaan 'forever' di situ kan?

Bayangkan anda adalah perempuan. Anda punya kawan baik lelaki.

Dan akhirnya dia berkahwin. Dan anda masih single. Tiada kekasih hati, tiada tunang, tiada suami.

Anda redha, anda kata. Happy walaupun dalam hati rasa sedikit remuk. He used to be all yours. Now he has someone else to take care of his heart. It's not your responsibility anymore.

That's life.

Sebagai perempuan dan sebagai kawan yang baik, kau seharusnya tau batas pergaulan. Dia ada isteri. Ada keluarga sendiri. Lebih tinggi darjatnya dari kamu sendiri. Sekarang dah tak sama macam dulu.

But you refuse to move on. Kenapa?

Cause you're scared of being lonely. Cause you knew him first. Cause he is your bestfriend and forever will. The world gets it.

Tak apa lah nak berkawan. Tapi kena faham lah dia ada isteri. Tak salah kot kalau kau jarakkan sikit perhubungan tu? Oh, sayang ek nak lepaskan? Kenapa sayang? Ye lah dah kata bestfriend forever..

Am I not talking from my experience?

Saya ada kawan baik lelaki. Dari sekolah lagi saya memang ada kawan baik lelaki. Susah kadang-kadang. Saya pernah difitnah. Dituduh bertepuk sebelah tangan. Dituduh menjadi penghalang, tak dapat terima hakikat. Disuruh back off. Dikatakan takde sebab kenapa lelaki ni nak berkawan dengan saya. Macam-macam tau. Tapi biasalah tu..anasir-anasir cemburu. Tak hadap pun. Kesudahannya diorang pun tak ke mana. Perasan je lebih.

Friendship is something I value so much. I love my bestfriends regardless whether they're male or female. Banyak jasa diorang pada saya. Memang saya sayang kawan-kawan baik lelaki saya. Tapi takde lah saya nak berkepit jugak dengan diorang once they got married. Tak baik kan tu? Nak jadi macam Fasha Sendat?

Lepaskanlah kawan mu itu sebab dia dah pilih jalan dia. Kenapa mesti nak kacau rumahtangga orang? Kasihan lah pada si isteri. Berkawan biasa tak salah. Tapi apa pun jaga lah batas pergaulan itu. Dia kini suami orang. Tak manis kalau masih nak texting/calling/meeting macam masa dia bujang. Hormat lah perasaan orang rumah dia. Tak susah pun nak buat. Jangan selfish sangat. Banyak cara nak tunjuk kita sayang dia. Lebih baik doa kan dia sejahtera dunia akhirat. Jadi khalifah yang boleh memimpin keluagra. Dapat zuriat yang soleh dan solehah. Dimurahkan rezeki. Baru boleh sampai ke tahap sahabat kot?

Ada pulak yang taknak lepas kawan dia, sanggup bersayang-sayang dengan kawan baik lelaki dia tu tanpa fikir perasaan si isteri. Lelaki tu pun best melayan. Then kata kawan baik je. Yang perempuan ni syok agaknye, dia maki si isteri kaw kaw. Cakap si suami dah tak enjoy his sex life. Patut ke, kawan-kawan? To that extend kau nak kacau marriage kawan kau? Bangga ke? Tak fikir ke dari mana datangnya perasaan bangga tu?

Bila isteri marah dia, cakap isteri tu gila sebab lepas bersalin, ada urat putus. Tergamak ke?

Takkan kita nak jadi tahap macam tu kan? Jadi berhati-hati lah ye. Jaga peradaban kita ni. Kita kan ada agama?

Perkahwinan bukan sesuatu yang kita bina guna Lego dan kemudian dihancurkan. Ingat tu.

Ok lah sekian bebelan mungkin membina dari saya ini. Harap sesiapa yang mengalami atau melalukan jenayah hati sebegini dapat fikir-fikirkan bersama.

Ok jangan tensyen tensyen. Sorry la entry kali ini ada stress sikit. Saya dah lama tak buat teguran terbuka macam ni. Tapi fikir saya ni perempuan, mungkin ada baiknya saya tegur sikap segelintir kaum saya yang boleh mengundang kecelakaan jalanraya ni.

Di bawah ni meme saya jumpa dari blog OhTheAida chan (letak chan sebab dia suka sangat address besties dia chan chan ala-ala jepang la ni ye.)

The only rule applies : Sila BOLD mana yang berkenaan dengan diri kita. Ah kacang kuda je ni.



My personality:

I’m loud. (when I'm with close friends and family)

I’m obnoxious.

I’m sarcastic. (with annoying and rude people)

I’m cocky.

I cry easily.

I have bad temper.

For the most part I don’t like people.

I’m easy to get along with.

I have more enemies than friends.

I’ve smoked.

I’ve smoked weed.

I drink coffee.

I clean my room daily. <-- if I bold this one, pompuan ni will puke blood instantly. But I clean my bathroom daily. (saye tak suka share bathroom tapi bathroom saye sering dilanyak oleh mereka)



My appearance:

I wear makeup.

I wear a piece of jewellery at all times.

I wear contacts.  (sometimes)

I wear glasses.

I have braces.

I change my hair colour often.

I straighten my hair often.

I have a piercing.

I have small feet.



Relationships:

I’m in a relationship now. (kawan2, sila jangan terbeliak sangat)

I’m single.

I’m crushin’.

I’ve missed an ex before.

An ex has physically abused me at least once.

I’ve told someone I loved them when I didn’t. <-- I could never do this!

I’ve told someone I didn’t love them when I did.

I’ve been in love more than two times.

I believe in love at first sight.

I believe lust is more important than love.



Friendships:

I have a best friend.

I have at least ten friends.

I’ve gotten a phone call in the last 48 hours from a friend.

I’ve beaten up a friend. (masa kecik2, budak laki sebelah rumah ajak gusti. gwa tumbuk la. patah gigi beliau.)

I’ve been in a serious fight with a friend.

I can trust at least five people with my life. (Trust is something people have to gain from me. It's not that easy.)


Experiences:

I’ve been on a plane.

I’ve been on a train

Someone close to me has died.

I’ve taken a taxi.

I’ve taken a city bus.  (tapi kat Singapore je. Haha. Sorang-sorang lak tu. Tiap kali pergi shopping pas kerja.)

I’ve taken a school bus.

I’ve gone bungee jumping.

I’ve made a speech.

I’ve been in some sort of club.

I’ve won an award.

I’ve spent 24 hours on the computer straight.

I’ve been in a physical fight. (tapi martial arts training / demo lah. hahaha)



Music:

I listen to R&B.

I listen to country.

I listen to pop.

I listen to techno.

I listen to rock.

I’m one of those people who play songs repeatedly until I hate it.


I hate the radio.

I download music.

I buy CD’s.


Television:

I spend at least six hours a day watching television.

I watch soap operas daily.

I’m in love with Days Of Our Lives.

I’ve seen and liked the O.C.

I’ve seen and liked One Tree Hill.

I’ve seen and liked Popular.

I’ve seen and liked 24.

I’ve seen and liked CSI.

I’ve seen and liked Everwood.



Hair:

I’ve been brown.

I’ve had streaks.

I’ve cut my hair in the past year.

I’ve dyed my hair in the past year.

I’ve been blonde.

I’ve had black.

I’ve been red.

I’ve been light brown. (tersembul bijik mata bapa ku.)

I’ve been medium brown.

I’ve been blue/green.

I’ve had my hair thinned.

I use conditioner.

I’ve used silk therapy.

I’ve used hot oil treatments.

I’ve curled my hair. (twice)

I’ve straightened my hair (twice, after I got bored having permed hair)

I’ve braided my hair.



School:

I’ve yelled at a teacher.

I’ve been suspended.

I’ve had an in-school suspension.

I’ve been sent to the principal’s office. (the whole class has and unlucky me had to be the class monitor)

I’ve walked out of class.

I’ve skipped an entire day of school.

I’ve skipped a whole month of one certain class.

I’ve failed Art.

I’ve failed P.E.

I’ve failed math.

I’ve failed science.

I’ve failed another class.

A teacher has called my parents.




Thursday, February 10, 2011

Sanding time!



Ok ni gambar-gambar majlis perkahwinan Along sebelah pengantin perempuan.

Penceritaan? Tak perlu la. Let the photos do the talking. Ahahahah.

Enjoy!

[photo removed]
Mahu bergerak ke rumah pengantin.

Menunggu saudara yang lambat sampai di tepi exit tol Kamunting.

Pengantin dan pengapit lepak dalam kereta.

Mak Ngah menunggu pengantin menukar baju.

Jarak usia kira-kira 15 tahun saye rase. tapi ketinggian? tiada jarak.

Si photographer enter frame. Dari reflection pun boleh nampak jemari dia yang nyum nyum tu.

bidan terjun jadi mak andam yuuuu~! amik kau.

See the power of my magical hands? Jambu kan abang saye? hahahaha.

Dah selamat tiba. Tinggal nak terkam pengantin perempuan je ni.

Amboi suke ler tu melihat kekasih hati nun di kejauhan.

Persembahan silat pengantin. TERBAIK YANG PERNAH SAYA LIHAT!

Meja makan pengantin. Cantik!


Makan beradab.

Pelamin tema ala-ala Bali.

Pengantin melambai kami pulang. amboi along, syoknye kene tinggal ye.


Hari Along menjadi suami.

Update : Gambar dah ditambah sikit dari kamera aipong. :P

Apa khabar, semua? Sihat? :P (ayat cover setelah ramai sound blog tak update2)

Banyak cerita hingga tak tercerita. Beri saya masa. Saya ada dua puluh empat jam je sehari. Anda? Ok sama.

Minggu lepas berlangsung dengan meriahnya majlis perkahwinan Along dan isteri. Tapi.. saya kena patah balik ke dua minggu lepas, berkenaan pernikahan Along.

Along selamat nikah pada 29 Januari hari tu. Alhamdulillah.

Sebelum bertolak ke rumah pengantin di mana kejadian menyalam tok kadi akan dijalankan, family aku buat kenduri dulu malam Sabtu selepas Isya'. Al-kisah abah cakap tak ramai orang masjid datang. Tapi entah cemana, penuh rumah malam tu, sampai tak muat. Alhamdulillah. Berkat agaknya. Ruang tamu rumah aku kira agak luas jugak lah. So bila penuh tu, rasa terkejut la sikit.

Menunggu tetamu datang.


Syukur ramai yang hadir. Sampai nasi tak cukup. Bila aku senduk tu, dah tinggal hujung-hujung periuk, sepupu aku jerit, "Kak Yu, nak lagi tiga mangkuk."

Hah? Tiga mangkuk? Tak cukup nii..

Kelam kabut la masak lagi. Mujur lah by the time orang nak bertambah makan tu, nasi dah siap masak. Fuh.

Malam tu jugak kecoh la Abah saya yang memang suka menggelabah arnab ni sebab mas kahwin dan bekas gelang tak buat lagi. Aku beli pun last minute barang-barangnya sebab aku terlupa lah nak kena ada benda-benda alah ni. So lepas tolong apa yang patut, sementara kenduri masih berjalan, aku naik dulu ke bilik dengan adik aku, buat bekas gelang dan mas kahwin tu. Sekejap je pun, dah siap. Haha.

Mas Kahwin ibu suruh bubuh dalam frame je. Frame beli kat pasaraya Billion je k. Last minute!

Bekas gelang.
Lepas kenduri sibuk buat bunga pahar pulak. Ini Mak Tih dan Mak Long saya.


Kenduri habis, kami pun selesai menggubah. Bawak turun ke ruang tamu, tayang kat Abah. Baru lah dia lega. Sebelum tu mak aii.. Muka cam nak ikat kita kat pokok mangga.

Esok pagi dah bangun. Bersiap dan bersarapan sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan di Bagan Serai. Along maintain cool je. Janji nak bertolak kul 10.00 tapi family Mak Tih tak sampai-sampai lagi. Tunggu punya tunggu, last-last diorang cakap jumpa kat exit Kamunting je. Abah dah berasap seperti kebiasaan. Dia ni tak suka orang lambat. Dan tak suka apa yang dia plan, tersasar.

Kami lewat setengah jam ekoran daripada itu. Terus masuk kereta, nak gerak. Tapi Mak Long yang balik kejap ke rumahnya tak muncul-muncul lagi. Fuh tunggu lagi.. Tunggu depan pagar ni. Tinggal nak bergerak je. 10 minutes of waiting, Mak Long muncul dengan motornya. Fuhhh.. patut lah anak buah aku berusia 4 tahun cakap, "Opah Long ni macam mat rempit."

Maka kami pun bergerak. Tiba-tiba aku tersentap. "Eh, bekas gelang mana?"

TERTINGGAL.

Rasanya kalau pecahkan telur atas kepala Abah, boleh jadi telur mata kerbau.

Patah balik. Ambil bekas cincin. Along yang cool pun dah tak mampu senyum lagi. Diam je dalam kereta, menahan kebengangan. Ibu bergurau dengan dia pun kena sound. Hahahahaha. Nampak sungguh gabra. Hilang sifat cool abang saya ni. Orang nak pergi nikah dol. Jangan sampai lupa skrip lafaz dibuatnya.

Walaupun dah lambat, abah tetap drive dengan kelajuan tidak melebihi had limit. Itu yang tak tahan tu. Lepas exit highway Kamunting, tunggu lah family Pak Ngah pulak. Family Mak Tih pun tak sampai lagi. Ape kes! Tunggu dan tunggu.. Fuh, time ni tak ada siapa berani cakap dengan Along. Dia bukak mulut je, sure kena ngap.

Tiba-tiba nampak kereta Pak Ngah dari selekoh memecut laju. Lawak gila. Yang bawak tu adik ipar dia yang dah berusia dan berjanggut. Pecut macam orang muda. Sampai-sampai depan kami je, terus tersengih. Adoi. Lawak siot.

Then nak tunggu Mak Tih lagi, tapi aku rasa dah lambat sangat. Aku cakap, "Tak payah tunggu. Bawak Along ni dulu. Dia yang nak nikah. Pengantin la kena sampai dulu. Yang lain-lain tu kemudian tak apa. Takkan nak biar tok kadi sampai dulu?"

Akhirnya kami gerak dulu. Abah masih dengan speed limit terkawal. Ada sekali ni dia nak potong lori. Jalan kampung lah kata. Tunggu opposite lane kosong kan. So bila dah agak clear, dia potong. Kami tengok ada lori dari opposite lane, tapi agak jauh la. Kira pecut, memang takde masalah. Tapi masa tengah potong tu, tiba-tiba abah slow. Kami di opposite lane ni.

"Eh? Abah?"

Masing-masing diam. Tengok lori tu. Telan air liur. Makin hampir... Fuhhhhh.. sempat masuk lane balik!

"Abah! Apsal tiba-tiba slow down?" Aku tanya lepas selesai kecut perut.

"Oh. Tak boleh lebih speed limit. Nanti kena saman."

BOLEH??!!!

*pengsan*

"Abah lebih sanggup masuk hospital daripada kena saman ke?? Sini mana ada speed trap, Abah. Jalan kampung!" aku membebel-bebel macam makcik.

Lori dan kereta pulak banyak dari kebiasaan. Tak boleh nak speed pun. Then Along dapat call. Tok kadi dah sampai.

Yeahhuuu... kami lagi 15 minit nak sampai. Tak berani tengok muka Along masa ni. Hahahaha.

Sampai je rumah, family pengantin perempuan dah tunggu. Nampak gelisah. Along terus meluru masuk rumah. Fuhhh saspen je.

Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar dengan sekali lafaz. Sungguh jelas dan tenang lafaz Along. Bangga kami mendengarnya!



Kami dijamu nasi bersama kari serta lauk pauk lain yang sungguh menyelerakan. Kami semua bertambah nasi okay!

Okay lah ada masa aku cerita perihal majlis kahwin pulak ye. In the next entry semestinya. Haha. Bila? Aaaaa... akan diusahakan dengan kadar segera (yang termampu). Hehehehe.

Enjoy the photos!

Ok fine sebenarnya sekarang kat office. Semalam nak upload tapi balik tu, terlupa langsung. So hari ini aku publish dulu entry ni, berserta gambar yang dicilok dari blog adik aku (hahaha jangan marah.). Gambar-gambar di-snap oleh saya, dan diedit oleh dia. Gambar yang lain akan di-upload kemudian. Ngahaha.

Ibu menangis anak bujangnya selamat bergelar suami orang.
Si Isteri, yang juga ratu air mata. HAHA.