Sunday, February 20, 2011

Menyambut menantu.


Akhirnyaaa berjaya gak aku meluangkan masa meng-upload gambar-gambar majlis perkahwinan Along bagi pihak lelaki atau lebih dikenali sebagai Majlis Menyambut Menantu.

Aku cerita serba ringkas saja ye.. (banyak dah lupa haha)

Malam sebelum majlis tu rumah memang meriah dengan paluan rebana. Seronok woo.. Makcik-makcik pun happy je di dapur.

Seperti yang diceritakan dalam previous entry, pagi-pagi majlis lagi dah bergegas ke pasar cari bunga dan kemudian pergi ambil kek. Pastu balik rumah time tu dah dekat kul 10 pagi.

Kelam kabut ler.. kul 11.30 camtu, baru lah nak pergi tukar baju dan bersiap segala. Waaahhh encik Abah sangat bising ye. Hahaha.

Pagi tu jugak ada paluan rebana. Yang lawaknya, anak buah aku yang berumur 4 tahun ni suka sangat lah nak join sekali memalu rebana. Dia punya aksi tu macam sungguh-sungguh lah dia yang mengepalai kumpulan rebana ni. Tengok je lah gambar ni.

Lawak kan gambar ni? HAHAHA.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Tapi apa yang frust sesangat adalah kelewatan pengantin tiba ke majlis, dekat pukul 3 juge ler. Ini gara-gara jem yang teruk akibat musim cuti raya Cina.. dah bertolak awal pun sangkut jugak. Tak leh nak cakap ape la kan. Pengantin pun terseksa je dalam kereta hampir 5 jam.. Padahal Bagan Serai - Ipoh tu bukan lah jauh mana pun. Sejam setengah perjalanan je.

Jadi ramai lah tetamu yang balik dengan rasa hampa sebab tak dapat jumpa mempelai. Masa diorang sampai pun, tetamu dah reda. 

Jubah pengantin yang ditempah sendiri.

Tepung tawar.

Anyway, tak apa lah. Janji selamat sampai, ye dak? :)



Masa makan beradab, aku, Maya dan Mak Tam tampil buat performance kecil-kecilan. Hahahaha. Ini Mak Tam punya idea. Mak Tam seru nama pengantin perempuan sambil acah-acah, lepas tu aku dan Maya nyanyi sikit la kan.. (malas cerita detail hahaha). Lepas tu Mak Tam dan aku berpantun. Ngah ngah. 

[photo removed]
Me and Maya dalam cubaan menghiburkan tetamu. Hahaha.


Then, Ibu buat ucapan yang berupa lebih kepada pesanan buat kedua mempelai terutama sekali dengan anak lelaki tunggalnya. Fuh.. meleleh air mata ibu dan Kak Long (pengantin perempuan) ye. 

Air mata seorang ibu.

Kak Long touching dengar pesanan ibu

Kenduri Along ni agak spesial sikit dari segi lauk-pauknya.. 7 jenis! Haha. 4 catering, 3 masak sendiri.

Alhamdulillah kami terima overwhelming feedback about the food. Thank you so much! :)

Malam tu lepas Isya' (patutnye after Maghrib but masing-masing kepenatan), ada buat majlis BBQ pulak untuk saudara-mara terdekat. Makan kambing sekor y'all.. Pergh layannnn. Dan campur dengan hidangan yang lelain tu. Memang kenyangg. Sambil tu, buat sesi karaoke ye. Haha. Mesti lah aku tak nak lepaskan peluang kan. Haha. (gambar malas letak ler sebab acara tertutup. muka masing-masing sememeh je.)

Kemudian disusuli pula dengan upacara membuka hadiah. 



Ada satu hadiah ni, kawan Along bagi buku-buku di mana salah satunya Kak Long tak bagi Along cakap tajuknya. Sambil tu dia dah tersipu-sipu malu.

Kitorang pun jerit suruh baca jugak tajuk buku tu. "Indahnya Malam Pengantin," kata Along sambil disambut bunyi-bunyian yang riuh dari saudara-mara. Tiba-tiba Pak Ngah menjerit, "Haa sorok buku tu, nanti Ayu curi-curi baca!"

Ewahhh.. apa lagi, kena gelak lah kan. Aku pun balas ler, "Tak baca, fotostet je!"

Bila ketawa dah reda, dengan selambanya Abah menyampuk, "Ha buat dua salinan."

Hahaha. 

Want a copy, anyone? :P


Overall it was a good event. We all enjoyed ourselves. Alhamdulillah. Syukur.

Kini Along dah jadi suami orang. Yeay!

Gambar ikutkan banyak sangat nak share tapi berat pulak blog ni karang dan aku tak lah rajin pun nak edit. HAHAHA. Alright, enjoy the rest of the photos. :)


Goodies box.

Memang gile glemer dia ni. Sibuk nak menyanyi.

Abah busy melayan tetamu, mengaut duit. Hahaha. Saya pun dapat saguhati Abah dan Ibu bagi tau. :)


From left: Kak Ngah (cousin), Mak Yang, Mak Tam (jaguh pantun), dan Nurul (cousin).

These two are my favourite young cousins! Sangat behave ok. Anak-anak yang baik.

[photo removed]
Me and my colleague, Kak Yati. Terima kasih datang. ^_^


[photo removed]
Adik-adik pengantin posing sakan kat bilik pengantin.

[photo removed]
Orang cakap muka kitorang takde iras langsung. Betul ke?



6 comments:

Temi said...

Indahnya Malam Pengantin tu terbitan syarikat tempat akak kerja sekarang ni..dun worry isi dia sopan, bukan 18sx ehehehehe

@yU said...

KANTOIII DAH BACEE YEE!!!

haha.. ya i know, lupe nak mention. i saw PTS logo kat buku tu trus teringat kat akak. (wah tajam kan mate saye)

Temi said...

haruslah dah baca, super curious kan hahahahaa

@yU said...

hahahaha. deymmm.

Unknown said...

siap minta copy lg..aduhh

miszeita said...

mmg takde iras langsung. hehehe :P tp cik ayu & abg cik ayu sama! :D