Majlis sebelah pengantin lelaki akan diceritakan dengan panjang lebar di entry akan datang. Malam ni aku nak share dengan korang kisah kek pengantin yang aku cakap nak decorate sendiri tu. Baca sini.
Ternyata kita ni merancang je kan. Allah tu yang Menentukan.
Isk isk..
Hari Khamis aku dah start cuti. Majlis Along hari Ahad. So hari Jumaat aku decide nak pergi cari fresh flowers tu. Mula plan nak pergi cari pagi Ahad sebab bunga hidup kan. Tapi aku fikir rasanya boleh bertahan kira-kira seminggu bunga-bunga ni.
Aku pun pergi lah pasar Kinta di mana kat sini ada kira-kira lima ke enam kedai bunga. Tapi yang ada bunga kekwa je. :(
Bunga rose ada la beberapa kuntum tapi tak cantik. Nampak sedih je bunga-bunga tu. Ada kedai yang dah tutup sebab owner kedai-kedai tu semua Cina. Jadi diorang dah start cuti Raya Cina la tu kan.
Hari Sabtu sibuk nak ke kenduri sebelah pengantin perempuan, makanya aku decide tunggu je lah hari Ahad. Kembali ke plan asal.
Ahad aku dan sepupu aku, Nurul keluar pergi pasar dalam pukul 8 pagi. Dengan keciwanya kami mendapati kedai-kedai masih banyak belum dibuka.
Senario yang sama masa kami pergi hari Khamis tu. Makanya tiada pilihan, beli je lah bunga kekwa tu. Mula pergi satu kedai ni, dia markup harga lebih dua kali ganda.
"Eh kenapa mahal sangat? Bukan cantik sangat pun bunganya." Aku tegur direct je dengan penjual-penjual yang tak ikhlas ni sebab aku memang pantang peniaga macam ni.
"Sebab kedai lain banyak tutup. Kita open special punya," jawab aso tu dengan selambanya.
"Bodo.." Aku jawab slow je tapi aku rasa dia dengar.
Terus aku tak jadi beli bunga tu. Macam #%##$&*!!
Pergi la kedai lain, aunty ni layan okay. Nasib baik lah sebab aku time tu ibarat dragon tengah refill diesel dalam tekak je. Kalau yang ni pun tak okay, memang hangus bunga-bunga kat pasar tu.
So beli lah dekat kedai tu. Lagipun lebih banyak pilihan. Tapi hati aku still kecewa lah sebab tak dapat cari bunga ros.
Al-kisah sejujurnya cakap, kami ni memang tak biasa pergi pasar Kinta yang bersimpang siur ni. Pulak tu, first time parking kat basement. Biasanya parking kat luar. Lepas beli cili api dengan tomato, kitorang cuba mencari jalan ke basement.
Tak jumpa.
Hahahaha. Ini sungguh memalukan.
Penat jugak lah pusing cari exit. Last-last jumpa. Fuh!! Tangan dah lenguh ni pikul tomato dan cili api yang berkilo-kilo.
Then terus pergi Ipoh Jaya, ambil kek. Aku order kek dari kak Dibah ni sebab dulu encik kesayangan pernah buat surprise hantar cuppies ke rumah, so dah pernah rasa lah kek dia ni. Aku suka sebab tak manis.
Cerita lah dengan kak Dibah tu yang aku tak dapat cari bunga ros then dia pun tengokkan lah bunga-bunga kekwa yang aku beli tu.. Dia pun pening camne nak susun. Hahahah..
Last-last aku redha je. Jadi ke tak ni.. kita lihat nanti, aku cakap dalam hati.
Then balik tu, dapur dah kelam kabut, saudara mara sibuk memasak. Aku tengok pun cuak je.. sempat ke siap masak semua tu? Tolong mak long hias lauk pengantin, then aku dah tak senang duduk.. Tengok jam dah dekat pukul 11.
"Mak Long, Ayu pergi hias kek kejap lah."
Aku pun bangun dan terus pergi basuh bunga-bunga tu, sebab nak letak dekat kek kan. Kang ada yang keracunan pulak. Hahaha.
So, ini lah hasilnya ye. Memang jauh tersasar daripada idea asal aku. Sob sob.. Takpelah, bukan semua apa yang kita rancang tu kita dapat kan?
Tapi ada yang kata cantik. Haaa okay lah tu.
What say you?
Idea untuk letak edible image tu came up from the cuppies I received. Aku terfikir why not letak gambar gak untuk kek kahwin ni. Jarang orang buat kan?
Sejujurnya, tak pernah saya lihat lagi in live lah. So, dipersilakan tiru idea ni.. tapi letak tulisan "Credit to Ayu Fieda" ye. Hahahaha.
So sesiapa yang tinggal area Ipoh dan berminat nak tempah kek or cuppies for any event or saja-saja pun takpe, boleh lah layari web kak Dibah ye.
Anyway di sini aku share entry yang kak Dibah post berkenaan kek yang aku tempah tu. Hehe.
2 comments:
nk mkn kek ke atau mkn kekwa :p
kekwa buat jadi air la. sedap gak. hahaha
Post a Comment