Thursday, February 10, 2011

Hari Along menjadi suami.

Update : Gambar dah ditambah sikit dari kamera aipong. :P

Apa khabar, semua? Sihat? :P (ayat cover setelah ramai sound blog tak update2)

Banyak cerita hingga tak tercerita. Beri saya masa. Saya ada dua puluh empat jam je sehari. Anda? Ok sama.

Minggu lepas berlangsung dengan meriahnya majlis perkahwinan Along dan isteri. Tapi.. saya kena patah balik ke dua minggu lepas, berkenaan pernikahan Along.

Along selamat nikah pada 29 Januari hari tu. Alhamdulillah.

Sebelum bertolak ke rumah pengantin di mana kejadian menyalam tok kadi akan dijalankan, family aku buat kenduri dulu malam Sabtu selepas Isya'. Al-kisah abah cakap tak ramai orang masjid datang. Tapi entah cemana, penuh rumah malam tu, sampai tak muat. Alhamdulillah. Berkat agaknya. Ruang tamu rumah aku kira agak luas jugak lah. So bila penuh tu, rasa terkejut la sikit.

Menunggu tetamu datang.


Syukur ramai yang hadir. Sampai nasi tak cukup. Bila aku senduk tu, dah tinggal hujung-hujung periuk, sepupu aku jerit, "Kak Yu, nak lagi tiga mangkuk."

Hah? Tiga mangkuk? Tak cukup nii..

Kelam kabut la masak lagi. Mujur lah by the time orang nak bertambah makan tu, nasi dah siap masak. Fuh.

Malam tu jugak kecoh la Abah saya yang memang suka menggelabah arnab ni sebab mas kahwin dan bekas gelang tak buat lagi. Aku beli pun last minute barang-barangnya sebab aku terlupa lah nak kena ada benda-benda alah ni. So lepas tolong apa yang patut, sementara kenduri masih berjalan, aku naik dulu ke bilik dengan adik aku, buat bekas gelang dan mas kahwin tu. Sekejap je pun, dah siap. Haha.

Mas Kahwin ibu suruh bubuh dalam frame je. Frame beli kat pasaraya Billion je k. Last minute!

Bekas gelang.
Lepas kenduri sibuk buat bunga pahar pulak. Ini Mak Tih dan Mak Long saya.


Kenduri habis, kami pun selesai menggubah. Bawak turun ke ruang tamu, tayang kat Abah. Baru lah dia lega. Sebelum tu mak aii.. Muka cam nak ikat kita kat pokok mangga.

Esok pagi dah bangun. Bersiap dan bersarapan sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan di Bagan Serai. Along maintain cool je. Janji nak bertolak kul 10.00 tapi family Mak Tih tak sampai-sampai lagi. Tunggu punya tunggu, last-last diorang cakap jumpa kat exit Kamunting je. Abah dah berasap seperti kebiasaan. Dia ni tak suka orang lambat. Dan tak suka apa yang dia plan, tersasar.

Kami lewat setengah jam ekoran daripada itu. Terus masuk kereta, nak gerak. Tapi Mak Long yang balik kejap ke rumahnya tak muncul-muncul lagi. Fuh tunggu lagi.. Tunggu depan pagar ni. Tinggal nak bergerak je. 10 minutes of waiting, Mak Long muncul dengan motornya. Fuhhh.. patut lah anak buah aku berusia 4 tahun cakap, "Opah Long ni macam mat rempit."

Maka kami pun bergerak. Tiba-tiba aku tersentap. "Eh, bekas gelang mana?"

TERTINGGAL.

Rasanya kalau pecahkan telur atas kepala Abah, boleh jadi telur mata kerbau.

Patah balik. Ambil bekas cincin. Along yang cool pun dah tak mampu senyum lagi. Diam je dalam kereta, menahan kebengangan. Ibu bergurau dengan dia pun kena sound. Hahahahaha. Nampak sungguh gabra. Hilang sifat cool abang saya ni. Orang nak pergi nikah dol. Jangan sampai lupa skrip lafaz dibuatnya.

Walaupun dah lambat, abah tetap drive dengan kelajuan tidak melebihi had limit. Itu yang tak tahan tu. Lepas exit highway Kamunting, tunggu lah family Pak Ngah pulak. Family Mak Tih pun tak sampai lagi. Ape kes! Tunggu dan tunggu.. Fuh, time ni tak ada siapa berani cakap dengan Along. Dia bukak mulut je, sure kena ngap.

Tiba-tiba nampak kereta Pak Ngah dari selekoh memecut laju. Lawak gila. Yang bawak tu adik ipar dia yang dah berusia dan berjanggut. Pecut macam orang muda. Sampai-sampai depan kami je, terus tersengih. Adoi. Lawak siot.

Then nak tunggu Mak Tih lagi, tapi aku rasa dah lambat sangat. Aku cakap, "Tak payah tunggu. Bawak Along ni dulu. Dia yang nak nikah. Pengantin la kena sampai dulu. Yang lain-lain tu kemudian tak apa. Takkan nak biar tok kadi sampai dulu?"

Akhirnya kami gerak dulu. Abah masih dengan speed limit terkawal. Ada sekali ni dia nak potong lori. Jalan kampung lah kata. Tunggu opposite lane kosong kan. So bila dah agak clear, dia potong. Kami tengok ada lori dari opposite lane, tapi agak jauh la. Kira pecut, memang takde masalah. Tapi masa tengah potong tu, tiba-tiba abah slow. Kami di opposite lane ni.

"Eh? Abah?"

Masing-masing diam. Tengok lori tu. Telan air liur. Makin hampir... Fuhhhhh.. sempat masuk lane balik!

"Abah! Apsal tiba-tiba slow down?" Aku tanya lepas selesai kecut perut.

"Oh. Tak boleh lebih speed limit. Nanti kena saman."

BOLEH??!!!

*pengsan*

"Abah lebih sanggup masuk hospital daripada kena saman ke?? Sini mana ada speed trap, Abah. Jalan kampung!" aku membebel-bebel macam makcik.

Lori dan kereta pulak banyak dari kebiasaan. Tak boleh nak speed pun. Then Along dapat call. Tok kadi dah sampai.

Yeahhuuu... kami lagi 15 minit nak sampai. Tak berani tengok muka Along masa ni. Hahahaha.

Sampai je rumah, family pengantin perempuan dah tunggu. Nampak gelisah. Along terus meluru masuk rumah. Fuhhh saspen je.

Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan lancar dengan sekali lafaz. Sungguh jelas dan tenang lafaz Along. Bangga kami mendengarnya!



Kami dijamu nasi bersama kari serta lauk pauk lain yang sungguh menyelerakan. Kami semua bertambah nasi okay!

Okay lah ada masa aku cerita perihal majlis kahwin pulak ye. In the next entry semestinya. Haha. Bila? Aaaaa... akan diusahakan dengan kadar segera (yang termampu). Hehehehe.

Enjoy the photos!

Ok fine sebenarnya sekarang kat office. Semalam nak upload tapi balik tu, terlupa langsung. So hari ini aku publish dulu entry ni, berserta gambar yang dicilok dari blog adik aku (hahaha jangan marah.). Gambar-gambar di-snap oleh saya, dan diedit oleh dia. Gambar yang lain akan di-upload kemudian. Ngahaha.

Ibu menangis anak bujangnya selamat bergelar suami orang.
Si Isteri, yang juga ratu air mata. HAHA.

6 comments:

farahayuni said...

Aku tunggu kau pulak ayu~~

@yU said...

haha. lambat lagi tu.

uncle said...

mas kahwin RM 101? besarnye rumah dia...

@yU said...

ya rm101. ingat tu tau. nanti kamu kena provide juga. hahaha. it depends on the states. lain negeri, lain harga mas kahwin.

tak besar ler. biase sajee.

Unknown said...

kakak ipar dr tepi mcm eja..lawa..sama cantik..sama padan...=)

tunggu ayu gak :p

owh,btw..icun da tuka link ye..nnt g tmpat lama..asik nmpak menda yg sama je :p

@yU said...

a'a memang lawa orangnye! dah ade anak satu. maintain je. tapi siblings diorang ni semuanye kuruihhhhh..

ooh.. yang http://chikum4risa.fzone.com.my/ tu ek?

ok ok noted. will change.