Friday, April 29, 2011

Wednesday, April 27, 2011

Penyakit hati.



Panduan Menjauhi Sihir

    1. Sentiasa memelihara solat lima waktu dan menjaga kualiti solat
    2. Memperbanyakkan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan zikir secara berterusan serta komited.
    3. Mengamalkan bacaan surah Al-Fatihah
    4. Membaca tiga surah terakhir (tiga Qul) setiap hari sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang
    5. Mengamalkan ayat Al-Kursi (ayat 255 daripada surah Al-Baqarah) selepas solat
    6. Membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada waktu malam
    7. Mengamalkan zikir "La ilaha illah wahdahu la syarikalah,lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa 'ala kulli sya'in Qodir" sebanyak 10 kali
    8. Mengamalkan bacaan "A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq
    9. Amalkan juga bacaan surah-surah lain seperti A'araf, Yunus, dan Toha.





(Saya harap awak baca dan kita amalkan bersama..)
 


Sabar.



Sesungguhnya iman itu terdiri atas dua bahagian: sebahagian yang pertama itu ialah sabar dan sebahagian yang kedua itu ialah syukur.  Keduanya ini merupakan dua sifat dari sifat-sifat Allah Ta-ala dan dua nama dari al-asmaa-ul-husnaa, dimana Dia menamakan Diri-Nya dengan nama ash-Shabuur dan asy-Syakuur

Allah berfirman: 

Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung ” – Surah Az-Zumaar, ayat 10

Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46

Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal.  Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ - Surah An-Nahl,  Ayat 96

Hadith Nabi saw bersabda -  “Sabar itu separuh iman

Ali r.a berkata pula - “Sabar itu dari iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh.  Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kapala.  Dan tidak ada iman, bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran



Petikan blog Haji Lokman.


Sifat dia.



Mungkin betul kadangkala kebahagiaan itu macam pelangi.

Indah. Mengkhayalkan. Buat kita tersenyum.

Terbit ketika hujan, pabila keluar sang matahari.
Hujan yang asalnya dicemuh, dilupai terus kerana munculnya si pelangi.

Tapi ia bersifat sementara. Orang salahkan pelangi. Pelangi muncul seketika.

Atau sebenarnya kerana kita yang hanya mendongak sejenak cuma?

Kita memalingkan pandangan dahulu, atau dia yang hilang sendiri dari pandangan?
Berapa lama kita menghargai dia?

Kita pergi dulu, atau dia?










Credit image : Adrian

Tuesday, April 26, 2011

Gambaran Hari Kiamat.

I know deep in our hearts, we sometimes try to ignore from reading this kind of articles. Lawan lah rasa takut itu, ambillah masa membaca artikel seperti ini. Moga-moga memberi kesan di hati kita yang penuh noda ni.

Dunia ini sementara je. Sekali sekala kena cuci hati. Ingat kenapa kita di muka bumi ni. :)



* * * * *




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



sumber daripada : Amar Sufi


Sunday, April 17, 2011

Goyah.


Dah tak tau celah mana nak kutip sisa-sisa kesabaran ni..

Makin lama, makin nak tertewas rasanya. 

Orang yang tahu cerita, cakap, 

"Sabar, Yu.. Sabar."

"Biasalah.. memang lagi dekat, lagi kuat dugaan. Kena banyak sabar."

Ye.. bersabar lah ni pun.. Harapnya ada hasil lah kan daripada kesabaran ni. Walaupun kekadang rasa nak give up je.

Sebab rasa letih sangat ya Allah.

Rasa dada ni kan.. macam nak pecah. 
Kekadang rasa macam kena himpit.

Sakit.

Tempoh hari, kawan yang sedang sibuk buat persiapan pertunangannya Jun ini membuka cerita. 

"Selaluuu sangat bergaduh. Banyakkk sangat dugaan.. At some point, rasa macam dilema. Benda-benda ni bagi tanda suruh stop trying or sekadar ujian nak tengok sekuat mana kita dengan dia?"



Baring di sebelah ibu.. Tanya ibu, "Ibu dulu banyak dugaan tak?"

Ibu peluk sambil tengok siling.. "Banyak.." 

Renungan ibu sarat dengan cerita. Boleh tahu macam-macam berputar dalam fikiran dia. 

"Pernah tak rasa nak give up?

"Pernah.."

"Apa yang jadi?"

Ibu mulakan cerita.. Berat dugaan dia. Mungkin lebih berat dari apa yang aku alami. 

Ibu akhiri cerita dengan kata-katanya, "Ibu minta putus tapi Abah yang tak nak."

"Ibu rasa kes Ayu ni macam mana? Should I go on?" aku mengeluh. 

"Terpulang pada dia..."


Berpaut hati pada Mu, berpegang janji kerana Mu. 
Andai jatuh tersungkur, mohon diberikan pertolongan. 
Kepercayaan pada Mu..aku jadikan paksi bergantung. 
Rebah aku kerana kegagalan. 
Kerana tipisnya iman.


Jodoh..

Rahsia Allah, kan?










Impian musnah.



Haiya... ayufieda.blogspot.com URL is taken rupa-rupanya.. 


:(


Takleh pikir dah nama lain nak guna.. huwaaaaaaaaaaa~ terbatal hasrat gwe!



Wednesday, April 13, 2011

Silent entry.

*cough cough* sexyhands *cough cough*














Baaa!

Uuu yea~



End of the show peeps. Nanite!



I hope no one gets asthma reading this.Hehehehe.


Monday, April 11, 2011

Tiada Yang Dilahirkan Terus Berilmu




Tiada Yang Dilahirkan Terus Berilmu

Belajar, sesungguhnya seseorang itu tidak dilahirkan alim,
 dan tiadalah orang berilmu menyamai orang yang jahil.

Sesungguhnya pembesar kaum yang tiada ilmu,
 menjadi kecil bila dikerumuni bala tenteranya (meminta pandangannya).

Seorang yang hina sekiranya berilmu,
ia menjadi besar bila dikerumuni orang ramai (yang ingin belajar).

Jadi, janganlah redha dengan kerendahan (kehinaan),
Dan janganlah nasib hanya berpada dengan apa yang ditinggal orang terdahulu.

~ Imam Shafie


Sunday, April 10, 2011

Oh, the temptation!

Very cute video.


2 Hidden Cameras - HVX 200 and Sony Z1U
A bunch of Kids
1 Marshmallow each


Basically the kids are given one marshmallow and if they do not eat it after the lady comes back, they will be given another marshmallow. See who could handle the burning temptation!



Sunday.

He requested me to post a survey since I haven't answered for quite some time. Tak tau mana nak cilok survey, luckily miss lecturer ada post one survey in her blog, so darl.. I cilok ye!


Do you sing in the shower?
Sometimes. Bantai semua genre, ikut mood. Rock, asli, balada, sebut je.


What song?
Most are old songs.


Do you believe in love at first sight?
No, I don't. That's more like a crush.


What was the name of your first pet?
Tak boleh jawab la soalan ni cause some of my internet accounts are using this question for recovery question. But let me tell you something.. first pet saya adalah kura-kura.


What is the last movie that you saw at the cinema?
Hikayat Merong Mahawangsa. Damn good local movie and I am proud of it. Good job to everyone involved.


Are you a morning person or a night owl?
Both tak. Tak suka bangun pagi, dan tak larat nak stay up lewat malam.


If you could go anywhere in the world for a vacation, where would you go?
Portugal.


Do you always wear a seatbelt?
Yes especially when I'm driving.


What is your ringtone?
I'm an old skool person. I hate using songs as my ringtones. I always use classic tone and anything sound alike.


What curse word do you use the most?
Damn!


Flip flops or sneakers?
Sneakers. Flip flops are slippery. I hate them.


What color is your room?
Light blue.


How many hours of sleep do you need to function?
At least 6 hours.


Are you picky about spelling and grammar?
Kinda. But I'm not that kind of person who likes to correct other people. Diam je.


Do you sleep on your side, tummy, or back?
On my side. Static. Pastu kebas.


What is your favorite TV show?
Banyak la. Grey's Anatomy, So You Think You Can Dance, etc (malas nak taip)


What is the weather like?
Panassssss.. Lepas tu, tiba-tiba hujan.


Are you shy around the opposite sex?
Not really.


How often do you remember your dreams?
I can't remember most of my dreams except those rare yet meaningful ones.


Do you think people talk about you behind your back?
That's what people do. I don't give a damn.



Tuesday, April 05, 2011

Itulah pentingnya English edukesyennn.


Bagi yang tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian bebaru ni, confirm tak boleh lupa adegan kelakar time Usop Wilcha announce pemenang Bintang Paling Popular. Memang pecah perut ketawa bertalu-talu. Aku sampai tergolek-golek atas katil dengan ibu yang tak jadi tidur sebab tak tahan nak tengok. 

(ok kantoi di situ I slept with my mom that night)
Shaheizy Sam, pemenang Bintang Paling Popular.

Anyway I personally think this is the best ABP I've ever watched. Sangat best lah. Cuma performance ada yang tak best, especially Shima + Ella + Alyah. Adui.. Sakit telinga dengar Alyah menyanyi. Lari habis. Baru kita sedar kan, lagu Ella tak semua orang boleh nyanyi. (dan Ella tak boleh nyanyi semua lagu haha)

Bulan ni bulan terakhir untuk semester ketiga ni. Wuhuuuu~~ Lepas tu rehat sampai September. Wuhuuu lagi dan lagi~~

Boleh lah ambil masa untuk turun jenguk kekawan kat KL kan.

Anyway pada Elya dan Izmi yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka Ahad ini, I'm truly sorry you guys.. Rasanya tak ada rezeki nak bertandang ke majlis korang. Sob sob. :(

Dan pada kawan-kawan yang bakal menghadiri majlis Faiz dan Mailal on 16th, apa kata anda singgah rumah sayeee jugeee.. ahaks. Tapi siang gwa tade. Kakakaka. Ade kelas. Malam tu ade. Kot ada yang nak tumpang tidur, boleh saje. Toksah buang duit ye sewa hotel segala.

Kenapa tiba-tiba rajin buat satu lagi entry ni? Atas permintaan seorang manusia manja. Hahah.

Ok lah.. ni ada jokes yang best. Enjoy!


Who says our English is bad? Just read below - Ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.


WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS   
Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you  want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.   
Malaysians: No stock. 


RETURNING A CALL 
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago? 
Malaysians: Hello, who call?


ASKING SOMEONE TO MAKE WAY 
Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way? 
Malaysians: S-kew me. 


WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY 
Britons: Hey! Put your wallet away, this drink is on me. 
Malaysians: No need lah. 


WHEN ASKING FOR PERMISSION 
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door? 
Malaysians: (pointing at the door) Can ah? 


WHEN ENTERTAINING 
Britons: Please make yourself right at home. 
Malaysians: No need shy shy one lah! 


WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money. 
Malaysians: Where got? 


WHEN DECLINING AN OFFER 
Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind. 
Malaysians: Don't want lah. 


IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION 
Britons: Err...Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue. 
Malaysians: You mad ah? 


WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE . 
Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here. 
Malaysians: Shut up lah! 


WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU .. 
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you? 
Malaysians: See what, see what? 


WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION . 
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.. 
Malaysians: Die lah!! 


WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED 
Britons: Will someone tell me what has just happened? 
Malaysians: What happened ah? Why like that one lah? 


WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG 
Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you. 
Malaysians: Like that also don't know how to do! 


WHEN ONE IS ANGRY 
Britons: Would you mind not disturbing me? 
Malaysians: Celaka you! 


Itulah pentingnya English edukesyennn!!







True friends do silly things together. In public.


Monday, April 04, 2011

My March.

Hiyarrkhhh~~~ *stretching gaya gorila mandul*

Banyaknye sawang kat blog saye ni. :P

To those who still visit my blog, thank you very much.

Bulan lepas bulan dugaan sebab banyak benda yang menyesakkan jiwa berlaku. Then I fell sick few times in a row.. Dari kena viral infection menyebabkan aku dapat MC empat hari (but hari ke-empat aku datang kerja :P ).. it was pretty bad, then aku bercuti ke Bandung dan Jakarta selama empat hari dalam keadaan kesihatan yang belum pulih.. but Alhamdulillah kat sana aku rasa sihat pulak. Hahaha. (cuma asthma sikit sebab Bandung tu agak sejuk. But doc dah supply steroids and some pills awal-awal so okay la.)

Balik tu.. aku terus diserang acute gastroentiritis, diarrhea dan muntah selama seminggu dan batuk kini dah berlanjutan sampai sebulan. Muntah phlegm containing blood twice dan nose bleeding jugak dua kali. Suara pun dah jadi cam bunyi motorbot. Garauuu. Grrr~~ Hahah.

Asthma pun datang lah few times. Kebetulan minggu lepas aku ada follow up asthma after two months. My doctor was frustrated with me cause he targeted I wouldn't use the reliever during that two months observation, but I used it like 7 times. He went "Oh my God..." when I told him about my recent health issues and lastly he said, "You didn't learn from your last appointment."

Aku pulak yang dipersalahkan. Caisss!!

I still have my cough though.. Pagi-pagi bangun sure first thing is vomit. Letih wo. Tu yang sampai luka kat dalam, sampai phlegm ada darah.

Anyway about my Bandung-Jakarta vacation, aku tak tau la nak kata best ke tak. Best sebab bercuti-cuti. But frankly speaking, Indonesia is not my kind of place.

Jakarta is a hectic place. So packed. Kebersihan dan trefik jam adalah masalah utama. Pastu pulak Jakarta ni bila hujan, air naik. Perghh. Kotornye.

Jakarta.


Nasi padang.

Nasi Uduk (macam Nasi Lemak)


Ada sekali ni tengah-tengah memerhati pemandangan masa on the way nak pergi Tanah Abang, tiba-tiba baik punya sorang mamat ni bukak seluar dan kencing kat pokok tepi jalan. Aku terus toleh kat ibu, "Ibu, ada orang marking his territory."

Ibu toleh, tersengih-sengih tengok then cakap "Itu dia siram baja tu.."

Aku argue, "Ni bukan baja, ibu. Ini racun perosak."

Kemudian, aku tengok pulak adegan peniaga membasuh pinggan mangkuk di parit besar. Air coklat kehitaman, dia boleh guna buat basuh pinggan ye. Tekak terus kembang, rasa nak muntah.

Tanah Abang.. what can I say.. I regretted going to that place and I shall never come again. I've heard about how crowded the place is.. So aku pun pergi la bagitau tourist guide tu before kitorang bertolak ke Jakarta. I said daripada pergi Tanah Abang tu, baik pergi Mangga Dua. Sama je but Mangga Dua is better walaupun tak sebesar Tanah Abang. Alaa.. Macam lah nak berjalan ke Tanah Abang tu satu bangunan! Takde sempatnya.

Tapi ye lah kan.. siapa lah aku pandai-pandai nak tukar tentative yang effectnya kepada berpuluh orang. Haha.

Akibatnya, tak sempat beli apa sangat pun. Cause we spent quite a long time at Masjid Istiqlal sebab nak tunggu Zohor lebih sejam then baru nak pergi lunch. Ikut kepala otak aku ni, kenapa la tak pergi makan je dulu, baru gi masjid. But sekali lagi, saya bukan tourist guide.

Masjid Istiqlal

Ade orang cakap ni "muka darjah enam".


Pasar Baru, Bandung.

Ibu tengah pilih lace. (Jangan tanye kenapa pakai baju kurung :P )


[photo removed]
Muka kepenatan yang teramat sangat.


Pastu flight nak balik ke Malaysia pulak.. tiba-tiba awal dua jam. Makanye, last day tu sempat pergi Gunung Tangkuban Perahu je.

Mount Tangkuban Perahu


Aku ni tak pandai shopping cam orang gila. I'm very choosy. First day of our trip tu I only bought one jeans. Tu je. Punye lah choosy kan padahal pergi fac outlet punya banyak. I din really shop pun... Akibatnya beratus ribu rupiah tak habis.



Tunggu semua orang lepas imigresen.


Ibu minum jamu. Yuckss.



Aku malas nak cerita details la apa aktiviti kitorang kat sana. Haha.

Somehow, it was a fun trip but if I ever want to go again, I want to make my own tentative. And no, I will never go to Jakarta again for vacation. Bali, maybe. Hahah.

Anyway banyak dugaan lately in my relationship with my *ehem ehem* (malu nak sebut. Apesal entah. haha). Termasuk kes orang ketiga yang cuba nak break our relationship. It was really hard. Broke down few times but he was the one who kept on supporting. Alhamdulillah.

Now I know how lucky I am.

Harapnya ada pengakhiran yang baik untuk kami. Doa-doakan lah. Amin.


p/s: Gambar semua ambil from Iphone dan di-edit guna Instagram. Gambar dalam camera malas nak edit. Haha.