Sunday, April 17, 2011

Goyah.


Dah tak tau celah mana nak kutip sisa-sisa kesabaran ni..

Makin lama, makin nak tertewas rasanya. 

Orang yang tahu cerita, cakap, 

"Sabar, Yu.. Sabar."

"Biasalah.. memang lagi dekat, lagi kuat dugaan. Kena banyak sabar."

Ye.. bersabar lah ni pun.. Harapnya ada hasil lah kan daripada kesabaran ni. Walaupun kekadang rasa nak give up je.

Sebab rasa letih sangat ya Allah.

Rasa dada ni kan.. macam nak pecah. 
Kekadang rasa macam kena himpit.

Sakit.

Tempoh hari, kawan yang sedang sibuk buat persiapan pertunangannya Jun ini membuka cerita. 

"Selaluuu sangat bergaduh. Banyakkk sangat dugaan.. At some point, rasa macam dilema. Benda-benda ni bagi tanda suruh stop trying or sekadar ujian nak tengok sekuat mana kita dengan dia?"



Baring di sebelah ibu.. Tanya ibu, "Ibu dulu banyak dugaan tak?"

Ibu peluk sambil tengok siling.. "Banyak.." 

Renungan ibu sarat dengan cerita. Boleh tahu macam-macam berputar dalam fikiran dia. 

"Pernah tak rasa nak give up?

"Pernah.."

"Apa yang jadi?"

Ibu mulakan cerita.. Berat dugaan dia. Mungkin lebih berat dari apa yang aku alami. 

Ibu akhiri cerita dengan kata-katanya, "Ibu minta putus tapi Abah yang tak nak."

"Ibu rasa kes Ayu ni macam mana? Should I go on?" aku mengeluh. 

"Terpulang pada dia..."


Berpaut hati pada Mu, berpegang janji kerana Mu. 
Andai jatuh tersungkur, mohon diberikan pertolongan. 
Kepercayaan pada Mu..aku jadikan paksi bergantung. 
Rebah aku kerana kegagalan. 
Kerana tipisnya iman.


Jodoh..

Rahsia Allah, kan?










No comments: