Wednesday, April 27, 2011
Sifat dia.
Mungkin betul kadangkala kebahagiaan itu macam pelangi.
Indah. Mengkhayalkan. Buat kita tersenyum.
Terbit ketika hujan, pabila keluar sang matahari.
Hujan yang asalnya dicemuh, dilupai terus kerana munculnya si pelangi.
Tapi ia bersifat sementara. Orang salahkan pelangi. Pelangi muncul seketika.
Atau sebenarnya kerana kita yang hanya mendongak sejenak cuma?
Kita memalingkan pandangan dahulu, atau dia yang hilang sendiri dari pandangan?
Berapa lama kita menghargai dia?
Kita pergi dulu, atau dia?
Credit image : Adrian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment