Friday, July 28, 2006

Wajakan Diri



Pada 2 September nanti, akan diadakan satu kejohanan wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat IPT dan Sekolah kali ke 11 di UPM Serdang. Aku yakin kebanyakan IPT-IPT yang terlibat mesti dah start training. Kitorang pun baru je start minggu ni. InsyaAllah aku juga akan menjadi salah satu wakil MMU Cyberjaya bagi menjayakan kejohanan ni. Rasa teruja jugak ni.. yelah, first timer. Buah umum pun tak habis blajo lagi.


Semalam bermula lah sesi latihan dengan diketuai oleh kapten kite yang sangat ebat, incik Bern. Rata-rata ahli skuad wajadiri kali ni semua muka-muka baru, dari batch aku yang baru sahaja tamat dua minggu lepas. Wajadiri yang lepas, aku jadik supporter je.. tapi seriyes bes lah. Sampai perit tekak bersorak untuk skuad MMU, termasuk MMU Melaka skali. Hehe. Bab-bab menjerit ni memang bidang aku.. agaknye bersesuaian lah kot dengan watak crook yang diberikan. HAHA.


Seronok jugak training semalam.. eventhough siku-siku ni bengkak dibuatnya. Tapi tak kisahlah... yang lain pun kena jugak. Selain tu, fitness training turut giat dijalankan setiap petang bagi membina stamina memasing. Aisey, yang ni aku liat sikit lah.. nak nak bab jogging. Kalau circuit training, gym atau games tu aku tak kisah.. tapi bila kena berlari ni, alamak..


Petang ni kena gi jogging pulak. Aiseyman.. haruslah aku yang tercicir. Oh ye, fitness training ni diketuai oleh fitness trainer aka health and nutritionist kami (katanye lah) yaitu incik Syahide. Dia ni tak kurang hebatnya.. body fit lak tu. :P Yelah, kaki gym. Tengah duk tunggu dia tayang 6-pack die lah ni. Haha.


Anyway, skuad wajadiri, kalau korang rasa nak buat exercise tambahan, leh dapatkan info lanjut kat http://exercise.about.com ..bes jugak website ni. Siap ade '12 Weeks to Weight Loss' Program (online). Free ok. Huehehee. (aku da kena sampuk dgn Shidi)


Friday, July 21, 2006

Biarlah Berusia



Sekadar hiburan.



BIARLAH BERUSIA (CT NURHALIZA)


Pernahkah kau terfikir seketika
Mendapat laki tua yang berharta
Begitu susah payah aku mengejarnya


Sudah Sekian lama ku menanti
Menghitung detik walau tiap hari
Bilakah Dato K akan menceraikan bini


c/o
Dari KL hingga Kota London
Rancanganku semakin menjadi
Bermulalah detik percintaan dengan
Dia yang Ber Usia..


Tak sabar rasa hati nak berkahwin
Untuk mendapat title seorang Datin
Yang telah lama ku idam sejak dulu lagi


Intan berlian, emas dan permata
Harta berjuta pula tidak terkira
Dato K beri segalanya
Itulah syaratnya


c/o
Keheningan malam mengingatkan
Misai Dato tiada tandingan
Misai tebal, Harta yang utama
Biarlah BerUsia

Thursday, July 20, 2006

Lagi pasal Werlkap




01. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France


02. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England


03. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal


04. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal


05. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana


06. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil


07. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro


08. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo


09. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina


10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal


11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Tuesday, July 18, 2006

Kecoh berkecohan



Kecoh satu Malaysia (dan mungkin tempias pada negara-negara jiran) bila Siti Nurhaliza umum nak kawen dengan Datuk K (yo-yo-O je panggil Datuk K, mcm bunyi sgt negatif). Masa dia buat announcement tu, aku on the way nak gi lunch.. tak prasan SMS Bern suruh dtg Sirah tengok announcement perkahwinan artis no.1 Malaysia tu. Luckily kitorang nampak diorang gi Sirah.

Aku terkejut jugak masa tu. Tp bukan lah sebab CT pilih datuk tu. Yelah mulanya aku baca Utusan online kata ada ura-ura Siti nak announce. Ingatkan rumour je. Skali betul. Tu pun aku baca heading je, tak minat nak tau lebih lanjut, sebab aku memang dah jangka memang dia akan kawen dengan laki tu. Habis tu, dengan sapa lagi??

Tu aku agak heran nape ramai terkejut bila CT announce Datuk K sebagai bakal suaminya. Macam-macam siri aku dengar pasal CT ni.. ade yang kate family die pakse la.. (bercanggah pulak dlm akhbar bebaru ni kata family menghalang).. ade yang kate CT kene bomoh la.. huahaha.. Ada jugak yang kata Fadzley dah hantar rombongan tp kene reject. Punyelah banyak spekulasi. Tu baru yang aku dengar dari mulut-mulut orang.. blom lagi aku selak majalah.

Impak terbesar dari pengumuman CT tu.. ramailah yang tak setuju. Yelah beza umur 20 tahun. Dah beranak pinak pulak tu datuknya. Nak kata kerana harta, CT sendiri ada. Hensem ke Datuk K? Bagi aku, untuk usia macam tu, hensem. Tapi takkan semata-mata kerana rupa?

Mestilah hanya CT yang tahu sebabnya. Or simply said, there's no reason to fall in love. (huiii.. terjiwang pulak. Dem.)

Apapun, aku tak kisah pun die nak kawen dengan sape.. hahaha. Bab rumours tu pulak, sekadar mendengar. Percaya atau tak, takde dalam fikiran.

Daripada duk pikir hal CT nak membina masjid, baik kita duk renung kejadian Tsunami yang baru melanda lagi skali ni.. Hah, tau ke tidak ni?? Kali ni kat pantai selatan Jawa Barat dan Jawa Tengah pulak. Huhu.. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Semoga kita dilindungiNya. Amin.

Monday, July 17, 2006

Tamat


[photo removed]



Alhamdulillah.. Majlis Ijazah semalam telah pun berlangsung dengan lancarnye.. Sesungguhnye aku sangat bersyukur kerana telah berjaya sampai ke peringkat tamat dalam Silat Cekak Hanafi. Rasa macam tak percaya sebenarnye.. It was my dream.. and it was my friends' dream. Apapun, alhamdulillah.


Terima kasih banyak pada kekawan yang banyak beri dorongan dan sokongan kat aku, baik secara sedar atau pun tak.. especially Shidi dan Bern yang sentiasa bagi aku semangat.. Hehe.. Suke sangat aku tengok korang masa malam ijazah aritu.. arap korang gumbira dengan tercapainya impian korang nak tengok aku masuk silat. Harap jugak boleh cover balik ke'frust'an korang mase aku tanak masuk silat dulu.. hehehe.


Ramai lagi ni aku nak thank.. tapi takut ade yang tercicir pulak, tak best lah kan? So, pada semua ahli SCHMMU yang best, gempak lagi sempoi.. trime kaseh banyak lah yer. Dan tak lupe, of coz my beloved parents yang tak pernah halang masuk silat (cuma kena gelak je la mula2 dulu. Haha.). Oh ye, tahniah kekawan yang sama-sama tamat tu.. =) Malas mau kasik kata-kata motivasi, nanti kena 'makan' lagi macam entry sebelum ni. =P


Semalam aku tengok cite Pirates of the Caribbean - Dead Man's Chest. Boleh tahan la cite tu... It is best kalau korang still ingat jalan crite especially watak-watak dalam POTC 1, sebab banyak yang muncul balik.. dan aku memang tak ingat langsung siapa watak-watak tu... thus aku banyak lost dan pening kepala jugak laa nak paham crite dia. Kelakar memang kelakar especially part ujung-ujung tu, just like what I expected. Ending dia tergantung ok.. so definitely ade sambungannye kot.


Haaa okeilah... nanti kat opis update lagi. Hahaha.

Wednesday, July 12, 2006

Ada apa dengan silat?



Sekarang ni MMU dah masuk ke tahun pengajian yang seterusnya. So ramai jugak intake baru yang masuk. Time ni lah pelbagai macam kelab dan persatuan tampil membuat promosi untuk menarik minat students join kelab masing-masing. Kelab-kelab kat MMU ni boleh tahan jugak bestnye. Aku sendiri teringin nak masuk banyak kelab, tapi sebab time constraint menyebabkan aku memilih untk setia pada satu persatuan saje, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya.


Before this, aku aktif jugak dengan kelab-kelab lain terutama masa Alpha kat MMU Melaka dulu. Mula-mula join Care Club. Pastu join PBMKM. Pastu, Usrah. Dan akhirnya melekat dekat UPG. Tu tak campo lagi aktiviti hostel. Punyelah aktif sampai kan sem 3 aku terlibat dengan 6 program yang kebanyakannye mmg besar2. Tu br jadi komiti, yang x jd komiti tp jd participant pun byk. Memang busy woman lah aku time tu. Ari-ari ade je meeting, clash tah bape kali. Busy sampai kekadang termiss kelas, sampai dpt warning letter dari lecturer. Exhausted gile. Tapi.... bes.


Sebab ape bes? Sebab bile aktif kelab, kite gain byk knowledge dan experience. Knowledge tu mungkinlah boleh dicari tanpa praktikal.. tp pengalaman tu yg susah nk dpt unless kite sendiri willing nk rasa. Besides, bile join program, kite punye self-confidence dan communication skill tu sket sebanyak mesti improved. Nak2 bile dpt kenal orang, dpt kwn baru. Kalau x join program, takdelah aku kenal kekwn baik aku yang tinggi ilmunye ni.. mcm Shidi.. Bern.. Fezal.. kan kan? Hehe. Alhamdulillah, masa berganjak, tp friendship kami makin utuh. Yelah, sapa la tanak berdamping dgn insan2 terpilih mcm diorang tu.


Bila pindah MMU Cyberjaya (berat ati gile nak pindah sbb sayangkan kekawan yg stay Melaka), aku mula slow down dan lebih pasif. First, sbb masih malu-malu alah. Tak biase lg dgn environment kt sini. Second, aku mula rase letih nak join program. Dan jugak sebab konon nak fokus pd study (konon laa..). Tak silap aku, ade la secubit dua je program yang aku join. Berlarutan sampailah akhirnye ditakdirkan aku masuk silat.


Haa.. silat ni, punyelah liat rezeki nak dapat masuk. Dari Alpha lagi, aku dah register nama untuk Ijazah Pertama (syarat untuk belajar silat). Dah nak pegi dah pun Ijazah Pertama, tapi clash pulak dengan meeting program. Alkisah dengan hati berbelah bahagi dan dilema yang tak menentu, aku pergi meeting sebab takmau komitmen terjejas. Haha.. Konon. Skema sangat sbenarnye, bukan takleh datang Ijazah lambat sket, tp sebab ye la.. kate baru masuk U, ala2 skema habis la. Haha. Bila dah pindah CJ, kekadang dinner dengan Shidi dan Bern, lebih kurang pukul 9 je, diorang blah, ade training silat katenye.


Masa tu tak terfikir pun nak join silat.. memang takde hati langsung. Ada la beberapa kali diorang ni tarik aku join silat, tapi alasan aku, takde partner. Aku ingatkan partner dalam silat ni kita yang pilih, disebabkan aku ni insan pemalu, so aku taknak la masuk sebab aku takde geng. Sememangnye alasan kecil itu lah yang menjadi sebab utama kenapa aku taknak masuk silat. If only I knew I was damn wrong....


Hinggalah tahun lepas, sorang kawan aku tiba-tiba je ajak masuk silat dan willing nak jadi partner. Masa tu bab nak join silat ni dah memang takde dalam jiwa. Dengan seberapa pantas kitorang terus gi register nama. Teruja jugak la aku masa tu. Sampailah pada hari Ijazah, lewat petang tu tiba-tiba je kawan aku tarik diri takmo masuk. Masa tu dugaan betul... dan aku putus asa.


Disebabkan terlalu frust, aku gi ikut kekawan gi swimming pada malam Ijazah berlangsung. Henfon aku pulak tak putus-putus dapat call dan SMS dari kekawan aku yang teringin sangat nak tengok aku masuk silat, Shidi dan Bern. Sian diorang.. selamba je aku boleh ignore dan terus swimming. Hehe. Sampailah dah balik umah, aku still dapat SMS dari Shidi, suruh jugak aku datang.


Akhirnye, sebab tak sampai hati buat member camtu (jahat aku ni sbenarnye) aku pun call Shidi, dgn niat nak jelaskan kenapa aku tak mau datang. Tapi disebabkan Shidi ni ilmu tinggi, so dengan magiknya aku bersetuju nak datang walaupun masa tu dah lewat sangat. (Siapakah Shidi? Ingin berkenalan? Sila contact saya.) Dengan kelam kabut, aku bersiap dan terus ke surau. Tuan Shidi dah setia menanti. Alamak Di, baju kite sedondon kaler gold lah. Haha. Memang dah ujung2 waktu sangat, sesampai je aku kat sana.. terus aku diijazahkan.


Alhamdulillah.. kalau dah rezeki... gi swimming pun sempat lagi. Dan insyaAllah jumaat ni, aku dan rerakan satu batch akan melalui ijazah tamat, which means, kami sudah tamat silat (tapi perjuangan dalam silat dikira baru bermula). But bukan itu yang duk aku pikir skrg ni. Tapi test peringkat potong malam ni yang buat aku gelabah biawak kacukan tenuk sebab aku tak prektis pun di atas kesibukan yang tidak dpt dielakkan.


Anyway, sekarang ni ada intake baru untuk mereka yang berminat nak masuk silat. Aku tau bukan senang nak buka hati orang untuk belajar warisan kita ni sebab aku sendiri dah laluinya. Cuma kekadang aku wonder napa susah sangat orang nak belajar ilmu yang baik untuk diri sendiri. Bila sebut silat, banyak lah spekulasi2 lapuk yang ditimbulkan. Tapi seriyes ni aku cakap, silat memang bes. Tak caye, try sendiri. Pengalaman macam ni bukan senang nak dapat nak nak pas kite grad. Kami bersilat, tapi kami pun main boling jugak.. berfutsal jugak.. kaki wayang jugak. Sama jer macam orang lain.. tapi lebihnya kami kerana sekurang-kurangnya kami dah jalankan tanggungjawab memikul warisan bangsa kita. Sekurang-kurangnya kami belajar betapa bernilainya maruah dan harga diri untuk dipertahankan. Sekurang-kurangnya kami tahu menyayangi diri sendiri..


Maka dengan itu wahai rakan-rakan.. jika berminat, sila hubungi saya (before Jumaat) di email atau YM, fieda84@yahoo.com. :P


Nak tau lebih lanjut..atau korang nak tanya segala kekeliruan, mitos-mitos atau khabar angin berkenaan dengan silat Cekak Hanafi ni, sila lah datang ke majlis penerangan kami.

Di situ nanti, ahli-ahli berkaliber, mesra lagi ilmu penuh di dada seperti Tuan Syahrom akan memberikan penerangan yang sewajarnya. <-- nak add part ni jer, IE 4 kali hang. Tulah sungguh ni.


MAJLIS PENERANGAN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

Date: 13-07-2006 (KHAMIS)
Room : DR2016 - Lecture Room 2
Time : 8.30pm



Tuesday, July 11, 2006

Germany 2006: The award winners




FIFA Fair Play award - BRAZIL & SPAIN


adidas Golden Ball - Zinedine ZIDANE (FRA)


adidas Golden Shoe - Miroslav KLOSE (GER)


Gillette Best Young Player - Lukas PODOLSKI (GER)


Lev Yashin Award - Gianluigi BUFFON (ITA)


The Most Entertaining Team presented by Yahoo! - PORTUGAL


Mastercard All Star team - Italians dominate




Huwarghhh.. bile nak pukul 5.30 ni.. ngantok.. nak balik!!



Credit to fifaworldcup.yahoo.com

Monday, July 10, 2006

For the fourth time.



To me and to the rest of the world, it was not a surprise to see Italy won the cup. Eventhough Italy is not my favourite, but I'd rather see them as the winner rather than France. WC, to me, had a very good start.


But, when it came to the final match, I lost my intention to watch it. Dedua team tu asalnye bukanlah team pilihan yang paling utama untuk ke final. Tapi bila dedua ke final, suddenly ramai yang sokong diorang ni. Heran betul. Kalau setakat nak menyokong winning team, baik tak payah. :P


Tapi bila dengar jeritan dari bilik TV, teruja jugak.. Hampir jer nak turun tengok.. tapi mengingatkan esok keje dan report pun tak siap lagi, terpakse la tahan mengadap PC sambil tengok minute-by-minute report sampailah tertidur. Timbul jugak rasa menyesal sebab menolak mentah-mentah ajakan Shidi dgn Bern untuk gi tengok sesama, tapi kalau diorang terus-terusan ajak, agaknye aku dah terpengaruh kot. Haha.


Anyway, it was such a horrible ending for Zidane. I don't really have a clear picture about the incident that he headbutted Marco Matterazi since I din watch the game. Mungkin dah under pressure teruk sangat kot. Poor Zidane.. Players kali ni ramai betul yang bad tempered.


Whatever it is, congrats to Italy for their fourth victory.


Hari ni first time aku dapat jumpa Director. Before this dia takde, outstation. Gugup jugak aku. Dah lah meja aku depan dia je. He seems such a nice guy. Nampak baik je bila tegur aku. I felt relieved by his warm welcome.


Sabtu lepas, sepupu aku yang tua dua tahun dah selamat bertunang. Before that, ade sorang lagi sepupu aku dah selamat bergelar tunangan orang. Duh... terasa macam peredaran masa tu sekelip mata jer dah berubah. Usia masing-masing pulak lebih kurang aku, lelaki pulak tu. Masa cuti yang lepas, isu utama yang diutarakan kepada aku adalah perkahwinan..


Di satu petang yang damai, sedang aku bermesra dengan ibu, tiba-tiba ibu bersuara, "Ibu ada berkenan dengan sorang ni.." Mulanya aku memang tak paham langsung. "Hah? Siapa?" Ibu pun menyuarakan keinginan hatinya bermenantukan lelaki itu. "Ibu berkenan untuk siapa ni? Ayu ke Lina?" tanya aku lagi, kurang pasti. Tapi adik aku yang sedang sibuk nak SPM hanya ketawa pecah perut sambil menyampuk, "Apa la! Untuk kak Ayu la!!"


Dengan muka merah padam (cover malu) aku ketawa besar campur dibuat-buat, "Sejak bila pulak ibu berkenan nak cari menantu ni?" Ibu hanya tersenyum sambil meneruskan cerita. Oh God, time really has passed me by.


Di suatu petang lain yang agak suam-suam Milo suam, sambil mencabut stokin setelah pulang dari bermain badminton, tiba-tiba ibu bersuara, "Ibu main dengan dia tadi." At first aku blur jugak la..entah sapa yang ibu maksudkan, tapi akhirnye aku dapat tangkap. Dia mula dahh.. Aku tengok ibu tersenyum macam dia pulak yang dilamun cinta. Dah berapa kali ibu cuba pancing aku supaya tanya pasal laki tu, tapi terus-terang aku memang tak minat langsung nak tau. Tapi sebab nak jaga ati ibu, "Bagus ke dia main?" Ibu sengih, "Boleh tahan." Dah agak dahh.. "Esok ikut ibu main, nak?" Huahahahaa... memang tak aa!! Aku menolak dengan cara baik, yelah kasik can ibu berangan.. "Kalau betul ibu berkenan, ibu doakan je lah. Ade rezeki, ade lah.."


Wahhh..ayat drama mane aku kutip tah!


Bukan ibu je yang dah mula bukak hal tu, abah pun. Entah macamane masa tengah berborak dalam kereta on the way balik Ipoh, abah mengisytiharkan syaratnya, "Dia mesti jumpa abah dulu. Kena pass test abah dulu, baru lepas." Huhu.. Mana tak terkedu aku dibuatnye sebab before this hal macam ni jangan brani la sentuh depan abah.


Mennn..diz is skerii~!


Balik kampung, berganda lah aku kena. Apsal la aku yang kena... aku bukannya sepupu perempuan yang paling tua yang belum kahwin.. (oh well.. fine, I'm the second oldest.) Ramai lah tanya aku ni dah ada calon ke belum.. Pulak tu, entah macamana boleh tersebar hal aku dah pergi kursus kawen. Adeh.. siap ada yang pesan, "Ayu, dah nak kawen nanti, jangan lupa jemput kak Umi tau..." sambil peluk aku dari belakang. Ini macam dah seriyes benar bunyinye.


Aku rasa janggal betul bila kena soal bab macam ni.. Aku baru 22 ler. Ibu siap dah pesan, tanak aku kawen lewat dari umur 26. OK, I got 4 years from now. Wait, 4 YEARS??


Err..hold on, how old I am again?

Thursday, July 06, 2006

Portugal V France




Lepas training silat, aku balik rehat jap. Ingat nak tido sat sbelom gi tengok bola, tapi last-last tak jadi sebab baju keje tak iron lagi. Pukul 2.30 pagi, aku, Shidi, G, Farah dan Siti Nur gerak ke Seri Kembangan.. ingatkan penuh la.. tengok-tengok lengang! Satu meja je ade customer. Padahal kedai tu pakai projector lagi. Apa lagi, buat macam umah sendiri la.


As I expected, Portugal kalah. Tapi aku tak expect pulak diorang kalah dengan penalti. Ni si Carvalho punye pasal la ni. A bit boring game.. agak slow tapi overall it was a fair play. Tak banyak injury dan kad. Bila sebut fair play, it reminds me of the dirtiest game ever played in World Cup history, Portugal V Netherlands. Sesetengah pemain Portugal macam teruk gile jer main.. especially Deco. Alahai Deco yang comey.. kenapekah teruk sangat ni.. isk isk. Yang ba-wau-nga-wau-kap (tak paham, sila ignore) nye tu..bila fans duk boo Cristiano. Ek elee.. kecahh siyal. Aku baca, siap ade English fans bagi ugutan nak bunuh Cris kalau diorang jumpa. Ha. Ha. Ha.


"Uuu.. I'm scared. Help me~"


Akhirnye rekod bersih Scolari (11 wins, 1 draw) telah tercemar. Huhu.. nampak gaya memang buhbye lah Portugal. Dan Sabtu ni, aku terpakse la tengok dua-dua team feveret aku lawan untuk tempat ketiga. Adeyh.. this is kinda hard. Aku expect Germany akan menang.. but my support goes to Portugal.


Dan aku macam tak sangka pulak dua team ke final ni (Italy & France) boleh sampai ke final. Sebab mula-mula diorang main teruk gila sampai France dikatakan kemarau gol. Ohhh...main simpan2 skill ekkk.. haha. Aku tatau la aku nak tengok ke tidak final nanti.. maybe tak. Kalau tengok pun, aku support Italy kot.


OK lah. Time for breakfast. Daa.

Wednesday, July 05, 2006

Yeah, yeah.. whatever.



Huwargh.. ngantok lagi di ofis. Kerja dah setel before lunch hour dan sekarang aku taktau nak buat ape. Dah bape kali aku mintak Kak Aniza bagi aku apa-apa kerja.. tapi bila dia bagi, I managed to complete it within a short time. Tiap kali aku submit, kak Aniza akan respon, "Eh..dah siap? Cepatnye." Haha. Bukannya leceh pun kerja dia bagi. I feel comfortable using this PC since its black keyboard and LCD monitor remind me a lot of my own PC. Tu yang asyik hanyut depan PC.. lupa tengah kerja.


Actually, I'm waiting for 'abang nugget' to come to this office. LOL. Ni G dgn Zura la ni duk panggey abang cafe tu 'abang nugget' padahal orang tu jual kuih muih orang Melayu :P Dia rajin jugak datang ofis ke ofis, jual kuih. Bes siot layan karipap ayam panas sambil buat kerja dalam ofis yang sezuk ni. Tapi rasanye dia tak datang setiap ari. Oh well, cafe dia tu sebelah ofis je ni. Huahaha.. pemalas gile.


Oh dear.. my favourite team, Germany kalah pulak dengan Italy. Patutlah before the game started, aku takde hati nak tengok. HAHA. Tak sesia aku layan tido malam tadi. Malam ni pulak satu lagi team feveret aku, Portugal lak lawan. Aku tak harapkan diorang ni menang since they have been defeated by France twice. Kalau Portugal pun kalah, that means diorang akan bertemu Germany Sabtu ni untuk penentuan tempat ketiga. Huhu.. camne rasenye tengok favourite teams lawan each other...


Rumours pasal Rooney dan Cristiano bergaduh tu buat aku meluat pun ada. Mende kecik pun nk kecoh. Referee dah tegaskan takde sape influence dia untuk bagi kad merah tu..but English press just love to mess up everything they can, don't they? Oh well, I've been expected things like this from them... since dulu pun masa Beckham kena, teruk mamat tu kena criticized. Diorang even buat artikel khas what to do with their English flags sebab England dah kalah. Teruk betul. And I can't believe we, Malaysians.. some of us feel glad about the way they spread rumours and news.


"Dreadful things have been said about me and my teammate (at Manchester United) and friend Rooney. How is it possible that I would help to get him sent off? I am not the refereed with the power to send off anyone I want, nor do I have the ability to convince him to show cards. The referee produced the red card because he thought that he had to, and my participation in that was absolutely zero. I would also like to make it clear that there is no problem at all between me and Rooney. I insist: no problem at all. At the end of the game, we exchange a series of text messages just as we had on the day before. This reinforces that I have a fine relationship with Rooney. Between the two of us, everything is clear. In fact, he didn't just send me congratulations for going forward in the World Cup, he also told me we have a great team, and if we carry on as we have, we will get a long way. He wasn't angry with me, or about anything that happened. And more: he told me to ignore the things written in the English press on this subject, they only want to stir things up. That's normal... That's how they are and we are used to it. Statements have appeared as if they were from him, saying that he didn't want to play with me in Manchester. That's not what he wants! Of course he wants to! This is absolutely false, he said so himself when asked. So, just typical things in the English papers, which we're all used to. The remedy... well, I guarantee it's not this that sends me off to sleep." - Cristiano Ronaldo.



Tuesday, July 04, 2006

New Environment



Hari ni ari kedua aku praktikal. Sekarang ni pun aku kat ofis. Semalam, first day gi kerja, terlewat gara-gara printer buat hal. Ingatkan nak print out something, kot-kot diperlukan masa lapor diri. Boleh pulak printer yang tak penah buat hal, tiba-tiba jer mogok takleh detect. Then nak print kat printer roommate, boleh pulak laptop dia hang. Tak penah-penah pulak tu.. Akhirnye tak jadi print.


Semalam memang aku ngantok tahap gaban, especially masa dengar presentation. Maybe sebab penat camping dan tak cukup tido membuatkan aku rasa letih gila. Aku dah takleh nak cover betapa mengantoknye aku. Dah la aku lupa bawak spek, tak nampak sangat apa yang projector duk tayangkan tu. Tapi angguk-angguk je la, tanda paham. Huahaha. Mata aku pulak dah nak senget benget siap juling lagi, sbb nak tahan dari tetido. Menguap jangan tanye la bape kali. Terseksa gile.


Pas lunch barulah aku dapat kerja nak buat. Tu pun sebenarnye kerja untuk hari ni dan esok memandangkan supervisor aku takde untuk dua hari ni. (Wahhh bes!)Tapi sebab cam busan sangat agaknye.. aku dah siapkan lebih separuh dari kerja tu. Huhu.. nanti sangap pulak bila kerja dah habis..


Staff kat sini tak ramai, tapi semuanya baik dan peramah termasuk supervisor aku. Dah lah semalam tiba-tiba dia dtg kat meja aku nak tunjukkan kerja kat PC. Siap minimizekan YM aku yang berstatus "Ngantok siot". Dia siap pause kejap tengok YM aku, baru minimize. Memang sah-sah kantoi la kan. Besnye..


Tetengah buat kerja, boleh pulak kasut aku terputus tali. Eeee..time ni lah kan!! Dah la first day, kot ye pon pospon laa putus ari lain ke. Saba je laaa.. Mujur masa tu dah agak petang. Aku pun stapler je la tali tu sementara untuk jalan ke kereta. Mujur pulak ada sandal spare dalam kete.


Ah.. aku tak sangka betul Portugal dapat mara ke semi final. Hepinye!! Dedua favourite team aku pulak tu (Portugal & Germany). Jerman tu memang dah ada gaya la boleh pergi jauh so takde la teruja sangat. Aku dapat tau Portugal menang masa kat tengah hutan pulak tu. Masa tu, kitorang tengah siap-siap barang camping untuk berangkat balik. Then, ada orang lalu kat situ.. apa lagi, dengan tak malunye aku terus jerit tanya pasal bola. Haha. Gila tak senonoh.


Pasal isu Cristiano dan Rooney tu, aku macam tak percaya je news mengatakan Cris winked kat players diorang bila Rooney kena red card. Rooney pun satu, emo memanjang. Lagipun English press kan suka menghentam orang lain. Portugal pun dah expect akan kena macam tu. Tak dapat trime kekalahan laa tu. Bluekkk~!!!!


Ok la kali ni aku nak cite pulak pengalaman aku ke Sg. Pisang. Seperti yang dirancang, Sabtu lepas bertolak lah kami ke sana kire-kire pukul 10.40 pagi. Lewat sesangat dari waktu yang dirancangkan yaitu kul 8.30! Gara-gara ade yang terlajak tido. Almaklumlah, malam seblomnye tu kitorang gi tengok bola Germany v Argentina kat Seri Kembangan. Bes giler sbb rata-rata penyokong Germany. Pastu elok-elok nak bertolak, tibe-tibe kete Kak Lin abis betri. Kete dia pulak takleh tinggal, sbb barang-barang camping kebanyakannya dalam kete dia sbb kete dia paling besar. Masing-masing cuba kontek kekawan, cari jumper. Akhirnye Kakya dapat. Huh.. alhamdulillah.


Then bertolak la kami ke sana. Semua orang excited.. maklum la seblom ni pegi Sg Pisang, balik hari. Kali ni tido kat sana. Aku pon excited.. sebab ni first time dalam hidup aku, aku gi camping (guna khemah). HAHA. Oh well, that would be the first and the last. Huhu.


Aku memang tak biase langsung gi camping. Ada la sikit jungle tracking, dan redah sungai pe sume. Bes memanglah bes, tapi masa nak naik bukit tu.. mak aii penatnye. Pepaham je la.. stamina memang takde langsung. Dah la asthmatic pulak. Trouble betol. Akhirnye sampai la kami ke kawasan khemah. Pas masak, gi mandi. Laki tempat biasa, yg pompuan kitorang gi tempat waterfall.


Subhanallah.. cantek betul!! Tapi memang cuak gila la aku nak ke situ sebab kene turun curam yang hampir sama tinggi dengan air terjun tu. Betul-betul curam pulak tu, kalo jatoh.. huhuhu. Yang budak-budak ni pulak, semua dah penah pergi. Diorang blom pape dah menjerit keriangan. Aku pulak cuak nak mampos. Huhu. Mandi kejap je sebab tak dalam. Tak boleh nak berenang. So macam tak puas pulak. Then kitorang pun pegi ambush tempat yang biasa kitorang mandi. Oh besnye.


Pas mandi, makan cucur kentang pulak. Huu.. sedap. Rajin betol diorang ni beriya-iya masak dalam hutan. Malam tu, pas Maghrib start utk BBQ pulak. Dalam kul 10 kot baru selesai masak semua. Pastu borak-borak jap.. masuk tido dekat-dekat kul 1. Mujur jugak aku dapat tido walaupun kekadang terjaga.


At first, aku bersyukur jugak lah sebab takde pape yang pelik berlaku. Aku ingatkan tempat tu kira 'clear' la jugak. Rupa-rupanya balik tu, macam-macam cerita aku dengar. Sorang nampak ni.. sorang kene tarik tu.. Huhu. Alhamdulillah aku tak kena pape.


Kitorang bergerak balik bila dah tengahari. Hoyeahh~! Bila dah nak sampai, Kak Lin cakap, "Haa Ayu. Apa lagi, lompat la!" Haha. Sebab dia tau aku tak sabar nak kuar dari hutan tu. First, sebab aku tak tahan.. Camping is really not my thing. Maybe sebab first time, so aku tak biasa. Entahlah, tapi yang pastinye pasni aku tak mau dah pergi camping. Bukan tak seronok, tapi memang tak suka. Second, aku dah tak sabar nak cek result WC. Huhu.


Pas dah menyiapkan diri di rebutia, kitorang gi lunch kat Kampung Baru. Then, bertolak lah ke KLCC sebab nak tengok cite Superman Returns. Cite tu bes.. tapi aku kurang suka scenes yang super duper mencemaskan. Contohnye macam masa Lois dengan laki dan anaknye yang dah ujung ujung nyawa sebab tenggelam dalam kapal. Semua orang boleh expect.. mesti Superman datang punye. Tapi aku jadi sakit hati sebab Superman muncul bila diorang dah nak mampos sangat. Pastu scene yang masa bini Lex tu drive kete takde brek. Ala tau sangat Superman datang. Tapi dah nak ranap satu tempat tu, baru dia datang. Kata laju sangat si Kal-El ni..


Pastu aku kurang berkenan efek dalam scenes macam tu.. rimas. Naik pening aku dibuatnye. Kelam kabut sangat. Terlampau hiperbola la senang cite. Then, part Superman kena blasah tu.. huhu.. gile babas diorang blasah. Naik fed-up aku tengok. Mungkin aku je la rasa macam ni.. maybe one of the main reasons sebab plot cite ni memang boleh dijangka.


Part yang menarik mustilah ade. Aku rase muka Superman ni perfect betul. Hensem gilo. Tapi takde lah terjatoh ati dengan dia sebab hensem sangat. HAHA. Lagi ape ek.. ehee part dia bawak pompuan tu terbang pon bes jugak.


Ok la overall aku bagi 3.5 out of 5.


Tp kitorang yg tgk wyg tu, cukup marah laa dengan dua org budak yg berlari berkejaran kat depan wyg tuu sambil menjerit-jerit! Aku paham la budak.. Tapi mak bapak budak tu yang bodoh sangat tu kenape.. Biar je anak-anak jadi syaiton mengganggu ketenteraman awam. Jenuh la orang-orang menjerit, "Hoi..anak sapa! Jaga la!" "Oi shut up!!" dan ape tah lagi. Boleh je wat pekak. Memang spesis tapir kacukan tenuk betul laa!


Seb baik aku ni pompuan.. kalau lelaki, memang aku dah jerit dahh!


Okay la aku pun tatau nk merapu ape lagi ni. Ofis hour lambat gik abis. Akakaka~

Daa..