Wajakan Diri
Pada 2 September nanti, akan diadakan satu kejohanan wajadiri Silat Cekak Hanafi peringkat IPT dan Sekolah kali ke 11 di UPM Serdang. Aku yakin kebanyakan IPT-IPT yang terlibat mesti dah start training. Kitorang pun baru je start minggu ni. InsyaAllah aku juga akan menjadi salah satu wakil MMU Cyberjaya bagi menjayakan kejohanan ni. Rasa teruja jugak ni.. yelah, first timer. Buah umum pun tak habis blajo lagi.
Semalam bermula lah sesi latihan dengan diketuai oleh kapten kite yang sangat ebat, incik Bern. Rata-rata ahli skuad wajadiri kali ni semua muka-muka baru, dari batch aku yang baru sahaja tamat dua minggu lepas. Wajadiri yang lepas, aku jadik supporter je.. tapi seriyes bes lah. Sampai perit tekak bersorak untuk skuad MMU, termasuk MMU Melaka skali. Hehe. Bab-bab menjerit ni memang bidang aku.. agaknye bersesuaian lah kot dengan watak crook yang diberikan. HAHA.
Seronok jugak training semalam.. eventhough siku-siku ni bengkak dibuatnya. Tapi tak kisahlah... yang lain pun kena jugak. Selain tu, fitness training turut giat dijalankan setiap petang bagi membina stamina memasing. Aisey, yang ni aku liat sikit lah.. nak nak bab jogging. Kalau circuit training, gym atau games tu aku tak kisah.. tapi bila kena berlari ni, alamak..
Petang ni kena gi jogging pulak. Aiseyman.. haruslah aku yang tercicir. Oh ye, fitness training ni diketuai oleh fitness trainer aka health and nutritionist kami (katanye lah) yaitu incik Syahide. Dia ni tak kurang hebatnya.. body fit lak tu. :P Yelah, kaki gym. Tengah duk tunggu dia tayang 6-pack die lah ni. Haha.
Anyway, skuad wajadiri, kalau korang rasa nak buat exercise tambahan, leh dapatkan info lanjut kat http://exercise.about.com ..bes jugak website ni. Siap ade '12 Weeks to Weight Loss' Program (online). Free ok. Huehehee. (aku da kena sampuk dgn Shidi)
No comments:
Post a Comment