Wednesday, July 12, 2006

Ada apa dengan silat?



Sekarang ni MMU dah masuk ke tahun pengajian yang seterusnya. So ramai jugak intake baru yang masuk. Time ni lah pelbagai macam kelab dan persatuan tampil membuat promosi untuk menarik minat students join kelab masing-masing. Kelab-kelab kat MMU ni boleh tahan jugak bestnye. Aku sendiri teringin nak masuk banyak kelab, tapi sebab time constraint menyebabkan aku memilih untk setia pada satu persatuan saje, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya.


Before this, aku aktif jugak dengan kelab-kelab lain terutama masa Alpha kat MMU Melaka dulu. Mula-mula join Care Club. Pastu join PBMKM. Pastu, Usrah. Dan akhirnya melekat dekat UPG. Tu tak campo lagi aktiviti hostel. Punyelah aktif sampai kan sem 3 aku terlibat dengan 6 program yang kebanyakannye mmg besar2. Tu br jadi komiti, yang x jd komiti tp jd participant pun byk. Memang busy woman lah aku time tu. Ari-ari ade je meeting, clash tah bape kali. Busy sampai kekadang termiss kelas, sampai dpt warning letter dari lecturer. Exhausted gile. Tapi.... bes.


Sebab ape bes? Sebab bile aktif kelab, kite gain byk knowledge dan experience. Knowledge tu mungkinlah boleh dicari tanpa praktikal.. tp pengalaman tu yg susah nk dpt unless kite sendiri willing nk rasa. Besides, bile join program, kite punye self-confidence dan communication skill tu sket sebanyak mesti improved. Nak2 bile dpt kenal orang, dpt kwn baru. Kalau x join program, takdelah aku kenal kekwn baik aku yang tinggi ilmunye ni.. mcm Shidi.. Bern.. Fezal.. kan kan? Hehe. Alhamdulillah, masa berganjak, tp friendship kami makin utuh. Yelah, sapa la tanak berdamping dgn insan2 terpilih mcm diorang tu.


Bila pindah MMU Cyberjaya (berat ati gile nak pindah sbb sayangkan kekawan yg stay Melaka), aku mula slow down dan lebih pasif. First, sbb masih malu-malu alah. Tak biase lg dgn environment kt sini. Second, aku mula rase letih nak join program. Dan jugak sebab konon nak fokus pd study (konon laa..). Tak silap aku, ade la secubit dua je program yang aku join. Berlarutan sampailah akhirnye ditakdirkan aku masuk silat.


Haa.. silat ni, punyelah liat rezeki nak dapat masuk. Dari Alpha lagi, aku dah register nama untuk Ijazah Pertama (syarat untuk belajar silat). Dah nak pegi dah pun Ijazah Pertama, tapi clash pulak dengan meeting program. Alkisah dengan hati berbelah bahagi dan dilema yang tak menentu, aku pergi meeting sebab takmau komitmen terjejas. Haha.. Konon. Skema sangat sbenarnye, bukan takleh datang Ijazah lambat sket, tp sebab ye la.. kate baru masuk U, ala2 skema habis la. Haha. Bila dah pindah CJ, kekadang dinner dengan Shidi dan Bern, lebih kurang pukul 9 je, diorang blah, ade training silat katenye.


Masa tu tak terfikir pun nak join silat.. memang takde hati langsung. Ada la beberapa kali diorang ni tarik aku join silat, tapi alasan aku, takde partner. Aku ingatkan partner dalam silat ni kita yang pilih, disebabkan aku ni insan pemalu, so aku taknak la masuk sebab aku takde geng. Sememangnye alasan kecil itu lah yang menjadi sebab utama kenapa aku taknak masuk silat. If only I knew I was damn wrong....


Hinggalah tahun lepas, sorang kawan aku tiba-tiba je ajak masuk silat dan willing nak jadi partner. Masa tu bab nak join silat ni dah memang takde dalam jiwa. Dengan seberapa pantas kitorang terus gi register nama. Teruja jugak la aku masa tu. Sampailah pada hari Ijazah, lewat petang tu tiba-tiba je kawan aku tarik diri takmo masuk. Masa tu dugaan betul... dan aku putus asa.


Disebabkan terlalu frust, aku gi ikut kekawan gi swimming pada malam Ijazah berlangsung. Henfon aku pulak tak putus-putus dapat call dan SMS dari kekawan aku yang teringin sangat nak tengok aku masuk silat, Shidi dan Bern. Sian diorang.. selamba je aku boleh ignore dan terus swimming. Hehe. Sampailah dah balik umah, aku still dapat SMS dari Shidi, suruh jugak aku datang.


Akhirnye, sebab tak sampai hati buat member camtu (jahat aku ni sbenarnye) aku pun call Shidi, dgn niat nak jelaskan kenapa aku tak mau datang. Tapi disebabkan Shidi ni ilmu tinggi, so dengan magiknya aku bersetuju nak datang walaupun masa tu dah lewat sangat. (Siapakah Shidi? Ingin berkenalan? Sila contact saya.) Dengan kelam kabut, aku bersiap dan terus ke surau. Tuan Shidi dah setia menanti. Alamak Di, baju kite sedondon kaler gold lah. Haha. Memang dah ujung2 waktu sangat, sesampai je aku kat sana.. terus aku diijazahkan.


Alhamdulillah.. kalau dah rezeki... gi swimming pun sempat lagi. Dan insyaAllah jumaat ni, aku dan rerakan satu batch akan melalui ijazah tamat, which means, kami sudah tamat silat (tapi perjuangan dalam silat dikira baru bermula). But bukan itu yang duk aku pikir skrg ni. Tapi test peringkat potong malam ni yang buat aku gelabah biawak kacukan tenuk sebab aku tak prektis pun di atas kesibukan yang tidak dpt dielakkan.


Anyway, sekarang ni ada intake baru untuk mereka yang berminat nak masuk silat. Aku tau bukan senang nak buka hati orang untuk belajar warisan kita ni sebab aku sendiri dah laluinya. Cuma kekadang aku wonder napa susah sangat orang nak belajar ilmu yang baik untuk diri sendiri. Bila sebut silat, banyak lah spekulasi2 lapuk yang ditimbulkan. Tapi seriyes ni aku cakap, silat memang bes. Tak caye, try sendiri. Pengalaman macam ni bukan senang nak dapat nak nak pas kite grad. Kami bersilat, tapi kami pun main boling jugak.. berfutsal jugak.. kaki wayang jugak. Sama jer macam orang lain.. tapi lebihnya kami kerana sekurang-kurangnya kami dah jalankan tanggungjawab memikul warisan bangsa kita. Sekurang-kurangnya kami belajar betapa bernilainya maruah dan harga diri untuk dipertahankan. Sekurang-kurangnya kami tahu menyayangi diri sendiri..


Maka dengan itu wahai rakan-rakan.. jika berminat, sila hubungi saya (before Jumaat) di email atau YM, fieda84@yahoo.com. :P


Nak tau lebih lanjut..atau korang nak tanya segala kekeliruan, mitos-mitos atau khabar angin berkenaan dengan silat Cekak Hanafi ni, sila lah datang ke majlis penerangan kami.

Di situ nanti, ahli-ahli berkaliber, mesra lagi ilmu penuh di dada seperti Tuan Syahrom akan memberikan penerangan yang sewajarnya. <-- nak add part ni jer, IE 4 kali hang. Tulah sungguh ni.


MAJLIS PENERANGAN SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

Date: 13-07-2006 (KHAMIS)
Room : DR2016 - Lecture Room 2
Time : 8.30pm



No comments: