Monday, July 10, 2006

For the fourth time.



To me and to the rest of the world, it was not a surprise to see Italy won the cup. Eventhough Italy is not my favourite, but I'd rather see them as the winner rather than France. WC, to me, had a very good start.


But, when it came to the final match, I lost my intention to watch it. Dedua team tu asalnye bukanlah team pilihan yang paling utama untuk ke final. Tapi bila dedua ke final, suddenly ramai yang sokong diorang ni. Heran betul. Kalau setakat nak menyokong winning team, baik tak payah. :P


Tapi bila dengar jeritan dari bilik TV, teruja jugak.. Hampir jer nak turun tengok.. tapi mengingatkan esok keje dan report pun tak siap lagi, terpakse la tahan mengadap PC sambil tengok minute-by-minute report sampailah tertidur. Timbul jugak rasa menyesal sebab menolak mentah-mentah ajakan Shidi dgn Bern untuk gi tengok sesama, tapi kalau diorang terus-terusan ajak, agaknye aku dah terpengaruh kot. Haha.


Anyway, it was such a horrible ending for Zidane. I don't really have a clear picture about the incident that he headbutted Marco Matterazi since I din watch the game. Mungkin dah under pressure teruk sangat kot. Poor Zidane.. Players kali ni ramai betul yang bad tempered.


Whatever it is, congrats to Italy for their fourth victory.


Hari ni first time aku dapat jumpa Director. Before this dia takde, outstation. Gugup jugak aku. Dah lah meja aku depan dia je. He seems such a nice guy. Nampak baik je bila tegur aku. I felt relieved by his warm welcome.


Sabtu lepas, sepupu aku yang tua dua tahun dah selamat bertunang. Before that, ade sorang lagi sepupu aku dah selamat bergelar tunangan orang. Duh... terasa macam peredaran masa tu sekelip mata jer dah berubah. Usia masing-masing pulak lebih kurang aku, lelaki pulak tu. Masa cuti yang lepas, isu utama yang diutarakan kepada aku adalah perkahwinan..


Di satu petang yang damai, sedang aku bermesra dengan ibu, tiba-tiba ibu bersuara, "Ibu ada berkenan dengan sorang ni.." Mulanya aku memang tak paham langsung. "Hah? Siapa?" Ibu pun menyuarakan keinginan hatinya bermenantukan lelaki itu. "Ibu berkenan untuk siapa ni? Ayu ke Lina?" tanya aku lagi, kurang pasti. Tapi adik aku yang sedang sibuk nak SPM hanya ketawa pecah perut sambil menyampuk, "Apa la! Untuk kak Ayu la!!"


Dengan muka merah padam (cover malu) aku ketawa besar campur dibuat-buat, "Sejak bila pulak ibu berkenan nak cari menantu ni?" Ibu hanya tersenyum sambil meneruskan cerita. Oh God, time really has passed me by.


Di suatu petang lain yang agak suam-suam Milo suam, sambil mencabut stokin setelah pulang dari bermain badminton, tiba-tiba ibu bersuara, "Ibu main dengan dia tadi." At first aku blur jugak la..entah sapa yang ibu maksudkan, tapi akhirnye aku dapat tangkap. Dia mula dahh.. Aku tengok ibu tersenyum macam dia pulak yang dilamun cinta. Dah berapa kali ibu cuba pancing aku supaya tanya pasal laki tu, tapi terus-terang aku memang tak minat langsung nak tau. Tapi sebab nak jaga ati ibu, "Bagus ke dia main?" Ibu sengih, "Boleh tahan." Dah agak dahh.. "Esok ikut ibu main, nak?" Huahahahaa... memang tak aa!! Aku menolak dengan cara baik, yelah kasik can ibu berangan.. "Kalau betul ibu berkenan, ibu doakan je lah. Ade rezeki, ade lah.."


Wahhh..ayat drama mane aku kutip tah!


Bukan ibu je yang dah mula bukak hal tu, abah pun. Entah macamane masa tengah berborak dalam kereta on the way balik Ipoh, abah mengisytiharkan syaratnya, "Dia mesti jumpa abah dulu. Kena pass test abah dulu, baru lepas." Huhu.. Mana tak terkedu aku dibuatnye sebab before this hal macam ni jangan brani la sentuh depan abah.


Mennn..diz is skerii~!


Balik kampung, berganda lah aku kena. Apsal la aku yang kena... aku bukannya sepupu perempuan yang paling tua yang belum kahwin.. (oh well.. fine, I'm the second oldest.) Ramai lah tanya aku ni dah ada calon ke belum.. Pulak tu, entah macamana boleh tersebar hal aku dah pergi kursus kawen. Adeh.. siap ada yang pesan, "Ayu, dah nak kawen nanti, jangan lupa jemput kak Umi tau..." sambil peluk aku dari belakang. Ini macam dah seriyes benar bunyinye.


Aku rasa janggal betul bila kena soal bab macam ni.. Aku baru 22 ler. Ibu siap dah pesan, tanak aku kawen lewat dari umur 26. OK, I got 4 years from now. Wait, 4 YEARS??


Err..hold on, how old I am again?

No comments: