Thursday, July 03, 2008

5 minutes injury time added for its funeral.



Keli gergasi mati tercekik bola sepak

BERLIN 2 Jun - Seekor ikan keli gergasi mati setelah cuba menelan sebiji bola sepak di kunci air sebuah terusan di Bavaria.

Polis Jerman memberitahu, ikan sepanjang dua meter itu ditemui mati semalam dan ditemui terapung-apung di permukaan air dengan bola berwarna biru dan putih tersangkut di mulut.

"Keli itu cuba makan bola dan ia tersangkut," kata jurucakap polis, Karl-Heinz Kuberlein.

Apakah perlawanan akhir Euro 2008 Ahad lalu yang menyaksikan Jerman kalah 1-0 kepada Sepanyol mempunyai hubungan dengan insiden ini?

"Sama ada ikan keli ini terkena demam bola sepak selepas kejuaraan Eropah dan kemudian cuba menelan bola tidak dapat dipastikan," ujar beliau sambil tersenyum.

- AP

No comments: