Semalam, aku, kak Raina, Fezal dan Snapi keluar menonton filem Sepi yang dikatakan gagal mencapai kutipan box office sekalipun penonton dijanjikan garapan cerita yang menarik dan isi yang segar.
Aku bukanlah jenis yang suka membaca review filem samada di surat khabar, majalah mau pun Internet. Aku lebih suka keluar menonton sesebuah filem itu dengan fikiran yang kosong tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi media massa.
Begitu juga bila aku pergi menonton filem Sepi ni. Tidak meletakkan apa-apa expectation yang tinggi (lebih-lebih lagi memikirkan ini filem tempatan) kecuali membawa sepaket tisu atas nasihat seorang kawan, kot-kot ter-emosi pulak. :P
Mungkin cerita ni sedikit sebanyak dikaitkan dengan filem Cinta. Tapi bagi aku, Sepi jauh lebih menarik daripada Cinta. Kehadiran Afdlin Shauki sebagai Adam dan kelainan watak yang dipegang Nasha Aziz, sangat mewarnai filem itu. Mungkin betul minat aku pada Afdlin menyebabkan aku rasa macam tu but to me, Afdlin is truly a great actor. Dia adalah Afdlin dan tiada pelakon boleh jadi Afdlin.
Sepi mungkin sebuah filem yang agak ringan tetapi kupasan dan jalan penyampaian plot cerita masih boleh dianggap baru dan menarik. Walaupun cerita ini gagal mengalirkan air mata aku sepertimana cerita Spiderman 3, AI dan Click, tapi rasa sebak itu tetap berjaya dicetuskan, lebih-lebih lagi cerita Sufi (Tony Eusoff) dan anaknya. (Cuma aku kurang setuju dengan tindakan Sufi mengorat bini orang :P )
Apapun, aku berbangga dengan hasil pengarah Kabir Bhatia ini. Sepi adalah filem Melayu terbaik tahun ini. Maka aku kurang faham kenapa filem ini tidak mendapat sambutan selain faktor terpaksa bersaing dengan filem-filem Barat. Sebelum menonton Sepi, aku baru menghabiskan duit dan masa menonton beberapa filem seperti Get Smart (sangat lucu!!!!), Hancock dan Kungfu Panda. Tapi aku masih mahu meluangkan masa menonton filem tempatan kerana kualitinya.
Kepada yang masih belum menonton Sepi, ketepikan soal jiwang, selami mesej-mesej bermakna menerusi filem ini. Siapa tahu selama ini anda sepi, tetapi tidak menyedarinya. :P
"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, Syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku.."
p/s: most awaited upcoming movies - The Dark Knight, Wall E and The X-Files: I Want To Believe. Looking forward to watch Journey to the Center of the Earth soon. (^_^)v
Monday, July 14, 2008
Mengapa kita berjumpa kalau untuk berpisah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment