Kenapa tiba-tiba rajin update blog?
Sebab dah 3 hari ban facebook. Maka banyak masa nak layan benda lain termasuk blog.
Kenapa ban facebook?
Sebab cuba mengajar diri sendiri bahawa benda itu bukan satu kemestian dalam hidup.
Sebab tak mahu facebook menjadi satu addiction pada diri sendiri.
Sebab tanpa facebook, banyak benda lain aku boleh buat!
Hahaha.
Hari tu, housemate cakap ade seekor anjing masuk ke kawasan rumah. Maka dia menghalau anjing tersebut. Anjing itu marah lantas beliau bangun dan terus kencing di tayar belakang kereta saya sebelum berambus dari perkarangan rumah kami.
Huwaaaaaaaaaaaaa~~~~
Beliau sungguh cilake.
Tak pasal-pasal kereta aku jadi mangsa najis mughallazah!
Awal bulan ni patut aku dapat geo lens yang aku order dari Internet (biase la aku ni kalau boleh semua benda nak beli online). Tapi tak sampai-sampai seperti yang dijanjikan. Maka aku contact lah orang yang jual lens tu. Dia pun check kan guna tracking number dan didapati benda tu dah delivered dah pun.
Aku pun check sama. Dan memang dah sampai. Dengan rasa kecewa, aku call pos malaysia. Nak check siapa yang sign parcel tu. Tup tup item tersebut tak perlu ditandatangani (wah lama tak sebut ni). Punah harapan.
Berkali-kali tanya receptionist office aku tu samada dia nampak ke tidak parcel aku. Masalahnya sejak akhir-akhir ni, receptionist ni salu tukar-tukar orang. So aku tak pasti siapa yang bekerja tanggal 7 Mei sebagai receptionist Prudential Services Asia. Lagipun minah ni dah biasa dengan aku sebab aku memang salu sangat dapat surat dan parcel. I believe she would've remembered if really she was the one who received it.
Huwaaaaaaaaaaaaa~~~~
Sekali lagi, nasib tidak menyebelahi aku.
Tadi kelas piano, belajar teori je. Fuh.. pantas sungguh.. dah nak naik level seterusnya. Gile fast track. Cikgu cakap aku rajin, maka kalau boleh dia nak cepat habis kan. Bermula dari preliminary, pastu level 1.. sekarang nak level 2 dah.. dalam masa 2 bulan. Ahahaha. Ye adik-adik kecik yang sama belajar dengan akak, jangan jeles ye adik-adik. Akak naik bullet train. Budak kecik takleh. Kakaka~ (Ade ke dengki dengan budak kecik.)
Sayang sungguh aku tak dapat nak sambung. Next week kelas terakhir sebab Jun aku dah sibuk nak pindah Ipoh. Most probably aku akan sambung kat sana. InsyaAllah. Sayang wo~ Cikgu pun tak bagi aku stop.
Aku ni banyak cerita remeh-temeh nak share. Tapi bila update blog, tak ingat pulak. Hehe. Lain kali aku cerita. Kalau ingat.
p/s: Rabu ni tengok Shrek 3D.. the last Shrek. Masalahnye yang Shrek 3 tu pun aku tak tengok lagi. Hahaha. Ada dalam pc ni tapi malas gile nak tengok.
Monday, May 24, 2010
Nasib.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
shrek 3d , nk ikut wooo...
i like u update it in malay even half of it i xfhm pun.. keep updating..
tanpa nama;
jom. :D esok di ioi mall, 8.30 mlm.
silent reader;
i do appreciate you visiting my blog. do u hv problem understanding Malay?
ya,still learning..
i see. :) do you mind telling where u're from? just wondering tho' hehe.
830 ker..cam xsempat jer...hv fun n enjoy urself beb...
i had fun. but it would be much more fun if u were there. :)
glad u had fun there..gud movie rite?
bace entry ayu baru sentap pasal facebook. betul kate ayu. bukan satu kemestian. n i berjaye kurang kan dlm 2 hari ni log in to facebook... tenks yuhhh ... hhihihi
silent reader;
ya great movie. have u watched it? :)
melal;
hehe.. takmo jd addiction bende2 camni. takut lalai. so kene ajar diri sendiri. :D
i dun hv much time to watch it..mybe this weekend
if u get to watch it, i hope u'll enjoy it as much as i did. :)
Post a Comment