Tuesday, August 31, 2010

Saya ada Abah.

Comel kan saye? Tengok saya pegang jari Abah camne. Ahaha.

Sebenarnya hari ini birthday Abah saya. Jadi saya nak tulis sikit pasal Abah saya sebelum saya masuk tidur sebab saya tengah kekenyangan ni.. hasil penyumbatan laksa Johor yang saya masak sendiri. First attempt tau.. Kan saya cakap sebelum ni, saya teringin nak makan. Ingatkan nafsu ketika berpuasa tapi memang betul-betul teringin hingga berjaya memasak sendiri. Tahniah, saya. 

Ok nak cerita pasal Abah.

Masa kami kecik-kecik dulu, Abah garang. Gile garang. Sebab dia polis kot. Tegas cam hape je. Emo gak kekadang dengan dia. Merajuk entah bape kali tapi Abah pandai pujuk. Dia tak pujuk dengan kata-kata manis. Dia pujuk dengan perbuatan yang tidak semena-mena sweetnya. Camtu kot dia pujuk Ibu bila diorang gaduh masa zaman chenta dulu. Hahaha.

Dulu kan, saya dengan abang saya ni sentiasa berpasangan dalam membuat kerja-kerja nakal peringkat amatur. Kitorang ni bising gak kekadang. Pernah juga kami satu kereta accident sebab saya dan abang sangat bising dalam kereta sehingga penumpuan Pak Ndak terhadap pemanduan beliau terjejas sama sekali justeru melanggar lori di depan kami. 

(Aku bukan nak cerita pasal Abah ke tadi?)

Tapi dengan Abah, kami behave okay. Sebab kecut perut do. Kalau dia tengah tengok berita, sila jangan mengeluarkan sebarang bunyi-bunyian. Tapi kami tahan dalam 5 minit je, pastu terjerit-jerit, terkejar-kejar. Sampai Abah terpaksa suruh kami duduk atas sofa, tidak boleh bergerak langsung. Gerak sikit je, Abah kasik renungan tajam menusuk kalbu. Fuh. Kami cuba juga meminta pertolongan ibu. Buat muka kasihan agar beliau menyelamatkan kami. Tapi ibu sengih kambing. "Padan muka," ibu cakap dari jauh. Wahh~

Kadang-kadang saya ni pemalas nak naik tidur dalam bilik. Maka saya suka tidur kat ruang tamu atas sofa. Sengaja. Sebab bila Abah nak naik tidur, dia akan dukung saya dan bawa saya ke katil, dan selimutkan saya. Saya pura-pura tidak sedar la. Teruskan membuat muka yang comel + manja + lena diulit mimpi. Syok siot.

Bila kami meningkat dewasa, hubungan saya dengan Abah tidak begitu rapat ketika saya di alam remaja. Oh masa tu saya jahat sedikit. Darah muda. Semua nak ikut kepala angin. Dan Abah pun sibuk dengan kerja. Lepas tu saya sambung belajar di universiti. Bermula dari situ lah hubungan ibu bapa dan anak itu dapat dirasai kuat ke tidak. Hohohorlicks.

Saya juga berubah. Daripada kepala batu, kepala angin, kepala konkrit, saya kembali rapat dengan ibu dan Abah dan saya sedar selama ni dia sayang saya walaupun saya tak pernah pun dengar dia cakap. Haha. Tapi saya dah besar masa tu. Kita tahu cara bapa menunjukkan kasih sayang itu bukan dengan melafazkannya. Ewah. Apa saya ni.

Saya dicop anak kesayangan Abah. Oh jangan risau, saya tidak berniat untuk menafikannya. Hahahaha. 

Mereka cakap, apa saya nak, semua saya dapat. Dari kecik, sampai sekarang. Pikir-pikir balik, betul jugak dol. Tapi adik-beradik saya baik. Diorang tak pernah pertikaikan kenapa saya dapat lebih akan sesuatu.. Atau kenapa mereka tak dapat apa yang saya dapat. Alhamdulillah. Kami tidak ada perasaan hasad dengki antara satu sama lain. Terima kasih, Along dan Iena. (ok ni bukan entry untuk korang. Enter frame apsal?)

Saya juga tidak pandai ekspresi kan kasih sayang saya pada Abah. Cuma saya tidak boleh lihat Abah mengalirkan air mata. Kalau ini terjadi, saya rasa nak pengsan, nak terjun bangunan, nak tebang pokok dan mungkin rasa nak cuci longkang.

Saya harap Abah dikurniakan kesihatan yang baik supaya umur beliau dipanjangkan dan jika umur saya juga dipanjangkan, saya harap dia berkesempatan melihat saya mendirikan rumah tangga dan dapat saya kurniakan dia cucu. Dia teringin dah tu, saya tahu. Sorry ye Abah, anak mu ini jodoh belum sampai lagi.. Kalau jodoh ni boleh kita sendiri tentukan, saya takkan biar dia tunggu lama macam ni. Ya ampun, Bah.. Kita terus doa ye, Abah.

(Apsal berkaca-kaca lak mata saya ni..)

Oleh itu, saya ingin melahirkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan Abah seperti Abah yang banyak mengajar saya tentang dunia, dan kereta. Haha.

Kata tadi nak tulis sikit je...

Sebenarnya banyak lagi kisah menarik dengan Abah ni.. Jap ada satu lagi kisah yang saya suka tentang Abah saya.

Dulu Abah seorang perokok. Lepas tu kan, arwah Atuk meninggal kerana kanser tekak akibat merokok. Mm.. di satu petang yang hening, dalam kereta, di bulan puasa rasanya.. Abah tanya kami, 

"Teka lah apa perubahan Abah. Apa yang Abah dah tak buat."

Kami struggle fikir ni.. Nak menang punya pasal. Budak-budak kan, syok ar teka-teki camni. Haha. Ibu pun fikir sama. Tapi semua tak dapat teka. Ibu pun tak dapat teka! Hahaha apa lah.

Pastu kami give up. Abah pun cakap, "Cuba tengok orang kereta sebelah ni buat apa."

Masa tu jem. Kereta sebelah mana satu daa? Berpusing-pusing kepala saya dan Along cari kereta yang dimaksudkan. Tapi sebab ibu terlebih dahulu mengenal dunia, dia terus jawab,

"Smoking? Eh you dah berhenti smoking ke?"

Abah jawab dengan muka menahan bangga yang meluap-luap, "Dah tiga bulan dah."

Fulamak. Nasib baik masa tu takde orang ajar chicken dance lagi. Kalau tak, seat kereta memang akan bertukar menjadi podium.

Sejak itu, saya tidak pernah dapat terima mana-mana lelaki yang memberi alasan susah mahu berhenti merokok. Abah saya boleh buat rilek je. Dia stop terus. Sampai hari ini. Alhamdulillah. Memang jagoan kan Abah saya? 

Bila anak-anak dah handsome dan jelita, Abah tidak lagi segarang dulu. Ada gak lah insiden-insiden kami kena marah, tapi cam biasa lah.. Buat pekak je. Hahaha. Abah ni jenis serius, tapi bila dia buat lawak, sentiasa dengan tidak semena-mena dan kelakar tahap Batman makan belacan. 

Abah dah pandai usik-usik saya dengan seseorang. Kelakar gila. Nak marah pun tak boleh. Sebab serius kelakar. Tapi tak boleh share sini lah ye. =)

Okay itu sahaja. Tulang sum sum saya sedang menggigil kesejukan. 

Untuk Abah,

Selamat hari lahir yang ke.. errr.. dua ribu sepuluh tolak seribu sembilan ratus lima puluh.. Enam puluh? Abah dah 60 tak dapat cucu lagi?????????

Loser betul anak-anak Abah. Hahaha.

(fakta yang sebenarnya, Abah kahwin lambat)

Semoga rezeki Abah dimurahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik agar Abah dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. InsyaAllah.

Ok lah malas tulis ucapan panjang-panjang lah, bukan dia baca pun dol.



Akhir kata, Selamat Hari Merdeka, Malaysia!







10 comments:

Unknown said...

OO camtu rupenya cara abah bgtahu
Memang kagum gile laki berhenti merokok. Cayalah abah <3

Kalau dia baca entry kita
malunyee..
heheh

@yU said...

ye camtu la.. kamu kecik lagi kot, lambat lahir.. ahahaha.

takmo bagi dia baca pun sbenarnye. ekeke.

Anonymous said...

pergh..tahniah berjaya jugak ko masak laksa johor ek, aku yg org Johor ni pn xpnh cuba masak laksa Johor...ahahha,nanti masakkan utk aku ek biler ak n hubby pegi Ipoh...hehehhehe, kem salam abah ko..Selamat Ulangtahun abah Ayob...hehehhe

@yU said...

teringin punye pasal, zura.. sanggup je. hahaha. ipoh takde jual kot..taktau kat ne nak cari. Laksa shack pun takde. so, terpakse la masak. ahaha.

Tq for ur wish.. Nanti aku pass kat dia. :)

schmellow said...

clap clap clap. i like this entry. :) happybday to your abah

@yU said...

hehe.. thank you, mimi. =)

miszeita said...

ok post ni dpt A+ ok! kena gelak sopan dlm opis ni time baca. hihihi ;))

btw, hepi belated birthday to ur dad :) smoga pjg umur, murah rezeki and cepat-cepattttt la dpt MENANTU and CUCU yerrrrrrrrrr! *hint hint*

@yU said...

woott.. thank you, eita!! ^_^

gelak sopan ek? ekeke.

tq for ur wish too.. wa waaa.. hint baik punye.

but apepun,
AMIN.

haha.

Unknown said...

eppy besday pakcik...semoga apa shj yg di doakan oleh rakan2 akan segera termakbul..amin.... =)

@yU said...

Amin.

Terima kasih, icun!! *hugs*