Saturday, December 31, 2005

Sayonara, 2005!



So time for new resolutions??
No, no.. no time for such thing.

Ingat nak buat special entry utk closing untuk tahun ni.. but tengoklah macamane.. kalau ade mase, aku buat lah.. Ni pun nak kuar jap lagi.. heheh..

SELAMAT TAHUN BARU kepada semua..
Semoga hari-hari yang lepas banyak mengajar kite untuk lebih menjadi manusia sebenar. Haha.

So korang tak pegi celebrate ke?
As for me.. memang tak pernah.. sebab ade masalah sikit untuk menghadapi bilangan manusia yang banyak tu.. huhu.. tak sanggup.

Apepun, yang penting kite semua mestilah bersyukur atas apa sahaja yang telah Allah kurniakan pada kite sepanjang kite hidup ni.. Tu jangan dilupe! Jgn asyik pikir nak gi sambut kat mane jer..

2005..
Banyak kenangan jugak buat diri aku ni..
Rasanye nak ingat satu-satu.. mustahil kot..
Nak-nak bila ade masalah pelupa ni. HEHE.
Nantilah .. ade mase aku flash back yang mane best. :D

Ok lah.. akhir kata... tak kire ape tahun skalipun..
Yang penting, jadi yang terbaik dan buat yang terbaik!

Sunday, December 18, 2005

Futsal de Cekak


[photo removed]



Al-kisahnye pada hari Jumaat lepas bersamaan 16 Disember 2005, Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi MMU Cyberjaya telah mengadekan futsal tournament yaitu, Futsal de Cekak. Main objective tournament ni lebih kepada suka-suka jer.. untuk beriadah di kalangan ahli-ahli Cekak. Team lelaki dan perempuan masing-masing ade empat team.. Team lelaki terdiri drpd Sirap Jantan (merah), Team Press (dark blue), Rygestry (hijau) dan Rivoluzione (putih).Dan team pompuan laks iyelah CyberSix (baby blue -my team), Beat Team (orange), Kuat Harimau (maroon) dan Sunshine (kuning).

So johan utk team lelaki iyelah Team Press dan pompuan lak, Sunshine. Congrats ye korang!

Yang besnye, team aku la paling ramai injured.. 4 out of 6. Kak Mar kecederaan ibu jari kaki sampai berdarah jugak la.. Asmah selaku goalie mengalami bengkak di tangan (huhu.. kes rakus menangkap bola ni), Farah Nadia cedera dan lebam kat lutut kiri dan aku.. haha.. lagi bes, kecederaan ligamen di buku lali kanan. Dulu dah kene kat kaki kiri (aku ade cite kat dalam blog ni), sekarang blah kanan pulak. Mulenye lutut buat hal.. maybe sbb asyik jatuh jer, tu yang tercedera tu. Ingatkan tak seriyes, tapi esoknye seawal 8 pagi aku dah bangun gi klinik sebab sakitnye Tuhan je tau bile kaki dah membengkak. Dan kini aku kembali tempang..

Anyway, aku tak kisah pun... it was a good game! We had so much fun.. tak kisah la kalah pun.. dan menjadi team paling ramai tercedera.. tapi yang pastinye, semangat nak bermain tuu dalam setiap pemain sangat tinggi. Asalnye aku sendiri tak terfikir nak masuk.. ingat nak jadi supporter je.. pom pom girl ke.. hehe.. tapi tetau dah ade team. So main aje la walaupun before this aku penah main futsal skali je. Thanks to Shidi dan Bern sebab sudi jadik coach kitorang.. hehe.. Terase macam Gol dan Gincu lak kan.. cuma kite gune sliper, tak gune teddy bear. Haha.

Friday, December 16, 2005

se7en



Orang lain buat, aku pun sebok nak buat. Dah kene tag kan, kene lah buat.. hehe.

7 things I wish to do before I die
1. Bungee jumping! - walaupun aku ni brani ckp aje, tp keinginan tu sgt tinggi.
2. Gi Haji - sape takmo.
3. Sara ibu dan abah - tringin sgt nk jaga diorang pulak bile dah berkemampuan.
4. Kawen la beb.. haha.. dan dapat zuriat yang elok-elok. AMIN.
5. Tamat silat dengan jayanye.. keh keh.
6. Kerja. - semoge aku tak dapat suami yang tanak isteri die bekerja. AMIN.


7 things I cannot do
1. Keluar rumah tanpa mandi pagi.
2. Drive slow sangat. Slow drivers irritate me so much.
3. Format PC. Nak blajo, tp malas.
4. Pakai kain batik! Dem..bile tah mau blaja.
5. Gulung lidah. Sangat kasihan.
6. Anyam ketupat. Gile tak paham~
7. Tak gelak dalam masa sehari. Tak bley tak bley, leh paranoid aku.


7 things I can do
1. Gosok baju gune mana-mana belah tangan.
2. Buat muke blur plus bodo sampai orang rase nak tampor gune selipar jamban.
3. Tido dengan mak aku sampai sekarang. HEHE.
4. Donate blood. I like.. tapi dah bape kali kene reject daa.. siap kene rest setahun.
5. Duduk kat umah selama seminggu tak kua langsung walaupun ke halaman rumah.
6. Taip tanpa tengok keyboard langsung.
7. Buat keje tak pekdah di kala assignment menimbun... seperti sekarang ni. Ngahahah.


7 celebrity crushes
1. Brian Littrell (BSB) - aku tatau nape aku suke sgt2 die ni.. maybe sbb aku rase suara die paling sedap aku penah dgr.
2. Daniel Radcliffe (Harry Potter) - comey la ini kanak-kanak.
3. Rupert Grint (Harry Potter) - he's freaking funny.. nak-nak bile die buat muke bodo. Ley geng lah~
4. Mark Ruffalo (Just Like Heaven) - taste aku dr segi rupe, he owns every single thing.
5. Paul Walker (2 Fast 2 Furious) - hurmm.. nyum nyum..
6. Johnny Depp - only in his movies.. sbb die lain dr yg lain.
7. Jim Carrey - same reason as Johnny Depp. Salute sama bakat dia!


7 often repeated words (I think so lah kan..)
1. God~!
2. Demmit.
3. Seriyes??
4. Ya Allah, ye ke...
5. Oo ye ke..
6. Sukati kau je..
7. Damn...


7 things I like about guys
1. Laki pakai t-shirt putih bersih dengan kain pelekat. DEM~!
2. Good sense of humor.
3. Laki yang pandai bersilat.. haha.. seksi....
4. Bile diorang tgh flu.. haha.. cam seksi gak.. apsal tah.. haha peliknye aku.
5. Mysterious guys... yg tak byk ckp tapi tak lah pendiam. Bile dpt borak sakan dgn org camni, it feels like winning.
6. Warm eyes.. cam Mark Ruffalo.
7. Good English.


7 random facts about me
1. Love writing.. tapi tade mase.
2. Bile tido mesti at least 3 bantal untuk tidur lena. Kalu ade satu je bantal, aku dah garu kepala.. cam tak logik nak tido.
3. Love bowling.
4. Enjoy watching movies alone.
5. Love rollercoasters.
6. Love cats but not hamsters. Hamster suke geget aku la..
7. Senang suke orang, susah sayang orang.


Sunday, December 11, 2005

Events


Rabu lepas aku kena food poisoning lagi. Kali ni sampai demam-demam. So nak tanak, aku gagahkan jugak la ke klinik MMU. Ye lah, sape suke gi klinik. Mujur patients tak ramai. Bile doc tengok aku jalan terjengket-jengket dan begitu susah payah aku nak duduk atas kerusi tu (muscle pain), terus die tanye, "Wut's wrong with your legs?" Pas cerita sket, terus die ckp nanti die bg pain killer ape sume.. Sblom die meneruskan hujahnye, aku terus potong, "Actually I datang sebab demam..." Dan reaksinye, "Oo..ok."

Balik dr klinik, demam aku makin kuat. Mujur ade nurse peribadi. Ahaks. Takdelah, gurau je. But thanks a lot to my housemate, Yana, she helped me a lot. Dia yang sediakan air, bubur dan jugak urut kepala aku dengan air asam jawa. Huh, sedap tu. Kurang sikit pening. Sayang ko, Yana! Dipendekkan cerite, lewat petang baru aku amik pain killer. Saje amik lambat sebab kononnye nanti time training silat takde lah sakit kaki sangat sebab kesan ubat still ade.

Kul 8 lebih, pas mandi terus siap-siap untuk training. Time ni demam pun dah kurang. Perut pun dah ok. Then lepak jap borak-borak dengan housemates sume.. tibe-tibe Ayu and Yana tego mata aku ade bintik-bintik kecik. Ah sudah.. aku dah tak sedap ati sebab aku tringat aku penah kene macam ni sebab overdose Panadol. Aku terus meluru ke cermin. Oh God.. Aku terus capai tudung dan Yana terus siap nak temankan aku.

Bengkak di mata makin besar. Aku cakap kat Yana, "Ah..Na, mesti kene injection punye ni." Damn I was right. Aku bley pilih either nak inject kat tangan or belakang.. tapi disebabkan doc tu lelaki, aku pilih la tangan kiri. Tapi pembantu klinik tu dah indirectly warning ar, sakit. Damn again she was right. Duh, sakit siot. Donate blood pun tak sakit macam tu.

Balik rumah, aku dah mule tergaru-garu kat muke dan leher.. gatal siot. No wonder doc bagi ubat utk itchy. Tapi ubat tu seriyes ngantok gile. Balik dr klinik, aku terus call ibu sebab dia dah pesan suruh bitau apa2 since dia tau aku tak sihat. Ibu yang skang ade badminton match kat UPM memang tak senang duduk terus datang jenguk aku. Ahaa.. terkebil2 gak aa bijik mate die tengok anak die dah serupa alien. Ibu decide nak tidor kat umah aku, but then aku cakap tak payah la sebab menyusahkan dia.

Skang bengkak di mata dah takde. Aku dah sihat sepenuhnye. Alhamdulillah..

Oklah.. aku nak cite pasal aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang aku tak update blog. Hehe. Mane yang aku ingat aje lah yer.

Open House

- Walaupun duk umah sewa jer, kitorang saje tringin nk jamu kekawan sbb next year maybe takde dah kot.. mungkin masing-masing nak duduk hostel pulak. Final year lah kate... :P
- Semuanya sendiri bikin. Aku masak soto ayam, Yana masak kue tiaw kerang, Nunu dengan mihun gorengnye, Ila masak spagetti, dan Dina masak sambal udang. Tu baru main menu... agar-agar, kek sampai lah ke kuih raye, semuanya buat sendiri. Buah aje beli. :P
- Start kul 4 petang sampai lah 11 malam.. tapi yang datang tak putus-putus sampai 12 lebih.
- Thanks to Maria and Farah yang sudi datang tolong.
- Malam aku tak dapat nak layan orang yang datang sebab terpakse ke Putrajaya.
- Memang penat tapi puas hati.. :)
- Pada kekwn yg taktau aku buat open house, sori yer.. mungkin info tak sampai kot, sbb duk suh org tu org ni sampaikan pesan.




Konvo Silat






- Atau lebih tepat, Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi 2005.
- Aku dan beberapa orang ahli jatuh datang sebagai urusetia.
- Gerak sekali dengan semua member SCH seawal 6.50 pagi.
- Habis dalam pukul 5 petang.
- Penat tapi best.




Majlis Gemerlapan Aidilfitri


[photo removed]



- Berlangsung kat MMU pd 1 Disember..start pukul 8.00 malam.
- Jadi crew dalam Biro Sekuriti.
- Majlis agak kucar kacir bile makanan tak siap-siap sampaikan tetamu kene melangut tunggu.
- Persembahan kurang mantap. Terlalu banyak nasyid dan pemilihan lagu tak berapa catchy.
- Sound system sangat mengecewakan.
- Makanan? Tak sedap langsung. Tak berbaloi dengan harga tiket RM10. Banyak makanan aku tak dapat rasa. Oh yes, tiket beli sendiri walaupun komiti, ok.
- Tabik pada ahli silat Gayong dan silat Cekak Hanafi yang turun padang kemaskan meja dan kerusi, dan kutip sampah dan sisa-sisa makanan lepas habis event. Sedangkan komiti sebenar hanya duduk menyemak di tepi-tepi khemah, sambil makan, borak, bergelak ketawa dan amik gambar!


Majlis Berkhatan


[photo removed]



- Kenduri khatan untuk anak buah aku, Afifi Hakimi kat kampung aku di Ipoh.
- Best dapat balik melepaskan rindu pada sanak sedara. Kami sangat-sangat rapat.
- Abah yang sedang berkursus di KL datang amik aku dan balik sama-sama ke Ipoh.
- Alhamdulilah.. majlis berlangsung dengan jayanyer. Meriah cam majlis orang kawen pulak.


MAPAC






- Martial Arts and Performance Arts Corridor.. berlangsung kat MMU selama 4 hari. Dua hari pertama untuk martial arts, 2 hari lagi untuk performance arts.
- Persatuan-persatuan yang terlibat buat demo untuk menarik students masuk ke kelab masing-masing.
- Antara yang terlibat, Silat Cekak Hanafi, Silat Gayong, Aikido, Taekwondo, Kickboxing, Wushu, MMU Choir, Fencing, Capoeira etc.

Thursday, December 08, 2005

Let's Kawen!



Huhh.. lama jugak tak update blog. Sem ni busy betul lah.. tak penah duk depan PC lelama.. ade jer hal nak kena settle. Sekarang ni pun kat lab ni. Sementara tunggu klas start, update jap laa blog terbiar ni.

This sem gak aku terlibat dengan banyak aktiviti termasuklah open house yang clash sana sini. Haha. Banyaknye aku tak dapat pegi lah.. sori ye kekawan. Last weekend plak aku balik kampung kat Ipoh.. ade kenduri berkhatan untuk anak buah aku, Afifi Hakimi.

Apepun tunggu la next update, maybe aku ley cite panjang lagi dan insyaAllah ley letak gambar sesikit. Skang ni tak bley laa.. keadaan tak mengizinkan. Hehe. Tapi bile next update tuu, tak dapat dipastikan lah ye. Ahaks.

K laa.. ni ade kad kawen terbest yang aku penah jumpe. Real ni, tarak tipu punya.



Sunday, November 20, 2005

# Tazkirah #



Hati Seorang Ayah


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya
Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya
"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".
Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu,
terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan
"Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."
Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:
"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap
keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai
jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat
pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat
panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan
kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun
juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-
anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan
menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun
sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

p/s: Oleh itu jika ayah kita masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah kita telah tiada, jangan putuskan tali
silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin

Friday, November 18, 2005

New Sem, New Life



Welcome back MMU students! Semester kedua dah start.. atau sem yg juge dikenali sebagai killer sem atau short sem. Mmg tak best la sem 2 ni.. kene struggle sebab sem pendek jer lebih kurang due bulan jer. So klas pun pack gile. Result sem lepas alhamdulillah semua lepas.. Apepun, all the best ;)

Dalam minggu ni aku dah tengok dua movie yang sangat best.. Just Like Heaven dan of course, Harry Potter and the Goblet of Fire. JLH memang best sebab sweet sangat cerita tu.. orang pompuan suke la kot tengok cite camtu.. lebih2 lagi aku memang suke Mark Ruffalo dan Reese Witherspoon tuu. Cerita ni tak lah jiwang sangat.. sebab ade scene yang memang pecah perut jugak la. Especially part masa David (Mark Ruffalo) cuba selamatkan orang yang pengsan kat satu restoran. Sapa yang suke crite yang sweet dan plot cerita yang ringan memang sesuai la gi tengok.

As for HP, wut more can I say.. this is the best HP movie so far. Bukan senang nak buat cerita based on a novel lebih-lebih lagi HP yang smemangnye mempunyai loyal fans... sikit kecacatan pun bley buat diorang marah. I'm definitely one of HP fans. Tapi aku puas ati sangat-sangat la movie kali ni.. sebab jalan cerita dia lebih clear.. walaupun ade beberapa scene yang lari dari buku tp tak mencacatkan movie tu. Macam contohnye first scene yang Harry nampak Cho.. Diorang sebenarnye dah jumpa mase kat kawasan perkhemahan wizards masa Quidditch World Cup.

Anyway, can't wait to watch it again some day. :)

Wednesday, November 02, 2005

I Deal Fit 3



Woohoo~! Tiba masenye kite beraye lagi. Alhamdulillah. Hrmm...dah sebulan Ramadhan berlalu, macam tak percaye aje. Macamane persiapan raye? Dah start tuka langsir, perabot sume? Ehehe.. As for me, semuanya macam biasa.. tade ape2 perubahan. Err..ade la sesikit, tapi segalanya ala kadar. In fact, I'm not sure whether I'm excited enough to celebrate this coming raya or not.

Well I was kinda frustrated about my baju raya. Satu baju raya aku tak dapat disiapkan oleh tailor yg sgt best kerana mengkenselkannye di saat2 akhir. Bijak lah itu tailor, mana ade tailor lain yg willing nak trime tempahan dah! Ibu boleh menjahit tapi ibu ada banyak kerja nak buat. I do understand her condition. So tadi kitorang keluar ke bandar (err..K/Tganu dah capai tahap bandar ke?).. nak carik baju kurung yang dah siap. Well yeah.. too many choices until we couldn't find even a single baju kurung that attracted our eyes. Pastu terjumpe kawan ibu, dia pun bagitau kat mane ade pilihan yang lebih baik. Huhu... nasib baik lah. We nearly gave up because both of us are very choosy. Walaupun agak jauh kat Gong Badak tapi pegi jugak lah. Syukur laa ade pilihan.

But that's not the main point why I'm not so excited to celebrate raya. Tapi sebab kali ni family aku tak dapat balik beraya di kampung! Huwarghhhh! Ni semua gara-gara MAWI. Ahaaa.. wondering why? Well eherm.. 7hb November, Mawi dan artis2 lain akan buat konsert aidilfitri kat stadium kuala tengganu ni.. dan disebabkan itu ayah aku tak dapat cuti. Hoyeah, really appreciate that, Mawi. I'll be waiting for ya right in front of the entrance with a manila card says "You Rock My Raya". No hard feelings Mawi's fans.. I do not hate him. I was erm.. in fact.. eherm.. one of his fans. Hahaha. Read it twice by the way, I was. Ngahaha. Anyway, he's a great guy. (ayat amik ati) Ok ok seriously at my point of view, he is talented. Tapi bile sebut pasal Mawi ni, aku lebih fikirkan rezeki yang Allah bagi kat die. Tu lah kebesaran Ilahi, kalau Dia nak bagi, anytime. Sekelip mata je.

NEXT. Melalut lak. Ok la nak buat wish raya la.. bley? Lah..blog aku kan ni? Haha.

K lah, I'll make it short. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali aku.. tak kire la samada dari tadika lagi ke.. kekawan skolah dan MMU, ataupun yang kenal daripada dunia cyber ni.. atau kat memane aje lah... especially to all my best buddies.. Sha, Fieza, Syakiera, Zurin, Fezal, Bern dan Shidi. Tak lupe gak housemates aku yang tak pernah senyap tu.. dan semestinya sesiapa saje yang tengah bace entry ni. Last but certainly not least, to my dear family and relatives. Terutamanye sepupu sepapat yang gile-gile dan tak penah normal tu, sorry lah tak dapat balik Ipoh.. huwaaa sedihnye!

Anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon maaf yang tidak terhingga di atas semua salah silap... terlanjur kata terlajak bicara.. terlebih bergurau kat memane.. terutamanye yang tak disedari atau tak disengajakan.. ampun ye! Jemput datang beraye ye. Haa Pezal, ko cakap nak beraye umah aku. Aku tunggu ni. =P Dan Zurin jugak!

Okei lah.. banyak kerja menanti..Sebelum tu, ade serangkap pantun raya yang aku nak share. Sumber dari SMS raye. Eheh. Salam Lebaran. Assalamualaikum.



Membeli belah di pasaraya,
Sambil mengorat anak Pak Ali,
Kalau puasa, selamat hari raya,
Tak puasa, sambut lah Deepavali.





Raya Survey ;)

Favourites :-

Cookies (traditional)

- Tart Nenas

Cookies (modern)
- Kurma gulung

Baju raya
- Jubah honestly

Fireworks/firecrackers
- Err..mercun pop. Haha.

Raya song (sedih)
- Pulanglah by Aishah

Raya song (happy)
-Suasana di Hari Raya by Anuar Zain and Ellina

TV Programme
- Errr..apa-apa je. Tapi raya kali ni, nak tgk konsert CT kat Albert Hall. :D

Raya Menu
- Nasi impit oo yeah! And also, rendang ayam (cara Perak), and Laksa.




This year,

Ur 1st raya is at :

- Kuala Terengganu.. :-( Aku nak beraya kat kampung.. uwaa~!

How many baju raya :
- Berapa tah.. Dua je cukup lah.

Colour of ur baju raya :
- So far, biru dan ungu.

Still wishing for duit raya? (yes/no) :
- LOL. Sapa tanak.

If yes, how much is ur target for duit raya? :
- Seploh inggit jak. HAHA.

Ur raya menu?
- Abah suh masak mee bandung. Laksa, rendang, lemang dan nasi impit adelah wajib.

Hope/s for this coming raya?
- Mintak maaf dengan semua orang..
- Ziarah pusara arwah Opah dan lelain..
- Sempat rasa kuih raya sendiri.. hehe..
- Harap sgt dapat raya kat kampung :-(

Planning to go for Raya's prayer?
- Tak tau lagi. Kalau pegi, nanti tade orang nak siapkan hidangan sebab nak bagi ibu pegi.

Still writing raya cards?
- Well yesh.. only to my besh buddies. This time paling sikit hantar, 4 org je.

Have any theme colour for ur family?
- Ngahaha... tadak!




Ur kampung :
- Sbelah ibu kat Ipoh, sebelah abah kat KL.

How do u feel when hearing the 'Takbir Raya'?
- Syahdu.. bersyukur.. taktau nak eksplen.

Still have the tradition where ur parents sit on the sofa, n u guys shake n kiss their hands n ask for apologies (or it's the other way around?)
- Yerp.. tapi last raya, tak sempat. Adelah empat lima kali duk standby, mesti ade je org dtg bg salam. Sudahnya mintak maaf time memasing dah letih nak masuk tido.

Do u still light up the panjut during Malam 7 Likur?
- Pelita ade la tapi biasanye pasang kat umah kat Ipoh je.

Are you planning for Puasa Enam?
- InsyaAllah kalau ade kesempatan.

Ur worst memory of raya?
- Mase kecik, di malam raye tercekik tulang ikan sampai muntah darah. Dan mercun gasing masuk dalam kain sampai berlubang kain aku. Mercun miang!

Ur best memory of raya?
- Masa family dan sanak saudara gather satu umah sampai 7,8 bijik kete sambil gelak ketawa dan melantak.

Most embarrassing moment?
- Hurm.. tak ingat la.

Do u always have someone in mind who is far from u (not from ur family/relatives) during raya?
- Eheh.. mestilah ade.

Mind telling who is he/she?
- Tanak cakap... La la la~ Who else, they are my bestriends.

Raya song that suits you best?
- Aiyark.. ade ke? Erm jap.. pk jap.. Balik kampung by Sudirman. Nak balik kampungggg!

Most hated raya song?
- Satu Syawal by Ahmad Jais. Tak de la benci tapi kurang best.

Raya preparation, task u like the most?
- Susun kuih dalam balang. Hehe.

Raya preparation, task u hate the most?
- Vacuum satu rumah.

How do u find ur last raya?
- Tak semeriah dulu..jauh dari sedara mara dan kekawan. Mujur orang datang tak putus-putus.

Do u still visit ur neighbours' houses with a tray full of food and cookies?
- Yes, sampai senget-senget bahu ni :P

Do ur parents argue where to celebrate the 1st raya?
- No. Ipoh is our destination. Yeay!

What time do u wake up on Raya morning?
- Dalam pukul 7 pagi.

Tuesday, October 11, 2005

Ahh busannye!



Baru hari ketiga aku di rumah.. terase sel-sel kebosanan menjalar di segenap urat saraf badanku. Betul-betul mati akal, tak tau apa yang nak dibuat. Dulu, bile balik, terase busan, ke dapur lah aku. Main masak ape yang ade. Tapi ini bulan puasa. Dulu, ngadap channel @15 hari-hari tengok ulang siaran diari dan konsert AF pun takpe. Bukan sebab minat, tapi ade lah jugak yang boleh dijadikan santapan mata. Tapi ini bukan musim AF. Sekarang musim program masak-memasak.. untuk hidangan berbuka.. untuk kuih raya.. Nak kate terliur, ade lah sikit-sikit. Tapi lebihnya, tak berminat pun nak cuba masakan tu semua.

Terasa tahun ni nak buat kuih raya banyak sikit. Kuih raya paling senang nak buat, cornflakes bermadu.. rasanye kena buat. Anak-anak buah bile datang beraya, kuih itu yang dicarinya. Last year tak buat pun, kesian tengok muke sorang-sorang kehampaan. Tapi bila nak buat, kene tunggu hujung2 bulan puasa. Takut nanti hari pertama raye, tinggal balang aje. Tapi yang menjadi personal favourite ku adalah kuih kurma gulung. Tak pasti nama yang sebetulnya. Basically kuih tu menggunakan tepung dan cornflakes, diuli dan dibentuk bujur. Dalamnya diletak hirisan kurma. Sedap. Alangkan orang yang tidak gemarkan kurma seperti aku (rugi betul!) pun boleh makan kuih ni tanpa berhenti. Hmm.. nanti kena call Mak Yang tanyekan resipi. Lupa.

Baru berapa hari Ramadhan, dah macam-macam tragedi dalam surat khabar. Yang paling letih nak dengar, kes cedera akibat mercun. Paling kesian, yang jadi mangsa bukan yang main mercun. Berapa kali nak kena tegur budak-budak zaman sekarang ni. Degilnya melampau-lampau. Bila dah terkena, nak kesian pun dah tak terasa. Takkan nak cakap, padan muka? Atau dalam loghat utara, "baru padan dengan muka hang." Iyelah, pikir pikir balik, nama pun budak-budak. Fikiran cetek. Tau nak enjoy. Tapi letihlah kalau parents nak kena pantau 24/7. Nak salahkan pengedar-pengedar mercun? Macam CD cetak rompak jugak, takkan diorang berani ambik risiko kalau takde orang yang membeli.. kalau takde keuntungan. Habis tu mane silapnye? Pencipta mercun2? Haha.

Siang tadi, ada orang ketuk pintu rumah aku macam nak pecah. Mula tak dengar. Yelah, bilik aku agak jauh dari pintu depan. Aku ingatkan siapa lah..sambil menjerit jawab salam dia, aku berlari ke pintu dan terus bukak. Terkejut makcik tu sampai mengurut dada. Ohoo.. ketuk pintu bagai nak pecah takpa pulak dia. Lepas ambil nafas dua tiga kali, makcik tu memulakan intro yang aku rasa dia dah hapal sejak azali lagi. "Ni anak duk umah ni berapa orang? (aik, macam banci pulak) Ni makcik ni.. orang susah, nak.. anak makcik sebelas orang.. bla bla.. makcik takde duit nak belikan diorang makan.. (siap mention berangan nak masak ape) bla bla..ni bulan puasa ni kan.. bla bla.. tolong lah makcik ye nak.."

Aku pun memulekan tazkirah pendek. "Makcik, saye tengok makcik ni sihat lagi. Berdiri pun tegak lagi ni. Malaysia ni dah maju, makcik. Banyak kerja boley kite carik. Makcik tak boleh terus minta sedekah camni tanpa berusaha mendapatkan kerja yg halal. Lgpun, salah ni di sisi undang-undang. Makcik boleh disabitkan kesalahan mengikut seksyen berapa tah, saya pun tak ingat." Tapi tuu semua aku simpan dalam hati jer. Yang keluar dari mulut hanyalah, "Errr... jap ye."

Lepas hulurkan sikit, dia duk tanya itu ini. Adey, macam reporter. Aku pun buat ala-ala nak tutup pintu, last-last dia minta diri. Dalam hati aku berharap makcik tu takkan datang lagi. Kalau die wrong timing, dapat dengan bapak aku.. habislah kena hujah-hujah lagak seorang pendakwaraya. Aku tak pasti makcik tu bercakap benar atau tidak. Mungkin anak dia tak sampai pun sebelas orang. Atau mungkin die takde anak pun. Hakikatnye, aku hulurkan bantuan sebab aku tanak dihantui rasa bersalah kalau tak bagi. Dan keduanya, kalau betul pun die menipu, itu urusan die dengan Allah. Dan urusan die dengan aku, dah setel. Mane tau, betul-betul die perlukan bantuan, dan aku berkeras tanak bagi.. tetau makcik tu pengsan tengah jalan.. ok dah, melalut ni. Apapun, segalanya aku buat kerana Allah.

Sekarang sudah pukul 5.15 petang. Tadi ibu suruh pikir ayam nak masak ape. Semalam ibu masak ketam masak lemak cili api. Duh.. lazat sekali. Eventhough aku tak boleh makan ketam sangat, nanti bibir bengkak macam pelampung. Aiyark.. tibe-tibe kepingin ayam golek.. Wah, nak keropok lekor la.. (nafsu, nafsu..)

Saturday, October 08, 2005

Permisi



Alhamdulillah.. selesai sudah exam ku. Fuh.. seksa tu nak tunggu habis semua paper.. Gap last paper ni panjang sangat, hampir seminggu. Subjek Mandarin lak tu. Susah gileee.. Mujur part essay, apa yang aku susah payah hapal tuu keluar. Tapi tak tau lah betul ke tidak part tone dia.. hentam je. Tapi disebabkan bagai nak rak hapal mende tu, sudahnye chinese script aku blank habis. Takley nak pikir ape. Ngahaha.. berserah je lah.

Yahh.. aku sudah mau pulang ke Kuala Terengganu. InsyaAllah ni kali kedua sambut raya kat sana. Ikutkan hati, tak berapa happy.. yelah, mesti aa nak beraya kat kampung kat Ipoh. Sana ramai sedara... sepupu sepapat... mak-mak sedara.. Eee.. besnye. Tapi apakan daya lah.. akur je lah pada tanggungjawab abah. Kat KT tu, sedara mara manade.. kekawan pun tak ramai.. yelah, baru pindah sana. Macam raya tahun lepas, yang datang pun kekawan abah dan ibu.. tak kenai pun. Diorang pun bila nampak aku.. "Eh ehh..you ada anak dara ke?" 'Frequently Asked Question' yang diajukan kepada parents ku. 'Anak dara'? Yucks~

OK lah.. duhai teman-teman seperjuangan ku di MMU.. selamat bercuti sakan.. dan selamat berpuasa bersama keluarga dan insan tersayang ye. Nak wish raye, macam awal sangat jer.. Apepun, aku mohon maaf atas segala salah silap dan keterlanjuran kata.. baik secara sedar atau pun tak. Enjoy mase cuti, tapi jangan lupa diri okie.. Jaga kesihatan.. jaga diri bebaik.. Jangan main mercun yang dah masok angin.. Jangan main meriam buluh la wei, busan laa.. bising dan tak gempak mana pun. Jangan banyak tido siang.. Selamat menghias rumah.. dan pada yang pompuan, selamat mengganti puasa. HEHEHE.

Sapa gi Kuala Terengganu, lajak-lajak lah ke rumah aku yer.

Hurmm..tu je kot. Nanti time cuti, kalau ade mood nak online, aku update ini blog. Time kat rumah, memang liat la nak online.. apsal tah. Maybe sebab pakai dial-up kot.

Oklah.. dah subuh dah pun ni. Packing idak lagi.. pastu kul 9 kang ade hal nak gi setel. Ah biase lah.. time ujung-ujung waktu nak balik tu lah, ade jer masalah. Tak tido la kot. Sekian.. Assalamualaikum.

Friday, October 07, 2005

Untuk 'kau'!



Bile takde masalah, orang kasik masalah. Mende yang bukan masalah, nak jugak dijadikkan masalah. Mengata orang memang bidang dia, tapi sendiri bikin masalah yang sama. Dah kita berlembut, dipijaknya kepala. Toleransi boleh la sikit-sikit, tapi bila naik lemak, memang minta dimaki. Dalam blog dia, pandai mengata orang. Curse sana, curse sini. Tapi tak sedar, dia yang sebenarnye pembawa masalah. Cakap sekali cukup lah.. ini lapan blas kali bagitau, still buat tak reti. Padahal sebelum ni, mengumpat orang bukan main berapi. Apa kau ingat kau boleh lari? Aku tak suka marah orang, tapi bila orang buat tahi.. minta maaf awal-awal. Setan dah takde time bulan puase ni, kau pulak nak jadi setan!

Wednesday, October 05, 2005

Salam Ramadhan





Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi.. merasa lagi kite menyambut bulan mulia ni.. Ni dah masuk kali keempat aku sambut puasa di MMU. Tapi kali ni dapat merasa 4 hari jer puasa kat sini. Sori lah kekawan, tak sempat kot nak ajak buka beramai-ramai di rumah aku.. sebab last paper aku hari Jumaat ni. Petang lak tu. Sabtu aku sudah mau terbang pulang ke pangkuan keluarga terchenta..

Semalam study kat kampus sambil tunggu kekawan turun sahur. Kul 3 pagi, kitorang sahur ramai-ramai kat hb3. Best jugak tapi letih siot. Ari ni cam malas nak gi library. Study kat rumah je lah.

Okei lah, akhir kata.. selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Semoga kita mendapat keberkatan bulan mulia ni. Aaar.. kalau ade salah dan silap, mohon maaf ye..

Last but not least, sedikit renungan buat semua..

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Sunday, October 02, 2005

Mari update




Tiba-tiba rasa mau update blog. Eheh. Skang ni students MMU ada yang dah habis exam, ada yang belum.. termasuk lah aku yang malang ni. Gap seminggu lak tu. Jumaat ni last paper. Sangatlah tak best! Library pun dah kurang orang sekarang.. Nanti tinggal lah aku sesorang jadi pengunjung setia lebri tuh. Isk isk. Tapi ade lah orang-orang yang janji nak temankan aku kan..Tapi kite tengok lah camne. Ekeke..

Ni dah tinggal satu paper lagi. Sesungguh nya aku dah ilang semangat nak blajo.. tapi ku gagahkan jua. Haha. Aritu paper Ghazal, duh bes giler. Dah tau ape nak kuar. Ahahah. 30 soalan struktur, 1 soklan essay. Aku jawab setengah jam jer.. aku dak Ghazal yang pertama cabut. Memang aku plan nak cabut awal pun, so aku jawab sepantas mungkin lah. Hehe.

Ahaa.. tak lama lagi puasa. Hoyeah~ Merasa lah tiga kali berbuka puasa kat Cyberjaya ni.. insyaAllah. Niat nak masak dan jemput kekawan berbuka ramai-ramai kat rumah.. tapi sebab aku ade paper di hari ketiga puasa..dan housemates aku yang lain pun ade buat plan macam tu, so aku tak dapat nak janji.

Semalam dah beli tiket balik Terengganu. Wahh.. tiket pun dah naik harga. Dari RM169 ke RM176. Air Asia tak tau lah aku. Duhh.. silap besar tak beli awal-awal untuk super saver. Pas beli tiket, gi lepak kat Burger King. Pergh.. lama tak layan Mushroom Swiss. Thedapnyeh! Pastu, gi jejalan kat Fest Ramadhan kat tingkat 5 (level untuk departure). Huh, awal-awal dah ada fest untuk bulan puase. Banyak kedai butik jer.. sekadar cuci mata lah. Nak beli, macam tak sesuwai jer. Hehe. Lagipun, aku dah serahkan sepenuhnya bab baju raya ni kat ibu. Aku pun tatau baju aku camne, bape pasang (aku mintak dua je cukup lah), kaler ape sume. Lepas tangan betul ni.. keh keh. Kat fest tu, aku beli keychain teddy bear, satu untuk aku dan satu untuk adek. Sha pun ade beli.. Tapi ko punye jiwang lah, Sha. Ngahaha~

Wahhh..sekarang musim denggi ye! So kekawan, jaga diri bebaik ye. Aku baca paper tadi, nyamuk Aedes macam dah kebal dengan fogging tu. Duh.. ape celita inih. Nyamok minum tongkat ali kah. Hehe. Semoga kita dijauhkan dari wabak denggi.. Amin.

Tuesday, September 27, 2005

Dua Dunia - Too Phat & Siti Nurhaliza


Verse:
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)


Too Phat:
Cinta itu buta
dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu
(Aku cinta padamu)
hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis
dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati
(Kau selalu di hati)
tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing
tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca
kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
(Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia)
Dua dunia kita berbeza

*repeat Siti Nurhaliza verse

Too Phat
Suka di kala malam termimipi-mimpi
(termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari
(mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar
tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala
hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta
jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat
tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji
tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti
Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu
Dua dunia kita berbeza

*repeat Siti Nurhaliza verse

Too Phat & Siti Nurhaliza
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung

Too Phat
Cabaran menikam
kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum
walau kesedihan menyelubung
(walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
(sepatah dari mu satu kesyukuran)
Tapi bila bertentang mata
tidak terbentang kata
(Kata apa saja)
iya tapi tentang apa
(iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik
Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
(Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang
Antara dua dunia
(Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang
(Biar khayalan ku melayang)

*repeat Siti Nurhaliza verse

Sunday, September 25, 2005

Exam drives me mad



Skang sudah mau masok minggu exam. Sejak minggu lepas, aku dan housemates menjadi pengunjung tetap library terutama di waktu petang dan malam. Pegi library pun, balik2 muke maknusie yg sama je. Termasok la muke aku yang tak menyeronokkan sesiapa ni. Aku musykil jugak apa yang dah jadik kat aku. Aku bukan kaki study. Aku jenis study las minit sejak Beta (Alpha excluded la pasal junior, smangat lain sket. Haha). Sejak pindah MMU CJ, leh kire dgn jari kaki lah bape kali aku jenguk lebri. Tapi ntah ade litar pintas kat memane sel dlm otak aku ni, skang ni, duk pk nak gi lebri, nak study.. sampaikan ati tak tenang kalau tade kat lebri. Duh..

Pikior pikior balik, mungkin subjek foreign language yang buat aku jadik camni. Aku amik mandarin untuk subjek foreign language for business comm. Byk betul keje lecturer (atau kami panggey, Laoshi) bagi. Daripada buat business card, sampai lah business presentation.. keje mmg non stop sampai banyak jugak la yg aku x sempat nak submit. Muahaha. Paling sakit, bile tibe kuiz. Kene hapal chinese characters tu tak larat tu. Sampai nk tido pun tringat2 mende tu. Bangun pun terus tringat lagi (takut2 terlupe). Memang berhantu lah subjek tu. Ni baru level 1.. Level 2 nanti, aku lak jadi hantu kot.

Ghazal performance aritu.. errm.. ok lah kot. I love being on stage sebab aku memang takde stage fright. Tapi yang tak besnye, bile naik atas pentas, aku macam tade perasaan aje. I couldn't feel the excitement. Ah tu tak bes bile dah selamba sgt. Macam tak normal lak. Rase nak tunjuk gambar2 kat sini, tapi malas. Ngahaha.

First paper aku adelah ari Selasa ni.. Data Comm n Network. Duk study dgn Bern n Munzir yang amik engineering.. rupenye die pun study mende yang sama. But of coz lah lebih advance. Yang aku duk ngadap tuu pun dah cukup buat segala saraf aku hampir berhenti berfungsi. PENING SIOT!!!

Okey lah.. banyak tak cover lagi ni.. Aaaarhh.. [tensyen lantas koma]

Wednesday, September 21, 2005

Are you in love?



When you are together with that special
someone, you pretend to ignore that person. But
when that special someone is not around, you
might look around to find them. At that moment,
you are in ove.

Although there is someone else who always
makes you laugh, your eyes and attention might
go only to that special someone. Then, you are in
love.

Although that special someone was supposed to
have called you long back, to let you know of
their safe arrival, your phone is quiet. You are
desperately waiting for the call! At that moment,
you are in love.

If you are much more excited for one short e-
mail from that special someone than other many
long e-mails, you are in love.

When you find yourself as one who cannot erase
all the messages in your answering machine
because of one message from thatspecial
someone, you are in love.

When you get a couple of free movie tickets, you
would not hesitate to think of that special
someone. Then, you are in love.

You keep telling yourself, "that special someone
is just a friend", but you realize that you can
not avoid that person's special attraction. At that
moment, you are in love.

While you are reading this page, if someone
appears in your mind, then u are in love with
that person.




Arghh wut the hell..
Wut is happening to me...

Saturday, September 17, 2005

# Tazkirah #



Gambaran di Hari Pembalasan

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
"Saya adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul."

Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan saya hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. saya tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah saya!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. saya bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"

Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. saya akan mensyafaatkan umatku."

Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"

Buraq berkata: "saya tahu semua itu. Akan tetapi. saya ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya saya memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."

Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman:
"Demi keagungan dan ketinggianKu. saya kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."

Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"
Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini. saya akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan. saya akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."

Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."

Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"

Jibril menjawab: "Ya!"

Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"

Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"

Jibril berkata: "saya tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Wallahua'lam....

Tuesday, September 13, 2005

Co-co Performance




By bulletin on Tue, 13th September 2005
Expired date : 14-Sep-2005
For MMU campus: Cyberjaya ~ Department: STAD
Category : Announcement/Memo/Circular


Inviting All to MMU Artistic Performance(Co-curriculum)


Assalamuaalaikum/Good Day,

Dear student and staff,

It is our pleasure to invite you to the performance night Trimester 1, 2005/2006 for Theater, Ghazal,National Dance and DJ class. For student, this will help you to decide on which subject you'd like to register during your study here.
Staffs are also welcome. Admission is free.

The performance night will be featuring cross over from MMU studio by DJ class,Theater entitled 'Till Death Do Us Apart..Not!', Ulek Mayang & Zapin,live band from Ghazal and many more.

Date: 15th September 2005, Thursday night
Time: 8.15 pm - 10.30 pm
Venue: MPH,Cyberjaya

Performance will start sharp at 8.15pm..
Attire: Casual but no short or sleeveless please!

See you there!
Student Affairs And Sport Division.




Nak tengok aku berghazal, sile lah datang.

Saturday, September 10, 2005

# Sudut Mari Merenung #



Satir

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. Orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. Satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: "Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya." Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: "Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan."


Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB - KEPUTUSAN HUKUM FATWA-FATWANYA

Thursday, September 08, 2005

SCH



Wokeh sesape nak tengok gambar-gambar mase pertandingan wajadiri dan persembahan raksasa gerak gemilang, leh lah view fotopages aku (klik kat 'fotopages'). Tak semua gambar aku upload, so sapa-sapa nak mintak send personally kat korang, leh YM aku yerk (fieda84). Selain tu, masa wajadiri aku ade record video sket.. so kalau nak tgk, leh la mintak gak.. tp tak banyak la. Hehe.. Saje untuk simpanan peribadi je sebenarnye.

Apa yang berlaku sebelum ni, aku mohon maaf dengan penuh tulus ikhlas. Takde sesape suh aku mintak maaf.. dan takde sape-sape pengaruhi aku untuk tulis previous entry (dah delete utk menghormati semua pihak). Tiada dendam untuk aku simpan, dan tiada kemarahan untuk aku tahan. Macamana teruk sekalipun aku dihentam, aku tidak akan sekali-kali mempersendakan silat-silat lain. Itu janji aku.

Tak lama lagi dah nak Ramadhan kan? Bestnye.. mulenye jadual exam aku habis 1 Oct. Tapi habis dirombak balik (ni students MMU la ni mengade buat aduan), so exam aku habis 7hb.. Arhh.. kecewa gile bile aku memule tau. Takpe lah, dapat la puase kat sini sekejap. Dah laa tengah homesick ni.. pastu semalam kena saman pulak. Dulu dah kena dah, last2 mintak tolong abah settle kan (muahahaa.. menyalahgunekan kuase bapak).. tapi ni dah kena second time ni, cam malas pulak. Takpelah, balik cuti aku kasik laa surat cinta tuu kat abah. Suh die bayarkan ker.... muekekeke.

Pastu ibu lak dah sibuk-sibuk tepon bertanyekan tahun ni nak baju raye camne. Aku ni bab baju raye laa paling malas sekali nak amik tau. One of the reasons, untuk perempuan gemuk dan tak lawa cam aku ni, selayaknya baju kurung aje. Dan, aku paling menyampah pi kedai kain. Buhsan gile!! Aku juz cakap, "Bantai je lah, ibu, kaler ape pun. Janji tak pelik." Ibu ada explain baju camne die nak buat, tapi aku sepatah haram pun tak paham.. tapi cakap ya je tanda setuju.

Okei lah.. mau study ni. Esok ade kuiz mandarin. Entah bape kali postponed kuiz ni di saat-saat akhir, sampai aku dah nak muntah darah ngadap notes.

Ok bye byee~ Muax~!

Tuesday, September 06, 2005

Gerak Gemilang 2005


Alhamdulillah.. event silat Sabtu dan Ahad lepas berlangsung dengan jayanyer. Event yang paling dinanti-nantikan, persembahan raksasa oleh ahli-ahli silat cekak hanafi malaysia berakhir dengan penuh gemilang.

Sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah pada peserta-peserta wajadiri silat cekak hanafi mmu cyberjaya yang memberikan persembahan terbaik mase pertandingan Sabtu lepas.. dan tahniah gak pada yang menang. Yang kalah tu, jgn risau.. korang tetap juara di hati kami. Tak sesia lah kitorang jadik penyorak sampai terbatuk sebab jerit kuat sangat. Hoho.. kuat tu kitorang jerit, bergema satu stadium walaupun yang jerit ade la dlm sepuluh orang jer. Takpe, lain kali panggey kitorang lagi.. Hehe.

Ni gambar2 ketika pertandingan wajadiri. Aku tak amik byk gmbr sgt sbb aku lebih banyak amik video.



[photo removed]



Semalam, seawal pukul 6.15 pagi..kitorang berkumpul depan STAD. Huhu.. ngantok dah tak terasa sangat sebab semangat. After a short brief, kitorang yang seramai lebih 80 orang ni bergeraklah ke padang tasik Titiwangsa kira-kira pukul 7 pagi. Kitorang sampai tepat pukul 7.30 seperti yg kitorang janji pada guru utama.


Rehearsal start dalam pukul 8 pagi kot.. start tu lah kitorang berjemur sampai pukul 1 tengahari. Pastu break untuk lunch dan solat Zohor.. kitorang lepak kat stadium titiwangsa. Pukul 2.30 ptg, semua peserta mule bergerak dari stadium mengikut kategori.. start dgn peserta adegan (peserta yang terlibat dengan persembahan serangan pisau, papan sekeping, 5 serang 1, dan sbgnye), pastu diikuti peserta uniform lelaki.. uniform perempuan, t-shirt perempuan dan last sekali, t-shirt lelaki. Kitorang bergerak dari stadium ke padang dengan berkaki ayam tuh. Pastu kene berlari lak tu atas jalan tar.. pergh nice lah. Haha.

[photo removed]


Rehearsal sekali lagi dalam pukul tiga. Pastu terpakse tunggu VIP lebih setengah jam yang dijadualkan sampai pukul 4.30 petang. Ape lagi, berjemur tengah panas, huhu.. seksa tul. Ade lah yang pitam. Then, AJK yg terlibat pas kan air mineral tp kene share lah. ye lah.. 5032 orang terlibat, mane cukup bekalan nak support semua. Hehe. Tu dia lah VIP berucap sikit punye lama.. dekat sejam. Tu baru sorang. Mujur guru utama tak berucap panjang sangat. Kalau cuaca mendung, mau ade yang dah tidur tetengah padang tu.





Hampir pukul 6 petang, barulah tibe masa untuk persembahan raksasa tuh. Setelah dua minggu berlatih.. berjemur di bwh terik matahari dari pagi sampai petang, akhirnye tercapai gak lah impian kami nak buat dua rekod baru dalam Malaysia book of records (spt yg aku mention dlm previous entry). Alhamdulillah.. niat kami diberkati Allah SWT. Masa nyanyian lagu ape yer.. memasing tak tau lirik. Budak-budak laki kat belakang kitorang semua nyanyi "la la la la~".. then kitorang pun ikut sama. Kelakar la..

Selesai acara, kitorang berkumpul dan balik ke Stadium. Tapi stadium punye lah panas sbb air cond dah ditutup awal-awal. Aku tak terkejut pun sebab mase pertandingan wajadiri pun macam tu. Event belum habis, air cond dah tutup. Nak jimat sangat letrik agaknye. Dah lah kitorang beribu-ribu berhimpit dalam tu.. apalah salahnye consider sikit. Haih...

Next year, UPM Serdang bakal jadik tuan rumah untuk pertandingan wajadiri. Eheh.. dekat sikit dengan MMU. Wondering kalau MMU jadi tuan rumah, nak buat celah mana yer..

By the way, dua gambar di bawah ni aku tujukan pada sesape yang rase ahli-ahli silat cekak hanafi tak mau bergaul dengan ahli silat lain. Gambar pertama, gambar Bern dan roommatenye yg merupekan ahli silat gayung.


[photo removed]


Ok lah... sekian dulu dari aku.. Akhir kata, Hidup Cekak Hanafi!

Saturday, September 03, 2005

Wajadiri dan Gerak Gemilang





Sabtu dan Ahad ni (3 dan 4 Sept) ade satu event besar yang melibatkan semua pesilat-pesilat Silat Cekak Hanafi seluruh Malaysia. Ada dua agenda besar yang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa, KL.

Esok (Sabtu) ade kejohanan wajadiri nasional yang melibatkan ahli-ahli tamat Silat Cekak Hanafi peringkat IPT/Sekolah. Start dr kul 8 pagi sampai 6 petang..duh, lebam la duk sane sok. Orang ramai leh datang tengok. Best woh.. seriyes. Esok pagi insyaAllah aku akan berangkat dengan dak2 silat dgn dua buah bas MMU. Sesape nak jadik supporters cam aku leh join skali..

Lusa (Ahad), ade persembahan demo Silat Cekak Hanafi terbesar yang penah diadakan di Malaysia atau dinamakan Gerak Gemilang. Dijangka melibatkan 5000 peserta yang terdiri daripada dak2 tamat dan asas (cam aku). Kirenye masuk Malaysia Book of Records. Nak buat dua rekod lak tuh.. satu persembahan martial art terbesar di Malaysia (largest participants).. dan satu lagi persembahan martial art yg melibatkan kaum pompuan terbesar di Malaysia (largest women participants). Wah, tak pasal2 nama aku masuk dua kali..muehehehh! MMU Cyberjaya insyaAllah hantar 80+ peserta. Event ni start pukul 4 petang.. datanglah tengok ye! Dekat Stadium Titiwangsa jugak. Masuk tv3 rasanye. Dengar kata, team MMU duk barisan depan.. duh~

Tadi baru selesai training Gerak Gemilang.. rasanye training tadi la yang paling penat skali. Smangat betul abang Syahrom tu. Aku dah la penat campo kekenyangan.. rase cam nak pengsan lak.

K laa..kene tido awal ni.. esok pukul 6 pagi dah kene bertolak.. adeyy.. smangat sungguh. Bangun ke tak aku ni.. puhhh.. mintak2 bangun lah. Wokeh.. last word, all the best to SCH MMU CJ! Ok lah, sayonara hasta la vista to berambus.

Wednesday, August 31, 2005

Free Ur Mind...




Alhamdulillah.. dah 48 tahun negara Malaysia merdeka. Seperti tahun2 lepas, aku setia berada di rumah di ambang merdeka. Aku bukan party people.. aku tak sambut hari bersejarah ni dgn melepak dan bersuka ria kat memane sambutan malam merdeka. Bukan lah bermaksud aku takde sifat patriotisme. Tapi tak semestinye kena bersusah payah pergi ke tempat2 yang penuh dengan manusia yang macam-macam karenah yang mana rata-rata datang dengan niat untuk berhibur. Aku lebih suka on tv, dan nyanyi sesama lagu Negaraku dan Jalur Gemilang walaupun yang dengar hanya housemates aku. I can still feel the spirit though.. :)

31 Ogos bukan sekadar hari merdeka untuk aku. Hari lahir abah jatuh pada tarikh yang sama, sekadar berlainan tahun. It's not the count down I've been waiting for.. to be the first person to wish him a very happy birthday is what I waited for. Selamat hari lahir, Abah... Miss you so damn much..

Tadi pukul 8.30, pegi sambut birthday Ajue.. (thanks Shidi n Ajue). Mule ingat tak dapat join sebab nak kua pi Mines, tapi sempat gak join. Happy belated birthday, Ajue. May all ur wishes come true. Sorry la ayat standard.. takde idea la. Thehehe..

Kebetulan birthday Ajue dua hari sebelum birthday aku. Nice~


[photo removed]


Hurmm.. bile cakap pasal birthday, mesti teringat pada umur.. Dan jugak aku teringat kat certain birthday wishes bebaru ni yang buat aku ketawa.

"Ni birthday yang ke berapa? 18 ke 19?"

"Akak tak nampak pun macam 21..."

"Sweet 21!"
"Tak lah.. sweet 12. Hehe.."
"12 tahun ek? Boley la.. ade la nampak sikit.."

"selamat hari lahir yg ke?????????? 17 ekk?"


Aku jugak teringat bila balik kampung.. especially bile aku dengan adek aku, mesti ayat-ayat lazim akan kedengaran..

"Ni yang mane kakak, yang mane adek? Laaaa... ingatkan yang ni kakak!"

Sambil tunjuk kat aku, "Yang ni adek ye?"

"Eh eh.. besar adek daripada kakak!"


Padahal beza umur lima tahun. Adek aku baru tingkatan empat for God's sake. Adek aku cam biase akan buat muke toya campo bengang seperti penyu tempang.

Dan jugak tiap kali balik kampung jumpa mak ngah, mak ngah akan cakap..

"Kamu ni dari dulu sampai sekarang.. umur dah naik, tapi muka masih macam budak tingkatan tiga."

Duh..

Honestly aku tak rase pun muke aku se'kanak-kanak' tu. Tapi bes jugak, kan..prasan muda.. hehe.. Tapi takpe, biar umur tua, hati maintain muda.. Biar muda tapi matang.

Tp, ade satu wish paling hebat aku penah dapat.. complete abis.

"semoga di panjangkan umur,di murahkan rezeki,peningkatan dalam akademik,dikurniakan tubuh badan yang sihat,bertemu jodoh yang sempurna dan anak yg ramai.insyaallah"

Saturday, August 27, 2005

Bulan Merdeka



Yelah2, aku update lah ni. Sejak kebelakangan ni sibuk betul dengan training silat, kuiz, assignment, presentation, dikir, bla bla bla.. Pastu health condition aku yg mule bergoyah balik ni pun menyebabkan aku takde mase nak update blog. Tapi takpelah, gagahkan jgak sebab bebaru ni banyak jugak event yang best untuk diceritekan.

Well first n foremost.. of coz.. my birthday. Alhamdulillah... semalam pukul 10.35pm genaplah umur aku yang ke due belas.. eh eh.. due puluh satu. Hehe.. trime kaseh yang tak terhingga pada semua yang wish.. tak kire lah awal ke.. lmbt ker.. sangat-sangat menghargainye. Dan trimas juta-juta gak kat Sha, Fieza dan Fezal, serta housmet yang sudi meraikan bday aku. Sorry lah kalau ayat tah pape kali ni, tgh demam ni.. Demam combo, housmet aku, Min panggey.. sbb cukup segala, batuk, flu, sakit tekak, dan asma. Keh keh.

Ni some of the piccas yang sempat amik sementara menunggu piza sampai. Hehe.


[photos removed]







Ok lah, meh aku celoteh sket pasal event2 yg baru lepas.

Larian Merdeka 2005

Venue : Lim Kok Wing, Cyberjaya
Date : August 17th, 2005
VIP : YB Datuk Dr. Adham bin Baba, Setiausaha Parlimen, Kementerian Pengajian Tinggi.




Tengah2 jerebu pun sempat buat larian lagi tuh.. Hehe. Mulenye jerebu dah kurang.. tp tah camne, jerebu teruk kejap.. seb baik dah ujung2 event.. Meriah jugak lah. Aku ke sana sebab ade persembahan dikir barat. Mulanye tak terpikir nak join, tapi sbb cik Azie dah ajak2 aku, aku join je lah. Lagipun, aku dah penah join show dorang sebelum ni dua kali. So join last minute pun takde masalah bagi aku.


Tu lah first time aku pi Lim Kok Wing. Err..totally no comment. Aku paling suke performance dari mane tah, yang main gendang Cina tu. Best. Tapi ada ura-ura aku dengar, students LKW paling tertunggu2 performance dak2 MMU. Huhu.. tak tau lah betul ke tak. Tapi kitorang happy sebab dapat kepujian utama daripada VIP. Nice lah.




Perhimpunan Patriotik 2005

Venue : Multipurpose Hall, MMU Cyberjaya.
Date : August 23rd, 2005
Time : 9.00 - 11.00
VIPs : Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali, Dato' Dr. Hj. Shafie bin Mohd. Salleh (Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)



Yang ni plak buat kat MMU 23hb yang lepas. Kali ni aku berdikir lagi. Mulenye aku tak sure aku dapat join ke tak sbb clash dgn presentation Data Comm. Mujur diorang postponed presentation tuu, tapi aku sempatlah pi jumpe lecturer bgtau aku dapat exemption. Selain dikir, ade performance daripada Kolej Syahputra. Diorang buat cam sketsa pasal penjajahan sebelum Merdeka, diselangi dengan pembacaan sajak, tarian Asmaradana dan koir. Best, tapi aku cuma dpt tengok time rehearsal sebab kitorang kene standby belakang stage. Tak best betul.


[photo removed]

Tuesday, August 16, 2005

Joke of the day




Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ....

Saturday, August 13, 2005

Lefthanders? Anyone?




sHa MiKey : happy lefthanders day baby
f13da : hahaha
f13da : mane tau?
sHa MiKey : aku bacer cleo this month
sHa MiKey :



Tak terpikir pulak ade special day untuk lefthanders macam aku until Sha told me last night. Hehe. Anyway.. happy lefthanders day to all lefthanders out there.. I remember a few names but dun think I need to mention out their names. You know who u r.. and do admit that u're lefthanded! Hehe.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. jerebu dah kurang.. Thanks to haze anyway.. It makes me appreciate the sun more.

Haaa.. wut a bright sunny day~~


Wednesday, August 10, 2005

Hirup asap~



Haih..teruknye jerebu skang yer.. Sampai dah bau asap, aku rase macam nak mati lemas pun ade masa pi klas pagi tadi. Plan nak jumpa lecturer petang tadi, aku batalkan aje sebab tak sanggup nak redah jerebu. Ni pun dah ada tanda2 asma aku nak datang balik.. Urm..

Thank God MMU cuti dua hari.. Tadi aku tengok tv, jerebu diramalkan lebih teruk beberapa ari lagi.. Entah-entah minggu depan pun ada cuti lagi. Hehe. I'm not planning of going back home eventhough Terengganu is not affected. Ye lah, bukan dekat..

Aku baru habis baca latest book of Harry Potter. Best. Sampai kua air mata. Haha. (Spoiler Alert) I juz can't accept Dumbledore's death which is so unfair to Harry. JK (the author) said Harry needs to face Voldermort alone.. but (to me) that doesn't mean Sirius and Dumbledore have to be dead! Mementang dia author, die ley buat jalan crite sendiri la (which makes me think, JK got the biggest power, not Voldermort wutsoever)!

Tapi aku puas hati la akhirnye harapan aku nak tengok Harry and Ginny bersama, tercapai. Eventhough at last, Harry mintak putus for Ginny's own sake, tapi aku tau bukan itu yang dia nak. Naseb baik Fieza online, leh aku lepaskan semua perasaan aku kat dia. Haha.. Tp malunye bile terpaste apa yang kitorang chat kat group YM dak2 silat. Aku nak paste mende lain. Arghh! My apology, Fieza! HEHE.

Ok lah.. berenti berceloteh pasal tu, since aku tau ramai yang tak baca HP.

Tuesday, August 09, 2005

# Sudut Mari Merenung #


Khutbah Nabi Mengenai Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.


"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal strong>kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang manah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar adinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.

Saturday, July 30, 2005

Midterm Break



Cuti seminggu dah start, tp aku still kt bumi Cyberjaya ni. Buhsan jgak.. aku jarang balik lambat.. Salu abis je klas, zupppp~ terus blah. Kekadang, klas lom abis pun, aku dah selamat sampai kat rumah. :P Tapi kali ni, terpakse tunggu sampai Ahad. Parents aku nak datang sini.. diorang ada hal kt KL. Yang bagusnye, takyah susah-susah aku balik sendiri. Tadi bangun, terus call ibu. Suara pun tak keluar. Ibu gelak je. Dah paham sangat perangai anak dia yang suke bangun lambat. Rasanye ni la first time aku call ibu dalam sem ni. Salu ibu yang call. Aku sms atau miskol jer. Haha.

Semalam training silat, berlagak macam dah fully recovered. Sudahnya kaki aku yang injured ni dua kali tergeliat, sekali kekejangan tersalah urat. Padan muke. Dah elok2 kurang rasa sakit, skang ni rasa sakit tu mcm dah permenant pulak.. sentiasa sakit. Strain kot, semalam banyak sangat movement. Dua tige ari lepas dah bley drive, skang ni tak mampu kot. Dem.

Aku memang stubborn. Membe2 semua lecture. Aku mana penah injured. Dan sakit2 ni aku tak pernah amik serius. Sebab aku dah biase sakit [sakit lain].. Aku penah asma selama lima hari berturut-turut.. aku sanggup suffer tak pi spital. Dah lama baru aku terpikir, dalam tempoh tu, aku boleh mati bila-bila je. Aku pernah dua kali disyaki radang peparu. Tapi aku tak buat rawatan lanjut pun. Malas. Aku tau aku sakit, tapi aku tanak tau detail.

Khamis lepas, ade Ritma Riaksmey kat kampus. Majlis apresiasi untuk team MMU melaka yang pi Kemboja tak lama dulu. Best jugak pegi tengok. Nak-nak VVIP adalah Tun Dr Siti Hasmah. Tak ramai yang datang sebab tempat limited. So majlis tu tak dipublisitikan sangat. Nak tengok gambar2, klik SINI.

Okey laa.. nak kua jejalan pi OU. Ade sesape nak kirim apa-apa? Hehe. No Mike Shinoda pls, Sha!

Wednesday, July 27, 2005

Saye dan Doktor



Alkisahnyer di satu malam yg hening..

"Erm.. siang td, saye tergeliat. Tp sakit tak ilang-ilang. Pastu mcm bengkak. Just nak mintak cek kot-kot ade internal injury ke.."

(ketawa kecik) "Memang ade.. sure ade," kate dia sambil picit-picit buku lali kiri.

"Sakit?"

"Sakit~" sambil kaki terjengket akibat tindakan refleks.

"Ni bengkak sebab ade pendarahan kat dalam. Ligamen awak... tau ligamen?"

"Tau.." Tibe2 tringat subjek Bio. Lantas dlm hati terus menjawab, "..yg menyambungkan sendi-sendi tulang... mcm kt lutut.. buku lali...dan.."

"Aa..mase awak tergeliat tu, ligamen awak terkoyak."

"Ha? Oo..ok." Jawab dgn blur skali, antara percaye atau tidak.

"Ni bengkak bukan sebab masok angin ke?" Main hentam je tanye.

"Bukan. Ade pendarahan kat sini (sambil sentuh bawah buku lali).. so darah terkumpul, jd bengkak lah. Jgn urut.. kalau urut lagi bengkak.."

"Ok, no wonder..."

"Pakai bandage, yek? (Angguk) Ade gestrik?"

"Ade.."

"Oh.. macam tu, saye tak boleh bagi pain killer (lupe nama ubat tu). Saye bg ubat sapu je. Tahan je lah ye? Sikit je kan?"

"Ntah." Rase nak ckp peha dah strain gile babas akibat unaccustomed exercise [faci punye pasal la ni :P], tp terdiam seribu language.

"Erm.. bape lama kene pakai bandage ni?" tanya aku sambil tgk doktor yg ensem membalut kaki. Eheee~

"Awak punye tak serius sangat. Dulu saye penah kene yg teruk, berbulan2 jugak la nak recover. Awak tak perlu pakai lama sangat. Dua minggu je-"

DUA MINGGU??

Terdiam. Baru plan lusa nk buang bandage. "Errm.. saye ade kelas silat tiap-tiap minggu-"

"Oohh.. ni sebab silat la ni?"

"Eh bukan-"

"Bis tu, nak MC?"

Ish doktor ni.. aku lepuk kang. Kasik la aku habis cakap dulu.

"Bukan. Tanak. Boleh ke saye pi silat?"

"Eh.. (ketawa sambil geleng) tak boleh, tak boleh! Awak kene rest at least 2 minggu."

Demm.


Dah masuk ari ketige kaki berbalut.. tp kat umah aku salu bukak. Rimas. Dan terase poyo. Ni semua gara2 terseliuh mase program Santai2 2005 anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi MMU CJ. Peha dah perit gile akibat riadah yg berlebihan dan mengejut.. bile turun bukit, jln pun dah tak stabil.. so, tergeliat la.. ape lg. Igtkan seliuh biase, so buat bodo jer.. siap daki bukit .. buat rempuh halangan mane yg mampu.. naik titi gantung.. dan flying fox. Tp balik tu, buku lali mcm dah bengkak dan keras. Pas kene lecture dgn beberape 'lecturer' tak bertauliah.. baru la pi klinik. Dan ni lah hasilnye..



Smalam pi tgk demo silat. (Sape nk gmbr, sile msg) Sronok tgk demo martial arts ni. Pastu pi makan.. azabnye turun naik tangge... sampai ade org offer nk dukung. :)) Takpe lah wei, kang ligamen ko lak putus dedua. Ekekek~



Okei la.. mula igt nk celoteh pasal program Santai Bantai tu.. tp malas laks. Apepun, overall program tu memang best. Cuma rugi ade xtvt yg tak dpt nak buat sbb kesuntukan mase. Alangkan bas pun datang lambat.. mane tak suntuk.

Bile ditanye, next year nak join lg ke tak.. errr... Wallahualam.

Monday, July 18, 2005

# Sudut Mari Merenung #



Daripada Anas RA, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


    1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

    2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

    3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

    4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

    5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

    6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang mempelajarinya.

    7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.




Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."